Thursday, January 10, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 16


Bab 16
Berdepan dengan ketentuan hidup satu kemestian yang mahu tidak mahu perlu ditelan dengan penuh rasa redha. Seikhlas hati. Setulus jiwa. Sedih yang tak terhitung, pilu yang tak tergambar itu lumrah manusia. Kita insan lemah. Namun, ketentuan hidup itu kenyataan yang tertulis. Itu noktah perjalanan sang empunya diri yang sudah sampai ke destinasi sementaranya. Itu kalam janji yang tersimpul sejak roh ditiup antara sang peminjam dan pemberi pinjam. Janji tetap janji. Sampai waktu, tiba detik perlu kembali pada yang hak.  Sesaat tidak akan tergelincir. Itu pasti.

Segalanya sudah tersurat. 

Takdir itu janji. Janji yang Esa. 

Wajah penuh pengharapan Joe ditatap dengan penuh gundah yang bergayut. Bagaimana harus dimulakan bicara yang bebanannya mengalahi segala gunung ganang yang terbentang di benak. Qistina rasa dia sudah tewas. Tersungkur sebelum melangkah ke gelanggang. Kaki takkan mampu memecut lari. Terpasung anggota semua ke kerusi kaku. Air liur sudah tak terhitung terjun ke rongga namun yang terasa jadam. Lelaki dihadapannya ini masih takzim penuh luhur menanti bibir Qistina mengungkap kalam rahsia. Rahsia yang maha dahsyat buat sang suami. Bagaimana harus diterjemahkan sebuah kesimpulan yang cukup onak untuk ditelan. Sang isteri sudah kembali pada yang hak. Kembali yang takkan menyusul lagi. 

Ya Tuhan. Beratnya sebuah tanggungjawab.

"Joe.." keluh berat terluncur. Bagaikan tergantung bata nan berat di kantuk suara. Nafas dalam-dalam terlepas. Dada berombak. Laju. Deras. Kendur. Tegang. Sebelah tapak tangan hinggap di wajah. Diraup. Lama bertakhta. Dalam hela nafas, dipanjatkan kekuatan. Jika ini jalan. Jika ini caranya. Tiada lain yang mampu dilakukan. Lepaskan semua. Bongkar. Biar pedih. Biar luruh. Qistina tahu Joe berhak. Sangat-sangat.

"Qis..aku tahu kau tahu tentang Maya." Bilah kalam pertama pantas dipancung. Mata enggan berkedip. Terlongo. Ada yang tersekat di salur kerongkong.

" Please Qis. Tolonglah beritahu aku. Aku tanya mama..mama bisu. Aku tanya papa, papa tunduk dan suruh aku jangan fikir banyak sekarang. I...i.." Suara Joe tersekat. Serak. Qistina ketap bibir. Kuat. Empangan sudah bergoncang. Ditahan sekuat daya.".. smell something. I knew something happened to my Maya. Qis, tolonglah. Tolong beritahu aku, mana Maya. What happened to her, Qis."

Lengan yang tersarung kemeja putih lengan panjang The Audrey terasa disentuh. Dan serentak dua biji mata jatuh melorot ke lengan. Tangan sasa yang masih berbekas calar ditatap. Kelopak mata diangkat perlahan. Dua pasang mata saling memanah. Saling memandang. Saling merenung. Bisu. Fikiran sedang saling bertukar bisik. Qistina jeda. Wajah lelaki ini mohon pemahamannya. Dilafazkan ucapan bismillah. Hati yang berdegup kencang dimohon bertenang.

"Joe..kau sayang Maya kan?"

Angguk. Qistina balas angguk. Bibir dikemam.

"mama papa kau dan mama papa dia juga semua yang lain pun sayang Maya. Termasuk aku,Joe."

"Qis..." Joe resah. Bicara Qistina dirasakan bagai penuh tersirat. Hati berkocak. Ada apa sebenarnya. Apa yang dah berlaku? Maya..Maya kenapa?!!

Senyum.

"Kau kasih kan Maya kan?"

"she's my wife, Qis."

Angguk. Diteguk liur yang terasa sembilu.

"yang lain pun kasih sangat pada dia."

"Qis..what is going on? Where is Maya? Tell me, Qis. Where is my wife!" Tempik Joe bergema. Bersahut dengan pecah suara yang kian serak. Bibit sedih mula memancar. Qistina rasa tubuhnya bergegar. 

Khali.

"Qis.." Lengannya digoncang. Dua pasang mata bertentang. Sayu. " cakap apa yang dah berlaku pada Maya. Tolong, Qis." 

Mata dikedip perlahan. Dada rasa terhentak. Berat bagai seketul bongkah bata.

"Joe..aku tau kau sayang dia. Sangat-sangat. Kan?"

Angguk. Mata Joe tidak berkalih pandang. Butir bicara dari ulas delima Qistina dinanti tanpa sabar. Debar di hati makin memuncak. Yang terlintas diminda cuba disangkah. Tidak sanggup!

"Tapi..." Qistina lepas nafas.  Wajah Joe direnung. "sayang dan kasih kau, aku dan semua yang lain pada Maya takkan sama dengan besarnya sayang dan kasih "Dia". Dan kerana janji kasih sayang Dia pada insan yang terpilih, Dia pasti akan tunaikan. Takkan mungkir. Dan kita...takkan mampu menghalang. Takkan dapat, Joe. Takkan."

Jeda. Joe paling wajah ke dinding. Sebelah tapak tangan hinggap di bibir. Dipaut kuat. Gelora rasa yang membuak menunggu masa melimpahi tebing. Kata-kata Qistina sudah menoktahkan jawapan. Yang terlintas diminda benar belaka. Benar belaka!

"Maya...Maya.." Joe ketap bibir. Mata bundar Qistina direnung kembali. Menagih kepastian.

Qistina angguk. Bibir dikemam. Kuat. Genang di empangan pecah. 

Joe hela nafas. Mata dipejam. Ada rasa yang menghiba di jiwa. Hujan mencurah-curah di ujana hati. Lebat. Seraut wajah cantik berlesung pipit sedang tersenyum. Manis. Ketawa kecil. Lambaian tangan makin jauh. Jauh. Langkah lenyap. Bayang hilang. Perlahan-lahan. Joe terkapar. Sendu berlagu.

Khali.

"Qis.." Lengan terasa kuat dicekak. 

"Joe..." Ditahan sendu yang bertamu. "aku tahu. Aku faham."

"Qis..ak..aku...aku..." Cengkaman sasa dilengan kurusnya makin kuat. Qistina hembus nafas. Angguk. Mata dibenamkan pada raut wajah tampan didepan. Cuba menjelajah ruang jiwa lelaki yang kehilangan sebelah nyawanya. Kehilangan yang tidak pernah diduga. Hadir ketika bunga-bunga bahagia baru mengulit halaman hidup.

"kenapa Maya, Qis. Kenapa bukan aku?"

"Joe...ikhlaskan dia di sana."

"Qis..Maya..Maya..aku...aku.."

"lepaskan dia dengan redha, Joe. Biar dia tenang disana."

Jeda.

"Qis..." Mata Qistina ditenung sayu. Bibir Joe sedikit mengeletar dimata Qistina. "bila?"

Qistina tunduk memandang lantai.

"Qis, please.."

"malam yang sama."

Joe geleng kepala. Tubuh sasa Joe bergegar. Tapak tangan kukuh di bibir. Menahan tangis dari terhambur. Gagal.

"aku..aku yang salah, Qis. Aku yang salah. Kalau aku yang pandu, mungkin..mungkin.." Esak terus berlagu. Nafas Joe turun naik.

Qistina tunduk sejenak. Mencari nafas yang tersangkut.

"takdir bukan untuk disalahkan,Joe. Takdir perlu diterima dengan seikhlas jiwa. Percayalah. Dia tahu yang terbaik untuk tiap hamba-Nya."

"ta..tapi aku sayang Maya, Qis."

"Allah sayang Maya lebih dari kita semua,Joe."

Joe geleng kepala untuk kesian kali. Esak makin kuat terdesir. Singgah menyapa cuping Qistina. Cengkaman dilengan makin utuh. Tubuh sasa dihadapannya bergegar. Ketap dibibir Qistina kian perit. Dan segala sendu Qistina runtuh. 

Diluar pintu yang kecil terkuak, dua tubuh separuh abad turut sama mengusung pilu.


* * * * * * *
"kenapa tak makan,hmmm." Khalish sorong mangkuk wild mushroom soup kedepan  Qistina. Wajah suram sang barbie doll kesayangannya ini sejak dari pejabat tadi masih belum surut. Jemari runcing yang bermain-main dengan garfu di lantai kaca yang terisi Fettuccine Carbonara ditatap takzim.

Qistina angkat wajah. Khalish yang belum usai memujuk dengan senyum direnung. Entah mengapa fikiran jauh melayang mengingati pertemuan dengan Joe semalam. Dan pagi ini tika Qistina tiba, jururawat bertugas menghalang. Dia diberitahu Joe enggan bertemu sesiapa. Hatta Datuk Kamarul dan Datin Khalida. Langkahnya bungkam didepan pintu bilik yang rapat tertutup. Pasti Joe terlalu sukar menerima kenyataan ini. Qistina menyaksinya kala dia membongkar rahsia yang dilipat kemas dari bibir setiap anggota keluarga. Dia akur dengan rayuan Joe. Qistina tak sampai hati melihat Joe terpinga-pinga dalam pencarian. Hakikat tetap kenyataan. Mereka berdua sudah terpisah. Berpisah selama-lamanya dengan belahan jiwa. Ditinggalkan kekasih hati tanpa salam selamat tinggal. Beginikah agaknya rasa dijiwa lelaki dihadapannya ini kala mereka"berpisah" dahulu. Atau sebenarnya tiada rasa itu di ujana hati lelaki ini hatta bila semuanya sudah terbongkar. Salah jelas dipihak yang mana. Qistina gali igau semalam. Tiada kunjungan warkah dan berita jauh sekali ungkapan maaf darinya selama dia menumpang teduh di tanah ratu. Tidak pernah bersedihkah lelaki ini dengan "perpisahan" mereka dahulu. 

"Khal.."

"hmmm.." Kunyahan potongan rib eye yang disalut mushroom sos sebentar tadi diperlahan. Mata menjunam pada wajah comel didepan. Dalam suram lampu di Toowoomba raut keanak-anakan ini tetap memukau.

"you sedih tak masa i "pergi" dulu. You sebenarnya tak sedih kan. Not even a bit. Sebab tu you tak cari i. You hanya tunggu i balik sahaja kan. You tak usaha cari i disana."

Khalish teguk liur. Terasa jadam. Lantai kaca rib eye yang terhidang sama dengan potongan kentang yang menggiurkan dan brokoli yang menyegarkan bagai terbang lazatnya. Soalan Qistina yang bertubi-tubi menerjah benak. Diangkat wajah. Dua bebola bundar yang dibaluti maskara tipis pada kelopak ditatap tidak berkelip. Rasanya masa yang dia nanti sudah tiba. Sang barbie dollnya ini perlu tahu segala yang tersimpan di jiwa lelakinya selama lima tahun "perpisahan" mereka. Ditinggalkan belahan jiwa yang melumpuhkan separuh nyawanya.

"Qis.."

13 comments:

kak na said...

beratnya citer ni...sesak nafas ni
tq kucc

Ummu Ifa said...

takut plak nak baca utk seterusnya

Anonymous said...

arghhhh pendek . tak puas nak selami haty qis T___T good job writer :)

Anonymous said...

Alaaaaaaaaaa... Teganntung!!!!
Can't wait next
~acu~

Zalida said...

kucc....sedihnya kisah joe. harap2 khal mampu mendapatkan kembali cinta barbie dollnya....

noorliyana Shamsuddin said...

Apakahhhhh hadoiiiii gantung tak bertali....

Joe - tabahkan hatimu sayang

Qis - Cari kepastian, kepastian yg tak menyakitkan hati tapi mungkin akan berubahnya pendirian

Khal - Usaha tangga kejayaan

hk said...

alaaaa...janganla pulak nanti sbb kesiankan joe Qis buat keputusan yg tak sepatutnya...

norihan mohd yusof said...

kisah sedeh joe wat ati qis meratap akn crite sedeh sendri...joe n qis punye kisah yg berlainan namun rase yg same....kecewa dn terluka tk terelak kat ati masing2..so khal bakal terdera kot...jiwa n rase dihati..teruja dek crite u neh...n sedeh...

Anonymous said...

I like..... sambunglah lagi.....

Secara peribadi, nak Joe yg menghuni hati Qis... Tetapi ni kan karya kucc, maka kucc yg menentukan arahtuju karya ni....

Eijan said...

Wah mcm khal bakal ada pesaing lps ni....

Tapi nape pendek je n3 ni kucc....nak lagi dan lagi yo....

Anonymous said...

Nak Qis ngan Joe....
biar khal tau apa itu makna kesakitan...kepedihan...sorry khal tak de peluang ke2 untuk anda...lagi pun cinta tak semestinya bersatu...hanya cinta juga tak cukup untuk membina satu perhubungan..tapi kepercayaan adalah kunci utamanya...itu semua ada pada joe....hehehe over plak...

Anonymous said...

kak,apasal tergantung je ni...bt sy x sbr nk tau ksh selanjutnya...hehe...kak,kekalkn la hbngn Qis dgn khal...Xnk joe...biar la joe jpe org lain...qis hnya untk khal je...hehe..

Ana said...

biar le khal ngan qis......jgn tukar hero pula.....semua sbb dah fhm. ..khal patut dibr peluang kedua......jgn pisahkn dia org.....pls kucc

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...