Monday, December 10, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 8


Bab 8
Langkah deras makin menghampiri zon parkir. Tubuh berlari-lari anak. BMW hitam milik Zita sudah kelihatan dihadapan. Tangan Qistina laju menyelongkar isi dalam Coach yang tersangkut dilengan. Tunggang terbaik. Masih tidak berjumpa. Ya Allah mana pulak kunci ni pergi. Diseluk lagi kedalam. Dikoyak lebih lebar perut Coach. Mencari dicelah-celah. Mata turut sama menjengah ke dalam isi perut tas tangan. Akal sedang berkecamuk memikirkan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi. Macam-macam rasa yang sedang menari-nari dilantai jiwa. Janganlah buat pasal time time ni. Please..please. Bibir sudah menghambur ucapan-ucapan yang entah apa-apa. Bencinya kala diri terperangkap dalam situasi begini. Kepala laju menoleh ke belakang. Mata liar memandang sekeliling dengan nafas yang laju memacu. Paras adrenalin melantun deras... sudah tahap maksimum dirasakan. Dada turun naik. Saat ditemuikan apa yang dicari, laju ditekan punat. Dan serentak tangan mencapai pemegang pintu. Tubuh pantas melolos masuk menghenyak perut kusyen. Dilepaskan nafas. Tangan mengurut dada seketika. Dijenguk kepala sedikit mencari lubang kunci. Enjin mahu dihidupkan segera . Qistina mahu cepat-cepat beredar daripada kawasan ini. Dan ketika diri masih diambang amukan rasa kelam kabut dalam usaha menghidupkan enjin BMW Zita yang dipinjam tatkala mahu keluar berjumpa Kamal dan Zura tadi, pintu penumpang hadapan ditarik pantas dari luar. Jantung bagai terhenti sesaat bila tubuh tegap bertee hitam dengan Chrome Hearts yang terletak dimata masuk melabuh duduk disebelah. Mata terpanar. Tidak berkelip. Tubuh tersentak. Tersandar dengan kunci masih ditangan. Terkulai dijari-jemari. 

Jeda.

Chrome Hearts ditarik dari pangkal hidung perlahan-lahan. Wajah cantik disebelah yang jelas sedang terkejut ditatap Khalish. Tunak. Tidak beralih gerakan dan kerlipan mata. Selama lima tahun dia menanti saat ini kembali. Saat-saat yang paling ditunggu. Sukarnya memadamkan hangat rasa itu dijiwa. Benarlah apa yang dirasakan selama ini. Biar dia cuba menafikan, hakikat tetap hakikat. Jiwa mereka berdua sudah bersatu sejak sekian lama. Cinta itu tidak pernah hilang. Cinta itu tidak pernah mati. Empunya wajah disebelahnya ini terlalu kuat menghantui rentetan perjalanan hidup seorang Khalish selama kepergiannya. Hati dan jiwa Khalish jauh dibawa pergi oleh ratnanya ini. Pemergiaan yang tercetus dari khilaf terbesar dalam diari hidup lelakinya. Ego yang selama bertahun ini secara zahir kuat dipertahan di mata-mata yang memandang biarpun hati keras melarang. Ego yang merantai langkah untuk pergi mencari belahan jiwanya ini biarpun hati tidak pernah putus merayu. Namun ego itu terdampar juga. Lebur dek desakan di jemala hati yang tidak mampu membendung segala rasa rindu yang mengulit jiwa setiap saat..setiap detik. Nafas bagai sukar dihela. Kencang dengupan jantung kala sepasang mata bundar cantik itu memanah pandangan mata.  

Dua pasang mata saling bertentang. Qistina hala wajah ke depan. Sekilas.Tiada kelibat manusia yang melalui. Bagai memberi ruang dan peluang buat lelaki disebelahnya ini untuk menguasai keadaan. Tidak akan dibenarkan. Tidak sama sekali! Qistina ketap bibir. Air liur ditelan namun bagai tidak mampu menuruni lembah kerongkong. Kembali dilontar wajah kesebelah. Masih tepat memanah renungan. Seketika hanya hembusan nafas kedua-dua yang memenuhi ruang. Seketika hanya tatapan dua pasang mata yang berbicara. Dikalih kembali wajah kedepan. Lafaz istighfar berlumba-lumba memenuhi ruang hati. Cuba diraih tenang. Cuba dicipta kekuatan yang tercampak entah ke mana saat renungan mata mereka mengambilalih ruang jiwa. Dihela nafas panjang. Dalam-dalam. Sekian kalinya lafaz istighfar dilontar. Lebih tenang. 

"tolong keluar." Senafas suara dilontar. Nafas yang terdesir menyapa cuping. Degupan jantung masih lagi kencang. Cuba dikawal.

Khalish terus merenung. "Qis..." Suara paling perlahan terluncur. Tidak mungkin akan dilepaskan peluang yang sekian lama ditunggu.

Dihela nafas dalam-dalam untuk kesekian kali ini. Qistina tahu dia perlu beredar dari sini. Semakin lama, akan semakin merumitkan keadaan. Dia tidak mahu terperangkap dengan segala apa yang cuba dikatakan lelaki ini. Untuk apa lagi?

" tolong keluar..."

"Qis, please..." Nada perlahan terus dibuai. Khalish yakin Qistina pasti tahu apa yang dia inginkan. Qistina dan kisah mereka dahulu takkan mungkin terhapus dari hati gadis ini. Jiwa mereka sudah lama diikat. Hati mereka sudah tersimpul dengan janji yang takkan mungkin mampu terlerai. Khilaf dahulu tidak akan diulang lagi. Dosa itu terlalu berat bebannya menghentak pundak. Maafkan Khal, Qis.

Khali. Qistina genggam jari-jemari erat. Perasaan hati libang libur saat telinga disapa dengan lontaran lembut 

"We need to talk. Just give me a chance to say it." 

Pandangan mata dilontar semula pada wajah disebelah. Tajam. Wajah yang pernah meruntun kalbunya suatu masa dahulu. Wajah yang dia puja dari banyak-banyak wajah yang menagih kasih dan cintanya tanpa lelah. Wajah yang sangat-sangat istimewa dihati seorang Annur Qistina. Namun wajah inilah juga yang membuatkan mimpinya sejak lima tahun dahulu hanya berlangitkan duka. Wajah inilah yang telah menginjak maruah dirinya hingga lembah paling hina martabatnya. Inilah wajah lelaki yang sedikitpun tiada belas saat menjatuhkan hukuman paling berat dalam sejarah hubungan mereka berdua. Dan kerana wajah inilah, dia hilang segala-gala yang terindah dalam hidupnya. Semuanya kerana lelaki ini. 

"talk?..."Kening diangkat. Senyum. Apa lagi yang mahu dikatakan. Sudah ditamatkan lima tahun dahulu bicara antara mereka. Itu yang diputuskan Khalish. You lupa rupanya kan, Khal. Senyum yang terukir makin lebar. Kepala menggeleng perlahan. Mata dibawa kembali memandang ke hadapan. Kunci dijari dibawa mencari tempat buatnya bersemayam agar nafas enjin ini kembali berdenyut semula.

Khalish hela nafas perlahan. Wajah disebelah yang sudah berpaling dari memandangnya dengan lontaran senyuman sinis yang sangat dalam pengertiannya. Khalish tahu gadis disebelahnya ini wajar berbuat demikian. Ruang parkir yang senyap bagai memberikan sepenuh ruang untuknya agar tidak melepaskan peluang ini. Peluang yang dia tunggu sejak sekian tahun. 

"I knew it was my big mistake."

Qistina dilihat tetap tidak berbunyi. Jauh sekali memberi reaksi. Khalish raup wajah dengan kedua tapak tangan. Dielus rambut lurus yang mencecah bahu perlahan. Untaian rambut yang terjatuh di hujung mata pantaa dikuis. Nafas yang sedang berkecamuk cuba diredakan. Dia tahu dia berdepan dengan Qistina yang baharu. Qistina yang sudah lima tahun hilang dari tatapan mata. 

"Qis..."

Sepi.

" i tahu you tak bersalah. I yang salah. I yang terlalu mengikut rasa. I yang bodoh tidak boleh berfikir waras untuk bezakan yang benar dan yang tidak. Semua yang berlaku antara kita disebabkan i. Keadaan yang memaksa you bertindak demikian Qis. I yang terburu-buru menjatuhkan hukum. I memang bodoh."

Qistina memaling muka ke tingkap. Jendela hati sedang terbuka menayangkan segala yang berlaku dahulu. Hujan perasaan kembali membasahi jiwa. Rintik-rintik kasarnya menendang pintu duka yang sedaya upaya dikunci rapat sejak sekian tahun. Kerana rasa seorang Khalish yang dangkal fikirannya saat itu, segala yang terjalin selama ini antara mereka terlerai sekelip mata. Dan kerana bodoh seorang Khalish, maruah Qistina tercalar, terhumban didepan mata setiap tetamu yang datang di malam yang paling bermakna buat mereka berdua. Kerana lancang mulut you, diri seorang Qistina tidak lagi berharga dimata setiap mata yang melihat. Kerana tuduhan you i hilang percaya seorang abah. Sampai hati you kan, Khal. Sampai hati you...

"dan i sepatutnya lebih percayakan you atas segala yang berlaku. Insiden tu bukan salah you. Nobody want it' to happened, Qis. Nobody. Not even you and them. Tapi i yang tak nampak semua tu. I yang terlalu mengikut amarah hati yang menggila. I silap Qis. I silap.."

Ketawa. Silap konon. Just go to hell with your big mistakes, Khalish. Dah tak guna semua tu lagi. Takkan dapat you kembalikan masa lalu i yang you rampas hanya kerana kebodohan you, Khal. Kerana you i hilang segala-galanya. Deraian suara halus Qistina memecah sunyi antara mereka. Khalish kemam bibir. Nafas bergetar melihat wajah disebelah ketawa. Ada hentakan yang maha berat dirasakan menimpa lantai hati. Qis, i tahu i salah, but...

"Qis, say something. Please."

Jeda.

"Qis..." Khalish masih mengharapkan keajaiban.

Ditoleh. Ditatap dengan pandangan yang terlalu payah diluahkan rasanya. "there is nothing to talk, encik Khalish. Nothing. And...there is no "we" between you and me. Got that? So please..." Mata dikerdipkan. Tangan diunjuk lurus menghala ke pintu. "keluar sekarang. I nak balik. "

Jeda.  Khalish tunak dikerusi. Tidak berganjak walau seinci. Qistina mula tidak tenteram. Bimbang hati akan berbolak balik terhadap lelaki ini biar sudah dipasakkan sumpah tidak akan sesekali membuka kembali lembaran kisah antara mereka dahulu. Yang lepas dan berlalu takkan mungkin akan mampu diubah lagi. Luka dihati, parah dijiwa takkan kerana perbuatan lelaki ini takkan dilupa sampai bila-bila!

Nafas dihembus deras. Geram sedang bertamu dimata. "encik Khalish...sila keluar. Sekarang." 

Khalish menggeleng. "i takkan keluar, Qis. No way. Selagi urusan kita tak selesai i takkan keluar dari kereta you." 

Dengusan kecil dihambur. Qistina mula resah. Rimas. Lelah. "you tak faham bahasa ke...or you dah hilang deria pendengaran,hmmm."

Khalish urut pelipis. "Qis..i knew i was wrong. I salah. Salah besar. I mengaku. I minta maaf dengan setulus hati i. Tolong Qis..i dah tak mampu nak tanggung semua ini. I dah tak sanggup nak berhadapan dengan beban di jiwa i ni. Tolong i Qis.."

Qistina lontar senyum. Sinis. Mudahnya you minta maaf dan harapkan kemaafan setelah apa yang you dah lakukan pada i...pada hidup i. You fikir i apa, haa Khal?!! Dada yang bergetar makin kencang melonjak.

"Qis. please. Talk. We need to talk."

Qistina toleh sekilas. Lirikan tajam dihambur. "you fikir semudah itu? You fikir i semurah itu? You fikir you siapa? You fikir i akan lupakan segala yang dah berlaku? You fikir i akan lupakan apa yang dah you lakukan pada i..pada maruah i?"

Khalish telan nafas. Dalam dalam. Memang dia yang bersalah. Memang dia yang bodoh. Memang dia yang lancang. Memang dia yang terlupa makna sabar.

"Qis..i..."

"Stop it."

Jeda.

Qistina disebelah tidak lepas dari pandangan. Dilihat Qistina diam namun gerak-geri tangan gadis itu tetap mendapat perhatiannya. Diperhati. Tangan kiri Qistina sedang mencari brek tangan. Dilepaskan perlahan. Gear ditolak. Stereng dikawal penuh hati-hati. Khalish disebelah langsung tidak dihiraukan. Dan serentak punat pintu berbunyi tanda sudah terkunci secara automatik. Khalish tenang walaupun tidak pasti apa yang cuba dilakukan gadis disebelahnya ini.

Bibir Qistina diketap. Kuat. Just wait and see what gonna happened, Mr Khalish Ariq. Tali pinggang keselamatan ditarik merantai tubuh. Qistina menjatuhkan brek tangan. Gear ditolak perlahan. Pedal minyak sudah ditekan. BMW diundur penuh hati-hati dari kawasan parkir sebelum meluncur laju. Tiada sepatah kata yang terucap. Hanya desiran nafas yang berbicara. Dibawa BMW meluncur memasuki ruang pintu utama One World Hotel. Dihentikan kereta betul-betul dihadapan pengawal yang bertugas. Tali pinggang dileraikan.  Saat tubuh mahu diangkat keluar dari perut kereta, namanya terdesir di cuping.

"Qis.." Khalish cuba melorek senyum biar dirasakan teramat payah.  

"Ok. I keluar. No need to call the security. " Sapaan lelaki disebelah membuatkan tubuh dihenyakkan semula. Dikalih wajah memandang ke cermin sisi. 

"we'll meet again Qis.."

Diam.

"I takkan putus asa. Kerana i tahu hati kita masih satu. Perasaan you pada i, dan perasaan i pada you tak pernah berubah. Dan i sangat pasti tentang itu." Qistina ketap bibir. Sukar mahu disanggah apa juga yang terluncur keluar daripada bibir lelaki disebelahnya ini. Aaarghhhhh...damn you, Khal!

"tolong keluar sekarang."

Khalish angguk. Pintu dicapai. Ditolak keluar. Mata memandang sekali lagi pada wajah yang sekian lama dia rindu. Wajah gadis yang paling dia cinta seumur hidupnya. Dan rasa cinta itu tidak sedikitpun berkurang malah makin mekar.

"Qis..." Tubuh diangkat. Pintu dikuak lebar. 

"just go, Khal.. Out." 

Senyum. Akhirnya nama Khalish terluncur juga dari ulas delima merah itu. Sapaan yang sekian lama dia rindu. 

"i missed you so much, Qis....and..." Senyum manis dilontar. "... welcome back my beautiful barbie doll.."

Kepala Qistina menoleh. Khalish kenyit mata. Qistina ketap bibir. Ditarik pintu penumpang deras walau tubuh disebelah belum keluar sempurna. Tubuh Khalish terhumban sedikit kebelakang. Tersentak namun senyum puas terukir dibibir. Dia tahu rasa itu masih kuat di jiwa Qistina. Pandangan mata bundar itu sudah menceritakan segala-galanya. BMW hitam yang laju meluncur ditatap tidak berkelip.

Welcome back my sweet barbie doll..

12 comments:

Aziela said...

kena setia menunggu....

Anonymous said...

hmmm going to be moreee interseting
plsss continue.....
welcome back my barbie doll

eija said...

wow... xsbr mnati n3 strusnya

Zalida said...

kucc....inilah namanya penderaan hati dan perasaan. x tahu lagi apa jadik ni.....

Anonymous said...

Aiyoooo qis.. Pls share wif me.. Wat happpen?
Pstt.. Bisik pon taperrr... Kucc ni tamo gitau.. ;p
~acu~

zoora said...

nxt, pleeaasssse

Anonymous said...

cepat-cepat sambung plizzzzz :D

kak ida said...

salam kucc..

E3 yg membuat hati kita merasakan yg perbuatan Khaalish pada Qis mmg melampau ..adakah tekaan akak tepat bila menyatakan bahawa Khaalish telah menuduh Qis semasa mereka hampir diijab qabulkan dan majlis itu bertukar menjadi kecoh dengan dirinya dihalau dari keluarganya kerana dianggap telah menconteng arang kemuka mereka..
Kalau lah kan masa boleh berundur kembali sudah pasti Qis berharap tak akan dia menerima cinta Khaalish dan kehadirannya dalam hidupnya...kan..

Anor said...

Kucc ceritalah ape sebenarnya yg
terjadi hingga melukakan hati Qis...
masih lagi tak tau ape puncanya...
tlglh Kucc masih lagi tertanya-tanya

Kak Sue said...

... kucc cerita kali ni penuh dengan emosi yang berat.... hehehe

Atty Ismail said...

Nasib baiklah si Khalish ni x lembab....Barbie doll eak?...Kasi sekolah skit Khalish ni Qistina!!!!...Tp jgnla x kahwin lak si Khalish & Qistina ye Cik Kucc...Nice

Unknown said...

Bahasa yg digunakan terlampau tinggi kadang2 kegeliat lidah, terteleng kepala bila menghayati, terasa lembabnya kepala ni nak memahami apa yg cuba disampaikan, itu menunjukkan kucc orang yg berilmu tinggi . . tq dear

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...