Wednesday, January 2, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 14


Bab 14

Kejutan dalam hidup ini satu perjalanan yang sudah tercatat dalam diari diri seseorang dan tidak mungkin mampu dihindar. Biar sekuat dan sedaya mana pun tidak akan mampu dielak. Hidup ini juga  satu perjanjian. Tiba masa harus dikembalikan pada yang hak. Sudah termaktub di lohmahfuz. Dan kejutan yang diterima Qistina pagi ini sesuatu yang tidak pernah diduganya. Sungguh tidak diduga. Dan benarlah hidup ini penuh dengan kejutan.

Rempuhan tiba-tiba Zura didepan bilik membuatkan Qistina terkesima. Dan kata-kata yang terluncur dari bibir berona bronze berry pearl Zura meragut segala ceria dan tenang pagi Jumaat yang penuh rahmat dan barakah.  Damai perasaan yang sedaya dibina sejak malam tadi kesan kejutan dari rancangan yang direncana Zita dan pagi ni satu kejutan menghempap diri. Dan kejutan pagi ni sesungguhnya telah merenggut segala urat nadi. Gusar tentang masalah diri bagai terbang dibawa bayu. Seraut wajah yang sering mengintai hatinya sejak dahulu mengepung segala rasa yang bergumpal dijiwa terus berjuntaian di layar kelopak mata bundarnya. 

Kaki dan tubuh yang berdiri sejak tadi seakan kaku. Sekakunya!

Joe dan Maya kemalangan!  

Maya gagal diselamatkan!

Maya, isteri Joe dah tak ada!

Kata-kata itu berulang tayang dikotak fikiran. Kata yang menghentak naluri. Chocolate Magnolia bersaiz satu liter yang kejap ditangan sejak tadi terlepas dari cengkaman.  Terhendak diatas muka meja. Wajah Zura dengan hujung kolam mata yang basah ditatap. Mata Qistina bulat. Tidak berkelip. Dada bergelombang. Turun naik memacu aliran nafas yang sudah kelam kabut. Sungguh dia terkejut dengan apa yang baru disampaikan Zura. Lafaz Istirja' meluncur dari bibir. Dari Allah kita datang dan kepada-Nya juga lah kita akan kembali. 

"Betul Maya?"

Zura angguk kepala. Laju. Ada esakan kecil berlagu di ujung suara. Qistina kemam bibir. Khali. 

"Bila?"

"Malam tadi."

"Macammana boleh jadi?"

"Bertembung dengan pemandu mabuk. Remaja. Honda City Maya berpusing sebelum langgar pembahagi jalan."

“Allah..” Qistina geleng kepala. Tapak tangan singgah dibibir. Mata terpejam. Seketika. Nafas yang masih tersangkut digagahi untuk dihela. Ada persoalan yang mengoncang dinding hati. Perlu diperolehi kepastian.

"Jo..Joe? Joe..Joe macammana, Zu?"

Zura hempas nafas. Dalam. Tangan meraup wajah licinnya. Raut wajah penuh gusar yang polos dihadapan ditatap. Seperti diri Qistina, Zura juga terpalit duka. Johan Khusairy itu teman akrab mereka berdua sejak bertahun. Joe romeo yang sangat mengambil berat. Joe yang prihatin. Joe yang romantisnya tidak mengenal siapa.

"ICU..tapi dah stabil."

"Joe.." Tubuh kurus Qistina langsung terhenyak ke dada kerusi baldu dibelakang. Wajah tampan Joe terlayar dimata. Segala kenangan bersama lelaki itu kembali menergah ruang fikiran. Johan Khusairy. Lelaki yang dikenali disini.Lelaki yang menyertai dia dan Zura sebagai jurutera dan menjadi rakan akrab didalam tugas. Joe yang amat berani menyatakan perasaannya kepada Qistina secara terus terang walhal sudah dia tahu Qistina ada Khal di hati. Joe yang cukup memahami kala Qistina menyatakan tidak pada suara hatinya. Joe teman yang istimewa. Dan sebagai teman dia amat menyayanginya temannya itu. Dilepaskan nafas berulang kali. Ada pilu yang bergayut.

Khali.

"Qis.."

Mata diangkat. Sayu masih menghambat jiwa. Dua pasang mata yang bergenangan bertembung. Qistina pantas meraup wajah. 

"you nak gi melawat dia. Jom la ikut i. Kamal dengan i nak pergi ni."
Qistina telan nafas. Sesak. Kepala diangguk. Perlahan. Doa dipanjat agar teman akrabnya yang satu itu selamat dalam perjuangannya. Moga Dia yang maha pengasih memanjangkan perjalanan Joe didunia ini. Memberinya kesempatan untuk terus berbakti kepada manusia. Terus bernafas untuk memberi semangat dan ceria kepada yang lain. Coach diatas kabinet rona terracotta dibelakang rakus dicapai. Tubuh tegak pantas. Zura yang masih mematung didepan pintu didekati. Bahu Zura disentuh perlahan.

"jom."

Tiga pasang kaki deras melangkah memasuki ruang unit rawatan rapi TTMC. Beberapa wajah yang dia kenali di perkarangan ruang dihampiri. Salam dan pelukan bertukar ganti. Zura dan Kamal tidak ketinggalan. Esak tangis yang masih menderu di cuping menggamit rasa sayu. Mata memandang pada sesusuk tubuh yang sedang berlabuh di kerusi bersebelahan bilik yang menempatkan Joe. Dihela nafas. Qistina ucap salam pada Datuk Kamarul yang tenang memaut tangan di hujung pelipis. Mahu meredakan perasaan pilu yang menghempas jiwanya barangkali. Qistina mengerti. Joe anak tunggal kesayangan Datuk Kamarul.Usai bertanya serba sedikit tentang musibah yang melanda Qistina lantas menerpa Datin Khalida; ibu Joe disebelah yang ternyata cukup lemah. Dakapan kedua-duanya erat berpaut. Wanita lemah lembut ini sudah bagai hilang semangat. Hilang menantu tunggal dalam sekelip mata. Dan kini terpaksa melihat anak tunggalnya bertarung nyawa demi sebuah kehidupan. 

“Qis..Joe, Qis.. Joe..Joe.” Dipaut bahu wanita yang sangat dihormatinya ini. Kepala dianggukkan. Mahu menyatakan betapa dia begitu memahami apa yang sedang dirasai oleh wanita ini.

"sabar ye, makcik. Kita doakan moga Joe selamat. Qis tahu Joe kuat semangat orangnya." Memang sejak dahulu Datin Khalida disapa dengan panggilan demikian. Itu pinta wanita ini. Mama Joe ini sangat merendah diri. Katanya dia lebih senang dipanggil begitu. Lebih mesra. Lebih dekat dihati. 

"Qis, Maya dah tak ada. Maya dah tak ada. Maya dah tinggalkan, Joe. " Kepala diangguk. Bibir kuat dipaut. Menahan rasa pilu. Cuba dikuatkan semangat dihadapan wanita ini. Digenggam erat kedua-dua tapak tangan separuh abad ini. “Kita semua sayangkan Maya , makcik…tapi Allah lebih sayangkan Maya daripada kita semua. Relakan dia pergi, makcik. Ikhlaskan dia pergi pada Penciptanya. Redhakan semua takdir ini. Moga Maya ditempatkan dikalangan insan yang mendapat rahmat Allah,insya-Allah.”

Esak terus berlagu dari bibir pucat disebelah. Hati halus Qistina turut pilu.

“Tapi..tapi Joe tak tau lagi, Qis.  Joe tak tahu lagi Maya dah tak ada. Maya dah tinggalkan dia. Kesian Joe, Qis.” Kepala diangguk. “insya-Allah kita doakan Joe kuat yer makcik. Qis kenal Joe. Qis tahu Joe kuat semangat.” Genggaman tangan makin erat dipaut. Mahu dipinjamkan semangat yang tidak sekuat mana kepada wanita disebelahnya ini. Dipanjatkan doa pada yang Khaliq moga Joe akan tabah dengan dugaan ini. Moga Joe akan redha dengan takdir yang tertulis. Ditundukkan wajah. Dikucup pelipis wanita yang sudah dianggap bagaikan ibu sendiri apatah lagi diri memang sudah lama kehilangan ibu kandung. Biarpun ibu tirinya tidak pernah membezakan Qistina dan dua adik lelakinya yang lain, tapi entah mengapa jiwanya lebih dekat dengan mama Joe ini.

“Qis..” Suara yang menyapa cuping buat dirinya menggeletar. Suara itu begitu dekat dijiwa. Suara yang terlalu sinonim dengan dirinya. Perlahan diangkat wajah yang menunduk. Dua pasang mata bertembung. Hangat ditubir mata kian melambai. Dikemam bibir. Perlahan dilepaskan genggaman tangan. Dibisikkan sesuatu kepada mama Joe. Wanita itu mengangkat wajah. Anggukan berpadu tanda terima kasih atas kunjungan. Perlahan-lahan tubuh diangkat dari duduk. Kaki yang menggeletar digagahi untuk berdiri.

Dan sesungguhnya hari jumaatnya hari ini penuh dengan pelbagai kejutan. Dan Kejutan yang sedang terhidang didepan matanya saat ini tidak mampu  ditolak. Tidak mampu dibawa diri untuk melarikan diri. Didepan matanya ini..didepan bilik kaca yang menempatkan teman akrabnya yang masih bertarung nyawa berdiri insan yang paling istimewa dalam hidupnya sejak dia menjengah dunia.

"ayah."  Hanya itu yang mampu terlafaz. Qistina khali.  Dan mata kembali terpegun pada insan yang menapak perlahan dari luar pintu masuk menghampiri ayah. Khal!

Cawan cappucino didepan hanya dibiarkan sepi. Dua pasang mata didepan yang masih tidak berganjak melontar tatapan kembali diberikan perhatian.Dilepaskan nafas tenang. Suasana di Dome Suria KLCC nampak tenang di pagi Jumaat yang penuh barakah. Mata dilontar seketika pada pengunjung yang lalu lalang diluar premis sebelum kembali jatuh pada dua wajah didepan yang masih tunak merenungnya. Sungguh tidak diduga akan berjumpa ayahnya setelah bertahun-tahun menjauhkan diri. Dan tambah mengejutkan Qistina bila memikirkan bertemu ayah juga Khal di sini. Qistina tidak pasti sejauhmana hubungan antara ayah, Khal dan Joe juga keluarganya. Mungkinkah sepergiaannya, ada hubungan erat yang terjalin antara ayah dan Joe sekeluarga. Tapi Khal? Sudah berbaikkah dia dengan Joe? Melihatkan kehadiran Khal disini Qistina merasakan kemungkinan itu wajar namun akal bagai meningkah apabila fikiran menggali semula pertemuan kedua-duanya dipejabat Qistina beberapa minggu lalu. Nampak tegang sahaja kedua-dua. Mungkinkah kehadiran Khal disini sekadar menemankan ayah. Qistina tahu eratnya hubungan ayah dan Khal sejak dahulu. Khal pilihan ayah. Khal lelaki yang ayah amat percaya mampu memberi bahagia dan menjaga Qistina hingga akhir hayat.

“Qis..” Sapaan lembut ayah mengembalikan diri di Dome semula. Kenangan yang hinggap sudah bertempiran dihembus arus masa.

Senyum. “umi sihat, ayah? Iqbal dan Rifqi?”

“Alhamdulillah. Semua sihat. Umi rindu sangat pada Qis.” Mata redup ayah menampar. Qistina telan nafas. Dalam-dalam. Wajah manis umi terlakar di fikiran. Maafkan Qis, umi.

Jeda. 

"ayah tahu Qis masih marah pada ayah. Dan ayah.." Helaan nafas tua ayah menampar hati kecil Qistina. " tahu ayah tak berhak nak tanya apa-apa lagi pada Qis. Ayah yang hukum Qis. Ayah yang.."

"Ayah.." Kura tangan ayah yang kian dimamah usia diusap perlahan. Digenggam.

"Qis tak salahkan ayah. Tak." Kepala digeleng.”semua yang dah berlaku Qis terima. Mungkin ada hikmahnya. Qis redha, ayah.”

“Qis tak mahu balik duduk dengan ayah?..Dengan umi macam dulu. Qis tak dapat maafkan kami kan. Ayah tahu kami banyak lukakan hati Qis. Ayah banyak berdosa pada Qis. Ayah tak patut hukum Qis.”

Kepala digeleng. Kura tangan ayah digenggam. Erat.

“Qis tak pernah salahkan ayah dan umi. Percayalah. Qis cuma mahukan pengertian ayah. Beri Qis ruang untuk seketika. Qis mohon izin ayah. Insya-Allah Qis akan kembali ke rumah bila Qis dah bersedia nanti. Qis harap ayah faham.”Kepala diangguk memohon restu sambil tangan erat memaut genggaman tangan lelaki dihadapan.

Pandangan Khalish masih tidak berganjak dari menatap wajah ayu dihadapan. Perbualan dua beranak ini dihadam dengan penuh rasa bersalah. Kalaulah dia tidak melayan rasa ego dan cembura yang menggila dahulu pasti takkan begini kesudahan mereka. Aku memang bodoh! Ditelan nafas dengan penuh rasa yang bersalah yang tidak pernah lenyap dari kolam jiwa. 

"Qis, maafkan i."

"Khal.." Qistina laju menggeleng. 

“semua ni salah I, Qis. Semua ni berpunca dari i. Kalau bukan i..” Pantas kepala Qistina digeleng menghentikan bicara lelaki disebelah ayah.

“Khal..i’m ok. I’m fine. Ini takdir buat kita..buat you..buat i. Kita kena redha, Khal.”

“maafkan I, Qis.” Kepala diangguk. Senyum halus dilontar. Senyum ayah dilihat terukir lembut.

“Qis..” Terasa genggaman tangannya dibalas ayah.

“ya, ayah..”

“janji dengan ayah Qis akan balik ke rumah. Janji Qis akan balik kalau benar Qis dah maafkan ayah. Ayah rindu sangat dengan Qis. Rindu dengar suara Qis di rumah. Rindu dengar jerit Qis pada Iqbal dan Rifqi. Rindu ketawa Qis dengan umi didapur. ”

Bibir dikemam. Perlahan-lahan kepala diangguk. Senyum segaris dilontar. Dan kilasan matanya bertembung dengan renungan Khalish. Renungan yang sangat dalam. Renungan yang dirasakan melontar makna. Debaran didada kian dirasakan. Lontaran kata-kata Khal sewaktu pertemuan di Alexis kembali memenuhi kotak fikiran. Dan bibir itu dilihat mengukir senyum manis. Manis sekali!

13 comments:

Anonymous said...

warh2..sedihnya hope joe dapt trime segala ujiannya.. pe pown menarik teruskannya...hheheh

Anonymous said...

Sedih gilos.... Kesian Joe.... Harap Qistina dpt memberi semangat dan dorongan kpd Joe utk bangkit drp kesedihannya...

As for bapa Qistina, elokler kalau diaorg dah berbaik2 semula. Tapi biarlah Qistina "take a breather" dulu sebelum pulang tinggal bersama2 bapanya...

Utk Khal pula, biarlah dia menderita tersiksa dan merana a little bit more.... Takkan setakat menyesal dan minta maaf, semuanya akan okay utk dia & Qistina... Biar dia pula merasai kesakitan yg perit yg pernah dirasai Qistina...

Hahaha.... Buat tensi kat cik/puan penulis jer kan!

Anonymous said...

Sedihnyaaa...
Ksian joe..
Apakah nti khal akan bersaing dgn joe?
~acu~

The Lady Chosen said...

kesian Joe, harap tabah... Sinar kebahagian sudah terpancar buat Qis :)

Anonymous said...

Kesian kat joe...mohon qis yg jaga joe sampai baik and biarlah joe yg jdi pilihan qis...pasl khal tu biarlah padan muka dia buat kat qis tu dulu..biar qis dgn cinta baru...

Anonymous said...

Nth2 joe ngn qis tak??
Huhuhu

rahsia hatiku said...

alahai... kecian joe kehilangan maya.. msti lpas ni dia hilang semangat...
nma qistina dan adik2 dia sma ngan anak sedara sye la plak.. kebetulan yg indah betul..hehehe

nur wafa qistina
mohd iqbal hakim
mohd rifqi hakim

zoora said...

salam 2013 cik kucc...nape sedih sgt???apa2 pon suka yg qis dah jumpa ayahnye...wats nxt?

Anonymous said...

huhuhu...sdhnya bila baca part joe yg ditimpa kmlangn dan khlngn maya...moga2 joe tabah mengharunginya....and about khal pulak,..semoga cik writer tetap kekalkn khal jdi heronya...hehe...and khal semoga brjaya menambat semula hati qis...

noorliyana Shamsuddin said...

Sedih . . sedih . sedih . . semoga joe n Qis bertambah2x rapat, erat n melekat . . hikmah disebalik kejadian . .

kucc_aprilsnow said...

anonymous1-wife mati mesti sedey woo..tenkiu2

anonymous2-hamboi niat nk bg kucc tensei ek..kijam tol tau..ahaks

acu-agak2?..ngeh ngeh ngeh..haperhaperpung sila folow yer,kuikuikui

Lady-ehemmmmmmmm

anonymous3-walla ganasnyer..marah tol kat Khal yer..hehehe

anonymous4-rasa2nyer camner ek? hehehe

rahsia hatiku-xilang, insya-Allah..Joe kuat. Subhanallah..xsangkanyer ek..sama aar..tapi seronoknyer bc..sedap nama2 niece & nephew u dear

zoora-hepi new yrs too dear..next? tunggu yer..hehehe

anonymous5- sedey lor wife dah mati kan..well, nk tau sapa dpt Qis akhirnya nnt kena tunggu yer..hahahaha

liyana- wah wah dah siap pick up nampak..hehehe, haper2 pun kiter tunggu ye sapa pilihan Qis..kuang3x

Ct.szb said...

mkin ka Joe ngan Qis?

norihan mohd yusof said...

Touching lh dek akk baca n3 u neh...hukhuk sedeh sesangat...joe hilang insan tercinta..hope qis leh jd penyuntik semangat joe...agar leh terima ketentuan ilahi...sume tuh dh tersurat,so redha lh joe...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...