Wednesday, August 15, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 29

Bab 29

"saya ada sebab buat macam tu. Tak ada niat nak tipu awak, percayalah."

Teja angkat kening. Bibir mencebik kecil. Mata memandang sekilas ke sebelah sebelum kembali memandang ke arah jalan.  "alaa...banyaklah sebab awak kan. Sengaja sebenarnya awak tuh. Nak main-mainkan saya. Kan?" Langkah mereka berdua yang seiring sejak menuruni tangga dari rumah Teja tadi kini sudah sampai ke gerai abang Joe yang sentiasa meriah saban malam. Teja hala kaki ke arah salah sebuah meja plastik di belakang. Tangan perlahan menarik kerusi plastik warna biru muda lalu melabuhkan duduknya disitu. Dengan isyarat mata, Teja suruh Man agar duduk disebelah. Man tak pula terus duduk tapi bertanya Teja nak makan apa sebab dia nak order burger dahulu. Sambil cerita nanti boleh makan burger kata Man. Hmm, bagus jugak kan. Kalau rasa nak meletup karang, Teja boleh jer sumbat burger tu dalam mulut si sirap bandung nih. Takpun, boleh buat alat lontar peluru. Kalau kalau rasa dah kuar asap berkepul-kepul kat telinga Teja ni karang memang Teja gumpalkan burger tu lepas tu  baling kat muka dia. Ok tak..terbaek punya idea kan. Haper?Ganas? Ekeleh, apa barang lontar burger pun dah cop Teja ganas. Teja bukannya lontar bom mortar kat dia pun. 

Teja ketuk jari telunjuk kat bibir beberapa kali. Teja perasan Man berdiri takzim dengan penuh sabar aje tunggu order Teja. Hmmm..kejap ye awak, saya tengah fikir ni. Ok, Teja nak order dua la sebab dah terlanjur ada orang nak belanja kan. Apa lagi ambik la kesempatan yang terbentang di depan bijik mata nih. Teja suruh Man orderkan satu benjo dengan satu burger ayam double special yang letak telur mata lembu ditengah-tengah. Letak sayur dengan timun banyak-banyak. Nenas bulat manis pun nak jugak. Kalau dapat dua keping pun cantik. Sos cili jangan banyak sangat. Sos tomato taknak sebab Teja memang tak suka benda-benda masam. Abah cakap makan benda masam-masam ni tak berapa elok untuk otak. Elakkan kalau boleh.Teja kan sekarang ni sedang menghafaz al-quran. Abah selalu pesan jaga makan kerana akan beri kesan pada kemampuan Teja menghafaz nanti. Man Teja tengok senyum jer seraya menapak kearah arah abang Joe. Alaa, cover jer senyum tuh. Dalam hati, mesti kutuk Teja kaw-kaw punyer. Tengok muka dia pun Teja dah tahu. Mesti Man cakap tak padan dengan badan, kus semangat bila melantak. Lepas tu banyak pulak pesanan tambahan. Nak tambah itu la, tak nak inilah. Melampau punya perempuan! Aah, Teja tak kisah. Part makan tak kuasa nak kontrol ayu. Nanti kebulur sapa nak jawab. Biarlah Man tahu Teja ni memang kaki kuat makan. Eh jap jap...apsal yang Teja sesuka jiwa raga jer panggil dia Man ek. Kan ker kata Jane, dia suruh semua staff kat Kiara Arena panggil dia encik Qif.  Encik Qif? Amboii dah macam bunyi aura romeo jer kat telinga Teja nih. Sib baik tak encik Qis kan...hehehe. Apa.apa Teja, kiss? Amboi amboi mula la bunga-bunga gedik kau tu kan. Gatal punya anak dara! Teja kemam bibir, cuba menahan senyum. Sib baik si sirap bandung tu takder kat depan Teja ni sekarang. Tidak sah-sah dia tahu Teja tengah berangan.

Teja hala mata ke arah Man yang sedang berbual dengan abang Joe. Sempat lagi tu borak. Ni tugas dia kat sini tak selesai lagi.Issy dia nih! Teja hala pandangan pula pada meja sebelah gerai abang Joe. Nampak ada dua tiga orang sedang beratur mengambil air minuman. Gerai burger abang Joe ni bagus. Selain jual burger dia turut sediakan air panas mati dalam bekas plastik besar yang dia letak di tepi meja sebelah gerainya ini. Jadi kalau ada orang yang nak makan kat sini dan rasa nak minum, bolehlah ambik air kat tu. Self service. Gelas plastik pun abang Joe sediakan sama. Baikkan dia. Kata abang Joe pada Teja masa Teja tanya dia dulu sebab apa nak sediakan air bagai kat sini, balik rumah ajer laa kalau nak minum. Abang Joe jawab bukan apa Teja, nanti takder ler kes tercekik burger kan. Dia pulak nanti jadi subjek kes sebab orang tu mati tercekik makan burger yang dia beli kat gerai abang Joe dan mati kat gerai abang Joe pulak tuh.  Abang Joe cakap habislah reputasi gerai burger dia yang sudah terkenal ini. Abang Joe ni memang pandai buat kelakar sebab tu ramai yang suka beli dan lepak makan burger kat sini.

Teja nampak Man menapak ke arah meja mereka sambil bawak dua gelas air putih. Wah wah tengok, baek punya dia nak bodek Teja kan. Teja senyum dalam hati. Awak, jangan ingat saya mudah terpedaya ye. Ingat senang ye nak beli jiwa Tun Teja Ratna Sari yang satu dalam sejuta nih. Teja perhati aje Man letak gelas depan Teja sambil tersenyum manis.  Teja sebenarnya nak senyum jugak tapi mana boleh tunjuk, nanti naik lemak la dia nih. Ingat sensenang jer ker nak pujuk Teja nih. Teja nak tengok tahan tak dia dengan hangin Teja nanti. Kalau dia betul-betul sayang Teja la kan.

"sekejap lagi siaplah burger kita. Sabar kejap ye." Man disebelah lempar senyum lagi. Teja buat muka selamba sambil angguk kepala. Tadi usai kelas mengaji, Teja yang ketika tu dah siap kemas dapur nampak Man macam tengah cakap sesuatu dengan abah. Teja pun cuba pasang telinga kat tepi dinding dapur tapi tak dapat dengar apa-apa pun. Ciss! Teja tak tahu laa apa bendanya yang si sirap bandung depan Teja ni cakapkan tapi Teja memang nampak jelas abah senyum sambil angguk kepala dan tepuk-tepuk bahu Man.  Man lepas tu terus selamba jer masuk ke dapur dan ajak Teja turun ke gerai abang Joe.  Man cakap dia dah mintak izin abah Teja. Bila Teja tanya nak buat apa pergi gerai abang Joe, dia terus kata nak cakap pasal perkara pagi tadi tuh. Lepas tu dia boleh selamba jer capai sepotong kuih bingka ubi yang Teja baru masak. Tengok dia nih, macam rumah abah Teja rumah dia pulak dibuatnya. Teja jegil mata kat dia tapi dia boleh tayang senyum terlebih gula pulak kat Teja. Sesuka hati jer masuk dapur orang. Teja cakap apsal nak pergi kat itu semata-mata nak cerita hal sebenar pasal rahsia diri dia yang sudah terbongkar pagi tadi. Kat rumah ni kan boleh jer cakap. Man cakap dia sebenarnya nak cakap berdua jer dengan Teja tapi tak manis la duduk berdua dalam rumah ni walaupun abah Teja ada dalam bilik. Lagipun kata Man biar pun mereka duduk berdua kat sana, kan orangramai jadi takder mereka nanti kena sport berdua-duaan pulak. Man kata dia hormat Teja dan abah Teja. Abang Joe pun ada untuk jadi saksi kan kalau ada apa-apa. Bebudak mengaji pun ada sama.  Wah wah bagus budak sirap bandung nih kan. Leh jadi stok buat suami ni. Hmm, kau sebut apa tadi Teja..suami ek...hehehe. Penyakit gatal kau ni kan Teja dah merebak sungguh nampaknya Teja oooi. Teja tak sedar dia senyum dan lelaki disebelahnya sedang tunak memandang. 

"apa yang awak senyum sorang-sorang ni, hmmm. Wanna share with me, dear?"

Sapaan Man buat Teja tersedar dan tersentak. Alamak, haper ni Teja, berangan lagi. Kan dah kantoi. Padan muka!  Cepat cepat, cari idea nak cover. Cuba kau tengok si sirap bandung ni baek punyer senyum tengok kau yang dah terkantoi. Sah-sah dalam hati dia tengah gelakkan kau yang tak sudah-sudah terkantoi dengan dia sebab berangan. 

Issy!

Teja cuba buat buat muka suci dengan kata dia tadi sedang teringat sebab yang Man ajak dia datang kat sini. Bila Man cakap apa yang Teja fikirkan pasal diri dia, Teja selamba aje sound kat Man.

"Yelah...orang-orang atas ni memang kepalanya kan dua kali weng dari orang yang bawah-bawah ni sebab banyak fikir. Tu pasal kengkadang tak boleh fikir waras. Sesuka hati jiwa raga dia jer wat orang. Mementang dia orang BESAR kan. Macam awak la. Sesuka jiwa raga muda belia awak ajer tipu saya hidup-hidup. Kan?"

Thaqif geleng kepala. Senyum. Bicara kedua-dua terhenti saat abang Joe jerit panggil nama Man dan beritahu burger yang Man pesan dah siap. Man angkat tangan. Isyarat.

"bukan macam tu, sayang.  Saya tak berniatpun nak tipu awak. Sungguh. Kejap ye, saya pergi ambil burger kita. Tunggu ok. Nanti saya ceritakan semuanya,hmmm." Thaqif kenyit mata. Teja terpanar seketika. Ada debaran singgah di hati. Teja garu kepala yang tidak gatal. Rasa tidak selesa dengan apa yang sedang melanda didalam hatinya. Issy, apsal ni rasa lain jer tengok dia. Dia nih saje jer nak buat hati Teja tak tentu hala tau. Karang nak marah dan belasah dia sah-sah tak jadi. Mesti dia jampi-jampi jadi masa kenyit mata tuh sebab tu hati Teja rasa macam sejuk lak pulak. Mesti la tu, confirm! Awak..awak pukau saya ker tadi. 

Teja tunak pandang langkah Man yang tenang bergerak menghampiri abang Joe. Kata "sayang" yang dilafazkan lelaki itu masih terngiang-ngiang ditelinga Teja. Teja kemam bibir. Dia ni kan apakehal tak sesudah dari siang tadi sebut bendalah tu. Awak ni memang ada pengalaman jadi romeo ek, Man. Sah-sah awak ni juara mengayat perempuan kan, ciss..bedebah betul! Mata Teja masih tidak berkalih dari memandang ke arah Man yang sedang menapak ke arah meja yang sedang didudukinya sambil membawa 2 bungkus plastik. Teja tidak berkelip lihat Man yang tertib mengeluarkan 2 biji burger daripada plastik putih yang diletakkan di depan Teja. Sekeping tisu diletakkan disisi meja Teja. 

"awak nak makan yang mana dulu, hmmm. Benjo or chicken double special?" Senyum Man buat Teja ralit seketika. Kesempatan yang digunakan Thaqif untuk meneliti seraut wajah polos bertudung putih dihadapan. Dengan tulang pipi yang tinggi digandingkan dengan hidung mancung yang comel terletak bersama sepasang mata yang bulat bersinar, gadis ini punya pesonanya yang tersendiri dan Thaqif yakin dengan perasaannya terhadap si dia disebelahnya ini. Perasaan yang kian subur dan utuh di jiwa. Suasana khali yang terbentang lekas-lekas disedari Thaqif. Niatnya mahu berterus terang dihadapan gadis ini harus dilaksanakan.

"Teja.."

Jeda.

"Teja?"

Teja tersentak. Terpinga-pinga.  Matanya yang bulat terkelip-kelip. 

"haa?..a..awak cakap apa?"

Thaqif ketawa kecil seraya menggelengkan kepala. Riak wajah Teja yang terpinga-pinga nampak sungguh comel di matanya. Teja telan air liur. Adus! terkantoi berangan lagi. Haiyakk! Depan sirap bandung pulak tuh. Eeei, malu malunyer.  Kau ni memang teruk la Teja. Huh!Tanpa sedar tapak tangan singgah di kepala. Perbuatan yang mudah sahaja difahami maksudnya oleh Thaqif. Senyum disembunyikan. Tidak mahu disedari oleh Teja. Mesti tambah malu nanti buah hatinya ini.

"awak nak makan yang yang mana dulu. Benjo or the chicken double special,hmmm."

Teja garu pelipis. "aa..benjo la."

Thaqif angguk kepala. Senyum masih melekat di wajah tenangnya melihat telatah Teja. Balutan benjo dibuka perlahan-lahan. Teja hanya memerhati perlakuan lelaki dihadapannya ini.Tidak berkelip. Gulp! Awak...awak buat apa nih? Biar betul nih, Teja..sirap bandung bukakan untuk kau la Teja..perrgh sikit punya romantik aar buah hati kau nih. Teja tenung wajah lelaki didepannya. Lama. Khayal. Seakan ada satu perasaan halus yang sedang menggamit jendela hati. Teja rasa pipi dah rasa merah menyala. Pantas cuba dilarikan mata dan saat dia tiba-tiba melarikan mata itu seketika ke arah hadapan, abang Joe rupanya sedang memerhatikan mereka. Abang Joe tunjuk isyarat bagus sambil mengenyitkan mata lalu tersenyum. Aah, malunya! Macammana ni tengah-tengah Teja ralit tenung si Man, abang Joe dah nampak pulak. Nyorok bawah meja aar macam ni. Eh jangan..karang lagi extra malu. Relax Teja. Kau pandang meja Teja, pandang meja ajer. Jangan kau nak tenung-tenung lagi orang kat sebelah kau nih. Karang abang Joe nampak lagi habislah kau kena gelak dengan dia nanti. 

"hmm..ok, sekarang awak boleh makan. Makanlah.." Thaqif bersuara lembut seraya mengelipkan mata. Isyarat. Teja yang sedang menunduk memandang meja spontan mengangkat wajah tidak sukar ditelah reaksinya. Terkejut..dan malu-malu tapi seakan cuba menyembunyikan perasaan itu. 

 Teja capai hujung pembalut benjo yang sudah terbentang."eer..terima kasih, awak. Err.." Teja tunjuk bekas plastik didepan Man. "awak tak makan ker?" 

Thaqif senyum. Kepala diangguk. Tangan perlahan mengeluarkan burger ayam yang dipesan tadi. Dari ekor mata Thaqif sedar segala perlakuannya sedang menjadi tatapan penuh khusyuk oleh si dia disebelahnya ini. Bibir tanpa sedar mengukir senyum. 

"awak ni memang suka curi-curi pandang dan tenung saya kan,hmmm." Dua pasang mata bertembung serentak. Teja telan air liur. Alamak dia perasan ker? Apalah nasib malam hari ni asik terkantoi aje depan dia. Teja tak tahu nak letak muka kat mana. Rasanya darah sudah menyerbu ke seluruh wajah. Hangat. Dia tertangkap lagi untuk kesekian kalinya. Adus! 

"eer..mana..manader. Sa..sa..saya...pandang burger yang..yang awak nak bukak pembalut dia jer. Saya...saya tak pandang awak pun  laa. Tak kuasa aar nak pandang muka awak." Thaqif tunak memandang wajah gelabah Teja. Kepala digeleng. Senyum masih tetap di bibir. Teja pantas melarikan mata ke arah benjo ditangan. Bismillah sekali nafas diucap lalu pantas disumbat benjo ke dalam mulut. 

"awak ni kan..nampak comel sangat bila panik tau. I love to look at your face when you're caught in action like this...damn cute!" Thaqif baca bismillah sebelum burger ditangan dilolos masuk ke dalam mulut. Perlahan-lahan dikunyah tanpa mata sedikitpun dikalihkan daripada memandang si dia disebelah yang sudah tertunduk.

Teja sedang menyembunyikan senyum. Mulut terus mengunyah laju benjo tanpa sedikit pun mengangkat muka. Awak, saya memang dah lama aar tau pasal nih. Awak baru perasan ker saya nih cute giler.

Thaqif masih takzim memandang wajah Teja. Kepala digeleng sambil tersenyum kecil saat menangkap sesuatu yang mengalir di pinggir bibir si dia disebelahnya ini. Tisu di sisinya seraya dicapai lalu didaratkan dipinggir bibir Teja. Perbuatan yang membuatkan Teja tersentak lalu pantas mengangkat muka tapi langsung tidak membantah. Hanya membiarkan sahaja pinggir bibirnya disentuh oleh lapisan tisu yang dipegang oleh lelaki disebelahnya ini. Teja tarik tisu perlahan dari tangan Man bila menyedari wajah lelaki itu makin dekat dengan wajahnya. Teja ucap terima kasih sambil buat-buat tak rasa apa-apa dan terus lap sos yang tertinggal di bibir walaupun didalam hatinya ini hanya Tuhan yang tahu rasa gementar bila wajah lelaki itu seakan hampir menyentuh pipinya. Nasib baik tak kena!

Thaqif sedar Teja sedang cuba melawan rasa gementar. Pipi si dia ni jelas garis kemerah-merahannya. Thaqif seronok melihat wajah malu-malu Teja kala tertangkap begini.

"sedap sangat benjo tu sampaikan sos dia mengalir keluarpun awak tak sedar,hmmm."

Teja jadi bisu seketika. Tidak tahu mahu membalas apa. Kepala sedang ligat mencerna jawaban tapi renungan lelaki disebelahnya ini buat Teja jadi tak tentu hala. Dia ni apsal lain macam la sangat perangainya malam nih. Ngeri betul aar tengok dia tenung Teja macam nih. Awak..awak ni sebenarnya sedang buat sesuatu supaya saya tak jadi belasah awak kan? Issy, tak boleh jadi nih...

"ok..tadi awak kata nak cerita sambil makan kan. Sekarang awak boleh cerita. Saya nak dengar semua." Teja gigit lagi benjo ditangan. Wajah bersahaja dilemparkan pada lelaki disebelah agar rasa gementarnya dapat ditutupi dan tidak dikesan oleh lelaki ini. 

Thaqif angguk. Senyum. Burger ditanya diletakkan semula diatas kertas pembalut dihadapan. Tisu disisi Teja dicapai lalu dibawa ke pinggir bibir. Teja kerut dahi. "eh tu tisu saya laa awak." Thaqif angkat kening. Sambung senyum. " kan awak dah ambik tisu saya tadi sayang. Lupa ye,hmmm."

"ooo...lupa. Sorri." Teja tayang sengih malu. Thaqif turut tersenyum melihat wajah polos disebelah yang seakan mahu menyembunyikan rasa malunya bila berjaya ditebak begini.

Thaqif hela nafas perlahan.  Gelas dihadapan dicapai lalu disuakan ke bibir bersama lafaz bismillah. Diteguk perlahan sebelum kembali diletakkan dihadapan. Wajah bersahaja disebelah yang asyik mengunyah benjo ditatap.  Awak ni Teja kenapa ye mudah sahaja buat hati jadi tak tentu arah setiap kali tatap wajah awak. Apalah ilmu yang awak pakai ye buat jiwa saya makin tak boleh berjauhan dengan awak.

"saya minta maaf banyak-banyak ,awak." Senafas dilafazkan.

Khali.

Thaqif toleh melihat wajah Teja yang diam. Tidak bersuara namun terus sahaja mengunyah. Sedikitpun tidak memandang ke arahnya. Masih marahkah dia kerana merasakan dia ditipu. Sungguh, bukan niat Thaqif. Demi Tuhan tiada langsung lorongan ke arah itu apalagi mahu menyakitkan hati si dia yang sangat dia sayang ini. Namun, semakin mereka berkawan Thaqif menyedari hanya masa yang memisahkan untuk dia mencari keadaan yang sesuai untuk berterus-terang tentang siapa dirinya yang sebenar kepada Teja. Thaqif perlu tahu isi hati Teja dahulu sebelum berterus-terang. Dia perlu tahu perasaan si dia ini terhadap dirinya. Dia mahu diterima kerana dia adalah dirinya...lelaki bernama Man yang Teja kenal sejak hari pertama mereka bertemu dan bukan kerana dia adalah Thaqif Jazman Tan Sri Tajuddin, tuan CEO Kiara Arena. Dan kini setelah dia benar-benar pasti tentang perasaan mereka berdua, dia merasakan masa yang dicari itu telah hadir. Dan Thaqif tidak mahu kehilangan satu-satunya insan yang telah membuatkan dia merasakan betaap hidup ini sebenarnya sangat indah. Satu-satunya insan yang telah berjaya membuka mata hatinya untuk melihat akan kebesaran sang pencipta yang Esa. Satu-satunya insan yang telah menyebabkan dia kembali mendekatkan diri menjadi hamba-Nya yang kerdil.

"saya tahu awak rasa ditipu..saya tahu awak rasa sangat marah diperlakukan begini..tapi percayalah Teja...saya tak pernah ada niat ke situ." Thaqif kemam bibir. Ada rasa yang tersangkut. Sungguh dia tidak pernah berniat mahu menipu Teja. Dia cuma tidak mahu Teja merasa tidak selesa berkawan dengannya hanya kerana jarak antara mereka sedangkan hati Thaqif sudah mula jatuh sayang pada Teja yang sangat istimewa. Istimewa dengan sikapnya yang polos, telus dan bersahaja. Thaqif tidak mahu nanti gara-gara statusnya, Teja akan menjauhkan diri. Lari meninggalkannya. Tidak mungkin dia dapat melepaskan si dia ini. Teja sudah utuh bertakhta di hatinya. 

"Saya ikhlas berkawan dengan awak. Dari kita mula kenal saya dah rasa suka berkawan dengan awak, Teja. Awak berbeza. Mungkin orang nampak awak pelik tapi bagi saya awak istimewa. Awak banyak bawak perubahan pada diri saya...hidup saya. Awak merubah seluruh lanskap hidup saya. Jarum perjalanan hidup saya berubah 360 darjah dari asal...semuanya kerana awak. Kerana awak, saya kena kembali siapa Tuhan. Kerana awak saya kenal makna bahagia. Kerana awak saya kenal makna dikasihi dan mengasihi.  Kerana awak saya merasakan hidup saya ini lebih bermakna sekaranga. Awak buat saya bahagia disayangi. Saya sayang sangat pada awak, Teja. Takkan ada yang berubah antara kita. Awak dan saya akan tetap bersama...sampai bila-bila. saya mahu awak tahu itu. Dan saya..tetap Man si budak despatch yang awak kenal dari hari pertama kita jumpa. Cuma si Man ini dah naik pangkat jadi CEO..itu sahaja. Jangan kerana status saya jadi halangan antara kita. Dan itulah sebab yang membuatkan saya rahsiakan siapa saya sebenarnya pada awak.  Saya mahu awak terima saya kerana saya dan bukan kerana siapa saya. Semua ini kerana saya terlalu sayangkan awak, Teja.  Saya tak sanggup lihat awak hilang dari sisi saya kalau awak tiba-tiba tau siapa saya sebenarnya. Dan saya tak mahu awak fikir yang kerana status saya ini saya akan tiba-tiba tinggalkan awak. Saya mahu awak tahu tidak akan ada sesiapa yang dapat ambil tempat awak dalam hati saya..sampai bila-bila. Sampai mati. Dan selepas ini kalau awak masih tak puas hati..dan awak rasa nak belasah saya sampai mati pun saya rela...sebab saya dah luahkan segala isi hati dan perasaan saya pada awak."  Thaqif melepaskan nafas dalam-dalam. Ada rasa lega yang teramat. Wajah bisu yang masih tekun mengunyah disebelah direnung. Thaqif geleng kepala perlahan. Senyum terbit dari pinggir bibir. Hai, punya penuh perasaan kita luah kat dia, boleh aje dia buat muka selamba macam nih. Teja, Teja..awak ni memanglah pelik. Satu dalam sejuta. Namun pelik dan selamba awak nilah yang memikat hati saya tahu tak.

Mati? Awak, jangan aar sebut mati. Tadi kata sayang sangat kat saya..ni sebut mati lak..waaaaa..taknak! Saya dah maafkan awak. Saya tahu awak takder niat nak tipu saya. Saya dah faham kenapa awak buat macam nih. Saya tahu hati awak baik. Err..saya takkan belasah awak. Saya, janji!

Teja kunyah bahagian terakhir lalu didorong kedalam mulut. Dikunyah laju lalu gelas air putih dihadapan dicapai. Dilekatkan kebibir bersama lafaz bismillah. Alhamdulillah. Teja tolak gelas yang sudah tinggal separuh ke tengah. Teja toleh memandang ke sebelah yang diam usai meluahkan segala-galanya. 

"awak.."

"hmmm..." 

Mata kedua-duanya saling berpandangan seketika. Thaqif senyum. Teja terpanar sesaat. Alamak..nak cakap apa tadi kat dia ni tadi ek.  Apasal dah lupa pulak nih. Issy!

"kenapa awak tak habis makan burger tu?"

Adus! Apa kes tanya pasal burger la pulak. Teja rasa macam nak hantuk kepala kat muka meja.

Thaqif senyum. 

"saya tunggu awak belasah saya dulu. Karang dah perut penuh lagi senak kalau kena belasah kan. Yelah, sah-sah saya memang akan separuh nyawa nanti kena kan, right dear?"

Perli orang la tu,issy. Belasah betul-betul karang baru tau!

"takdernya saya nak belasah awak tak tentu hala...kecuali la kalau awak yang nak sangat rasa kena belasah dengan saya. Nak ke?"

Thaqif pantas senyum dan kenyit mata.

"thanks sayang sebab maafkan saya."

Teja jeling kecil. Asik-asik kenyit mata. Jahit mata tu karang baru tau!

"saya tak cakap lagi maafkan awak ek. Jangan nak cepat perasan. Takdernya sensenang nak lepas macam tuh jer ye. Awak tetap bersalah kat saya."

Thaqif senyum. Dia tahu Teja tidak bermaksud sedemikian. Awak ni nakal kan, Teja.

"oklah sayang. Apa yang saya kena buat nak tebus salah saya pada awak. Just name it. Just say it. I'll make sure i get it for you. I'll make sure i'll complete it for you."

Teja tayang senyum. Yada yada...ding dong...yeay yeay. Mata menghala pada Ducati Man yang terbentang tidak jauh dari gerai abang Joe. Dah lama dia idamkan si dia yang mengancam tu. Mata bulatnya yang bercahaya mudah sahaja ditangkap oleh renungan Thaqif. Lain macam ajer senyum dia nih. Hai lah sayang, jangan mintak yang bukan-bukan ye. Jangan la dera saya lebih-lebih ye awak.

"pinjam Ducati awak tu boleh. Sehari pun jadilah. Saya nak rasa bawak aar motor awak yang kebaboom tuh. Boleh tau.."

Laa.  Itu jer ker.Kalau tau awal-awal lagi dia dah serahkan. Tak payahlah dia susah hati memikirkan perkara ni dari dulu. Thaqif geleng kepala. Senyum tersimpul di pinggir bibir.

"sayang.."

Dia ni kan..eei, asik asik sebut tuh. Seram sejuk aar dengar.

"issy awak ni. Sudah sudah la sebut benda tu. Meremang bulu tengkuk saya nih tau tak. Panggil macam biasa jer kan boleh."

Thaqif geleng kepala.

"saya boleh bagi...bagi terus kat awak pun tak ada masalah..."

 Mata Teja sudah bulat bagai biji guli.

"awak nak bagi terus kat saya? Biar betul ni awak?"

Thaqif angguk. "tapi ada syaratnya.."

Teja kerut dahi. Tadi kata nak bagi. Ni ada syarat la pulak. Macam nak perangkap jer. Awak, jangan ngada-ngada ek..karang kena backhand saya mahu patah lapan awak.

"syarat amende lak nih. Patut saya yang bagi syarat kat awak. Ni dah terbalik pulak.Siapa yang buat salah ni sebenarnya ek."

"nak tak Ducati,hmmm."

Teja jeling. "yelah yelah. Awak menang. Syarat apa.."

Thaqif senyum.

"kena benarkan saya panggil awak sayang. Deal? Dan awak pula kena panggil saya.."

"Man. Saya tetap panggil awak Man jugak." Teja lebih awal memotong.  Dia tidak mahu lelaki ni mahu dia memanggil dengan nama yang sama. Eei, mahu pengsan dia nanti. Buat Jane dengar sah-sah dia kena gelak tak cukup mulut nanti. 

"Jangan nak suruh-suruh saya panggil awak nama yang bukan bukan ye. Qif pun taknak..karang tersalah sebut jadi Qis pulak. Nanti awak salah faham pulak bila saya tersasul nanti." Teja larikan wajah seketika ke arah lain. Sah-sah lelaki di sebelahnya ini sedang membuang padangan ke arahnya. 

Thaqif senyum lebar. Dia sekadar mahu mengusik Teja.

"Qis? Hmmm...not bad. boleh jugakkan. Lain dari biasa. I like it."

 Teja jegil mata. 

"jangan nak mengada ek. Kang saya belasah betul-betul baru awak tau. Lebih-lebih tau awak nih." Teja senafas melontar amaran. Penumbuk dihala kearah wajah Man.

Thaqif angkat kedua-dua belah tangan. "Garang betul buah hati saya nih." Ketawa kecil terluncur.

Teja bangkit dari duduk. Plastik berisi burger yang masih ada sebiji dijinjit. "dah, jom balik. Karang lambat. Tak isyak lagi nih."

Kedua-duanya hala langkah ke arah Ducati Thaqif yang diparkir bersebelahan gerai abang Joe. Thaqif angkat tangan pada abang Joe. Isyarat. 

"sayang.."

Teja jegil mata. Thaqif senyum.

"thank you..."

Saling berbalas senyum.

"awak..."

"Qis.."

Teja hala penumbuk. Pecah ketawa Thaqif.

"ada apa,hmmm.."

"mak ayah awak dah tau ke pasal nih. Maksud saya pasal.." Teja tak habiskan ayat. Hanya mata mereka yang berbicara. Teja tahu Man faham maksud Teja. 

Senyum. Soalan Teja buat Thaqif terdiam seketika. Fikiran dan akal saling bergabung. Sesuatu perlu dilakukan. Lebih-lebih lagi mummy. Thaqif kenal mummy dan dia perlu pastikan mummy tidak akan membantah dengan pilihannya ini. Dia tidak mungkin boleh melepaskan Teja. Tidak sama sekali.

8 comments:

muda_13 said...

waaa, dah ade n3 baru, lega rase hati dengar abang Man luahkan rasa dan Teja mampu fahami, hehe, sukeee. ni nak kena fikir ni, camne nak buat papa mama abang Man reti perasaan die kat Teja ek, ish, satu keje lagi, thanks KUCC, hehe, sayang awak

mizz acu said...

Good job en qiff! Cepat pikir.. Jgn bg mummy ptg tang kona..
Alhamdulillah.. Da selesai.. Teja marah2 sayangg jer tu.. ;)
Btw, en qif ni makin hari makin romantik laaa.. Aishhhh.. *kutipbalikhatiyangjatuhni*

Kak Sue said...

Baik betul hati Teja dan Man ni kan???? memang sesuai sweetttttt...
Man betul kata Teja tu ... family mesti kena tahu takut mereka x setuju.... jangan lah ada yang menghalang.... sebab cerita ni sweet sangat dengan telatah Man, Teja, Mike dan Jane.....

E-Novel said...

nak panggil Qis pun boleh .. tngok camne makcik teja gelabah sakan .. kuat jeles tu makcik . keh3 >.<

Anor said...

agak-agaknye mummy nk ke terima
TJ sebagai menantu keluarga? Takut
juga ye mana tau nak menantu pulak
mesti nak sama taraf...

KUCC SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DAN MAAF ZAHIR BATIN SEKIRA ADA
TERGURIS HATI MASA KOMEN PASAL NOVEL
KUCC, SEKIRANYA BALIK KEKAMPUNG
SELAMAT PERGI DAN BALIK KE DESTINASI
YG DITUJU DAN BERHATI HATI DIJALAN
RAYA YE...

kucc_aprilsnow said...

muda-kak kucc syg awak juger..hehehe

acu-pakai gam gajah, nnt xjatuh..hikhikhik

sue-manis berkrim

Ben-dakler jeles..gelabah sweet jer

anor-err..tunggu ye...kucc pun sama2..macih dear, slmt hari raya aidilfitri ye

kucc_aprilsnow said...
This comment has been removed by the author.
nurizzwo said...

Kucc bila nk smbg entry...x sabo dh ni ;p

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...