Monday, January 7, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 15

Bab 15
Qistina tarik tombol pintu bilik perlahan. Rapat. Kunci ditangan disorong ke lubang. Diputar kemas. Gugus kunci dimasukkan cermat kedalam perut Michael Kors yang ternganga. Fail putih ditangan dikepit ke dada. Ada yang perlu disambung dan perlu dibereskan dirumah. Laporan yang sepatutnya disediakan Joe harus diambilalih oleh Qistina. Michael Kors coklat tua disangkut kemas ke bahu. Langkah bersarung kurung coklat muda bersama tudung yang berona agak gelap sedikit perlahan. Mata diangkat memandang ke hadapan. Sepi sedikit. Kawasan sekitar "work station" di luar bilik sudah sunyi. Pasti ramai yang sudah pulang. Dia sahaja yang lewat hari ini. Itu getus hati kecil Qistina. Pergelangan kanan diangkat. Muka Tag Heuer ditatap. Dilepas nafas. Patutlah, pukul sepuluh dah pun! Dilepaskan nafas dalam-dalam. Langsung tidak sedar akan pantasnya masa berlepas dari paksinya. Tapak tangan dibawa ke tengkuk. Diurut lembut sambil kaki terus diseret. Langkah longlai diteruskan ke destinasi. Ketiadaan Joe yang masih dalam "cuti sakit" menyebabkan Qistina sedikit sibuk.

Mengingatkan Joe, jiwa perempuan Qistina meruntun pilu. Joe yang baru sedar kelmarin selepas tiga minggu bertarung nyawa masih tidak lagi dimaklumkan perihal Maya. Semua pihak sudah diminta untuk merahsiakan buat sementara waktu. Itu pinta Datuk Kamarul. Itu mohon Datin Khalida. Kata mereka biarlah sehingga keadaan Joe mengizinkan. Biarlah Joe benar-benar sudah kembali pulih. Dapat dirasakan beban yang ditanggung kedua-dua orang tua Joe ini. Qistina yang turun melawat semalam seperti hari-hari sebelumnya hanya menjenguk dari jauh. Rasa syukur yang tidak terhingga bila dikhabarkan oleh mama Joe yang dia sudah sedar dari koma. Wajah Joe yang jelas masih terawang-awangan hanya diintai dari jauh. Tidak mahu mengganggu masa kaum keluarga Joe yang begitu terhad memandangkan keadaan Joe yang masih belum pulih sepenuhnya. Melihat Joe yang seakan-akan masih mamai bagaikan baru dikejutkan dari lena yang panjang membuatkan kolam matanya bergenang. Tidak sanggup dilihat wajah yang jelas masih berbalut kepalanya itu. Joe yang masih lemah dimata mengundang gundah dihati Qistina. Entah apa reaksi lelaki ini nanti jika khabar Maya sambil ke telinganya. Kuatkah Joe untuk menghadapi kehilangan Maya yang tiba-tiba? Mampukah Joe untuk menerima kenyataan tentang diri yang sudah ditinggalkan Maya tanpa salam selamat tinggal? Penyatuan yang hanya berusia kurang 15 bulan tu berakhir dengan penuh tragis. Raut wajah yang tidak putus memberikannya semangat selama ini terlayar di minda. Joe, please be strong.. 

Dan ketiadaan Joe yang tiba-tiba membuatkan Qistina mahu tidak mahu harus memikul dua tugas serentak. Tugas-tugas Joe yang tergendala diletakkan dibawah tanggungjawabnya. Mahu menolak tidak sanggup disuarakan waima diri sendiri rasa tidak terdaya dengan beban tugas sendiri. Amanah daripada Kamal yang memohon sungguh-sungguh daripadanya untuk mengambilalih tugas Joe buat sementara waktu membuatkan langkah kakinya dalam seminggu dua ni agak tidak jejak tanah. Seperti kata Zita, sibuk mengalahkan Presiden!

BMW diperlahan tatkala memasuki simpang ke banglo Zita. Dari jauh mata menangkap jelas ada kenderaan yang terparkir diluar pagar. Lampu kenderaan yang terpasang menandakan ada orang didalam kenderaan tersebut. Makin didekati, hati berdegup kencang. BMW hitam yang terparkir didepan cukup diketahui pemiliknya. Kenapa pulak dia ada kat sini nih? Ada hal apa lagi? Tak cukup lagikah gangguan dipejabat yang dikirim setiap hari. Air liur ditelan. Jari telunjuk hinggap dipelipis. Dielus perlahan.

Sepanjang tiga minggu ini hari-harinya dihujani dengan kunjungan jambangan lili putih. Hatta dihujung minggu juga jambangan itu akan hadir menemani harinya. Zita sedikit tidak selesa. Qistina jelas tentang itu. Memang Zita dari dahulu anti dengan Khal. Azhar yang cool hanya mengulas dengan senyuman yang manis. Qistina sememangnya tahu itu daripada Khal. Biar tiada sebarang tanda disisipkan, Qistina cukup tahu jambangan nan indah itu daripada Khal. Dia takkan bertanya pada empunya tangan yang memberi. Dia maklum akan jawapannya nanti. Khal pasti ada agendanya. Dan Qistina belum bersedia untuk apa-apa jawapan pada niat yang terselindung disebalik rumpun jambangan nan indah itu. Sejak dahulu hanya Khal yang tidak pernah putus mengirimkan jambangan lili nan putih buatnya hatta dihujung minggu! Kata Khal lili itu seperti Qistina. Yang cantiknya istimewa. Cantik yang tidak mudah diperolehi di mana-mana. Cantik yang bukan biasa! Aah, Khal..bicara indah sememangnya mampu membuai hati seorang Annur Qistina. Memori menyulam cinta dahulu kembali menyapa kotak fikiran. Dan sepanjang dua minggu ni Khal bagai mahu mengulangi kenangan manis mereka dahulu. Mahu mengembalikan saat-saat itu..barangkali. Bohong jika dikhabar jiwa halus Qistina tidak terusik. Getarannya mengusik hingga ke jantung!  

Dihentikan enjin. Sedikit jauh dibelakang enjin buatan Jerman dihadapannya ini. Jelas dilihat pintu pemandu BMW dibuka perlahan. Sesusuk tubuh yang cukup dikenali sedang berdiri. Wajah itu melontar pandangan ke arah BMW putih Zita yang sedang didudukinya ini. Dia hanya memandang seketika. Bermacam-macam lintasan sedang singgah di fikiran. Dilontar lagi pandangan ke hadapan. Wajah itu masih takzim memandang ke arah belakang. Memandang ke arah Qistina. Pasti menanti Qistina keluar dari perut kereta. Dihela nafas panjang seraya lafaz bismillah terluncur kemas dari ulas delima. Dicapai pemegang pintu.

Khalish tunak memandang langkah  Qistina yang sedang menghayun gerak kaki ke arahnya. Langkah yang penuh hati-hati. Sudah tiga minggu dia hanya mengirim lili sebagai pengganti diri. Petanda betapa Qistina sentiasa segar dihati. Petanda Qistina sentiasa istimewa dihati  dan dijiwa Khalish. Sejak kejadian dahulu, dia tidak lagi dibenarkan lagi bertemu Qistina di pejabat. Kata Ray, Shima sudah diberi amaran oleh Kamal. Tiada urusan peribadi di pejabat. Jumpa sahaja diluar. Jumpa diluar? Tidak tahu agaknya  atau pura-pura tidak tahu si Kamal itu tentang sikap Qistina lewat kepulangannya ini. Susahnya mahu mengatur janji. Pantas sahaja ditolak. Qistina sungguh-sungguh mahu menjauhinya. Qistina bagai mahu menderanya kali ini. Qistina mahu dia menikmati apa itu makna disakiti. Qistina tidak tahu barangkali biar disakiti beribu sekalipun dia tidak akan undur. Kesilapan silam takkan diulangi. Tak apa jika menyakiti itu mampu meredakan amarah Qistina. Mata masih tegun memandang ke belakang. Dalam samar malam pekat, susuk tubuh tinggi berkurung coklat lembut itu nampak ayu sekali. Wajah damainya menggamit senyum di bibir makin mekar. Salam yang dihulur sang barbie doll pujaannya ini disambut lancar berserta senyum manis. Wajah itu turut mengukir senyum kecil. Manisnya dia!

Desir angin malam yang bertiup menampar pipi. Ditelan nafas untuk kesekian kalinya. Wajah tampan dihadapan yang jelas masih segak dengan kemeja lengan panjang biru berjalur yang sudahpun dilipat hingga ke paras lengan. Pasti dari pejabat nih! Salam yang dihulur tadi dijawab jelas dengan senyum yang tidak langsung hilang dari bibir. Qistina membalas seadanya. 

"dah lama tunggu di luar ni?"

Khalish toleh pergelangan tangan. Mata kembali dilontar ke wajah mulus dihadapan. Wajah yang jelas terukir garis-garis keletihan.

"setengah jam."

"Kenapa tak masuk dulu? Zita dengan Azhar ada kat dalam."

Khalish senyum seraya ketawa kecil.

"You nak i kena bambu dengan Zie.  Macamlah you tak tau kawan baik you tu anti sangat dengan i ni dari azali lagi." Khalish hembus nafas sebelum kembali meneruskan bicara. "Menyampah sungguh dia kat i kan. Agaknya kan muka i nih buat dia ingat kat budak lelaki cute yang pernah buli dia masa sekolah dulu kut. Budak tu pulak dia minat dalam diam. Issy..tragis betul." Khalish geleng kepala.

Pecah ketawa Qistina dengan kata-kata spontan Khalish yang lucu. Khalish turut ketawa. 

Jeda.

Qistina hela nafas. Wajah dihadapan ditentang tenang.

"hmmm...anything, Khal? Apa yang buat you tunggu i sampai lewat macam ni." Tubuh yang tersandar dipintu kereta ditatap tenang. Sedikit dijarakkan tubuh. Senyum di bibir itu belum usai. Qistina membalas sekadar-kadar. Hati gundah jika berduaan begini. Sudahlah menumpang di rumah orang, berkelakuan tidak manis pulak di malam hari!

"lambat you balik.."

Pertanyaan Qistina dibalas dengan pertanyaan.  Senyuman di bibir itu tetap tidak berganjak. Qistina sedaya upaya mengawal tenang. Penat yang terus bergayut di tubuh kian menghambat. Dia mahu segera menamatkan perbualan ini. 

"banyak kerja sikit. Kena tengok keje Joe sama. I'm handling both. You pun tau kan i  dengan Joe satu team."

Khalish angguk. Ya, satu team. Team yang sangat rapat. Dan itulah yang sangat dia risaukan. Sejak dahulu lagi. Joe tu macam lebah yang mencari madu istimewa dan Qistina si kembang lili yang sangat istimewa. Kumbang mana yang tidak tertarik.

Joe. Nama itu bagai memberikan isyarat yang tidak nyaman dihati. Hakikat. Dari dahulu seteru antara mereka tidak akan mungkin padam. Bara yang sudah suam pasti akan kembali hangat jika ia dihangatkan dengan simbahan api pergeseran. Dan musibah yang menimpa lelaki itu biarpun mengundang simpati dihati namun dalam masa yang sama pintu jiwa tetap digoncang rasa gusar. Joe sejak dahulu memang sukakan sangat barbie dollnya ini. Dan kini keadaan Joe mengundang prihatin yang lebih daripada Qistina. Jiwa lelakinya berantakan bimbang. Bayu cemburu kuat berdesir. 

"everything ok?"  

Qistina angguk. Perlahan. "alhamdulillah."

"good." 

"Khal, sorry..tapi i penat sangat. Dah tiga minggu i tak rehat. Please..kalau tak ada apa-apa yang penting, i wanna excuse my self,hmmm. I need a rest. Tak isyak pun lagi nih."

Khalish angguk. "dah dinner,hmmm."

Geleng. " takder selera." 

Sungguh dia hilang selera sejak dua minggu ni. Makan pun hanya bila dipaksa. Dan Zita satu-satunya insan yang mampu membuatkan dia membuka mulut dan menelan apa sahaja yang disorongkan ke rongga yang ternganga secara paksa! Kata Zura, dia rindukan Joe barangkali. Yelah selama dia jejak kaki ke lantai pejabat ini, memang Joe temannya untuk sesi makan. Baik pagi, tengahari, petang mahukan malam. Kadangkala kerap dia marah pada Joe kerana tidak pulang makan bersama Maya. Alasan Joe, Maya memang perempuan yang jenis tak makan malam. Jenis yang fobia dengan makan malam. Alasan kuno yang tertanam dalam akar fikiran, makan malam penyebab kegemukkan. Aah, Joe malas nak layan. Nanti dia yang terkulat-kulat dimeja makan sendiri. Kata Joe, makan bersama Qistina buat kegembiraannya berganda. Qis tanya apa yang berganda. Joe angkat kening. Senyum. Dapat melayan selera dan ditemani pula gadis pujaan hati sepanjang zaman. Dua kegembiraan yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Joe..Joe. Kalau menyusun mengayat memang juara. Bibir tanpa sedar menguntum senyum.

Khalish tegakkan tubuh yang tadinya disandarkan ke bahu kereta. Dua tangan disilangkan ke tubuh. Bibir Qistina yang menguntum senyum menangkap pandangan. Sukar ditebak apa yang membuatkan bibir itu tiba-tiba mengukir senyum. 

"wanna eat anything? I get it for you. Just name it, Qis."

Geleng. Senyum lagi. "thanks. I sungguh tak ada selera,Khal. Just nak mandi, solat and tidur. That's all i need."

"ok." Khalish telan nafas. Dalam. "I was thinking.."Dimamah wajah redup Qistina. " wanna asked you out for dinner. Tiga minggu nak dapatkan you macam kejar PM, Qis. Call i pun you tak jawab. My inbox message was empty. Well, i try to understand your situation. But Qis, please jangan pinggirkan i. You tau kan you tak pernah hilang dalam diri i. And i tak mampu nak hilang you sekali lagi, Qis."

"Khal..." Mata bundar Qistina memanah. Ada rasa yang sukar diungkap. Bergumpalan di didalam dada. Bibir dikemam. Perlahan-lahan dilontar helaan nafas. Dikawal setenangnya. Beberapa kali lafaz istighfar berlagu di sanubari.

Khalish angguk. Senyum cuba diukir. Payah. "sori to disturb you, Qis. I faham." 

"Khal..." sekali lagi dilafaz. Kedua-dua saling memandang. Desir bayu menyapa raut wajah kedua-duanya.

"nasi lemak Tanglin for breakfast tomorrow. Boleh temankan,i?." Senyum disimbah.

"anything for you, dear."

Senyum mekar lagi dibibir Qistina.

" Bawak duit lebih tau. Nak makan banyak-banyak. Tak kira!"

Angguk. Dua pasang mata saling tersenyum.


 * * * * * * *
"apa dia nak tu?"

Senyum.

"missed me."

 Cebik. 

"Ngada-ngada."

"apsal dia taknak masuk?"

"hmmm..kat dalam ni ada pembuli nombor satu negara. Dia tak mahu pergi keje esok dengan mata lebam sebelah."

"Qis!!!!!!"

Ketawa. Langkah deras dibawa mendaki tangga.


* * * * * * *
Senyum dihulur sebelum tubuh tenggelam di lantai kerusi disebelah katil. Tenang suasana didalam bilik yang menempatkan Joe sendirian. Pasti ini permintaan kedua orangtua lelaki ini. Pasti mahukan Joe tenang tanpa sebarang gangguan. 

"Rindu kat kau, Qis...rindu nak menyakat kau." 

Dikerdipkan kelopak mata. Senyum terus meniti dibibir. Kata-kata yang terlontar dihadam tenang. Melihat sedikit cahaya diwajah tampan ini hati dibalut  syukur. Alhamdulillah. Hari ini Qistina minta izin Kamal untuk berikan dia masa sejam dua untuk mengunjungi teman baiknya ini. Sejak sedar dari koma, Qistina hanya mampu memandang dari jauh. Tidak mahu mengganggu masa kaum keluarga dan sanak saudara lelaki ini yang datang dari jauh. Qistina tahu ibu saudara dan bapa saudara Joe disebelah papa dan mamanya memang kebanyakkannya menetap di luar negara. Dan Joe satu-satu anak saudara lelaki tunggal yang begitu disayangi oleh semua. Wajah yang masih terbias calar-calar di pipi ditatap lagi. 

"semua kat office rindu kau, Joe. Sihat cepat, hmmm. Tak larat buat keje kau. Pengsan aku."

 Ketawa. 

"Qis.."

"hmmm.."

"Maya macammana? Is she ok?"

Nafas seakan berhenti. Jantung Qistina direntap kencang. Mata terhenti berkelip! Dan air liur tersekat disalur rongga.

"Qis?" Wajahnya ditatap tunak oleh sepasang mata indah milik Joe. Jawapan yang ditagih terlalu berat untuk dilontar. 

Ya Allah.

15 comments:

Zalida said...

Apa Qis nak jawap dengan Joe ni? Boleh dia buat2 pengsan ke? kesian....

Anonymous said...

setiap hary trtunggu new n3 dri sis . good job sis :) i like ur writting very much <3

noorliyana Shamsuddin said...

Alaaaa tolong le pengsan . . . Joe!!! kesiannya kat awak.... sob sob sob,

Qis, mencabarnya hidup kamu . . tlg jgn balik pada dia, sifat cemburu yg melampau n sifat mengongkong tak kan boleh hilang dgn mudah tau

kak nora said...

pastinya lepas nih...joe bakal memburu qistina...habislah ko khal...makan ati ler jawabnye...

rahsia hatiku said...

soalan joe 2 boleh buat qis tergaman, nak jawab susah xjawab pun susah.. tapi bnda ni xkan boleh sorok lama2 gak...

norihan mohd yusof said...

oh.. sesape pun wat lh joe terima hakikat yg hakiki...pasti joe bleh terima bile dari.. nye kite datang pd nye jua kita kembali...ajal dn jodoh dari nye,ketentuan nye hope joe leh redha pd takdir ilahi...awat khal rase tergugat kedudukan ker??best man win...khal hehe

Anonymous said...

Biarlah novel ni lain dr kebiasaan ...biar joe jdi hero..mesti ramai yg marah kat akak..hehe..but it up pd penulis.

nana said...

Sayapun nak kelainan, nak Joe jadi hero

Anonymous said...

ples2!!!!!!!!!!
nk KHAL dgn QIS....
walopn KHAL prnh sakitkn hti QIS, tp KHAL x prnh menduakn QIS @ main kyu 3.....
JOE x sesuai tuk QIS, walo dh da istri msh mnaruh prsaan pd org lain....

zoora said...

oohh oohh owwhh ape nak jawab ye?

Anonymous said...

Firasatku, Joe gaduh dgn arwah isteri pasal si Qis dan terus accident. Arwah isteri cemburu sbb Joe selalu dinner dgn Qis...

Harap2 terbukalah hati Qis utk Joe... Pls..pls..pretty pls.... Taknak Khal sbb dia dah melukakan hati Qis sehingga ke akar umbi....

hihihi....

Eijan said...

Dah makin suka pulak kat Khal ni....w/pun kesian juga kat Joe....Khal please fahami hati Qis yg hanya utk dia...jgn cemburu sgt...nnt merosak kebahagian diri....apa2 pun teruskan usaha pika semula Qis tu....

miss nina said...

saya tetap nak khal dengan qis.
lainlah dah tertulis lepas ni qis dengan joe.. kena jugak terima :P

Anonymous said...

sayang, salah tu sepatutnya : kelajuan BMW diperlahankan, bukannya Stereng BMW diperlahankan

tak pe kecik punya hal lah, teruskan berkarya.

-TAJ-

laila said...

betul tu...dah ada wife tp sms hati kt qis.....di mana kesetiaan?@Joe still x dpt trm yg qis anggap dia hanya kwn selamanya?
trs kn usha khal..

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...