Monday, August 6, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 25


Bab 25
"saya kena kahwin paksa? Macam tu maksud awak, hmmm." Thaqif lontar pertanyaan semula kepada gadis dihadapannya ini bersama sebuah renungan yang sengaja ditujukan kepada Teja. Hujung jari digosokkan pada pangkal hidung. Dia mahu dengar apa penjelasan Teja. Lebih daripada itu dia mahu tahu apa sebenarnya yang membuatkan Teja sampai boleh terfikir begitu. Thaqif mahu tahu apa yang tertulis di fikiran Teja. Mungkin sudah sampai masanya dia tahu apa yang ada dalam hati gadis ini. Lebih tepat, apa perasaan Teja terhadap dirinya. Thaqif perlu tahu. Sangat perlu! 

Bagi dirinya, dia sendiri tidak sangka semakin lama mengenali Teja yang begitu polos dalam menzahirkan tentang siapa dirinya tanpa sebarang tempelan sifat-sifat rekaan yang seringkali dia temui dalam diri kebanyakkan gadis yang dikenali sebelum ini, perasaannya terhadap gadis ini makin kuat. Hati Thaqif makin kuat diikat untuk terus mendampingi si dia yang sangat istimewa ini! Gadis sederhana ini yang begitu bersahaja dan adakalanya begitu selamba sikapnya cukup menarik di mata lelakinya. Thaqif memang tidak pernah menyangka akan tiba suatu hari nanti kamar hatinya diketuk oleh seseorang. Dan gadis dihadapanannya inilah orangnya! Mungkin inilah aturan yang telah ditetapkan dalam perjalanan hidupnya. Selama bertahun-tahun hidup di negara orang hatinya tidak pernah terbuka pada mana-mana perempuan. Sekalipun tidak pernah. Bukan tiada yang mendekati, bukan tiada yang menyerah diri namun dia tidak langsung terpikat. Tiada seorang pun yang mampu membuka dihatinya. Rupa-rupanya kunci hatinya ini sudah ditetapkan akan dibuka oleh seseorang di tanahairnya sendiri. Seseorang yang begitu istimewa sekali. Dan hari pertama menjejakkan kaki ke Kiara Arena, mereka dipertemukan. Biarpun tidak dirancang, bagi Thaqif ia satu pertemuan paling manis dalam hidupnya. Gadis comel berbaju kurung kapas dengan tudung tiga segi dipadankan pula kasut kungfu berwarna hitam yang cukup lain dimatanya. Unik! Wajah polos putih bersih yang kelam-kabut menyerbu ke dalam perut lif bersama menjinjing plastik-plastik berisi bekas kuih di tangan sukar dilupa hingga kini. Ketelusan sikapnya yang bersahaja begitu memikat Thaqif saat itu. Akan diingati pertemuan mereka itu sambil bila-bila! Pandangan mereka masih bertaut. Mata masih merenung raut wajah yang sedikit resah dihadapan.

Aduh!...Teja gigit bibir. Malu terpanar di pipi. Alaa, awak jangan aar pandang saya macam tu.  Tak baik tau! Saya kan cuma tanya jer.Takkan salah kut. Dah tu...awak tak cakap betul-betul kat saya awak balik kampung pasal apa. Senyap jer. Ingat awak memain ker kan. Yelah, kan pelik orang melayu tapi kampung kat negeri omputih. Apa barang! Tapi kemudian saya fikir mungkin mak ayah awak dah berhijrah ke sana. Jadi betulah kat sana dah jadi kampung awak. Lagipun awak tu kan muka set set anak orang kaya. Mesti keluarga awak ada business kat sana kan. Betul kan. Haa, jangan nak paw saya ek. Saya pun boleh fikir gak benda-benda logik ini. Awak tu jer yang macam nak berahsia ngan saya. Sampai kat sana pun diam-diam jer. Kampung awak dah laa jauh beribu-ribu batu. Mestilah saya fikir macam-macam kan. Risau. Biasa la tu. Lagipun...a...awak kan ..eer..boyfriend saya. Tak salahkan? 

Teja angkat muka perlahan memandang ke arah Man yang masih merenungnya. Awak, apa ni pandang saya tak habis-habis dari tadi. Saya tau la awak rindu giler sebab dah empat hari tak jumpa saya. Tapi, cover aar sikit. Saya segan tau awak pandang-pandang macam nih. Jaket di riba dipandang lagi. Senyum mekar dibibir. Cun aar jaket ni awak. Pandai aar awak beli. Macih tau! Teja curi pandang lagi. Mata mereka bertembung. Alamak! baik pandang DELL laa macam ni. Seram pulak kena renung macam ni dengan dia. Buatnya dia renung sambil senyum sampai nampak lesung pipit tu sah Teja jatuh dari kerusi ni karang. Oh, tidak. Lepas tu buat dia hembus-hembus ke pulak, kan naya weh! Nanti angau dalam tidur lak malam ni mimpi dia. Buat abah dengar pulak dia sebut nama si sirap bandung  dalam tidur memanglah sah-sah kena hantuk kepala kat tangga. Mesti nanti abah ingat dia  dah jadi anak dara gatal yang tak malu sampai mimpi anak teruna orang. Wajah lekas-lekas dilarikan memandang skrin DELL dihadapan. Nak buat apa ni ek. Tangan menarik tetikus. Mata perlahan-lahan dibawa melihat ke hadapan.Alamak, dia pandang lagi aar. Awak, apasal ni dari tadi asik pandang saya jer. Saya tau la saya ni memang cun. Kan awak?

Teja..boleh tak kau jangan perasan terlebih dose yang sungguh memudaratkan deria pendengaran. Geli tau tak!

Suka hati aar..dia boyfriend aku haper!

Thaqif hela nafas perlahan. Pertanyaan spontan gadis dihadapannya ini tadi sungguh membuatkan dia terkedu sejenak. Namun cuma seketika. Bila difikirkan semula pertanyaan tersebut mahu ketawa pun iye juga namun dia tahan sahaja. Tak mahu nanti reaksinya itu akan mengundang kemarahan Teja. Silap-silap karang dia kena sembur pulak. Teja ni tau-tau saje la angin dia. Dia bukan kira. Kalau dia nak marah Thaqif, dia marah aje..takder masa dia nak kontrol. Tengok sajelah kejadian di parkir dahulu. Dia siap paksa Thaqif angkat semua plastik bekas kuih dia dan bawa sampai ke bilik stor. Langsung dia tak tolong! Memang teruk Teja masa tu. Rayuan dan pujukan Thaqif langsung dia tak endah. Boleh aje dia selamba jalan dan tinggalkan Thaqif terkial-kial di belakang. Sampai hati betul dia. Thaqif ni kan boyfriend dia. Takkan tak boleh nak bergurau. Boleh dia jawab sambil lempar jelingan lagi. Thaqif sungguh tak boleh lupa ayat Teja hari itu. 

"banyak awak punya nak bergurau pepagi alam ni. Apa kes bergurau kat parkir motor. Haper, awak ingat ini wilayah untuk bergurau ek. Awak ni memang weng giler la, Man." Dia kata Thaqif weng. Weng tu apa? Puas jugak Thaqif memikirkan makna perkataan weng itu. Teja tu tau tau aje lah. Ayat dia selalu aje yang terkeluar dari silibus kamus dewan. Bila Thaqif tanyakan pada Mike, temannya itu punyalah gelak tak cukup mulut. Memang rasa nak hempuk aje Mike masa tu.

"weng giler tu makna dia sewel habis la beb. Sort of madness."

Madness?..Hmmm, well..yeah, I'm mad..mad because of her. She make me really mad because of her. Kalau tak gila, takkan dia tega dan sanggup buat segala macam benda luar alam sewaktu di London. Sesuatu yang tak pernah dia lakukan seumur hidupnya selama ini. Semua sebab Teja. Yes, i do really mad about her.

Thaqif senyum dalam hati kala memikirkan kembali pertanyaan Teja sebentar tadi. Kahwin paksa dengan pilihan mummy dan daddy. Godness! Never! Dia sudah awal-awal bagi syarat kepada mummy sebagai persetujuan untuk balik dan take over jawatan daddy di Kiara Arena. Mummy pun dah agree. Dia dah tak larat memikirkan apa yang telah dilalui dahulu. Cukup-cukuplah dengan pelbagai wajah dan perangai yang terpaksa dia hadap. Dia tidak mahu memalukan mummy namun sudahnya dia tidak mampu bertahan dengan setiap calon yang mummy perkenalkan. Tidak ada satu pun gadis-gadis yang diperkenalkan mummy itu kena dengan seleranya. Menyakitkan mata sungguh!

Hmm, Teja, Teja...macammanalah awak boleh sampai terfikir sejauh itu. Awak ni memanglah selalu berfikir yang luar alam saje kan! 

Thaqif tahu lambat laun perkara tentang siapa dia sebenarnya di Kiara Arena ini pasti akan terbongkar jugak. Dia sudah bersedia jika hari tu datang nanti, tapi buat masa ini biarlah dia dengan "dirinya" seperti yang dikenali gadis ini. Bukan dia sengaja mahu mempermainkan Teja. Tidak! Jauh sekali mahu mengenakan gadis ini. Thaqif senang dengan Teja. Malahan sejak dari sejak hari pertama bertembung dengan gadis ini dia merasakan ada sesuatu didalam diri gadis ini. Ada keistimewaan yang tersembunyi. Dan semakin mengenali diri gadis ini secara lebih dekat, keistimewaaan gadis ini makin menyerlah dimata lelakinya. Teja ini lain sekali dengan gadis-gadis yang pernah dia kenal, lain sungguh dengan gadis-gadis yang pernah diperkenalkan kepadanya dan terlalu berbeza dengan gadis-gadis yang pernah cuba mendekati dan mendampinginya. Teja ni satu dalam sejuta! 

Thaqif berdehem perlahan tapi cukup memancing perhatian gadis dihadapannya ini. Teja dilihat mengangkat muka seraya memandang tunak.  Wajah yang tadi hanya khali usai melontar soalan lalu bersahaja pula membelek jaket kulit yang diletakkan di riba. Bukan dia tidak dapat melihat  bibir mulus itu mengorak senyum lebar tatkala membelek Juicy Couture coklat cair itu. Bibir Thaqif mengukir senyum manis. Asalnya dia sudah merancang mahu datang awal pagi semalam menemui Teja untuk memberikan semua hadiah yang dibeli buat gadis ini. Mahu memberikan kejutan. Namun sebaik dimaklumkan pelanggan utama mereka dari India yang datang ke Kuala Lumpur untuk menemui Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan berhubung proses menandatangani perjanjian semakan cukai dua kali (Double Tax Agreement) di Putrajaya mahu singgah menemui Thaqif awal pagi semalam untuk perbincangan lanjut tentang kontrak antara syarikat mereka, rancangannya menemui Teja terpaksa dibatalkan. Dah hari ini barulah dapat ditemui si dia ini.

"hmmm..." Deheman sekali lagi teralun perlahan. Thaqif mengukir senyum.

Teja mengerling dengan ekor mata dari celahan skrin DELL. Tu yang asik berdehem aje sah-sah nak ketawakan saya la tuh. Awak, saya nak tau laa..sebab tu saya tanya. Tak salahkan. Lagi baikkan daripada saya sensorang buat tanggapan yang mungkin tak betul tapi saya diamkan aje. Orang kata kalau malu sesat jalan..jadi kenalah tanya kan. Awak, baik jawab ek. Jangan nak senyum-senyum macam tu. Debik karang! Haper, ingat saya ini mudah terpedaya ye dengan senyuman awak yang manis dan lemak berkrim tu. Walaupun sememangnya saya selalu terpedaya, tapi tidak hari ini. So, jangan nak senyum-senyum. Cepat tarik senyum balik senyum awak tuh.

"hmmm..."

Teja gigit bibir.  Geram. Dibawa mata bertentang dengan Man. Ingat saya tak berani ek tenung awak. Senyum di bibir lelaki ini buat dia sedikit berdebar. Aish, tak boleh jadi nih. Teja, relak aar..

"awak, awak sakit tekak ek. Hmm, saya rasa kan baik awak turun ke bawah beli ubat sakit kerongkong kat farmasi yang hujung kat sebelah kedai makan cina tuh. Nanti melarat pulak. Berjangkit kat orang...lagi bahaya. Awak tu dah la keje kena bercakap dengan orang kan. Kalau suara dah kalah penyanyi band rock kapak, tak ke nyusahkan diri. Nanti silap-silap kena buat bahasa isyarat pulak. Haa, sudah!"

Pecah ketawa Thaqif dengan kata-kata spontan Teja. Teja ni sungguhlah sentiasa membuatkan diri dan hidup Thaqif penuh ceria dengan caranya yang bersahaja. Tengok sahaja cara dia melontar kata-kata tadi. Selamba sungguh!

Teja lontar jelingan. Bibir digigit. Ketawa la kuat-kuat. Biar sampai runtuh bilik stor ni. Fail di tengah meja pantas dicapai lalu diketuk ke lengan Man. Terdengar Man mengaduh kecil. Padan muka!

"kenapa ni, marah-marah..hmmm. Awak rindu saya ye sebab dah empat hari tak jumpa." Teja buat aksi menahan muntah sambil mencebik. " perasan tak hinggat...eei, geli!" Ketawa Thaqif makin meledak. Teja besarkan mata sambil letak jari telunjuk di bibir. Aish dia nih! Ketawa tu cover la sikit. Karang buatnya ada orang lalu kat sini, naya jer kena gossip. Oh, tidak! Nak mampus ke Teja. Satu Kiara Arena nanti tau Teja ngan Man budak despatch yang handsome nak mampus tu ada skandal.  Weh Teja tak bangga ke kena gossip ngan si sirap bandung yang meletup handsome ni. Giler kau. Mana ada orang lain dapat peluang macam nih. Dia pilih kau dalam ramai-ramai awek lemau kat sini tau. Hoi, sapa lemau. Tolong sikit ek. Aku ni awek paling crunchy ocay!  Bangga tu memang aar  bangga kan sebab dapat kena gossip ngan biskut lemak paling rangup dan manis berkrim kat Kiara Arena ni tapi err..diaorang dah kan tak ada apa-apa lagi.  Setakat...setakat err...apa ek. Ala, Teja tak reti aar nak cakap. Biar Man aje la yang cakap. Teja pandang muka Man sirap bandung didepan. Awak, kita macammana ek sebenarnya. Serius couple ke couple memain jer?

Thaqif angkat kening melihat reaksi Teja. Ketawa masih bersisa. " kenapa. awak takut kena gossip dengan saya ker, hmmm." Oit, macam tau tau lak apa dalam kepala kita ni ek. Awak ni ada deria keenam ek. 

"yelah. Awak bukan tak tau mulut orang kat sini. Lagipun..lagipun...kita...awak dengan saya..eer..." Teja telan air liur. Tangan menggaru pelipis yang tidak gatal. Aduh, macammana nak cakap kat dia ek. Karang tersalah cakap si sirap bandung ni ingat Teja stok perempuan gatal pulak. Syoh syoh syoh..sesilih weh. 

Thaqif tahu apa yang sedang bersarang didalam kepala gadis manis dihadapannya ini. Senyum di bibir tersulam manis.

"lagipun kita tak ada apa-apa..hmmm. That's what you are trying to tell me, right. Tu yang sampai keluar soalan saya kena kahwin paksa tu kan. Awak nak kepastian kan." Thaqif tala pandangan pada Teja yang sudah merona pipinya yang cukup jelas dimata Thaqif. Teja dilihat mengangguk perlahan seraya melarikan mata ke arah riba. Jaket yang terhampar sengaja dibelek-belek. Thaqif mahu ketawa melihat gelagat Teja yang jelas sedang menyembunyikan perasaan malunya. 

"well, kalau diorang datang kat sini dan tanya apsal saya ada kat sini dengan awak, saya akan cakap awak ni special girlfriend saya..." Thaqif lihat Teja laju mengangkat muka. Thaqif senyum. Mata kedua-dua bertembung. " awak buah hati saya..takkan saya tak boleh jumpa buah hati saya before starting my work, hmmm. Tak salah kan. Tu kan motivasi jugak namanya. Right, dear? " Senyum Thaqif makin mekar saat melihat mata Teja tidak berkelip merenungnya. Wajah polos yang malu-malu itu sedang terkejut sungguh. " kecuali la kalau awak yang tak mahu jadi special girlfriend saya...tak mahu jadi buah hati saya." Thaqif angkat kening.

Teja geleng kepala laju. Air liur ditelan beberapa kali. Terperanjat dengan apa yang baru didengar daripada lelaki dihadapannya ini. Ada rasa yang sedang menyelinap diseluruh urat nadi saat mata mereka bertembung tadi. Aish, apa hal pulak nih. Awak, awak hembus saya ek..

Thaqif senyum. Dia tahu apa makna reaksi gadis itu. Tapi dia mahukan jawapan yang pasti daripada si dia ini. 

"awak tak nak jadi special girlfriend saya? Taknak jadi buah hati saya? Betul nih, Teja?"

"eh..nakkkkkkkkkkkk! Saya nak jadi special girlfriend awak...buah hati awak!!" Teja tekup mulut. Mata tidak berkelip. Terkejut dengan kata-kata spontan yang keluar daripada bibirnya. Suaranya yang ternaik sedikit volumenya membuatkan dia kaget. Pandangan kedua-duanya kembali berpadu. Man dilihat mengenyitkan mata. Teja telan air liur. Awak, saya nak pengsan nih. Tolong jangan kenyit-kenyit mata lagi boleh tak!

"betul?"

"iye.."

Thaqif kenyit mata pada Teja. Saya pun nakkkkkkkk jadi buah hati awak, Teja. Hati Thaqif makin mekar tersenyum. This is a real madness, dear...but i love it!

Awak, kan saya dah kata jangan kenyit mata aar...saya nak pengsan dah nih!

* * * * * * *
Mulut Jane melopong. Mata tidak berkelip memandang ke arah Teja. 

Teja kelip-kelip mata sambil tayang swatch merah delima di pergelangan tangan. Tubuh yang berbalut biker jaket rona coklat cair digerakkan kiri dan kanan sambil berjalan-jalan persis model catwalk di pentas peragaan dihadapan Jane. Tangan kiri sengaja menjinjing kain kurung kapas hijau lumut sebab mahu menunjukkan pada Jane si MBT-Kesho hitam  yang tersarung cantik di kaki.

"TJ!!!!"

"ya!!!!"

"si sirap bandung tuh beli...beli semua ni untuk kau?"

Teja sengih seraya angguk kepala. " yup. London mari ok. No no petaling street. Ori tau, beb."

Jane bangkit dari duduk. Tubuh teja didekati seraya dipusingkan ke kanan dan kiri. Biker jaket yang tersarung ditubuh teman akrabnya ini dibelek-belek. Bibir membentuk huruf O yang sangat besar. Perrghhh...Juicy Couture tuh! Meletup sungguh cik kak sorang nih...

Ternganga la pulak si Jane ni. Issy. Teja luku perlahan kepala Jane.  Temannya ini menggosok kepala seraya melempar sengih. Mata Jane dilihat menjunam kebawah seraya dibawa tubuh mencangkung membelek kasut sport comel yang dipakai Teja. Jane ni, teruk la pulak sampai tercangkung tengok kasut aku. Sib baik si Man tak beli kasut Datuk Jimmy Choo yang berbatu-batu lip-lap kat aku, tidak mahu pengsan si Jane dan dan ni gak kan. 

"peerghhh...MBT-Kesho tuh. Makan ratus-ratus jugak nih, beb." Jane bangkit. Bahu Teja dipaut.  Beb, fulamak caya la. Si sirap bandung ni biar betul. Biker jaket tu aje dah makan 3 ribu hinggit lebih tau.. tu jam merah kau tu pun leh tahan. Ni MBT-Kesho...mahu makan 5 ribu hinggit dia habis untuk kau ni. Wah, untung aar kau, beb. Boyfriend dah laa handsome..ikut kata kau la kan..aku tak tengok dia lagi..." Jane angkat kening. Teja cebik. Sah jeles la tu!

"TJ..."

"haa..."

"beb, kau dengan dia ni macammana..serius ke memain jer. Baik kau tanya dia betul-betul, beb. Aku taknak kau frust tertonggeng nanti. Aku gak yang susah hati nanti. Kalau dia memang kes nak memainkan kau jer, meh cakap kat aku. Biar aku belasah dia cukup-cukup. Aku leh ajak budak-budak logistik joint sama. Dia jangan nak sembrono memainkan perasaan kawan baik aku nih." Bahu Teja makin kuat dipaut.

Teja angkat kening. Apa kes si Jane ni. Tersampuk jin lif haper tengahari buta nak membelasah orang. 

"ko apa kes beb nak belasah boyfriend pulak ni, Jane. Dia takder nyer nak memainkan aku aar. Dia memang nak serius ngan aku."

Jane bulatkan mata. Teruja. " betul?"

"iye.." 

"bila dia cakap."

"pagi tadi masa bagi benda-benda ni kat aku."

"dia cakap macammana beb.." Jane angkat-angkat kening. Sengih di bibir terukir. Teja sengih sama. 

"segan aar aku nak cakap. Asal kau tahu kitaorang serius sudah la, beb."

Jane melompat kehadapan Teja seraya mencekak pinggang. Mata dibuntangkan.

"Jangan nak mengada. Cepat cakap, TJ. Tak aku lanyak kau sampai pengsan."

Huh, ganas betul. Kesian kau Mike dapat  girlfriend spesies ganas macam nih.

Teja hela nafas. Dilabuhkan duduk pada meja di hadapan. Bibir tiba-tiba mengukir senyum kala teringatkan kembali kejadian pagi tadi. Awak, kita suka sangat aar jadi buah hati awak..hehehe.

"dah jangan nak sengih-sengih miang macam tuh. Cepat cakap TJ."

Issy perempuan nih. Potong stim tol aar. 

"dia kata kalau orang tanya pada dia aku nih sapa pada dia ...dia akan cakap aku ni special girlfriend dia...dan aku jugak..." Teja makin senyum lebar. Jane kerut dahi. Nih yang sengih apa kes pulak, Issy!

"kau jugak haper, beb. Ala...apa nih main cakap sekerat-sekerat. Cakap cepat laa."

"Dia cakap aku jugak buah hati dia. Dia cakap aku nak tak jadi special girlfriend dia..jadi buah hati dia."

Jane sengih-sengih sambil angkat kening pada Teja.

"habis kau cakap apa, beb?"

"aku cakap....saya nakkkkkkkkkkkkk!"

"weh, gila miang tol. Tak cover langsung anak dara sorang nih. Cubalah sopan santun sikit, issy."

Teja sengih. "tak kira aar. Janji bukan dia yang kata aku miang okay. Lagipun, kalau aku nak miang pun takper..dia boyfriend aku kan." Giliran Teja angkat-angkat kening sambil terus tayang sengih yang sangat lebar pada Jane. Ala, lawak aje la Jane. Gila nak buat aksi miang campur gedik depan si sirap bandung tuh. Mampus Teja kena pelangkung dengan abah kalau Man repot kat abah lak nanti. 

"lepas dia confess dia cakap apa lagi kat kau, beb."

"takder...tapi dia kenyit-kenyit mata weh. Mak, aku nak pengsan Jane masa tuh. Giler betul si sirap bandung tu. Main kenyit-kenyit mata laa pulak."

"kau pengsan tak, beb?"

"hampir-hampir nak pengsan. Kalau aku pengsan, baru naya..ekekekeke."

Jane geleng kepala. "baru betul catat berita... cover depan lagi. Macam ni macam nih tau tajuk berita tuh, beb...seorang gadis pengsan akibat terkena kenyitan mata teman lelakinya yang sangat beracun. Nak cakap terkena panahan arjuna segan pulak kan. So berita tu pun kena laa cover sikit." Jane kenyit mata berkali-kali.

Ketawa kedua-duanya berderai. 

11 comments:

nz lyna'im said...

mcmner la reaksi tj2 nie kalu dah tw sapa sebenarnya sirap bandung

The Lady Chosen said...

hahahaha mmg tak kaber langsung si tj2 ni, thaqif mmg dah tangkap cintan sama tj2... lepas boleh la si thaqif berterus terang kat tj2, nak tahu ape reaksi dia nanti

putehberseri said...

KUCC-i m fainted! Instead of Teja

kucc_aprilsnow said...

lyn - nnt kita tgk ye...ada yg kena baling dgn helmet tak..ekekeke

Lady - Teja, biasa ler dia. Suka suki jer..hehehe

Putehberseri - weh, jangan nanti tak larat nak angkat aar..ahaaks

idA said...

salam kucc..setelah lama menunggu E3 yg baru..at last ada ari ni..thanks..u really made up my day..membacanya..tergelak gelak akak..sesuatu yg luar dari kebiasaan seorg gadis yg bernama Teja..still perangai kebudak budakkan ..selamba..dan giler..
aduhai ..apa juga ek dia belikan untuk bakal bapa mertua dan adik adik Teja..dan budak budak mengaji tu..yg dia anggap dah sebagai adik adik dia..akak rasa mesti mamat poyo tu belikan ...
ooi..mrk dah declare jadi sepasang couple..just nak tahu..adakah mamat poyo ni dah slow talk ngan bakal bapak mertua dia yg dia ingin menyunting Teja sebagai surinya..sebelum dia terkantoi..nak tahu juga kesinambungan citer ni lagi ..kucc..kucc buat kami tidak sabar menanti akan update citer ni...

mizz acu said...

Uiiii.. Notti la en qif niiii..
Hrp2 teja tau hal sbnr dr dia sndiri bukan org llaen.. Bkn jgkk sblm itik ttu wat kepohh.. Huhuhu
Makin sweet!! ;)

Eijan said...

Emmm sukanya 2-2 dah mengaku suka each other....Dah tahap angau each other.....cuma x dpt bygkan kalau TJ2 tau sapa TJ kat ofis tu....mahu selambe aje dihempoknya TJ a.k.a MSB a.k.a boifren dia tu dgn helmet agaknya....

Tak dpt juga nak bygkan kalau si secretary TJ nmpk TJ2 yg pakai jaket, jam dan kasut yg dia skodeng kat bilik bos dia tu.....huhuhu can't wait the moment.....

Thump up 4 u my dear kucc.....

ida said...

Sweet la dia org berdua ni....tapi cepat la ckit Teja dpt tau siapa Man yg sebenarnya....nak tau mcm mana 'side effect'nya...

sue said...

Yessss..... akhirnya mengaku juga mereka berdua.... so sweet....
Janganlah si Jasmin gedik tu nampak apa yang Teja pakai dan pecahkan rahsia Man ..... tentu Teja sedih nanti kan...

kucc_aprilsnow said...

iDa - Teja tu kan weng, hihihi...beli tu mesti aar..ekekeke

acu- Inche TJ pun sudah jd weng sebab Teja, hehehe

Eijan- terbongkar tu nnt mmg dramatk, tunggu ye sis...thks dear, leb u sedat-sendat tau, ahaaks

ida- side effect tu kena tungga tau..sabar3x..hehehe

sue- Yes10x..hehe. We'll see ye dear...hikhikhik

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...