Friday, August 24, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 30

Bab 30

Riak muka selamba Jane yang masih rancak mengunyah lebihan karipap daging ayam yang dibawa oleh Teja dari rumah tadi sambil bersila diatas karpet nipis yang menjadi alas lantai bilik stor merangkap pejabat kecil Teja ditenung tidak berkelip. Karipap tu sebahagiannya awal pagi tadi Teja dah bagi kat Man. Dia tak sempat nak  sarapan dengan Teja macam biasa sebab ada mesyuarat awal pagi nanti katanya dengan 2 pelanggan baharu dari Osaka untuk perbincangan lanjut projek usahasama Kiara  Arena dengan syarikat dari Osaka tersebut. Orang Jepun ni kan penjaga masa yang  terbaik jadi kata Man dia juga kena jaga masa dia. Mata Teja masih dicerlung ke arah Jane yang buat-buat tak nampak renungan Teja. Teja ketap bibir. Dah karipap keenam tuh! Issy Jane Jenab ni kalau mana-mana makcik yang tengok dia sedang mencekik laa nih memang gerenti hancur jadi calon menantu. Nasib baik la bukan aku yang jadi calon mak mertua kau Jane..tidak, alamatnyer kensel laa kau nak jadi menantu aku. 

Tapi... nasib kau tersangat laa baik Jane sebab si Mike lemau tu memang sentiasa aje tutup mata dengan skill kau yang satu nih. Nak buat macammaner kan...dah suka, dah sayang dan dah cinta. Tutup mata jer laa. Sebab tu laa agaknya orang cakap cinta tu buta. Dan cinta itu jugak bagi Teja sah-sah pekak dan bisu. Sebabnya...apa-apa pun orang kata pasal orang yang kita suka, sayang dan cinta, kita akan buat-buat tak dengar ajer. Bo layan...boleh blah. Buat dek jer. Kita akan tutup mata, tutup telinga dan tutup mulut. Kita takkan nampak atau dengar apa yang orang cakap tu sebagai sesuatu yang menjengkelkan. Sebaliknya kita akan anggap itu adalah apa yang disebut give and take. Baik dan buruk pasangan kita tu kita kena laa terima sebab kita dah pilih dia jadi soulmate kita kan. Err... tapi ..ye ker macam tu ek.  Masaklah kalau dapat macam soulmate yang macam depan Teja nih. Udahlah tak makan saman, garang kemain...kuat makan pulak tuh! Nasib kau la Mike. Eh, apa bende yang Teja merapu ni. Apa kes cakap pasal hal cinta-cintaan pepagi alam nih. Syoh syoh. Eleh, poodah la kau Teja. Kau tu sebenarnyer sedang cakap pasal diri kau ngan si mamat sirap bandung tu kan. Kau tu pun dua kali lima jer dengan si Jane..jangan nak kutuk orang ek. Eh, maner ada aar. Kitaorang bebiase jer laa. La...lagipun kitaorang baru jer nak kenal diri memasing aar. Teja baru nak kenal diri Man...dan Man pun sedang nak kenal sapa Teja nih. 

Teja sebenarnya buat karipap yang isi kentang dan daging ayam tu sebab si sirap bandung tu yang nak makan sesangat. Dia dah bagi siap-siap dua ratus hinggit kat Teja dua hari lepas. Nak jugak Teja buat untuk dia. Teja mula memang segan nak ambik duit yang Man bagi. Banyak tu dua ratus hinggit weh. Setakat dia jer nak makan buat 6-7 biji jadilah kan. Nak makan sampai muntah karipap haper sampai banyak tu duitnya. Man cakap takper jer Teja buat lebih..yang balance tu nanti Teja sedekah jer kat budak-budak logistic ngan mailing centre. Tau tau ajer si sirap bandung tu yang budak-budak kat dua department tu memang geng juara melantak. Termasuk laa kepala dia yang kat depan Teja ni sekarang. Man cakap, kan Teja jugak yang suruh dia banyak bersedekah. Harta dia berkepuk tu nak buat haper. Bukan boleh masuk kubur pun. Nanti kena audit kat "sana" kan senang nak menjawab. Bagus..bagus. Dengar kata orang budak nih kan. Sedekah banyak-banyak ye awak..nanti makin murah rezeki awak. Saya pun leh tumpang dua kaki..hahaha. Boleh aar dapat sebiji lagi Ducati ker..takpun Harley merah. Cakap pasal Harley merah ni lama dah Teja tak nampak Harley merah yang Teja pedajal kan tuh. Tah kemana agaknya mamat Harley merah tu. Man pun tak cerita pasal kes dia jumpa mamat tu dengan si Mike dulu. Sah-sah dia serik nak letak Harley dia kat sini. Entah berbakul-bakul agaknya dia maki hamun Teja kan.


Petang semalam masa Man escort Teja ke parking dia pesan lagi pasal karipap nih. Dia cakap karipap yang Teja buat memang sangat sedap..sama jugak dengan kuih-kuih yang lain. Tangan Teja ni macam ada magik. Teja memang dah rasa kembang jer masa tu, kalah buah kembang semangkuk...kembang setempayan rasanya masa tuh  tapi  Teja tak tunjuk aar depan dia. Buat muka selamba badak jer. Teja kan sebenarnya masa tuh segan yanga amat aar kena escort dengan dia. Dari lif sampai parking tuh si sirap bandung tuh escort...aduh.  Sakit kepala Teja nih nak layan perangai dia yang protective sesangat. Leceh aar. Apa barang minah brutal macam Teja ni nak pakai escort bagai kan. Buat malu tuan punya badan jer.  Walaupun banyak kali dah Teja cakap tak payah ler nak teman meneman nih, si sirap bandung tu tetap jugak nak escort Teja. Issy, degil betul aar dia nih. Boleh dia cakap nanti kalau orang culik atau apa-apakan Teja macam maner. Bila Teja cakap alah, sapa la mangkuk paku karat yang nak culik budak giler-giler macam Teja ni. Dah la tak seksi ..sekeping macam plywood tampal dinding, miskin kedana pulak tu. Kalau orang tu buta warna mungkin la kut. Man balas kata tak kira la tak seksi ker haper yang dia tahu Teja kan buah hati dia. Dia kenalah jaga keselamatan Teja. Cuping telinga Teja ni pun rasa nak guling-guling ketawa tau masa tuh. Teja tau aar jaga diri sendiri. Dah lama hidup pun. Selama nih Teja tau jer jaga diri sendiri haper. Lagipun sesapa yang cuba nak buat hal ngan Teja tu sah-sah tempah lubang kubur sendiri. Helmet Jerman Teja tu memang lama dah tunggu mangsa.  Kalau rasa nak makan helmet Jerman  tu trylah. Teja tenung lagi muka Jane yang sudah diangkat sedikit. Berlaga dua pasang biji mata. Jane angkat kening sambil tayang sengih. Teja mencebik balas. Mug gambar tiga ekor kucing Siam berisi air milo panas  didepan yang dibancuh Teja selamba dicapai lalu disua ke bibir. 

"Hoi makcik Jane Jenab, tu aku punya air milo aar. Kau ni kan Jane...main rembat sesuka jiwa remaja tua kau tu jer ek.  Dah laa telan 6 ketul karipap tak toleh kiri kanan. Baek punyer sumbat. Cuba laa minta izin dulu sebelum nak telan milo tuh masuk dalam perut kau. Aku tak halal kan nanti mau kembung perut kau tu. Baru padan ngan muka kau, beb."


Jane cebik. Terus dihirup selamba air milo yang dicapai tadi. Teja mengacah mahu meluku kepala Jane. Pantas dielak oleh Jane.


"ala.. milo cap balang merah pantry office ni pun nak berkira ngan aku . Hello cik TJ, milo cap balang merah ni harta benda Kiara Arena tau. Air panas yang kau bancuh ni pun hak office gak. Yang hak kau cuma mug katun ngan sudu besi ni jer haa." Jane sua mug sambil goyang sudu depan mata Teja. Teja  lontar jelingan halus.  " Jadi apa kes kau kata ni air kau..haa, cuba stori mori  kat aku."


"banyak laa kau punya harta benda Kiara Arena. Dah benda tu diwakafkan kat semua staff di sini..jadilah milik bersama...mangkuk aar kau ni Jane." 


Jane geleng kepala. Mug yang baru dihirup sedikit diletakkan kembali didepan.

"eh, apa pulak. Benda-benda tu tetap hak milik syarikat. Jadi jangan ler sesedap rasa, semanis delima nak kata benda-benda tu kau yang punyer ek. Tolong banyak sikit, beb."

 Teja geleng kepala. Laju. Malas betul aku nak bertekak dengan minah sekor ni. 

"Huh, tak kuasa aku nak layan kau ni Jane. Nak menang  aje keje nyer. Baik aku gi belakang kira stok ink printer... lagi bagus. Dapat gak pahala. Huh!" Teja mendengus kecil seraya bingkas bangkit dari duduk. Namun belum sempat kaki melangkah tangannya sudah dipaut oleh tangan Jane. Dengan isyarat mata yang dibuntangkan, Jane suruh Teja duduk semula. Teja ketap bibir. Ni apa kes buntang-buntangkan bijik mata ni..lapar lagi ker. Dah makan 6 ketul karipap pun tak kenyang lagi ker perempuan perut belanga tanah nih. Karipap daging tuh..bukan karipap kosong tau!

"Dah dah. Cepat jawab soklan aku tadi. Jangan cuba cari idea nak mengelak ek...aku debik kau karang, TJ. Duduk cepat!"

Teja garu kepala yang tidak gatal. Aduh perempuan nih. Ingat dia dah lupa pasal soklan tadi sebab dah melantak banyak karipap daging tuh. Teja ramas kesemua jari-jemari. Pagi tadi Jane masuk jer stor terus serbu dan tarik tangan Teja. Dia suruh Teja citer macammaner Teja boleh "terjadi" dengan CEO Kiara Arena nih. Ala Jane nih, bukannyer dia tak tau kisah Teja dengan Man dulu.  dah citer haper kat dia..issy! Teja ngan Man kan memang dah declare jadi couple lepas kes Man menyamar jadi boyfriend Teja dulu. Sama jer kan bendanya. Yelah, dulu tu lain sebab kisah Teja dengan Man. Sekarang nih dah jadi lain sikit sebab Man tu sebenarnya CEO Kiara Arena. Tu jer bezanyer. Isinya tetap sama. Tapi Jane tetap nak Teja citer gak semuanya semula. Huh!  Dia nak tau hari ni jugak citer tuh. Jane kata dia tak sempat nak tanya Teja lepas kes hari tu sebab dia kena balik kampung nenek dia sakit. Tu yang jadi senyap sekejap. Teja ingat dah selamat aar sebab mesti Jane dah lupakan hal tu ataupun Mike dah story semua bende itu..kan Jane buah hati dia. Tup tup Teja kena serang hari ni ngan Jane. Alahai..apa yang Teja nak citer pasal macammaner dia dan si Man boleh jadi macam sekarang nih. Alaa, ni kan semua urusan Dia...maner laa Teja tau kan..ngok la Jane ni tau. Itupun tak boleh fikir ker..huh!

Teja hembus nafas kuat. Air liur ditelan. Apa benda nak cakap ek...issy.

"ala..nak citer amendenyer Jane. Kau memang dah tau kita orang couple kan. Dan kau pun mesti dah tau punyer citer nih yang sebenarnya. Sure si Mike lemau tu dah citer  kat kau semua kan. Mike tau aar Jane semua pasal nih. Diaorang berdua tu sama jer subahat tipu aku hidup-hidup aar Jane...mangkuk ayan betul! Sib baik aku ni waras lagi tau..tidak, mahu wassalam dua-dua ekor tu aku kejekan. Habislah kau jadi janda berhias nanti Jane."

Jane cubit lengan Teja sambil jegilkan mata. Bibir diketap. "Mementang si biskut lemak berkrim kau tu rangup, sesedap kuih talam jer kau panggil si Mike aku tu lemau ek.  Pastu ada hati pulak nak jadikan aku janda berhias. Banyak kau punyer janda berhias ek. Tak sayang mulut kau nih kan. Aku cili-cilikan karang baru kau rasa."

Teja muncungkan bibir sambil gosok pangkal lengan yang sedikit perit dicubit Jane. "ala...aku tak sengaja aar, Jane. Sori ek."

"banyak kau punyer sori mori. Dah cepat citer. Aku nak dengar jugak. Jangan banyak cekadak. Aku debik kau betul-betul karang, TJ. Aku tak kira laa kau awek CEO ker, CFO ker, COO ker, UFO ker. Aku belasah jer kau karang."

Teja garu lagi kepala. Alaa..macammana nak citer ek hal dia dengan si sirap bandung nih. Teja sungguh tak reti nak cakap. Bab-bab perasaan nih Teja akui dia memang fail laa nak explained. Rasanya si sirap bandung tuh lagi handal express feeling dia kat Teja. Tengok ajer la hari tuh. Langsung Teja tak jadi nak marah..jauh sekali nak belasah dia. Baek jer dia pukau Teja. 

"ala Jane..Mike ka.."

Jane geleng kepala sambil lepaskan nafas kuat. "Aku nak dengar citer side kau ek. Citer Mike tu untuk simpanan pengkalan data kepala aku sorang jer. Dah cepatttttt!"

Teja cebik. Huh..garang ngalahkan singa betina beranak sulung!

"Ala Jane aku tak reti aar nak explained. Kan dulu aku dah citer kat kau masa kita orang declare. Oklah tu. Kau pun tau kan aku dengan Man macam maner. Oklah tu. Apa lagi beb. Kalau kau nak details aku dengan si biskut lemak berkrim meletup yang kau kata tuh boleh tetiba jer jadi macam sekarang nih..aku...dia..aku..issy." Teja garu kepala lagi sambil tayang muka simpati.

Jane hala telunjuk depan mata Teja. "kau yang ngorat dia dulu ek. Tu yang kau tak citer kat aku kan?"

Oit!! Teja jegilkan mata. Pantas telunjuk Jane ditepis. Apa kes pulak Teja yang usha si sirap bandung tuh. Tolong banyak-banyak ek!

"eh eh, apa barang aku ngorat dia. See the legs laa, beb. Ni Tun Teja Ratna Sari occay. Sekali aku petik bersusun yang datang laa. Dia dulu yang cakap suker kat aku laa. Kau tak ingat kes dia nak aku jdi buah hati dia." 

Jane cebik sambil membetulkan sila. "Banyakkkk la kau punyer petik. Dah tu....sapa yang mula dulu? Dia?" Jane angkat kening. Sengih meleret dilontar. "macam tak caya jer aku. Sah-sah kau laa tu yang lentuk-lentuk kat dia kan. Kan memang dia dulu kena menyamar jadi boyfren kau.. kan. Bukan aku tak tau taste kau. Biskut lemak berkrim yang manis dan rangup tuh. Dimple kiri kanan lagi. Rambut ikat...perrghh. Rugi aar tak sambar kan beb. Depan mata tuh...hehehe."

"weh weh Jane...kau ingat aku nih spesies minah gedik + gatal ker. Kita orang dulu menyamar jadi couple pun sebab terpaksa ek. Aku...aku tak paksa pun dia ye. Harap maklum. Then dia yang sukarela nak permanent jadi boyfriend aku. Kau pun tau kan pasal nih. Haa jangan cakap aku tak citer kat kau ek, aku debik kau karang. Bila dia kata macam tu, aku on jer la. Dah dia kata dia ok."

Jane sengih lebar. " tapi..kau memang dari mula dah mula suka kat dia kan...haaa, jangan nak kelentong aku, TJ..Aku ingat lagi ye. Muka kau tu kalau citer pasal dia mesti merah..bercahaya semacam." Jane hala telunjuk ke muka Teja.

Teja hela nafas sambil hala angkat dua tapak tangan separas bahu.

"Ok, fine..memang aar aku tak nafikan dia tu taste aku dan aku memang dah mula suka kat dia masa kami start jadi kawan lagi. Tapi..tapi aku takdernyer gelojoh macam tuh ek Jane. Kau ingat aku hilang akal haper nak lentuk-lentuk kat maner-maner biskut lemak tak tentu hala.  Kalau suker pun aku simpan jer dalam hati ye. Takdernyer aku nak tunjuk depan-depan dia. Eei..pleaseeeee ek." Teja buat aksi geli-geleman sambil bahu yang digerakkan sedikit.  Teja pasti walaupun dia suker giler kat si sirap bandung tuh dia masih ingat diri. Dia takkan memalukan diri sendiri dan yang paling utama memalukan abah. Kata orang biar miskin harta jangan miskin perangai. Buruk tau!

"dah tu...macammaner mulanya korang berdua tetiba dah semacam jer aku tengok sekarang." Jane cuba pancing Teja. Hakikatnya dia memang sudah tau perasaan kedua-duanya. Jane cuma mahu memastikan yang Teja sudah pasti dengan perasaannya terhadap Thaqif. Jane tidak mahu kerana kes identiti ketuanya itu terbongkar akan menyebabkan perasaan Teja terhadap lelaki itu sudah lenyap. Dia tidak mahu begitu. Jane tahu baik Thaqif mahukan Teja masing-masing saling menyukai antara satu sama lain.

Teja angkat kening. "semacam haper?  Kau ni macam-macam aar Jane. Aku dengan dia tuh takdernyer semacam semacam. Kita orang memang macam nih laa. Haa...kau tengok aku nih. Mana ada semacam. Aku memang macam ni haper."

"issy..dia nih memang tau..buat loyar buruk pulak. Aku luku kau karang nih, TJ." Jane acah mahu meluku kepala Teja.  Kedua-dua tangan Teja pantas buat aksi ultraman sambil tayang sengih lebar. Jane lontar jelingan tajam.

"Mike cakap si Qif..eh eh..sori.." Jane tepuk mulut berkali-kali. "encik Qif. Kena hormat tuh. Dia BIG boss ok." Teja cebik. Jane pulak tayang sengih. "Kata Mike, encik Qif tu memang dah ngaku dia sayang giler kat kau. Dan dia cakap kat Mike dia taknak hilang kau...dia tak boleh hilang kau. Sebab tuh laa dia buat keputusan bukak rahsia diri dia yang selama ni dia sembunyikan daripada kau, beb. Dia nak kau tau sapa dia sebenarnya."

Teja telan air liur. Cuba menahan wajah yang mula terasa hangat. Wah Man dah confess tuh. Hari tu dah cakap depan Teja. Cuma Teja ajer yang belum cakap depan-depan dia. Teja..Teja segan aar. Awak...saya pun sayang giler tau kat awak! Awak ingat nih tau!

"dia...dia cakap macam tuh kat Mike, beb?"

" Hmmm. Mike cakap dia kenal encik Qif dari kecik. Jadi dia tau kalau dah encik Qif cakap macam tuh maknanyer dia memang sungguh-sungguh kat kau, beb. Dia tak main-main!" Jane bangkit lalu labuhkan duduk dipangkal lengan kerusi Teja. Bahu teman akrabnya itu dipaut erat. "untungnya kawan baik aku nih. Bukan calang-calang orang yang sayang giler kat kau nih, beb..CEO tuh..perrghh! Dah lah handsome maut!" Pecah ketawa kedua-duanya.

"TJ.." 

Teja dongak memandang wajah Jane. Angkat kepala. Isyarat. 

"aper.."

"encik Qif ada cakap tak i love you kat kau..."

Teja buat aksi nak muntah.

"giler kau!...dia tu bukan mamat jiwang laa. Issy!" Pecah ketawa Jane.

Khali sejenak. Jane ambil peluang beralih tempat lalu melabuhkan duduk di hujung meja kerja Teja.

"TJ..."

"aper.."

"macammana ek kau boleh tak kenal CEO sendiri nih. Teruk la kau!" Jane tolak perlahan bahu Teja.

"dah aku tak kenal. Nak kata haper. Kalau tak..takder la sejarah tercipta." Teja angkat kening sambil senyum meleret. Jane turut angkat kening. Pecah ketawa kedua-duanya.

Teja ketawa lagi sambil geleng kepala. Manalah dia tau si sirap bandung atau si Man despatch tu rupa-rupanya BIG boss Kiara Arena. Sungguh! Kalaulah dia tau dari mula sah-sah dia takdernyer tunjuk perangai giler-giler dan selamba badak nih. Dan mungkin juga dia takkan "jadi" dengan lelaki tu seperti sekarang nih. Tapi..semua ni kan urusan Dia. Dia yang atur semua. Dia yang tanamkan rasa selesa Teja bila berkawan dengan Man. Sama jugak pada Man. Dia juga yang cambahkan rasa kasih dan sayang antara mereka. Kalau tak..takkan mereka boleh sampai ke tahap ini sekarang kan. Rahsia kehidupan ni kan di tangan Dia. Dia yang atur dan tentukan segala-galanya. 

Bila fikir-fikir semula malu jugak Teja. Yelah dah Teja ni kan main sesuka jiwa remaja belia jer cakap pung pang pung pang depan dia. Langsung tak control tatabahasa. Main belasah ajer. Tapi Teja perasan Man ni suka jadi pendengar. Jarang dia bercakap. Teja jer yang tak cukup mulut. Sah-sah selama nih apa yang dia bualkan dengan si sirap bandung pasal hal-hal pejabat nih diambil perhatian oleh lelaki itu. Sekarang baru Teja ingat pasal kes surau. Teja la dulu yang mula-mula citer pada lelaki tuh. Patutlah kan. Dan patutlah naluri Teja masa awal-awal dulu seakan dah rasa yang lelaki tuh bukan sebarangan. Tengok cara tutur kata dia yang sopan, bahasa omputih dia yang kebaboom, Ducati dia yang meletup tuh, baju-baju dia berjenama tuh termasuk la koleksi warna yang "itu"  macam tak langsung gambarkan dia dari golongan marhaen macam Teja. 

"TJ.."

"yup..."

"macammaner kau mula-mula kenal dia? Kau jumpa dia first time kat maner, beb.."

Teja sengih. Ingatan pada hari tu masih segar dalam kepala. Mana boleh lupa weh!

"dalam perut lif. Aku jumpa dia first time dalam lif."

Mata Jane bercahaya. Senyum terukir.

"sah romantik masa tu kan, beb. Wah..aku boleh bayangkan. Dia pandang kau. Kau pandang dia..chewah.." Jane ketawa halus sambil tepuk tangan. 

"romantik kemende. Aku jerit kat lif yang hampir nak tertutup pintunya. Sib baik dia ada dalam tuh. Dia yang tahan pintu tu sambil tunggu aku masuk. Aku dah la sarat barat bawak plastik kuih masa tuh. Selamba badak jer la aku masuk dalam lif masa tuh."

"Haper?" Jane jegil bijik mata. "Kau jerit? Dengar suara kau yang kalah meriam buluh tuh? Sah-sah muka kau serabai bawak plastik kuih masa tuh kan. Issy...spoil la kau nih,beb."

"weh...sedap jer kau kata muka aku serabai ek. Kau jer yang kata spoil. Ntah-ntah masa tuh dia nampak aku comel...cute habis. Yelah aku kan memang cun sentiasa." Teja kelip-kelipkan sambil tayang sengih.

"poodah!.."

"beb.."

"haa.."

"habis sekarang nih kat office korang macammaner. Orang tak tau lagi kan."

"Aku dengan dia buat macam biasa jer la. Takder yang berubah. Kat sini aku pekerja, dia boss.  Jangan ada yang lepas sempadan tuh. Kat luar lain citer. Aku dah cakap siang-siang macam tuh kat dia..dan dia pun dah agree. Lagipun aku dengan dia masih dalam proses nak kenal diri masing-masing. Biarlah benda nih berjalan secara semulajadi, beb.  Aku nak lalui semua ni secara semulajadi. Aku nak rasai dan lalui perasaan tuh. Kau faham kan, beb." Jane angguk. Bahu TJ dielus lembut.

"beb..."

"amende.."

"keluarga dia macammaner. Tan Sri..Puan Sri. Puan Sri tu leh tahan cerewetnyer lagi-lagi kalau pasal calon isteri anak tunggal dia tuh."

Cerewet ker? Masak laa kau Teja..

"mana kau tau nih."

"ala Mike kan serumah dengan encik Qif. Kau pernah jumpa Puan Sri?"

Teja geleng. 

"annual dinner kan dia ada. Aparaa kau beb."

"kau nih, Jane. Lupa laa tuh. Aku maner pernah gi annual dinner. Sapa nak jaga abah..adik-adik aku kalau aku gi. Issy." Jane tepuk dahi. Lupa sungguh dia. Teman baiknya ini memang tidak pernah menghadiri jamuan tahunan Kiara Arena sejak menjadi kakitangan disini. Teja tak mahu menyusahkan sesiapa. Memang abah Teja tak pernah menghalang tapi kata Teja dahulu takkan nak menyusahkan mak langnya untuk menjaga abah dan adik-adiknya pulak. Sudahlah di siang hari waktu Teja di pejabat mak langnya itu laa yang tolong menengokkan makan dan keadaan abah Teja juga adik-adik Teja bila mereka pulang dari sekolah. Teja tak mau nak menyusahkan mak lang  untuk hal-hal yang tidak penting seperti ini.

"sori sori beb aku lupa. Haa...nanti kau kalau jumpa Puan Sri...jangan pulak nak tunjuk perangai selamba badak dan giler-giler kau tuh. Elok-elok sikit."

"Jumpa Puan Sri? Kena jumpa ker, Jane."

"Hey..itu kan bakal mak mertua kau. Apa kes kau taknak jumpa dia. Encik Qif mesti bawak kau jumpa dia tak lama lagi. Kau tengok la nanti, beb."

"Pu..Puan Sri tu garang tak ek.."

"aku pernah jumpa dia sekali dulu. Err..kau jangan cakap ngan encik Qif tau..rahsia nih." 

"ok ok beb...zip molot." Teja buat aksi menzip mulut sambil tapak tangan kanan ditegakkan separas bahu. "Kalau aku pecah lobang, aku mesti kena sambar petir."

"Issy..." Jane geleng kepala lalu mata meoleh kearah pintu sebelum menundukkan tubuh seraya mendekatkan wajahnya ke wajah Teja.

"Puan Sri tu..." Jane berhenti seketika. Suara diperlahankan.

"dia haper beb.." Teja sudah tidak tentu arah. Lain macam jer si Jane Jenab nih, issy menakutkan Teja la pulak..

"Puan Sri tu kerek giler beb!"

Mata Teja terbuntang. Kerek giler? Mampus!

* * * * * * *

"awak???" Teja pantas toleh kiri dan kanan sebelum arah Thaqif cepat-cepat masuk ke dalam. Pintu dirapatkan. Issy, karang orang nampak ni mampus weh! Teja nih dah la fofular yang amat kat Kiara Arena nih. Sekali kuar gossip berdua-duaan pulak dengan big boss...haa baru la cerita terhangat di Daily Buletin Kiara Arena. Ada yang kena sembelih dek si sirap bandung nanti...

"laa apsal awak datang kat sini. Kan saya dah cakap jangan datang waktu-waktu keje macam nih. Nanti orang nampak, mampus la  kita tau tak. Awak nih, issy.." Teja lepaskan keluhan perlahan.

Thaqif selamba melabuhkan duduk dikerusi Teja. Mata Teja terbuntang. Eh dia nih, ingat orang memain ker haa. Eei, ada jer yang nak kena telan ni karang. Kita punyer risau, dia baek punyer landing ek..

"sayang..sekarang nih lunch time ok. Semua orang dah turun. Awak tu ajer yang tak turun lagi. Tu la sebabnya saya datang sini dan bawak ni untuk awak." Thaqif hulur pada Teja beg kertas yang terjinjing ditangan kanan. 

Sayang? Awak..sebut sekali lagi boleh. Sedap pulak bunyinyer kat cuping telinga saya ni.

Amboi Teja...mula la tu bunga-bunga miang dah nak mengembang kan..

ala, maner ada aar. Takkan mintak tu pun dah miang, ciss!

Teja tatap beg kertas warna tanah yang terjinjit di jari Thaqif yang dihulurkan kepadanya. Wajah lelaki itu yang masih belum usai senyum dipandang lagi tidak berkelip. Dahi Teja sedikit berkerut. Dia nih kan dari dulu tak sesudah tersenyum. Overdose gula gamaknya dia nih. Sib baik tak kena diabetes.

"apa nih?"

"your lunch my dear. Take it,hmmm. Saya beli special untuk awak. Saya tau awak belum makan lagi kan."

Teja capai lambat-lambat beg kertas yang dihulur. Teja kuis sikit dinding beg kertas tersebut. Ada bekas plastik empat segi sederhana besar. Teja nampak isi didalam bekas berkenaa. Bibir tanpa sedar tersenyum lebar. Wah...steak tuh...perrghh terbaek la awak nih!Tau tau jer Teja nih belum melantak makan tengahari ek. Sah-sah si sirap bandung pasang cctv dalam stor nih dan linkkan kat dalam bilik dengan iphone dia yang canggih manggih tu. Yelah orang duit berkepuk kan..semua boleh dibuatnya. Mahunya apa-apa yang Teja buat dia tau dan nampak. Alamak! sah-sah dia nampak Teja korek hidung tadi ngan buat taik mata kejap tadi. Haiyak!!!

"ma..mana awak tau saya tak makan lagi nih. Aw..awak pasang cctv ek kat dalam stor nih. Haa..baik ngaku. Tidak saya belasah awak karang." Teja lontar renungan pada Thaqif dihadapan. Teja lihat lelaki itu tersenyum manis sebelum melambakkan ketawanyer. Teja jegilkan mata. Dia nih, karang orang dengar ada suara lelaki ketawa dalam stor Teja yang bertutup pintunya ini tak ker naya.

"hmmm, good idea kan. Nanti saya nak mintak Mike pasangkan satu kat sini dan linkkan terus ke pejabat saya. Senang saya dapat tengok awak tiap saat."

"jangan nak cari pasal ek. Karang dengan awak dengan si Mike tu sekali saya belasah. hari tu korang berdua selamat sebab saya masih waras. Kalau yang ni sah-sah saya takkan waras punyer. Cubalah kalau rasa nak berkampung kat ICU tuh berbulan-bulan." 

Ketawa Thaqif pecah lagi. Kali ini lebih nyaring. Teja sudah siap mahu menutup mulut lelaki dihadapannya ini. Dia ni, eei, nak sangat ker terkantoi kat sini. 

"awak ni memang cute la, Teja. Selamba saja kan. Itu antara sebab utama yang jadi saya sukakan awak. Awak tak selindung. Awak tak pura-pura. Dan sebab tu awak ni special di hati saya,hmmm." Thaqif kenyit mata. Teja ketap bibir. Ada rasa hangat menjalar disekitar tulang pipi. 

"Awak dah makan?" Cuba meredakan rasa malu yang menjengah.

Thaqif senyum seraya mengangguk kepala. "Yup. I had  lunch with the 2 Japanese. Mike was there too. And they love your currypuff this morning. Damn tasty!" 
"awak bagi diaorang karipap tuh?"

"yup. 10 biji tu tak larat saya nak habiskan sorang-sorang. So sedekahlah kat Jepun berdua tu for breakfast. Diorang suka sangat." Teja angguk kepala. Senyum.

Thaqif bangkit dari duduk. Wajah Teja yang takzim berdiri di tepi dinding ditatap. Senyum dilontar pada Teja. Gadis itu dilihat tersenyum kecil.

"Teja.."

"eer..ye.."

"saya fikir dalam waktu terdekat nih saya nak kenalkan awak pada daddy dan mummy saya. Awak ok kan. Saya akan cakap pada daddy dan mummy pasal kita. Pasal our relationship,hmmm."

Gulp! Teja telan air liur. Tangkai jantung seakan mahu tertanggal dari tampuknya. 

"err..sa..sa..saya..err.." Teja garu kepala yang tidak gatal. Kata-kata Jane pagi tadi pantas menerpa. Mak dia tu cerewet beb. Kerek giler! 

"anything dear,hmmm." Thaqif seperti mengesan sesuatu dari riak wajah dan tutur kata si buah hatinya ini. Janganlah si dia ni enggan berjumpa daddy dan mummy pulak.  Mahu haru dibuatnya! Macammana harus dia katakan pada mummy dia sudah ada calon kalau Teja enggan berjumpa mummynya nanti.

"ma..mak aw..mak awak tu..err..Puan Sri tuh..dia..dia.." Issy, apa ni Teja. cakap aje la. Baik cakap sekarang sebelum kau kena telan depan-depan nanti. Cakap cepat!

"Teja.."

"mak awak tu cerewet dan kerek giler kan? Saya takut aar nak jumpa mak awak kalau macam tuh." Senafas dilafazkan. Nyaring. Teja pandang wajah Thaqif yang sedikit terkejut. 

"What?" Thaqif kerut dahi. Mana pulak dia tahu nih mummy cerewet..God! And that second word. Kerek giler. Kerek giler tu apa?  Gosh!  Thaqif geleng kepala sambil tatap wajah polos dihadapan. Nafas dilepaskan perlahan. Teja, awak buat kamus bahasa saya huru-hara la sayang. 


Mike, i need your help, bro!

10 comments:

The Lady Chosen said...

Wah! Fasa baru Thaqif nak bawa Teja jumpa parents dia..... Huhuhuhu apa reaksi mereka ekkk....harap2 tiada halangan, taknakla cerita antara dua darjat kucc terlalu oldskooll.... Buat jalan cerita yg lain ekkk....family well educated mesti terbuka yang penting Teja wanita solehah dan wanita yg menjaga tatasusila :-)

kucc_aprilsnow said...

Lady - no worri k..no such Tengku Zaleha n Ghazali version..this will be diff...kan ni cerite komedi romantik tamau aar those klise n stereotype of story..boring kennn..

ida said...

thanks kucc for the n3. Suka sgt...tapi rasa nervous pulak, camane agaknya layanan Puan Sri pada Teja ye? Hopefully Man akan sentiasa ada to protect Teja.....

~w.t~ said...

Amboi teja, awal dah ngutuk bakal mak mentua yer...
Depan2 dengan anak dia plak tuh...

Jangan nanti terlepas depan bakal mak mentua dah ler...
Melapas si man tuh kat hantu jamban yang dok tunggu...

hk said...

sooooo sweet... what more can i say about their relationship....aiyoio...qif sudah pening dgn ayat TJ...

che`leen said...

kesiannya si Qif..kosa kata sgt kurang..he he he...kerek gila

...puan sri mesti ok lah tu..tehibur dgn telatah bakal menantu...

putehberseri said...

Kucc-salam aidilfitri. Wah..been missing many chaps...but as always awesome entries...will definately get this book as my collection when publish.

kucc_aprilsnow said...

ida-samer2 dear..hehehe,kena tunggu ye

w.t -selamba punyer bakal menantu hikhikhik

hk-manis n lemak berkrim..

che'leen-hehehe

puteh- slmt jejak tanah melayu..kalau ada rezeki adalah nnt, doa2kan beb..

itu_aku +_^zue said...

love u kucc..nk lg

sue said...

Harap sangat Puan Sri berkenan dengan Teja.... Man kenalah bagi Puan Sri rasa masakan Teja dulu kemudian sikit-sikit baru cerita pasal teman hati Man pada Puan Sri..... Tan Sri dan Puan Sri tentu nak jumpa siapa yang boleh buat hati anak teruna dia yang keras tu boleh cair .... bukan calang-calang orang yang boleh lembutkan hati Man ok.... kena pula dengan Teja yang lembut dan comel tu.... mahu hati Puan Sri dan Tan Sri pun ikut cair ... tu belum dengar suara Teja bila mengaji .... Insyallah....

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...