Monday, December 24, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 12


Bab 12

Qistina tenang menadah kata-kata Zita yang sedang bersila diatas ranjang dibilik Qistina. Jari jemari nan runcing damai merapikan hujung lengan kemeja petak-petak kombinasi merah hati putih dan hitam. Butang dicantum teliti. Usai dikhabarkan hal janji temu antara dia dan Khalish malam ini sewaktu pulang petang tadi, Qistina sudah nampak riak gundah yang terbit di wajah Zita. Dalam hati Qistina tahu Zita risau. Dalam hati Qistina tahu Zita marah. Dalam hati Qistina tahu Zita geram. Segala-galanya demi kerana kasih dan sayang Zita kepadanya. Qistina cukup tahu tentang itu. Qistina sedar dan amat maklum. Zita tidak mahu apa-apa yang tidak elok menghampiri diri Qistina. Zita ni bak kata Azhar, kan guardian angelnya sekarang. Si pari-pari cantik penjaga tuan puteri jelita. Itulah yang Azhar selalu usik-usik bila Zita selalu sahaja risau bila Qistina lambat balik atau tidak menghubungi kala sudah tiba di pejabat tiap hari. Azhar kata Zita takut Qistina diculik dan dibawa lari oleh mangkuk bernama Khalish. Paling Zita takut Qistina diculik dan dibawa lari ke sempadan. Kena paksa kahwin. Yelah orang dah gila talak. Memang pecah ketawa Qistina bila Azhar membuka cerita. Zita..Zita, boleh sampai ke situ imaginasi dia. Zie, terima kasih. Aku tau kau sayang aku. 

Hujung selendang hitam panjang yang digaya ringkas malam ini dipinkan di tepi pelipis. Dipusingkan kepala perlahan ke kiri dan kanan memandang ke arah muka cermin panjang didepan. Tangan kiri menarik kemas juntaian selendang dibelakang tubuh. Senyum tanda puas terluncur dari tangkai hati. Ok, perfect! Dari ekor mata melalui sisi cermin Qistina jelas dengan renungan Zita yang takzim bersila diatas katil. Dibiarkan sahaja. Wajah yang sudah siap berhias ringkas dirapikan dengan hujung jari.

"betul kau taknak aku temankan kau ni? Azhar bagi aku teman kau, Qis."

Senyum. Kepala yang masih membelakangi Zita digeleng perlahan. "aku ok, Zie. Jangan risau,hmmm. Kau tu bawak budak. Kena jaga diri kau tu dulu." Guess yang terdampar di permukaan meja hias dicapai lalu disarung ke pergelangan kiri. Dicantum kemas.

"gila kau tak risau. Yang kau nak jumpa tu bukan manusia..kau tau tak."

"issh, mulut.."  Qistina ketap  bibir sambil menggeleng kepala lagi. Dipusing tubuh sekilas memandang ke arah Zita. " Tu dalam perut tu ingat sikit." Jari dihala ke arah perut Zita. Makcik ni sejak pegang title mama to be memang sensitif betul. Pantang jer dengar nama "orang tu". 

Zita cebik bibir memandang Qistina yang membelakanginya. Sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata Qistina."memang pun. Kalau dia manusia, dia tak buat kau macam tu dulu. Dia tak buat kau sengsara bertahun-tahun."

Qistina senyum. Dilepaskan nafas perlahan. Sayup. Dihala langkah mendekati Zita. Dilabuhkan duduk disisi teman baiknya itu. Bahu Zita yang bersalut kaftan biru laut dipaut kemas. Dielus lembut.

"Zie..nak tak nak aku kena jumpa dia. Suka tak suka, aku kena berdepan dengan dia jugak. Tak hari ni, mungkin esok..tak esok tulat. Selagi tak jumpa dia, antara aku dengan dia takkan ada penyudahnya."

"Qis..." Qistina geleng kepala. Dua pasang mata bersatu. Qistina senyum. "biar aku habis cakap dulu,hmmm."

Khali. 

"aku tau kau risau Zie. Aku tau kau bimbang..kau takut. Macam-macam benda yang bergolak dalam fikiran kau. Aku tau kau sayang aku. Terima kasih atas prihatin dan perhatian kau, Zie. Aku hargai sangat-sangat. Tapi aku mohon kau beri kepercayaan kau pada aku untuk selesaikan hal aku dan dia. Aku  dan Khal perlu jumpa..perlu bercakap. Perlu, Zie." Pautan dibahu Zita dikemaskan. Seakan mahu menzahirkan apa yang sedang bergumpalan didalam jiwa. Hembusan nafas beralun dikemudi untuk setenang mungkin. Mata memandang ke arah cermin dihadapan. Biasan wajah terlontar di wajah cermin nan kaku.

"dulu..." bibir dikemam. Ada rasa yang sayu yang menyapa bila perkataan"dulu" itu terluncur. Mana mungkin dibuang segala ingatan tentang apa yang telah terjadi dahulu. Mana mungkin dilupakan biar sehabis daya cuba dilakukan. Cuba ditolak, cuba dihumban...cuba dikuburkan. Hakikat, dia cuma perempuan yang tidak mampu menolak rasa halus yang dikurniakan kepadanya. Rasa itu akan datang menyapa. 

"masa aku ambil keputusan untuk balik ke sini aku fikir aku tak kan jumpa dia lagi, Zie. Sungguh aku fikir benda tu akan jadi semudah yang aku ingatkan. Aku cuba tanamkan dalam kepala..dalam hati, aah bumi Allah ni kan luas...tak semestinya aku akan jumpa Khal lagi. Tu jugak yang aku cakapkan pada Layla masa nak balik ke sini dulu. Berlagaknya aku. Bukan dia tak ingatkan aku. Banyak kali. Aku lupa rupanya bumi Allah ni biar luas macammanapun kalau sudah tersurat aku dan dia kembali ditemukan siapa aku untuk menghalang. Aku nak lari lagi? Ke mana, Zie? Sampai bila aku nak lari dari terus elak jumpa dia. Takkan ada sudahnya  Dan Khal akan terus buru aku...ikut aku..kejar aku. Kau pun kenal dia macammana kan."

Zita lepas keluhan kecil. Tangan dibawa ke peha Qistina. Ditepuk perlahan. Ditarik jari jemari runcing Qistina. Dielus perlahan. Mata dibawa memandang kesebelah. Wajah Qistina yang keanak-anakkan ditatap tidak berkelip. Lingkaran peristiwa pilu yang menghempas hidup teman paling akrabnya ini terlayar di fikiran. Bukan calang-calang orang yang mampu bangkit semula setelah impian hidupnya dimusnahkan dengan kejam sekali. Bukan calang-calang perempuan yang mampu berdiri semula setelah maruah diri dan keluarga dimusnahkan di malam pernikahan.  Bukan calang-calang perempuan yang cukup redha terima hakikat kepercayaan keluarga terhadap dirinya hilang akibat kesilapan manusia. Walau ada rasa terkilan yang teramat sangat dihati Zita bila ayah Qistina sendiri tergamak mempercayai tuduhan  tidak berasas Khalish, jauh disudut hati terbit kagum dengan diri Qistina yang tidak pernah sesekali menyalahkan keluarga biar dirinya disisih akibat perbuatan Khalish..akibat tuduhan Khalish.  Ada rasa hangat yang terbit di tubir mata. Pantas dikelip-kelipkan mata. Hujung jari disapu ke tubir mata.Tidak mahu disedari dan tertangkap oleh Qistina nanti. Mengingatkan seraut wajah Khalish, Zita ketap bibir. Kuat. Khalish memang lelaki tak guna! Sungguh tak guna! 

"Qis..." Jari jemari Qistina digenggam.

Qistina lontar senyum. Genggaman jari-jemari Zita dieratkan.

"Kau rasa.." Mata dibawa memandang ke sepasang mata bundar bercahaya milik Qistina. Wajah Qistina yang manis tersenyum ditatap tidak lepas. Sungguh dia tidak sanggup melihat Qistina menangis lagi. Sungguh Zita tidak mampu melihat Qistina disakiti lagi. Tidak sedarkah selama ni betapa Khalish rugi bila dia melepaskan gadis sebaik Qistina.  Tidak cukupkah setia dan patuh Qistina selama ini. Kenapa perlu disangsikan jujur seorang Qistina yang tidak pernah sekali dia mungkir. Tidak sedarkah Khalish kerana perbuatan bodohnya dahulu Qistina terpaksa menanggung akibatnya yang bukan kecil. Malu tidak terdaya dihindar walau diceruk mana wajah disembunyi, sedih yang tidak tergambar biar sejuta kanvas dihampar buat melontar warna. Jiwa Qistina yang luluh, pernahkah dihitung kecewanya.

"kalau lepas kau jumpa dia malam ni dia takkan buru dan kejar kau lagi ker, Qis. Kau pun cakap kan bukan aku tak kenal Khal tu macammana. Sebab aku kenal dia sangat-sangat la aku risaukan kau nak pergi jumpa dia malam nih, Qis. Aku bimbang sangat-sangat. Khal tu.." Zita hembus nafas. Ditelan liur yang terasa pahit. Tak mampu dihabiskan ayat. Tidak mahu sampai menyinggung hati kecil Qistina. Bukan Zita tidak mengerti. Bukan Zita tidak memahami. Walau siapapun dan apapun yang telah dilakukan  oleh lelaki bernama Khalish itu terhadap diri Qistina..hidup Qistina,hakikat yang tidak mampu dilenyapkan dari lohong jiwa Qistina, dihindari dari kerdipan mata Qistina, dipadamkan dari ingatan Qistina adalah Khalish itu lelaki yang pernah bertakhta di jiwa dan hati Qistina. Kukuh. Utuh...bagaikan sebuah tugu.

"Zie.."

Qistina  sedar dan tahu bayangan apa yang sedang merantai hati Zita. Sebagai teman akrab, hubungan perasaabn antara mereka sangat kuat. Baik dia mahupun saling mengenali perasaaan dan jiwa masing-masing. Sedaya manapun dia mahu menyembunyikannya, Qistina tahu dia takkan mampu melakukannya. Zita cukup mengenali jiwa dan hati seorang Annur Qistina.

"doakan aku. Doakan segala-galanya akan berjalan lancar malam ini."

Khali. Ditelan nafas yang dihela.

"aku sedar bukan mudah. Berdepan dengan Khal bukan seperti berdepan dengan lelaki biasa. Aku lebih mengenali dia, Zie. Tujuh tahun bukan singkat, Zie..tapi aku tahu aku takkan buka ruang lagi buat dia kembali dalam hidup aku yang sudah dia musnahkan dahulu. Luka itu masih ada lagi sampai ke hari ini, Zie. Aku takkan lupa. Aku takkan mampu untuk lupa apa yang dah dia lakukan terhadap seluruh hidup aku dahulu. Lima tahun Zie..lima tahun aku bawak rasa sedih dan kecewa tu sendiri. Lima tahun aku cuba rawat hati aku yang parah. Lima tahun aku kuatkan jiwa untuk redha atas apa yang dah terjadi. Segalanya. Yang terjadi dahulu takkan mampu diundur kembali. Aku ingin tenang menjalani hidup aku yang baharu, Zie. Biarlah aku dan dia dengan jalan hidup masing-masing. Itu sahaja yang aku mahu sekarang. Aku tak mahu fikirkan yang lain. Aku balik kerana tanggungjawab aku pada syarikat yang selama ini tak pernah berhenti memberi sokongan pada aku..saat aku berdiri, saat aku hampir rebah." Qistina terhutang budi dengan sokongan ketuanya kala dia sudah hampir tersungkur. Jika bukan kerana usaha kuat Kamal yang mencari jalan agar Qistina "dilarikan" ke pejabat di Manchester, takkan mampu Qistina rawat jiwa yang hancur dicincang oleh perbuatan Khalish. Qistina malu pada Kamal. Malu sangat-sangat. Kasihan ketuanya yang baik hati itu. Terbabit  dan tercalit sama dalam kancah masalah peribadi Qistina. Semuanya kerana bodoh seorang Khalish!

"Qis..."

Qistina angguk kepala. "tolong Zie, doakan aku,hmmm." Tubuh Qistina ditarik dalam pelukan. Doa aku tak pernah putus buat kau, Qis. Tak pernah!

Tangan Zita melingkari pinggang Azhar. Dua pasang mata memandang BMW hitam yang sudah bergerak perlahan meninggalkan perkarangan halaman banglo. Zita lepas nafas perlahan. Mata memandang terus ke hadapan hingga pintu pagar tertutup dan kelibat Qistina dan kereta Ziat hilang daripada pandangan. 

"Har.."

"hmmm..."

"is she gonna be ok?"

Angguk. Rambut panjang Ziat dibelai lembut. "insya-Allah. Qis tahu jaga diri dia. You need to trust her, sayang."

"but Khal..i...i..bimbanglah, Har. Bukan you tak tau apa yang dah mangkuk bodoh tu buat dulu pada, Qis." Ada desir bimbang di bibir Zita. Sungguh dia bimbang! dan kerana rasa itu yang kuat bertamu dihati dipohon izin daripada Azhar untuk menemani Qistina bertemu dengan Khalish malam ini. Ziat tahu Qistina hatinya terlalu halus..terlalu polos, sepolos wajahnya.

"kalau dia berani buat apa-apa, cubalah. I cari dia sampai ke lubang cacing nanti."

Dijatuhkan kepala ke dada Azhar. Dalam hati dititipkan doa moga Qistina tidak akan diapa-apakan oleh Khalish. 
* * * * * * *
Tak mungkin!

Tidak sama sekali!

Khalish jeda. Wajah tenang keanak-anakkan gadis yang digelar barbie doll ini ditatap lagi. Tidak puas. Dan takkan puas. Dalam persalinan penuh ringkas dan santai, Qistina tetap mempesonakan. Sama seperti dahulu. Disebalik selendang panjang hitam yang kemas berlilit dikepala, seri wajah comelnya itu begitu membuai perasaan lelaki Khalish. Justeru mana mungkin mampu dia menerima permintaan gadis dihadapannya ini. Tahu, ye memang dia yang berdosa selama ini. Memang dia yang bersalah. Memang dia yang khilaf. Memang dia yang bodoh. Egonya yang melangit memakan diri. Allah itu maha kaya bukan? Sekarang dia pula yang merasakan kesan kebodohannya dahulu. Kesan ego yang tidak bertepi. Tapi tolonglah beri dia sekali lagi peluang. Tidak akan disia-siakan. 

Piring terisi mini alexis pavlova wih fresh berries ditarik kemas kehadapan. Dicapai sudu kecil disisi. Dibenamkan ke wajah pavlova yang cukup memikat. Lafaz bismillah teralun dihati sebelum dibawa suapan pertama mencecah bibir. Tenang dan lembut. Suapan demi suapan dirangkai hingga selesai. Piring spaghetti  dihadapan dilihat masih berbaki separuh. Hairan juga. Inikan makanan kegemaran Khalish tiap kali mereka ke sini biarpun sringkali Khalish memberontak kerana tidak gemarkan suasan damai disini yang disifatkan sungguh membosankan. 

Dari ekor mata bukan Qistina sedar tatapan Khalish yang tidak berganjak dari merenungkan.  Langsung tidak dihiraukan...atau cuba sedaya upaya untuk tidak menghiraukannnya. Dalam hati dipanjatkan kesyukuran. Segala yang tersimpan selama ini, sudah dimuntahkan dihadapan Khalish. Semuanya. Qistina mahu Khalish sedar apa yang ditanggungnya selama ini. Qistina mahu Khalish sedar, Qistina dihadapannya malam ini bukanlah Qistina lima tahun dahulu. Biar tempat ini yang pernah menjadi saksi indahnya cinta mereka dahulu yang tersulam kata-kata manis Qistina, tempat ini juga akan turut menjadi saksi lafaz kata-kata kejam seorang Qistina. Sebagaimana kejamnya seorang Khalish Ariq menjatuhkan hukuman kepadanya dahulu.

"lupakan i Khal. Jangan ganggu i lagi. Jangan cari i lagi. Jangan campur urusan hidup i lagi. Jangan muncul dalam hidup i lagi selepas ini. I mohon dengan setulus hati. Biarkan i hidup dengan tenang, Khal."

"lupakan you?"

"yes. Lupakan i. Buang i dari ingatan you...dari hati you. Selamanya."

" No way, Qis!. No way."

"you dah mati dalam hidup i, Khal. Dah mati lima tahun dahulu. Saat you campak maruah i ke kaki setiap tetamu yang hadir malam tu, you dah mati dalam hidup i."

"Qis...i..i..minta maaf. I tau terlalu besar dosa i pada you."

Senyum sinis dilontar. "maaf? Pernah you selami apa yang rasa malam tu, Khal? Pernah you selam apa yang i hadapi malam tuh? Pernah you rasa hancurnya jiwa i diperlakukan sekejam itu oleh lelaki yang paling i cinta dalam hidup i selama ini. Apa salah besar i pada you, Khal?"

"Qis.."

"Pernah you rasa betapa luluhnya hati i diherdik ayah sendiri dihadapan semua orang. Perit tamparan ayah lima tahun dahulu masih terasa bisanya hingga kini, Khal. Pernah you  rasa sedih i. You tak kan dapat rasa, Khal. Mana maruah i sebagai perempuan yang you cinta selama nih, Khal. Mana you letakkan? Tergamak you kan. Tergamak you. Sampai hati you. Sampai hati you buat i macam tu, Khal,. Kejamnya you, Khal. Siapa i selama ini dihati you, Khal? Sekadar nama yang langsung tiada ertinya buat you kan. Dimana you letak Annur Qistina, Khal? Dihati?." Qistina geleng. "Dijiwa? Jauh sekali." Digeleng lagi. "I tahu. Dikaki you letaknya Annur Qistina yang memuja you separuh nyawanya selama ini. You humban Annur Qistina yang menyintai you sepenuh jiwa ke lubang kehinaan yang paling jijik."

"Qis.."

 Qistina hela nafas dalam-dalam. Suara Qistina yang tenang terluncur didalam bilik khas yang cukup eksklusif yang ditempah Khalish ini membuatkan percikannya bertempiran diseluruh pelusuk ruang. Hanya cupingnya dan cuping Khalish yang menerima segala lontaran kata-kata yang dimuntahkan. "You tahu Khal. Impian hidup i selama ni mudah sahaja. " Bibir mengukir senyum. Memang impian hidupnya memang mudah. Malah impiannya itu sering juga menjadi bahan usikan dan gurauan teman-teman sekerja. Zita dan Layla paling kuat mentertawakannya. Apa punyer jurutera. Dalam kerja punyerlah hebat, dalam cinta kalah sampai jadi macam batang padi ek. Qistina tidak kisah ditertawakann. "Hidup bahagia dengan lelaki yang paling i cinta...lelaki yang paling i sayang itu sudah memadai. I takder impian lain Khal. Tak ada. Tapi..impian tu dah tak ada lagi. Dah berkecai. dah hancur.  Dah musnah. Dan insan yang memusnahkan segala impian bahagia i adalah lelaki yang paling i cintai itu sendiri."

"Qis.."

"Khal, selama lima tahun i bawak diri dengan segunung harapan. I mahu lupakan segala yang berlaku dahulu. Kalau you bimbang i akan mendendami you..." Kepala digeleng. " i dah redha atas segalanya, Khal. I dah maafkan you. Tapi tolong...jangan harap apa-apa lagi antara kita. Sebab tak mungkin ada apa-apa lgi antara kita. You.." Mata bundar Qistina terjunam ke arah sepasang mata Khalish dihadapan. Mata yang seringkali membangkitkan rasa bahagia setiap kali direnung. " dah mati dalam diri i. Khalish Ariq dah mati dalam hati..dalam jiwa Annur Qistina."

"Qis, please."

"it's all over, Khal. Tolong lah benarkan i hidup dengan cara i. Lepaskan i dari hati dan jiwa you. You dah pernah buang i dalam hati you Khal. You boleh lakukannya sekali lagi. Lakukannya untuk kali terakhir."

"Qis, i tahu i salah..i kejam..i..i..bodoh..ego. I admit. Kalau you nak marah...nak maki..nak pukul i sekali pun i rela Qis..i sanggup. Tapi tolonglah Qis...beri i peluang sekali lagi. Please Qis. I'm begging you. Selama lima tahun ini, hidup i tak pernah tenang Qis. I tahu you tak bersalah. Kamal dah ceritakan segala-galanya. I dan Joe nyaris bertumbuk lagi bila you lari ke Manchester. Kamal beritahu you hanya datang membantu Joe, tapi kemalangan yang terjadi bukan rancangan Joe. Memang berlaku kecuaian kakitangan di platform masa malam kejadian tuh. Joe cuma mahu selamatkan you. Kamal saksinya.  Macam yang you cuba terangkan tapi i yang buta..i yang ego sebab cemburu buta pada Joe yang memang sukakan you..yang memang ada hati pada you. It's all my fault, Qis. It all fault."

Khalish sedar segala yang terjadi semua kerana rasa cemburunya yang menggila. Kerana terlalu cintakan Qistina, mata dan hati bagai diamuk rasa cemburu yang bukan kepalang saat melihat tubuh Qistina yang sudah basah lencun berada dalam dakapan pelukan Johan. Andai dapat diulangi masa silam. Tidak akan dilakukan kesilapan paling besar..paling bodoh dalam hidupnya ini. 

Qistina ketap bibir. Dihela nafas. Segalanya dah berlalu, Khal. Dah terlambat. Hati Annur Qistina yang terluka takkan kembali seperti sediakala. 

"Dah lepas. Tak guna lagi semua itu. Dah tak ada apa-apa lagi antara kita,Khal. Cukuplah apa yang dah you buat pada i..pada hidup i..pada keluarga i lima tahun dahulu. I takkan terima you lagi. Takkan, Khal. You dah mati dalam hidup i."

"Qis..."

Napkin diriba dibawa ke bibir. Dilap kemas. Penih tertib. Piring dihadapan yang sudah licin ditolak ke depan.  Senyum manis dilontar kepada lelaki dihadapan. Dalam hati dilagukan kata-kata semangat buat diri untuk menatap wajah ini buat kali terakhir. Itu janjinya. Itu juga pintanya.

"promise not to look for me again, Khal."

Kepala digeleng. Tak mungkin, Qis. Tak mungkin..

"terima hakikat ini, Khal. Dah tak ada "kita" antara kita. You..me... dah habis. Over. Titik."

Qistina bangkit dari duduk. Coach diriba dibawa ke jari-jemari.  Khalish ikut berdiri. 

"thanks for the lovely dinner, Khal." Senyum. " i balik dulu,hmmm." Salam dihulur perlahan bersama ayunan langkah kemas menuju ke pintu.

"Qis..."

Tubuh Qistina berpaling. Khalish sudah berada selangkah dibelakang. Tanpa disedari Khalish rupanya mengekori daripada belakang. Tubuh takzim berdiri. Dia pasang mata kembali saling memandang. Bibir Khalish dilihat tenang melontar senyum halus.

" i akan tetap berusaha untuk dapatkan you semula, Qis. I will. No matter how."

"Khal.."

Khalish menggeleng. 

"antara kita belum selesai lagi, Qis.."

"apa nih, Khal. I dah cakap baik-baik dengan you. Please, Khal. Just let me go."

Kepala menggeleng lagi.

" nama you..wajah you...diri you...segala-galanya tentang Annur Qistina akan kukuh bertakhta dalam hati..dalam jiwa Khalish Ariq. Selama-lamanya. Takkan ada yang lain. Hanya lafaz cinta yang akan bersaksikan seluruh keluarga menjadi penanda sudah selesai antara kita nanti. Lafaz cinta yang akan Khalish sematkan di jari manis Annur Qistina. Tanda dia milik mutlak seorang Khalish Ariq. Insya-Allah. "

Qistina terpempan.

14 comments:

Anonymous said...

go khal.. fighting!!!!
kak, update everyday ea.. bleh x? ^_^

Atty Ismail said...

Khal oh Khal...Baik2 si suami Zita nak cari u sampai lubang cacing kalu u apa2kan si Qis...Usaha kuat lagi ok...

Anonymous said...

xbagusnya u ni khal.. tergamak wt cmtu kat qis..
aduhaiii.. yg ayah qis pon.. nape la xpercaya anak sendiri.. sian qis!

tp papepon, still nak wish khal.. good luck.. semoga berjaya la pikat hati qis balik.. tp sblm tu betulkan salah faham yg terjadi disebabkan awak dlu ek
~mizz acu~

Anonymous said...

biarlah qis mencari kedamaian yang baru.kenapa selepas melukai baru menyesal.adakahditakdirkan hanya wanita layak dituduh dan dilukai.kemudian silelaki dtg memohon kemaafan.rasanya tidak adil bagi qis.biarlah luka itu diubati dengan kehadiran seseorang yang menghargai dan mencintai qis.biar khal menyesal dgn cemburunya.semoga akan ada mr right unt qis.tak semestinya cinta lama bertaut kembali.berjuanglah qis mencari kebahagiaan qis dgn insan lain.lupakan cerita lama kerana dibumi allah ini masih ramai lagi jejaka yang baik dan beriman.lupakan khal.

Anonymous said...

khal dh mcm org sasau...qis kena kuat semangat...memangle sayang tapi biar khal tu merana dulu

Anonymous said...

'Hanya lafaz cinta yang akan bersaksikan seluruh ahli keluarga menjadi penanda sudah selesai antara kita nnt. Lafaz cinta yang akan khalish sematkan di jari manis annur qistina. Tanda dia milik mutlak seorang khalish ariq. Insya ALLAH'..

luv dis..~~~

Zalida said...

Hmmm alahai....rasa sesak nafas dengan kata2 Khalish Ariq ni.

Ruunna Qizbal said...

best2.. khal brusaha lgi.. go go

Kak Zai said...

Dpt rasa apa yg Qis alami....kalau saya,memang tak kan terima semula Khal....sakit bila kejujuran diragui....cari org lain je Qis....

Anonymous said...

saya bersetuju dengan kak zai.sukar untuk menerima kembali.biarlah hanya kemaafan sahaja buat khal tetapi kebahagiaan qis biarlah bersama orang lain.sungguh khal terlalu ego.

95" said...

..heheheee,hnya kmaafan buat Khal n kbahgiaan Qis biar lar dgn org lain..ermm,tp kan..klau la dah jodoh diorg br2 tu ttp brsatu,camner erk?!!..hik hik hik,bior cik pnulis yg pening!..

Kak Sue said...

Rasanya semua orang kalau dah sayang dan cemburu pun akan buat macam Khai juga.... cuma Qis malu bila semuanya berlaku dan menyebabkan papa dan family sendiri percaya cakap Khai dari Qis...
Waktu itu ego Khai lebih tinggi dari diri dia sendiri tu... walaupun telah diterangkan kedudukan hal sebenar pada Khai oleh Qis sendiri...
kalau dah sampai 5 tahun baru nak berbaik rasanya hati Qis pun dah boleh melupakan Khai kan.... memaafkan boleh tapi untuk kembali semula tu rasanya susah nak bagi peluang....
bila difikirkan dengan tajuk novel ni rasanya Khai dapat menambat hati Qis semula.... hahaha

Anonymous said...

Xmau Qis balik semula ngan Khai....kerana cemburu Khai sanggup buat Qis mcm tu...maybe in future pn sama gak....so nk Qis ada hero baru... kena ajar skit Khai tu...Qis bleh cari yg lebih baik dr dia...

kak ida said...

salam kucc..
Annoying betul seorg jejaka yg bernama khaalish ini kan.. Dia ingat segala perbuatan dia lima tahun yg lalu pada Qis akan berlalu begitu sahaja.. 5 tahun hidup diperantauan dengan maruah yg diinjak oleh lelaki itu dan selama 5 tahun dia hidup sebagai seorg anak yatim piatu sedangkan dia masih mempunyai seorg ayah..keperitan yg ditanggung apabila dimalam pernikahannya yg sepatutnya menggembirakan dan mencorakkan hidupnya kealam yg baru bila lafaz ijab dan qabul dilontarkan oleh khaalish..tetapi menjadi nighmaresnya..didetik yg bersejarah itu..dia kehilangan kasih sayang seorg lelaki yg paling dicintai dan sekaligus lelaki itu telah memutuskan silatulrahimnya dengan keluarganya sendiri yg enggan mempercayainya sedangkan mereka yg membesarkannya selama berpuluh tahun..adakah wajar mamat tu mahu dia kembali kepadanya..

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...