Monday, December 17, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 10


Bab 10
Pintu pagar yang ternganga kala kereta yang dipandu Qistina memasuki halaman utama banglo putih milik Zita sudah tertutup sepenuh. Dipandu penuh cermat enjin jenama Jerman yang cukup terkenal ini memasuki kawasan garaj yang turut sama menempatkan sebuah Lexus LS milik Azhar. Qistina tekan punat ditangan sambil kaki melangkah perlahan menuju ke pintu utama banglo yang didiami sejak kembali ke Kuala Lumpur. BMW Zita yang terparkir ditoleh sekilas sebelum kembali meneruskan langkah yang terhenti. Salam dilontar perlahan sebelum tangan mencapai tombol pintu. Azhar dan Zita juga Maisarah yang bersantai diruang tamu utama sambil menonton hanya disapa dengan senyuman dan lambaian tangan. Tidak pula mahu menyertai mereka. Tidak sekarang. Moodnya sedang tidak tentu arah sekarang. Jiwanya sedang kacau! Tidak mahu nanti akan dikesan Zita mahupun Azhar. No..no. Tidak mahu nanti akan timbul rasa bimbang di hati Zita. Sahabat baiknya ini sudah cukup baik meladeni diri Qistina dan masalah yang mengepung hidupnya tanpa jemu. Kaki dihayun terus menaiki tangga. Dia mahu segera mencari katil. Mahu merebahkan tubuh. Mahu meredakan segala beban perasaan yang berantakan didalam dada. Mahu melupuskan segala yang dialaminya sebentar tadi. Mahu membuang jauh jauh wajah itu. Mahu melupakan semua yang dilafazkan bibir itu sebentar tadi. Mahu membenamkan renungan sepasang mata juga senyuman manis itu dari terus menabir dijendela hati. Pintu bilik kian dihampiri.

Sepasang mata Zita masih jeda biarpun bayang Qistina sudah lama tenggelam ke tingkat atas. Dadanya bergetar. Senyum Qistina sedang ditafsir. Ada sesuatu pada garis senyum yang dilontar sebentar tadi. Zita yakin ada sesuatu telah menimpa Qistina. Sesuatu yang mengganggu jiwa. Azhar pandang Zita yang masih tunak merenung tangga. Kelibat Qistina sudah lama hilang. Hairan jugak dengan sikap isterinya yang masih setia memandang ke arah tangga sejak tadi. Pasti ada sesuatu yang sedang berputar didalam fikiran Zita. Dibiarkan dahulu kerana Zita pastikan akan membuka mulutnya sebentar nanti.

"Har.."

"hmmm.." Mulut dinganga membenamkan seulas anggur hijau dari segugus yang dihulur Zita sebentar tadi. 

"did you see what i see just now." Mata Zita masih takzim ke arah tangga dengan tapak tangan menepuk peha Azhar perlahan. Dijengah wajah suami disebelah yang sedang melayan gugus anggur.

"meaning?" Mulut Azhar masih terus mengunyah. Hmm, manis masam pulak anggur nih. Masamnya lebih dari manisnya. Azhar telek gugus anggur ditangan. Dihulur pada Maisarah. Laju kepala Maisarah menggeleng dengan lidah dijelir. Jari telunjuk dihala pada Azhar. Azhar ketawa. Bahasa mudah Sarah. Taknak, masam...papa makan. Ni mama Sarah la yang suruh papa beli nih. Mengidam nak anggur hijau yang besar, bulat dan takder bijik. Kata baby nak makan. Puas jugak Azhar mencari. Akhirnya  jumpa gak di  KLCC. Tapi tu laa..macam nih la rasa dia. Azhar tengok Zita laju aje mengunyah tadi. Sedap kata isterinya itu. Siap suruh Azhar beli lagi esok. Beli banyak sikit. Ni tak cukup. Sekali hadap sure Zita boleh habiskan. Azhar senyum bila Zita selamba lontar kata. Siap ditarik hidung mancung Zita yang comel.  

Zita tatap terus wajah Azhar. Dua pasang mata kini bertentangan. "Khal..."

Azhar kerut dahi. Khal? Ulas anggur terakhir dilontar masuk ke dalam mulut. Laju dikunyah. Mata terlus ke arah wajah Zita yang sedang merenungnya. Sedang menagih susulan kenyataan daripadanya tentang subjek yang disebutkan sebentar tadi. Apahal pulak dengan hero handsome tak berapa nak matang tuh. Azhar hanya tahu kisah Qistina dan Khalish daripada Zita. Sejak mereka mula-mula berkahwin dahulu hubungan isterinya dengan Qistina terjalin erat biar cuma di pentas maya. Daripada Zita, Azhar diberitahu Qistina kawan baiknya sejak di zaman sekolah lagi. Dan daripada Zita, dia kenal Annur Qistina dan Khalish Ariq. Daripada Zita juga laa Azhar tahu kisah hubungan antara kedua-duanya. Segala-galanya. Manis awalnya yang dinoktahkan dengan titik yang cukup tragis. Kisah hubungan dua hati yang  sewajarnya tidak berakhir sedemikian rupa.  Bagi Azhar hanya satu perkataan mudah untuk menyatakan tentang lelaki itu. Khalish memang tolol! 

"i didn't get you. Why Khal?"

"Khal mesti dah dapat jumpa Qis. I knew it. Tengok muka Qis tadi i dah dapat agak."

Oo itu sebenarnya. Tapi Azhar macam tak rasa itu jawapan pada perlakuan Qistina sebentar tadi. Senyum, lambai dan menonong sahaja naik ke atas. "Tak kut, sayang. Maybe she's tired and wanna have a rest. Keje sampai malam. Penat jangan cakap. Penat otak...penat badan. Ingat nak rehat, weekend pun kena kacau. Nak tolak tak sampai hati sebab kawan baik dan boss yang ajak."Zita yang beritahu Azhar tentang hal itu bila dia bertanya dimana kereta Zita ketika dia keluar ke garaj mahu mengambil sesuatu dari Lexusnya. Terkejut besar Azhar bila mendapati BMW isterinya itu tiada di parkir garaj.

Zita geleng kepala. Dia cukup kenal Qistina. Sikap dan perangai Qistina sudah cukup masak di hati Zita. " no. I knew is Khal. Maybe..maybe he had done something to Qis. Say something bad to her. I naik jap tengok Qis. Maybe she need someone to talk. "Zita bangkit daripada duduk. 

Azhar menggeleng. Tangan Zita lembut dicapai. Digenggam. Enggan membenarkan tindakan Zita. Kerut di dahi Zita dibalas dengan kenyataan agar jangan diganggu gadis itu. Jika benar apa yang disangka Zita benar, pasti Qistina mahu bersendirian seketika. Pasti Qistina mahu memenangkan hati dan perasaannya yang mungkin telah terganggu atau seperti kata Zita tadi yang si dia "may have done something" pada Qistina. 

"let her be alone. She need it, dear."

"but Har..i risau. Qis tu hati dia lembut. Perasaan dia halus. Nampak jer kuat. Tah haper si mangkuk tu dah buat agaknya. Jangan jangan dia ada kata something yang teruk kat Qis nih. Muka Qis tadi memang nampak sedih jer walau dia cuba senyum. I kenal sangat Qis. Dia cover macammana pun i tahu. I tak mau Qis sedih sedih lagi. Dah cukup laa lima tahun dia tanggung semua kisah sedih dek keje bodoh si mangkuk tuh."

Mangkuk? Azhar senyum dalam hati  dengan kata spontan Zita. Isterinya ini adakala memang spontan sungguh. Azhar paut tubuh Zita. Dielus hujung rambut isterinya yang terbuai di lantai bahu.

"trust me. She'll speak to you on this once she's ok. Bagi dia peluang untuk selesaikan sendiri. Bagilah dia masa untuk lepaskan semuanya. Bagi dia masa untuk tenangkan diri."

Zita lepaskan nafas perlahan-lahan. Dijatuhkan kembali punggung disebelah Azhar. Tangannya masih erat digenggam Azhar. Bahunya dipaut dan dielus perlahan. Bisikan Azhar ditelinga cukup jelas. Let her be with herself. She need it...she need time to be alone.

Coach dilurutkan dari bahu. Langkah dibawa ke meja hias di tepi pintu. Diletakkan tas tangan kesayangannya di lantai meja. Ditarik deras tudung lalu diletakkan di bahu kerusi dihadapan meja hias. Langkah di bawa laju ke katil. Direbahkan tubuh. Mata terpejam seketika. Nafas beralun perlahan. Kitaran masa kembali menerjah ruang fikir. Dia jauh dibawa ke awan. Jauh.

Mata Zita sedikit terbuntang. Tubuh Qistina yang melintasi masuk ke dalam bilik mereka ditatap tunak. Lontaran kata-kata Qistina yang baru pulang dari keluar bersama Khal cukup mengejutkan.

"Khal suruh kau pakai tudung?"

Bibir Qistina menjuih muncung. Kepala diangguk laju. Suara lembut masih terjeda.

"apsal tetiba jer suruh kau bertudung. Selama ni elok jer dia layan kau aku tengok. Takder pulak dia tegur kau tak bertudung atau cakap pasal nih pun. Kemain puji lagi rambut kau. Cantik..seksi." Zita terus mengasak. Tidak puas hati. Qistina sudah sedia maklum yang Zita memang tidak begitu setuju perhubungannya dengan Khalish wala sudah dinyatakan dan diyakinkan lelaki itu yang terbaik buatnya. Sikap Khalish yang terlalu mengawal Qistina bagi Zita keterlaluan. Kata Zita kata Khalish sewajarnya percaya dengan sesungguhnya kepada Qistina. Hati perempuan seperti Qistina ni kalau dia sudah kata sayang dan cinta pada lelaki yang itu, akan dikotakan. Takkan dicurangi lafaz janji itu. Biar dibariskan lelaki setampan bidadara sekalipun hati Qistina akan tetap memilih Khalish. Qistina tahu jauh disudut hati Zita, temannya ni sentiasa mendoakan kebahagiaannya. Bukti biar dia tidak bersetuju dengan pilihan Qistina, biar dia tidak begitu sukakan Khalish tidak pernah sesekali dia meminta Qistina meninggalkan Khalish. Kata Zita dia akan mencapai bahagia jika Qistina juga menggenggam bahagia.

"sungguh-sungguh ker ni?" Zita masih terus mencari jawapan. Tubuh Qistina terus dipandang.

"Iye. Siap pakai sebut hukum. Bawak ayat al-quran bagai. Dah sama macam ayah aku gak. Ngeri tau." Satu demi satu bilah kata terlompat dari bibir merah jambu mungil Qistina. Langkahnya satu persatu dihayun perlahan ke katil dihadapan.

Zita pusing tubuh dari duduk yang tadinya mengadap ke dinding meja studinya. Buku Statistik ditangan ditutup. Dua kaki diangkat keatas. Dilipat ke riba. "pelik la. Khal tu apahal sebenarnyer. Ker.." Ditenung tubuh kurus Qistina yang kian menghampiri katil. "..ada benda lain dah jadi nih. Khal tu mesti ada sesuatu dalam kepala. Bukan aku tak kenal dia." 

Qistina hembus nafas. Langkah longlai dibawa ke katil. Dihempaskan tubuh. Terlentang di ranjang yang cuma berbalut cadar putih. Kaki terjuntai ke bawah. Dibalut raut wajah dengan dua tapak tangan. Dipejamkan mata. Dilontar hembusan sekali lagi. Kali ini lebih kencang hingga menampar ke cuping Zita.

"Qis..." Qistina tahu Zita masih tidak puas hati. Sah dalam kepala temannya itu akan cakap tak kira. Nak korek jugak. Qistina bukan tidak kenal sikap tidak putus asa Zita. 

"jealous kut.."

"jealous? " Terbeliak kembali mata Zita. Qistina mengangguk lesu. 

"sebab apa pulak.."

Qistina terjeda. Tidak memberikan apa-apa balasan pada pertanyaan Zita. Tubuh yang berbaring kini ditegakkan. Dilipat dua belah kaki ke atas. Dua tangan diletak dibawah dagu. 

"Zie..." Kepala Zita terangkat sikit. Kening turut terjongket. Isyarat berkata.. apa?

"aku ni..." Mata Qistina jatuh pada wajah Zita yang memandang tunak. "..cantik sangat ker."

Kepala Zita dilihat mengangguk laju sambil tersenyum. Dilihat Zita mula bangkit dari duduknya menuju ke arah katil. Tubuh Zita dilabuhkan disebelah Qistina. Bahu Qistina dipaut mesra. 

"bukan cantik, Qis...tapi sebenarnya sangat cantik. Tak berkelip mata orang yang pandang kau. Siap tertoleh-toleh. Tau tak budak-budak mekanikal panggil kau apa?" Qistina menggeleng. Langsung tidak tahu menahu tentang perkara ini. Selama menjadi rakyat di universiti ini dia mana ada masa untuk bermesra-mesra dengan rakan sefakultinya. Usai kelas dia akan terus sahaja keluar menghabiskan masa di perpustakaan. Dia tidak selincah Zita yang punya skop pergaulan yang jauh lebih luas. Dengan siapa sahaja di boleh jadi kawan. Sebab itu agaknya dia mudah saje menerima Zita yang mesra dan lincah sebagai temannya sewaktu di sekolah. Dan hingga kita Zita kekal menjadi sahabat baiknya selain Layla yang sama-sama dikenali di sekolah. 

"anak patung."

Qistina kerut kening. Anak patung? Dia..anak patung?!..bukankah itu juga yang dikatakan Khal tadi. 

"macam barbie doll?"

Zita angguk. Senyum. "nak sebijik pun..cuma rambut kau tu jer yang tak blonde. Kalau tak, sah orang ingat barbie doll tu hidup."

Qistina raup muka. 

"Kenapa?"

Qistina geleng kepala.  Kata-kata Khalish tadi kembali terlayar di mata. Bilah bicara dari bibir lelaki yang amat dia cinta itu kembali terngiang-ngiang di cuping. Rupa dan penampilan dirinya ini rupanya menjadi satu ancaman pada perasaan lelaki itu. Qistina masih sukar menghadam kenapa perlu ada rasa sedemikian didalam hati Khalish. Bukankah selama ni sudah dikatakan pada Khalish agar percaya pada cintanya...percaya pada Qistina. Didalam hati dan jiwa Qistina hanya ada Khalish. Sampai bila bila. Sampai mati!

Kelopak mata terbuka. Siling putih susu yang dihiasi chandelier ditatap tidak berkelip. Warna jingga chandelier itu ditenung lama. Dalam-dalam. Jingga yang makin kelam lalu memercik bias kemerah-merahan disegenap ruang bilik. Qistina telan air liur. Ada rasa yang kembali menerjah didada. Rasa yang mengumpil dari dalam jendela jiwa. Hati bagai terhiris kembali. Dalam. Sakit. Terlalu sakit. 

Kenapa tak percayakan Qis, Khal. Kenapa?!!!

* * * * * * *
Khalish capai gelas tinggi didepan. Titis dari dindingnya yang berpeluh dibiarkan membasahi ke tapak tangan. Pandangan Ray disebelah dibiarkan sahaja.  Disua ke bibir. Laju aliran lemon juice terjun memasuki lorong kerongkong. Suku sahaja lalu ditarik muncung gelas dari bibirnya. Diletakkan kembali dihadapannya.  Bekas bakul comel berisi kacang didepan dicapai. Dilontar laju kedalam. Ruang udara Ovo Live Bistro cukup meriah. Khalish lebar senyum melihat DJ yang rancak berceloteh sambil berkata akan memutarkan rangkaian lagu-lagu malar segar buat pengunjung bersesuaian dengan tema Oldies- the evergreen untuk malam ini. 

"kau terjah masuk dalam kereta dia?"

Senyum. Dilontar lagi kacang kedalam mulut.

"gila kau, Khal." Khalish ketawa. Rayyan geleng kepala. Mata dilontar pada wajah tampan disebelah.

"Really crazy, man. Kalau dia jerit sah sah kau mampus kena seret ke balai. Jangan harap aku nak jamin kau keluar lokap. "

Ketawa. "yup. I'am. The crazy virus exist  because of her."

"kau jangan lupa kau yang buang dia dulu. It's you, Khal. You start the fire."

Angguk. Gelas jus lemon dihirup lagi. Rakus. "those was my bad day, Ray. Admit." Tangan menggamit seorang pelayan dengan gelas diangkat sedikit. Isyarat mahukan jus lemon yang kedua.

Rayyan geleng kepala lagi. Sah gila dah kawan baiknya ini.

"Senang kau cakap. Tapi yang pasti dia takkan maafkan kau semudah macam ni.." Dicapai butir kacang lalu dilontar ke dalam mulut. Khalish agguk. Setuju. "yup. I knew. But i knew one thing for sure.."

Rayyan terus memandang. Menanti. Mata sempat menjelajah kesekitar ruang Ovo yang mulai bingit dengan suara para pengunjung yang tenggelam timbul. 

Khalish senyum. Wajah Qistina sedang terlayar diminda. Kerlingan Qistina sedang menari di mata. "She still love me, Ray. She still. Her eyes can't denied it." Rayyan tatap wajah Khalish yang tenang disebelah. Dicapai cawan latte didepan. Disua ke bibir. Wajah cantik dan keanak-anakkan Qistina terlayar di ruang fikiran. Qistina yang lembut. Qistina yang patuh. Qistina yang setia. Gadis itu tidak pernah bersalah selama ni. Qistina tidak pernah mencurangi hubungan kedua-duanya. Rayyan tahu Qistina hanya berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Yang pasti Qistina berada disitu atas tiket tuntutan tugas. Bukan sebab lain. Hanya salah faham Khalish ditambah cemburunya yang menggunung memburukkan keadaan. Dan di saat semuanya terbongkar Ray tahu Khalish sudah terlewat. Qistina sudah jauh membawa diri dan hati yang parah terluka. Tawaran dari pejabat di seberang laut tepat pada waktu. Qistina pergi. Langsung tidak menoleh. Dan langkah Qistina tak terdaya dituruti Khalish akibat ego diri yang kuat memasung. Namun Rayyan tahu jauh dilubuk hati Khalish, lelaki ini tidak pernah melupakan Qistina. Dan hingga kini hanya nama itu yang terus bertakhta dijiwa dan tertulis dihati Khalish. Lelaki ini tidak mungkin boleh melupakan gadis yang sudah menguasai hati jiwa sekian lama. Nama yang menjalar diseluruh urat nadi..meniti di setiap aliran darah...berhembus disetiap helaan nafas...berdegup disetiap denyut jantung.  

"pandangan mata tak semesti betul, bro. Kau kena tau Qis sekarang bukan Qis yang kau campak lima tahun dahulu. Qis yang dahulu mungkin dah jauh berubah, Khal. Tak semudahnya dia akan lupa apa yang kau dah buat. Memaafkan kau juga tak semudah itu. Hati perempuan ni sedalam lautan..nampak tenang tapi didasarnya kau takkan tau. Mungkin tenang...mungkin berkocak...mungkin juga bergelora."

Khalish campak sebutir kacang kedalam mulut. Dikunyah perlahan. Kata-kata Rayyan berkumandang di kepala. Terngiang-ngiang dicuping. Tidak dinafikan apa yang dikatakan teman baiknya ini semuanya benar. Dia jangan mengambil mudah. Qistina yang ditemui pagi tadi mungkin bukan "Qistinanya" lima tahun dahulu.  Segala yang berlaku antara mereka tidak akan dilupakan sebegitu mudah oleh Qistina. Memaafkan Khalish juga belum tentu. 

"aku tahu, Ray." Khalish mengangguk perlahan sebelum menyambung bicara. " aku tahu tak mudah untuk dia maafkan aku atas apa yang dah aku lakukan dahulu. Aku tahu dia memang terluka sangat. Aku memang bodoh." Khalish hela nafas dalam. Dihembus semula. Hakikat cabaran untuknya meraih kembali Qistina takkan semudah dahulu. Seperti kata Ray, lima tahun pasti sudah menjanjikan sebuah perubahan diri seorang Annur Qistina. 

"Tapi aku akan lakukan apa sahaja untuk menangi hati Qis semula. Akan aku lakukan apa sahaja untuk meraih ampun maaf dari dia. Kalau perlu melutut didepan khalayak ramai aku akan buat. Apa sahaja aku sanggup." Diraup wajah dengan tapak tangan. Khali sesaat. Rayyan hanya jeda. Memberi ruang buat seketika. Menanti bicara Khalisg selanjutnya.

Khalish melihat ke hadapan.  Merenung tabir masa depannya bersama Qistina. Dia sudah punya peluang itu dahulu namun kerana kebodohan diri peluang itu terlepas. Untuk meraihnya kembali, cabaran getir pasti menanti dan Khalish sudah menanam tekad akan melakukan apa sahaja untuk meraih kembali cinta Qistina.

" aku tak sanggup lagi hilang Qis untuk kali kedua. Aku tak sanggup hilang dia lagi dalam hidup aku, Ray. Qis segala-galanya buat aku...buat hidup aku selama ini. Aku tau ego aku selama nih memakan diri. Depan kau..depan yang lain aku cuba berbohong..tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri, Ray. Aku tak boleh. Masa kau cakap dia dah balik hati aku ni macam nak melompat keluar. Tak tergambar gembira. Aku rasa doa aku selama bertahun-tahun ni Allah dah makbulkan.Akhirnya dia balik jugak. Dan aku akan tebus khilaf aku pada dia walau apa cara sekalipun Ray.Kalau Qis nak jatuh hukuman pada aku, aku sanggup. Dia dah balik...dia dah ada depan mata dah cukup buat jiwa aku kembali bernafas." Tapak tangan Ray singgah dibahu. Ditepuk penuh semangat. Tanda sokongan. Tanda dorongan. Tanda akan sentiasa bersama disisi biar apapun juga keputusan Qistina nanti. 


* * * * * * *
"who?" Qistina angkat muka. Anis yang berdiri dipalang pintu ditatap. Fail ditangan masih dipegang. Tadi saat ditengah leka meneliti dokumentasi baharu yang diberikan kontraktor  pintu biliknya diketuk oleh Anis; setiausaha Kamal memberitahu ada seseorang mahu berjumpa dengannya. Wajah Anis dirasakan seperti lain sahaja. Pelik sungguh. Anis kan kecoh jadi bila tiba-tiba dia jadi seperti budak yang baharu memulakan alam darjah satu Qistina memang rasa begitu pelik.

"err..actually Qis..he is..."

Dan belum pun habis petanyaannya dijawab oleh setiausaha ketuanya itu, mata menangkap jelas sekujur tubuh berkemeja biru dengan tali leher warna sedondon dengan rona yang lebih gelap tiba-tiba muncul dibelakang Anis dan berdiri didepan pintu biliknya yang ternganga. Qistian tersentak namun cuba dikawal diri agar bertenang. Dia tidak akan sesekali tewas pada insan dihadapannya ini. Lontaran nafas dikawal. Degup jantung dibawa meniti perlahan. Etika dan integritinya sebagai profesional di syarikat ini harus dijaga. Tetamu kan harus dilayan dengan baik sekali! Kerdipan mata dihala pada Anis yang jelas memapar riak risau..riak gusar..riak bimbang. Seperti biasa senyum dilontar. Anis tidak harus dibebani rasa bimbang. Qistina tidak mahu Kamal diberitahu. Makin haru nanti. Isyarat senyum manis itu mudah difahami Anis. Qistina tahu itu. Ia menyatakan dia ok. I can handle him, Anis!

Mata dilontar pada wajah yang takzim bersandar di pintu. "do you have an appointment?" Sah Shim yang bagi dia naik nih. Shim, what have you done, gal!!!

"you just did.." Dan tanpa dipelawa susuk tubuh tampan dan segak itu bersahaja pula melabuhkan duduk dihadapan Qistina. Nafas dihela perlahan. Cuba bertenang walau hakikat sebenar Qistina rasa jantungnya mahu melompat keluar! Tidak menyangka seberani ini lelaki yang sedang duduk dihadapannya ini bertindak.  

Mata dihumban lagi ke arah raut tampan dihadapan. Qistina sedang sedaya upaya mengawal debaran didada. Mata mereka saling bersabung pandang.

 "what can i do for you encik Khalish Ariq?"

Khalish lontar senyum manis  pada wajah cantik bertudung biru dihadapan yang jelas sedang mengawal rasa terkejut yang teramat dengan kemunculannya yang tiba-tiba. Sedondon mereka hari ini. Macam berjanji pulak. Sejiwa kan. Hati sedang tersenyum lebar. "is not what you can do. Is suppose to be what i want. And i want you. Only you, Annur Qistina. No matter how...like it or not."

Qistina ketap bibir. Gila!

13 comments:

Anonymous said...

Go Khalish! Tp kesian kt Qis..

Anonymous said...

menyampah lak rase kt khalish ni...eeee gerammmmm....be cool qis..
kucc pasni wat si khal ni lg gila bayang kt qis..haha

mizz acu said...

Yep ksian kat qis... Memaafkan buleh tp lupa smpai mati pon x...
Pape pon, ttp akan sokong khalish.. To Win qis's heart. Tebus balik salah2 dosa2 perangai bodo khal dulu..
Semoga ada hbgn yg baik antara dua org nniih

Anonymous said...

Ini cuma salah faham je. Salah faham yg menyebabkan khalish cemburu. Bab yg ke 10 dah menerangkn segalanya. Waiting for next chapter. Go kucc aprilsnow go....

kak nora said...

perggghhh macho khalish ni siottt...qis...jual paling mahal...biar khalish bayar dgn harga yang paling mahalll...berjuta-juta lemonnn...

Hafia Hana said...

qiss....ajar khal ni cukup2..
jgn mudah sgt terima..

Anonymous said...

sayang, salah tu, cuba review perenggan atas, sepatutnya "did you see" bukan "do you see"

tak de hal lah, teruskan berkarya.

-TAJ-

Anonymous said...

Tkasih kucc sbb kekalkan tajuk lama.Ternnt n3 baru.

Anonymous said...

hhmmm jln citer mmang best tppp rase berat je nak bace
mungkin saiz tulisan kecil sgt kot & warna ..sorryyyy

Unknown said...

If he did once
He may repeat to make it twice
If you can't trust
There'll always no us

kak ida said...

Salam Kucc

E3 yg membuat kita tertanya tanya..apa sebenarnya yg berlaku 5 tahun yg sudah..menyebabkan sekeping hati Qis itu dirobek hingga kini belum nampak sembuhnya..
Dan..kenapa begitu bengong seorg jejaka yg mengatakan akan cinta hingga keakhir hayat ..tetapi membiarkan jarak 5 tahum memisahkan mereka..tanpa sebarang ikhtiar untuk menjernihkan keadaan sehingga hati sigadis menjadi dingin dan keras seperti iceberg di antartika...

Unknown said...

jgn mudah lembut ati qis... ajar je qis,biar tau nk menghargai perasaan dn ati org gak.. die pikir dh ilang ke bekas kelukaan kat ati???

Atty Ismail said...

Qis oh Qis...Khalish pun mangsa gak dlm masalah ni walaupun Khalish ni bodoh byk....Tp bgla peluang eak...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...