Wednesday, August 8, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 26


Bab 26

Thaqif hulur salam seraya melafaz bismillah sebelum menolak pintu utama. Samsonite di bahu yang sedikit melorot ditolak semula ke atas. Langkah perlahan diatur melepasi ruang tamu utama. Suasana sepi dan sunyi menguasai keseluruhan ruang dalaman yang menghiasi pandangan mata. Dihela nafas perlahan. Banglo yang serba mewah ini hanya indah di mata dengan  segala perhiasan yang melatari segenap ruang...tapi kosong. Tiada nyawa. Tiada jiwa. Itu yang dirasakannya.  Dilabuhkan duduk seketika di sofa empuk yang mummy beli dari UK ini.  Mata dilelapkan seketika. Mahu melepaskan lelah. "Rumah ni macam badan kita jugak, Man. Kena makan kalau nak sihat dan nampak bertenaga. Barulah orang tengok berseri. Sedap mata memandang. Taklah layu jer kan. Macam tu jugaklah rumah kita. Kalau nak nampak berseri, banyakkanlah membaca al-quran. Sebarkan di segenap ruang rumah. Sentiasa juga laungkan azan di rumah. Insyaallah berserilah rumah kita nanti. Malaikat pun suka datang menziarah tiap hari." 

Mata yang terpejam terbuka. Disoroti segenap ruang tamu utama. Dilepaskan nafas perlahan. Dia sudah berusaha ke arah itu. Dan semenjak dia mula pandai mengaji ini, dia tidak pernah tinggal melakukannya biar cuma surah-surah ringkas. Dia juga cuba melaungkan azan setiap kali solat di bilik dan usai solat dia pasti akan mengaji. Dia ingat kata-kata pakcik Ismail itu. Katanya lagi, bila kita selalu baca al-quran, dia akan ingatkan kita selalu, tapi jika kita lupakan dia, dia takkan pedulikan kita. Bacalah, biarpun cuma sebaris. Itu pesan pakcik Ismail kepadanya. Tapi...kalau cuma dia sahaja yang berusaha untuk memberikan nyawa dan seri pada rumah ini, sedangkan yang lain tidak...bagaimana? Dia tidak pernah lihat mummy dan daddy solat sejak dia kecil. Dan dia juga tidak pernah diajar untuk melakukannya. Mereka sekeluarga sudah terlalu jauh hanyut dengan keasyikan dunia. Mereka sekeluarga sudah terlalu lama melupakan Dia. Ada rasa pilu yang menghiris tangkai hati. Apa yang mampu dia lakukan hanya memohon pada-Nya pada setiap usai solat agar memberikankan hidayah buat kedua-dua insan yang amat disayanginya itu. Insyallah.

Mata kembali dipejamkan. Fikiran dibawa menerawang. Thaqif ingat lagi kata-kata abah Teja semalam sewaktu mereka berbual panjang usai tamat sesi mengajinya. Dia sudah menghampiri 3/4 kitab suci itu. Alhamdulillah, sungguh Dia telah permudahkan urusan Thaqif yang satu ini. Jika dahulu dia ragu-ragu, dia khuatir akan kemampuan diri yang terlalu jahil, kini dia yakin Dia itu sentiasa ada bersama hamba-Nya yang mahu berubah ke arah kebaikkan. Dia ingat kata-kata Teja. Selangkah kita mendekati Dia, sepuluh langkah Dia akan menarik kita mendekati-Nya. Perbualan semalam sebenarnya lebih pada sesi luahan hatinya yang rasa kekosongan di rumah. Diserahkan juga buah tangan yang dibelikan untuk lelaki itu tatkala dia di London. Dua helai kemeja flannel Armani yang dibeli di Harrods membuat bibir tua itu mengukir senyum manis sambil mengucapkan terima kasih . Buat adik-adik Teja sudah diberikan pagi tadi. Sepasang pakaian juga sebentuk swatch tiap seorang. 

Perbualan mereka berlanjutan ke lewat malam. Entah mengapa Thaqif merasakan dia perlu berkongsi tentang masalah keluarganya ini dengan seseorang. Dan pada lelaki yang begitu dihormatinya ini diluahkan segala-galanya. Dikhabarkan juga kesedihan kerana mummy dan daddy masih begitu. Mengapa tiada hidayah buat mereka. Abah Teja yang penuh pemahaman itu hanya menepuk-nepuk bahunya. Katanya pada Thaqif jangan sesekali putus berdoa pada-Nya. Ini ujian buat Thaqif. Ini juga ujian buat mummy dan daddynya. Dia hanya akan menguji hamba-hamba yang dikasihi-Nya. Mahu melihat sejauhmana kesungguhan dan keredhaan hamba-Nya itu. Sungguh dia tenang tatkala berbual dengan gurunya itu. Biar lelaki separuh abad itu cuma bekas seorang pengawal keselamatan yang tiada kelulusan tinggi namun pengetahuan dan tutur bicaranya tentang agama cukup mengagumkan.  Kata abah Teja itu lagi tatkala Thaqif melahirkan rasa sepi setiap kali berada dirumah, dia terus sahaja membacakan sepotong hadis dari Abu Hurairah r.a t yang menyatakan Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah. Sekurang-kurangnya amalkan membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah. Kata abah Teja, kesimpulannya bacalah al-quran setiap masa, hati pasti akan tenang...dan hati tidak akan dilanda kesepian biar dimanapun kita berada, insyaallah. Dalam sebuah hadis lain pula katanya, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah yang kita diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.(hadis riwayat Al-Baihaqi). Rumah yang sentiasa dihiasi amalan solat dan diterangi dengan bacaan al-quran pasti akan sentiasa dilimpahi seri dan cahaya. Thaqif akui kebenaran itu. Lihat sahajalah rumah abah Teja. Biar cuma flat sempit yang hanya ada dua bilik kecil dan sofa kayu yang usang, namun setiap kali dia datang kesitu, hati dan jiwa Thaqif rasa teramat tenang dan damai. Biar dengan segala keriuhan suara penghuninya yang hingar-bingar dia tidak merasa sedikitpun terganggu. Thaqif rasa bahagia yang teramat sangat setiap kali datang ke sini.  Mengenali Teja dan seluruh keluarga ini memberikan satu kesimpulan buat Thaqif betapa nikmat bahagia itu tidak boleh dibeli dengan kekayaan dan limpahan wang ringgit. 

"Qif.."

"Qif..."

"Qif.."

Terasa bahunya ditepuk perlahan.  Sayup-sayup cuping telinga menangkap lontaran suara yang menyeru namanya. Kepala tersentak. Mata terbuka spontan. Tangan menggosok-gosok kelopak mata. Sesusuk tubuh yang berdiri dihadapan membuatkan mata makin melebar. Bibir perlahan-lahan mengorak senyum. Ditegakkan tubuh. Kedua-dua tapak tangan meraup wajah seraya melafaz istighfar.

"daddy..." Lelaki dihadapannya ini turut tersenyum seraya melabuhkan duduk disebelahnya. Tapak tangannya singgah di peha Thaqif. "kenapa Qif tidur di sini. Naiklah ke atas. Kan lebih selesa. You look so exhausted young man." 

Bibir senyum. " Qif ingat nak rehat sekejap tadi. Penat sikit. Tak sangka terlelap pulak." Melihat penampilan daddynya ini, Thaqif tahu pasti lelaki ini keluar tadi. Daddy sejak bersara ini atas sebab kesihatannya sering meluahkan kebosanannya. Sudahnya sekarang daddy lebih banyak menghabiskan masa bersama teman-teman seusianya ke KLGCC. Adakalanya seharian daddy disana. Sekali-sekala daddy turut ikut serta dengan tournament yang dianjurkan oleh kumpulannya itu. Jika ditegah nanti, daddy akan menggunakan alasan bosan sebagai tiket untuk melepaskan diri. Thaqif cuma risau. Daddy bukannya seperti dahulu lagi. Mummy sudah tidak tahu mahu berkata apa. Tidak kuasa mahu menegah lagi. Kata mummy biarlah. Asal sahaja daddy gembira. Itu yang penting. Melihat wajah daddy yang ceria biarpun jelas kepenatan, Thaqif sedar daddy gembira dengan apa yang dilaluinya sekarang. Sempat Thaqif tanya perihal tournament akan datang daddy. Jelas kelihatan wajah gembira daddy. Rancak dia bercerita. Thaqif sekadar menggangguk. Sesekali terbit ketawa antara mereka.

Mata menoleh ke pergelangan tangan. Hampir maghrib. Dia mahu segera membersihkan diri. Usai solat nanti harus terus ke rumah Teja seperti biasa. Malam ini malam jumaat. Bibir mengukir senyum. Malam ini selalunya selain ada jamuan bubur manis hitam putih yang sangat sedap yang semestinya dimasak oleh Teja, ada sesi khas untuk semua yang mengaji di sana mendengar lontaran suara merdu Teja menghafaz. Gadis itu sudah menamatkan 5 juzuk pertama. Dan hari ini dia akan memulakan frasa kedua pula. Thaqif sentiasa teruja menanti sesi yang melibatkan Teja. Mendengar alunan merdu suaranya yang indah mengaji dengan tertib hukum tajwid yang dijaga sering membuatkan Thaqif terpesona. Siapa sangka disebalik sikapnya yang selamba, penampilannya yang serba ringkas dan sangat sederhana itu, dia bakal hafizah yang punya suara merdu mempersona. Awak tau tak Teja, awak ini umpama kilauan permata yang tersembunyi didasar gua nan kelam. Tau tak awak betapa bertuahnya saya kerana mengenali awak yang sangat istimewa ini.

Thaqif bangkit dari duduk. "Qif naik dulu daddy. Nak mandi. Dah hampir maghrib ni. Qif nak solat." Thaqif sambar Samsonite yang terhampar disebelah. Daddy dilihat menganggukkan kepala. Tiada respon. Thaqif hela nafas perlahan. Wajah tua daddy ditatap sekilas.

"daddy..." Mata mereka bertembung.

"yes..." 

"daddy tak nak solat maghrib berjemaah dengan Qif?"

Khali. Sedetik. Dua detik. Masih tiada respon. Thaqif kemam bibir. Man kena sabar. Doa banyak-banyak agar Allah bukakan hati ayah dan mak, Man. Jangan sampai tinggikan suara. Jangan sesekali marah mereka. Ini ujian untuk Man. Ingat ye cakap pakcik ini. Dilepaskan nafas. Langkah perlahan diatur meninggalkan sofa. Tangga ke tingkat atas dituju. 

Tan Sri Tajuddin hanya memandang langkah perlahan anak tunggalnya menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Ada rasa yang sedang bergumpal didalam dada. Sesak diarasakan nafas seketika. Tidak tahu bagaimana mahu menghuraikan rasa itu. Malu dan sedih bercampur baur saat ini. Pertanyaan Thaqif tadi buat dia terpanar. 

Maafkan daddy, Qif..


* * * * * * *
"Teja..."

"hmmm..." Teja toleh kesebelah. Susuk tubuh yang segak berbaju melayu rona merah "yang itu" dipadankan jeans biru pudar dipandang tunak. Ducati sudah dihidupkan enjinnya. Lelaki ini sudah memanjat tubuh Ducati. Songkok dikepala yang cantik terletak menyerlahkan lagi ketampanan lelaki ini ditanggalkan perlahan. Teja telek dalam diam wajah lelaki dihadapannya ini. Awak ni kan Man, asal laa bila pakai warna ni aje awak mesti nampak handsome lebih. Warna-warna lain so so laa. Tapi kan saya rasa kalau awak pakai baju melayu merah delima mesti lagi handsome giler. Gerenti awak, kerat jari punya! Awak, nanti kan awak pakai warna merah delima masa kita kahwin tau...tamau arr pakai warna merah "yang tu.." Janji tau! 

Yelah tu Teja, berangan la kau. Ada ker si sirap bandung ni cakap nak kahwin ngan kau. Takder kan? Baru jer dia cakap kau buah hati dia, special girlfriend dia..kau dah angau tahap pelangi tujuh lapis. Dah weng haper kau nih! 

Siapa weng? Eh hello, kalau dah jadi buah hati dia tu maknanya tak lama lagi akan jadi suri hati dia la pulak. Tu pun takleh fikir ke. Sah kau tak pas matematik kan. Weh Teja, apa kaitan matematik dengan hal ehwal perasaan nih. Memang sah-sah kau dah weng. Eh apa pulak takder kaitan. Skill berfikir kena mantap beb baru boleh selesai masalah pengiraan. Kau salah fikir, salah kira jawabnya terjun gaung la! Teja sengih meleret seraya ketawa perlahan sambil geleng kepala.

Thaqif kerut dahi melihat reaksi Teja. Tapi cuma seketika sahaja. Wajah polos itu direnung. Sah tengah berkhayal cik kak comel ni. Siap senyum-senyum dan ketawa lagi tuh. Teja..Teja, entah sampai ke mana la tu awak berangan. Teja, awak tengah berangan kan saya ye. Kalau berangan kan saya takper. Saya tak kisah. Thaqif geleng kepala seraya tersenyum. Tangan Teja yang menjinjit beg plastik berisi bubur manis dipandang. Bubur manis yang Thaqif minta Teja buatkan lebih tadi untuk Thaqif berikan kepada mak Leha. Sudah acapkali dia bercerita tentang keenakkan bubur yang Teja panggil bubur suro ini kepada mak Leha. Jadi bila mak Leha beritahu dia nak sangat rasa bubur suro ini, Thaqif langsung pesan pada Teja pagi tadi untuk masak lebih sebab dia mahu bawa balik sedikit.  Kata Teja bubur suro ni memang terkenal dikalangan orang Jawa terutama ketika menyambut hari Asyura. Ada yang buat mengunakan beras pulut, ada yang menggunakan beras biasa. Kata Teja dia belajar buat bubur berkenaan daripada arwah maknya yang memang berketurunan Jawa dan keluarga mereka sejak dahulu memang menjadikan bubur yang diperbuat dari beras ini sebagai hidangan pada setiap malam jumaat untuk murid-murid yang datang mengaji di rumah abah Teja.

"susah tak hafaz al-quran ni?" Suara Thaqif terlontar sayup. Dia memandang wajah polos dihadapan yang jelas dimata fikirannya sedang dibawa entah kemana. Thaqif senyum.

"Teja.."

"Teja.."

Thaqif petik jari tengah dan ibu jari didepan mata Teja. Gadis yang berbaju kurung kapas biru firus dan bertudung putih ini tersentak. Matanya yang bulat itu dilihat terkelip-kelip memandang. Nampak begitu comel di mata Thaqif. Ketawa disembunyikan.  

Teja garu kepala perlahan. Aduh! macammana boleh berangan depan dia nih. "err..iye..iye. A..aw..awak tanya apa, Man?"

Thaqif geleng kepala seraya ketawa kecil. Teja gigit bibir. Jahat tol dia nih aar. Sah gelakkan orang la tuh. Huh!

"Cik Teja sayang...jauhnya awak berangan ye. Berangan nak kahwin dengan saya ker. Well..saya ok aje. Awak ok tak kalau saya ajak awak kahwin dengan saya, hmmm."

Gulp! Mata Teja tidak berkelip memandang lelaki dihadapan. Kahwin? Awak cakap kahwin kan awak? Sirap bandung ni sah ada deria keenam tau. Tidak, mana dia tahu Teja memang tengah berangan yang tuh. Nak kenakan Teja la tu. Nasib baik tak berangan yang lain. Mahu naya kan. Fuh, bahaya dia nih. Sah-sah Man tadi nampak Teja senyum dan ketawa sensorang tadi. Ciss! Tapi kan, best jugak ek Man ni tau apa yang Teja tengah fikir tadi. Man, saya kan oooook sangat kalau dapat kahwin dengan awak...saya suka, hehehehe. Boleh sangat-sangat!! Awak dengar tak ni, Man. Dengar tak awak?  tapi saya tau aar awak memain jer kan. Tengok muka awak pun saya tau. Awak nak usik usik saya jer kan. Teja pandang wajah dihadapan yang melontar senyum manis. Alaa sirpa bandung ni, senyum senyum laa pulak. Awak, jangan aar selalu senyum macam tu kat saya. Karang saya pengsan baru tau!

Teja hela nafas.  Mata masih dihala pada Man yang tunak memandang. "awak.."

Thaqif senyum. "hmmmm..."  

"aw..awak nak cakap apa tadi kat saya, Man. Sorry aar saya tak berapa nak dengar. Cakap aar, Man." Teja kemam bibir. Pipi rasa berbahang. Malu dan segan saling bertindih sebab sudah tertangkap tadi oleh si sirap bandung ini kala sedang berangan sakan sampai ke langit biru. Man dilihat menggeleng kepala perlahan seraya ketawa kecil. 

"Teja, saya kan tanya awak nak kahwin dengan saya tak, hmmm. Awak tak jawab pun." Senyuman dibibir tu makin lebar...dan sangat  manis! 

Teja telan air liur. Wajah yang masih tersenyum manis dihadapan sedang merenungnya tunak. Dan Teja sungguh rasa macam nak pengsan sekarang.

* * * * * * *
Mak Leha capai bungkusan plastik yang dihulurkan Thaqif. Dikuak dinding plastik berwarna merah itu. Dua bekas plastik berbentuk bulat dikeluarkan perlahan lalu diletakkan diatas meja makan di ruang dapur kering berkenaan. 

"apa bendanya ni Qif...yang putih ni nampak macam bubur nasi jer mak Leha tengok. Yang hitam ni apa pulak."

"inilah bubur nasi hitam putih yang Qif selalu cakap kat mak Leha tu. Kat rumah guru yang ajar Qif ngaji tu tiap malam jumaat memang kami dihidangkan dengan bubur ni. Kan mak Leha jugak yang suruh Qif bawak balik sebab nak rasa. Cubalah rasa mak Leha. Best!" Thaqif kenyit mata sambil angkat kedua-dua ibu jari. Bibir mak Leha mengukir senyum. 

Kedua-dua bekas plastik bulat dihadapan ditatap. "nak makan macam mana ni Qif? Makan putih dulu ker makan yang hitam dulu."

"kejap ye mak Leha. Mak Leha duduk dulu ok." Thaqif bergerak ke rak pinggan besi di tepi sinki. Dicapai sebuah piring kaca sederhana besar dan sebatang sudu. Dibuka penutup plastik bubur nasi berwarna putih yang dimasak bersama santan. Itu yang Teja beritahu semasa Thaqif tanya si dia yang comel itu ketika Thaqif mula-mula makan bubur ini di rumah Teja. Dimasukkan separuh kedalam pinggan. Thaqif buka pula bekas yang berisi bubur berwarna coklat gelap. Bubur nasi yang dimasak bersama gula merah ini dimasukkan separuh kedalam piring tadi. Digaulkan kedua-duanya. Mak Leha yang sedang duduk takzim memerhati perbuatan anak tunggal majikannya ini. 

"ok dah siap. Mak Leha boleh makan sekarang. Rasalah." Thaqif sua sudu ditangan kepada mak Leha. Senyum kedua-dua saling berbalas.

Mak Leha dilihat mengukir senyum sebaik sahaja suapan pertama mencecah ke dalam mulut. Disua lagi suapan kedua dan seterusnya. 

"hmmm...sedap sangat ni Qif. Lemak...manis. Cukup rasa. Pandai orang yang buat bubur nih. Nanti minta resipi untuk mak Leha ye."

Thaqif angguk kepala. "insyaallah takder masalah nak minta buah hati saya tu bagi resipi kat mak Leha. No problem mak Leha."

Mak Leha pandang wajah Thaqif yang sudah tersenyum-senyum. Mak Leha turut tersenyum. Mak leha jelas mendengar apa yang terlafaz dari mulut anak tunggal majikannya ini. "Buah hati." Pasti anak muda ini sedang menyulam rasa bahagia dengan seseorang. Air muka yang manis dan ceria cukup menggambarkan rasa bahagia yang sedang bertamu didalam jiwa dan hati anak muda ini.

"bila nak kenalkan dengan  mak Leha tuan yang masak bubur ni. Mak Leha nak kenal jugak dengan orang yang dah berjaya tawan hati anak teruna kesayangan Puan Sri Wafeeqa dan Tan Sri Tajuddin nih. Mesti istimewa orangnya kan. Tidak, takkan Qif boleh terpikat kat dia."

Thaqif senyum penuh makna. Suatu hari nanti mak Leha. Dan Qif harap mummy dan daddy jugak akan sukakan dia sebagaimana Qif sukakan dia yang sangat istimewa ini. 

9 comments:

sue said...

Harap sangat family Man boleh terima Teja.....
Insyallah Family Teja x memandang rendah pada Family Man .... mungkin boleh membantu family Man kan..... INSYALLAH....

nz lyna'im said...

harap daddy n mummy thaqif dapat terima n suke dgn tj2

eija said...

wow xsbr nk tgu thaqif bterus terang ngn teja...agak2 apa rekriasi teja msa 2... ada smp terjun lombong x..hehe..

mizz acu said...

Sangat best! Harap family en qif ni open minded nye type..
Chuummel tj + tj kuasa dua ni.. ;)
Rasanya saya xpnh g jmpe ngn bubur cmtu.. Huhu
Teringin nak tgk.. Ltk pic leh kucc? Kalo ada lla ;)

a_must said...

Smlm tanya nk jd special gf
Ari ni tanya nk kahwin tak
Esok tanya apa plak yer...ngeeee

Eijan said...

Wah!!! Dah berangan jd isteri qif ye teja....huhuhu...advanced betul.... Apa2 pun hrp parents qif akan insaf dan doa qif akan makbul. Juga cepat2 la pinang teja tu... 2-2 pun dah hangau kemain lagi tu... Terbaik la kucc....

RnRr-BEN- said...

muehehehehheheee...
suka2 . first, Man's daddy or papa kepada thaqif, semoga dpt keinsafan ...

second, oh so cute masa qif tegur tngah berangan nak kawen dengan dia ke kat tj . keh3.. >.<


-Rinsya Ryc-

ida said...

Best sgt! Bila la agaknya Man dpt bawak Teja gi jumpa family dia? Tapi b4 that nampaknya Man kena confess kat Teja psl the whole thing....Hopefully Teja boleh terima ok....luv both of you!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...