Thursday, December 13, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 9

Bab 9
Mata bundar masih tunak memandang jalanraya dihadapan. Sebelah tangan mengelus pelipis. Dikedipkan mata berkali-kali. Cuba diusir jauh-jauh segala macam rasa dan bayang yang cuba mengetuk-ngetuk pintu jiwa. Sesak. Tangan kanan yang takzim di stereng bagai tidak terasa. Stereng ditangan bagai terawang-awangan. Qistina hela nafas untuk entah ke berapa ratus kali sejak meninggalkan renungan Khalish yang tertinggal di ruang depan hotel tadi. Renungan itu masih enggan pergi dari terus menari didepan layar matanya. Senyuman lelaki itu masih tidak mahu beralah, enggan berganjak dari menjengah jendela hati Qistina. Dada masih kuat bergoncang irama kisah dahulu antara mereka. Just go away..go away.

We'll meet again, Qis..

Just go to he... Qistina ketap bibir. Pedal minyak makin laju ditekan. 

I takkan putus asa. Kerana i tahu hati kita masih satu. Perasaan you pada i, dan perasaan i pada you tak pernah berubah. Dan i sangat pasti tentang itu.

Dan aku juga sangat pasti perasaan itu dah mati, Khal. Dah lama mati! 

I missed you so much, Qis..

I hate you, Khal! I hate you! Hate you!

Dihempas tangan yang mengelus pelipis ke pipi stereng. Kuat. Terasa sengal tapak tangan. Sakit. Namun hatinya jauh lebih sakit. Bibir diketap. Tubuh rasa menggigil. Dia benci dengan apa yang dilalui sebentar tadi. Dia marah dengan apa yang perlu dihadapi sebentar tadi. Kenapa mesti sesingkat ini damai jiwanya sejak pulang dari rantau digoncang dengan kemunculan manusia yang paling tidak ingin Qistina temui lagi di muka bumi Allah nan maha luas ini. Just go away, Khal. Go away from my life..

welcome back my beautiful barbie doll. 

My beautiful barbie doll. Ayat tu berulang tayang dikepala. Mata Qistina terkelip-kelip. Kenangan itu hadir. Hadir kembali mengumpil pintu memori yang telah lama dikunci. 

"Qis...tunggu.." 

Langkah Qistina yang laju menuruni tangga terhenti. Nama yang yang diseru cukup jelas di cuping. Kepala yang tadi memandang kedepan menoleh ke belakang. Rambut panjang hitamnya yang lurus mencecah dada beralun cantik saat kepalanya berpaling. Beg yang tersandang dibahu yang sedikit melorot ditolak ke atas. Tubuh Zita yang berlari-lari anak mengejarnya dikerling. Apa pulak cik kak ni nak? 

Zita ambil nafas sekejap. Dihela dan dihembus berulang kali. Langkah kedua-duanya  beriring menuruni tangga. 

"apahal ni, Zie." Wajah penat teman baiknya ini ditatap. " jap jap Qis..." Zita laju menutur. Qistina angkat tangan. Isyarat supaya Zita berhenti sekejap dari bercakap. Diundur tubuh ke dinding kala dirinya berpapasan dengan beberapa pelajar sefakulti yang menaiki tangga. Senyum dilontar pada yang dikenali. Ditarik tubuh Zita ke dinding. Perlahan-lahan langkah disambung semula menuruni tangga. 

Langkah kedua-duanya sudah sampai ke bawah. Dihala tubuh pada bangku kayu yang terletak di tepi tangga. 

"haa..cakap apahal yang macam kena kejar dengan hantu jer nih."

Zita hala tapak tangan ke arah Qistina "Banyak kau punya hantu. Ni..ada pesanan segera dan penting yang aku nak kena sampaikan ni.." Tapak tangan diletakkan ke dada. Diurut seketika. Huh, penatnya mengejar cik kak sekor nih. Laju jer menonong. 

Qistina kerut dahi. Sedikit pelik dengan perlakuan Zita. Apahal la pulak nih. Pesanan apa? Penting sangat ker? Helaian rambut yang jatuh ke muka ditolak lalu diselit ke belakang cuping. Kepala tiba-tiba teringat sesuatu.  Jari telunjuk dihala ke dada Zita.  "Eh, kau kan ada kelas Fluid Mechanics sekarang ni. Kan Zie? Tuang ek?" Qistina angkat kening dengan senyum meleret.

"manisnya mulut kau tuduh aku tuang kelas yer. Banyak cantik nak tuang muang. Nak mampus. Kelas batal ok. Prof Yaya demam."

"oooo..kisahnya." Bibir Qistina panjang ke depan.

"kelas statistik kau dah habis? Ker kau yang tuang kelas sebab nak date?" Giliran kening Zita yang terangkat. Bibir Zita pula yang meleret senyum.

Date?! Mata Qistina terbuntang. Mampus!

"alamak Zie..matilah." Tangan Zita digoncang deras. "Mati aku, Zie. Khal...Khal. Aku...aku dah janji dengan dia. Apsal boleh tak ingat nih."Tapak tangan laju menghentam kepala. Qistina ketap bibir. Digaru pula kepala bertubi-tubi.

Zita hala mata ke atas. Huh, cik kak ni muda belia dah pelupa. "haa, minum lagi air yang semut dah kencing. Orang cakap..nasihat bukan reti nak dengar. Kan dan jadi pelupa ngalahkan nenek kebayan."

"Zieeeee..." Laju dihala cubitan kecil ke lengan Zita yang telanjang. Ketawa Zita terluncur spontan.

"dah dah jangan nak banyak cakap. Ni yang aku tercungap-cungap kejar kau pasal mamat handsome pujaan hati kau tu la."

Mata Qistina membulat lagi. "Khal? Khal cari kau ker Zie?"

"Cari aku nak buat apa. Dia call aku la cik kak. Dah call kau berpuluh-puluh kali tak jawab. Tu dia tunggu kau kat parkir depan kolej. Ko apasal tak reti nak angkat phone haa?"

"Alamak..." Sekali lagi kepala yang dihiasi alunan rambut hitam nan berkilau dihentak dengan tapak tangan.

"phone aku...." Bibir dimuncungkan. 

"tertinggal lagi laa tu." Zita lontar kerlingan. Qis..Qis.

"ala..terlupa. Bukan sengaja."

Zita geleng kepala. " Masak la kau Qis."

Qistina ketap bibir lagi. "Zie..jom laa teman aku. Takut aar nanti kena marah."

"eh.." Kepala Zita laju menggeleng. "tak kuasa aku jadi penonton cekikrama korang berdua."

"ala Zie...please..."

Zita cekak pinggang. "Tak boleh sayangku Annur Qistina yang cantik, comel dan manja. Aku ada discussion prinsip elektrik & elektronik dengan Demang kat cafe. Dah la gi balik cepat. Karang dia mengamuk lagi. Nanti si syak macam-macam lagi payah. Kau macam tak kenal Khal." Bukan Zita tak maklum akan cemburu Khalish yang adakala memang keterlaluan. Kesian Qistina. Tapi apa yang mampu dia buat. Dua hati ini sudah lama terikat. Erat tersimpul.  

Qistina ketap bibir lagi. Perlahan-lahan tubuh ditegakkan. 

"sori..."

"hmmm...lupa?"

Qistina muncung bibir. Kepala diangguk.

"telefon kenapa tak jawab?"

"Qis tertinggal kat bilik."

"again?" Khalish menggeleng kepala. Dengusan kecil laju terlontar dari rongga.

"Khal..." Suara manja Qistina menyapa lagi. Mata lelaki dihadapan yang tajam merenung ditatap. Ada gusar bertamu dihati kecil Qistina. 

"hmmm..."

"jangan la marah. Qis..Qis tak sengaja."

"Tu jawapan standard Annur Qistina kalau buat salah."

"Khallllllll."

Alunan lengok manja Qistina berlagu ditelinga Khalish. Hembusan suara manja yang sangat-sangat dia rindu sejak bertahun-tahun. Khalish hempas nafas. Disandar kepala pada leher kusyen. Chrome Hearts disangkut kembali ke mata. Seraut wajah comel keanak-anakkan yang sempat dilihat tadi masih terus menari di ruang legar mata. Wajah itu masih utuh mendiami takhta jiwa. Wajah cantik yang sentiasa membuat tidurnya tidak lena saban malam sejak dahulu.  Kunci diputar. Enjin BMW sudah berdenyut. Ditarik tali pinggang. Mata tunak memandang tali pinggang. Bibir mengukir senyum tiba-tiba. Wajah comel itu dengan bibirnya yang memuncung kembali menyapa.

"Qis..." Tangan Qistina yang duduk disebelah yang dilihat terkial-kial menarik tali pinggang menangkap perhatian Khalish. "let me help dear.." Tubuhnya cukup hampir dengan tubuh Qistina yang tersandar di kerusi penumpang hadapan. Dapat dirasakan debaran gadis pujaan hatinya ini.  Bibir mengukir senyum. " ok done, dear." Dihala wajah ke wajah Qistina. Sengaja dirapatkan. Sekadar mengusik. Senyum dibibir masih belum usai. Qistina ketap bibir. Mata dijegilkan. Pantas ditolak wajah Khalish. 

"jahat.." Muncung bibir Qistina dengan usikan Khalish. Bukan dia tidak arif dengan sikap Khalish yang adakala sangat romantis. 

Ketawa Khalish terburai. 

"Qis.."

"hmmm.."

"bila nak pakai tudung nih."

Senyap.

"Qis.."

"kena ikhlas kan. Taknak la pakai sebab orang paksa."

"orang paksa? siapa?"

"abah...orang kat sebelah nih. Bosan laa."

"Tudung tu wajib, sayang. Ada sebut dalam al-quran. Takder kompromi dalam hal nih." Benarkah dia mahu Qistina bertudung disebabkan hukum yang termaktub atau sekadar demi memastikan kedudukan si dia ni selamat dalam genggamannnya. Perasaan cemburu setiap kali melihat Qistina direnung oleh mata-mata pelajar lelaki yang berpapasan dengan buah hatinya ini sukar dikawal. Khalish rasa risau. Khalish rasa tergugat.

"Qis..this is for your own goodness."

Senyap lagi.

"kadangkala ada perbuatan yang kena dipaksa baru kita akan sedar akan kepentingan melakukannya."

Terus khali.

Khalish hela nafas dalam-dalam.

"tau tak awak tu cantik...comel. Sangat cantik dan comel macam anak patung barbie doll. Tau tak awak tu macam barbie doll?"

Barbie doll. Qis macam barbie doll. Qistina ukir senyum. Seronok dipuji begitu oleh lelaki pujaan hatinya. Hujung rambut dimain-mainkan dengan jari-jemari. Khalish toleh sekilas kesebelah.

"tau tak saya risau dengan pandangan semua lelaki pada awak."

Qistina kedip mata. " kenapa pulak. Jealous kan? This all is about jealously. Right?" 

"Yes, i am. I'am jealous."

Jeda.

"pandangan dari mata akan disertai dengan pelbagai niat dihati. You're my girl Qis."

"Qis tak suruh pun diorang tu pandang Qis..tenung Qis. Takkan nak korek mata diaorang semua tu."

Khalish geleng. Degil jugak Qistina nih. Dalam lembut dan manja keanak-anakkan dia, sifat degilnya pun boleh tahan sama.

"Benda yang cantik depan mata pasti menarik perhatian sapa-sapa yang memandang. Sekurang-kurangnya bila dah tutup, kuranglah sikit yang memandang. Kurang la sikit dosa mata orang yang memandang dengan macam-macam niat dihati. Saham awak pun ada sama kat situ. Nak ker kumpul saham macam tuh banyak-banyak. Larat nak bawak?" Mulalah tu nak keluar ayat ustaz  tak habis belajar dia. Letih.

"Qis..."

"yelah, nanti Qis fikirkan laa."

"promise?"

"hmmm.."

"hmmm jer.."

"iye.."

Khalish senyum. Toleh sekilas. Wajah yang tunduk memandang riba menangkap pandangan mata.

"ikhlas akan datang bila usaha mencarinya dilakukan dengan penuh azam."

"ok."

"that's my barbie doll. My beautiful barbie doll."

"janji jangan jealous jealous lagi lepas nih. Qis penat tau."

"ok.."

"forever?"

"forever."

"promise?"

"promise.."

"no matter how?"

"no matter how.."

No matter how.  It matters you, Khal. It's really matters you. Laju diputar stereng tepi. Bunyi hon yang tiba-tiba menyapa menyentakkan Qistina yang hanyut dibawa kenangan. Pantas dikawal stereng. Salahnya yang memasuki laluan disebelah tanpa memberi isyarat. Istighfar berlagu di bibir. Stereng sudah tenang ditangan. Dada beralun tenang. Simpang memasuki selekoh ke banglo Zita sudah kelihatan. 

You break your words, Khal..

You never keep your promise..

You never keep our promise..

10 comments:

dinda said...

oh...da tukar tajuk ye..
nice..
cpt2 smbg ye..nk tahu pasal Qis and Khal ni..

mizz acu said...

sedihhh.. :((
sapa yg wat fitnah kt qis nih? iskhhh.. mai nak tibai kuat2!
qis darlink.. nama manusia gitulaa.. idak ler berpegang sgt pd janji..
so, its all about jealous? yg memakan diri sndiri.. haila khal oiii..
harapppp sgt.. khal berjaya pikat qis balik..

Hafia Hana said...

ohhooho...sedehyna...qis,ajar kal ni ckup2...

Atty Ismail said...

Mak ai...dlmnye luka hati Qis ni....Apa jugakla yang si Khal ni dgr sampai hati dier buat lagu 2....

Anonymous said...

Rasanya lebih menarik lagi tajuk lama.Novel dlm BM.Kenapa tajuk dlm BI pula?

Anonymous said...

I pon suka tajuk yang lama.....so sweet.

Unknown said...

Ooohhhh dear . . . sedehhh looo

Kak Sue said...

Tajuk yang lama macam sweet ja ...
mesti kes cemburu x bertempat ni...

Anonymous said...

Ceritanya menarik.Pembaca kalau nak beli buku akan tengok tajuk dulu.Klau tajuk tak jelas ,dia tak akn beli melainkan yg ikuti blog.Rasa2nya baik dikekal tajuk lama.Mungkin boleh tanya pndpt peminat blog penulis.TQ.

kak is said...

setuju..kan indah jika bahasa melayu - Lamaran kenapa perlu di bahasa inggeriskan? tajuk sebelum ini lagi menarik.

sudah byk novel2 melayu bertajuk bahasa inggeris, harap novel2 kucc tidak termasuk dikalangan mereka yg seolah bahasa melayu tidak punya perkataan yang indah dan manis untuk mengambarkan penceritaan.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...