Friday, August 10, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 27

Bab 27

"Townhall session?" Mike angkat kening. Tinggi.

"yup.." Wajah ketuanya itu dilihat masih lekat di skrin Apple. Hanya suara yang terlantun. Dalam kepala Mike sedang bergumpal dengan pelbagai andaian. Apsal yang tetiba pulak ketuanya ini mahu mengadakan sesi perjumpaan tersebut. Ada benda ke yang dia nak beritahu?.

Mata Mike masih tunak memandang ke raut wajah tampan yang tenang didepan. Adakala sukar dia meneka apa yang ada didalam fikiran temannya ini. Lelaki ini ada caranya yang tersendiri didalam menerajui Kiara Arena. Cara yang terlalu jauh menyimpang dengan apa yang diamalkan mantan ketuanya dahulu yang juga daddy Thaqif. Namun harus Mike akui, cara Thaqif yang lebih terbuka dan telus itu banyak memberikan perubahan positif didalam Kiara Arena. Pencapaian Kiara Arena menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Dua projek mega hartanah di UK dan India yang mereka kendalikan sudah memasuki frasa ketiga. Hampir selesai dan lima buah lagi projek hartanah sedang dalam proses akhir rundingan. Mike tahu dengan kebolehan Thaqif, Kiara Arena tidak ada masalah untuk memenangi kesemua projek berkenaan.

Mike hala pandangan semula pada lelaki dihadapannya. "bila kau nak aku arrange session ni, bro?"

"Hmmm...next week. Monday is the best day for me."

"Only professional staffs, right?" Mike bertanya lagi. Yelah, mana tau kalau-kalau tuan CEO ini bukan hanya mahu bertemu kakitangan pengurusan sahaja...tetapi kakitangan peringkat bawahan juga. Sesi townhall ini kan selalunya melibatkan kakitangan professional sahaja kerana mereka lebih maklum tentang perkembangan dan prestasi syarikat. Jarang sekali sesi begini melibatkan kakitangan sokongan dan pentadbiran.

"No. Include all staffs , Mike. I wanna see all of them." Sahutan suara tanpa berpaling dari skrin empat segi si Apple. Tunak sepasang bebola mata di situ. Melekat.

"are you sure, bro?" Bertanya lagi. Mike mahukan kepastian. Dia perlu bersedia. Kalau sudah melibatkan semua, jadual yang lebih tersusun harus dirancang. 

Sepasang mata yang bundar itu beralih padang. Wajah tampan Malek dihadapan diraih. Senyum terlontar. Kepala diangguk. Jari-jemari yang laju menaip tadi terhenti. Thaqif hela nafas perlahan. 

"Yup.....i think is about time, Mike. I need to know their feedback on me...on my performance after more then 9 month here. I need their evalution on my work. Am i a good leader.. or just so so...or great..or horible." Thaqif lihat wajah Mike tersenyum. Dia turut tersenyum. " bagi aku, kau the best, bro. CEO paling sempoi pernah aku jumpa. Kalau aku kena judge kau, aku bagi kau 20/10. Bukan nak ampu atau bodek kau, tapi ni kenyataan yang aku lihat sepanjang aku kerja dengan kau. Kau memang fantastik. Aku suka cara kerja kau. Dan aku rasa semua staff kat Kiara Arena ni pun setuju dengan aku, bro. Takkan ada yang tak puas hati. 200%!"

Thaqif senyum lagi. Disandarkan tubuh pada perut kerusi dibelakang. " I'm ready to be criticize, Mike. I wanna hear their voice. Anything. Everything. Tak kisahlah apa rasa sekalipun. Either it's sweet...bitter...sour...salty..or tasteless. Aku nak kau shoot email to all staffs. Includes everybody. Got that?" Mike angguk. Tangan laju mencatat pada organiser di tangan. "Those without email access, get their supervisor to informed them. I want everybody to be present. The session will be divided into departments. I wanna know each of them. I wanna to see the faces of Kiara Arena..in person. I never get a chance to met all during the introduction session on my first day here, Mike. So aku nak kau pastikan aku dapat jumpa semua staffs Kiara Arena pada sesi ni nanti. Got that, bro?"

Mike angguk faham. "well..you the boss, bro. Anything you want..i'll make sure you got it."

Thaqif angguk balas. Dua ibu jari ditegakkan. Mike senyum...tapi cuma seketika. Dahi berkerut. Ada sesuatu sedang melintas di kepala. Seraut wajah comel terlayar di mata. Mampus! Disaster!

"bro.." Mata bertentang. Thaqif angkat kening.

"kau betul ni nak jumpa semua staffs...termasuk staffs sokongan?"

Thaqif angguk namun mata dapat menangkap gelisah diraut wajah Mike. "yup. Apsal muka kau ni, bro. Lain macam jer. Ada masalah ke kalau aku nak jumpa diorang tuh?" Mike tarik nafas dalam-dalam. Mata kedua-duanya saling bertentang. Mike tidak pasti samada Thaqif sedar akan perkara paling penting ini. 

"TJ2. Macammana?"

Nama yang terucap itu buat Thaqif khali seketika. Dia sudah memikirkan tentang hal itu dalam-dalam dan semasak-masaknya. Dan disebabkan si dia itulah dia mahu sesi ini dilangsungkan. Dia mahu lihat Teja dengan dirinya yang sebenarnya. Dan dia mahu membongkarkan siapa dirinya didepan si dia itu secara langsung. Thaqif tidak mahu Teja tahu dari mulut orang lain nanti. Biar dia yang melakukannya secara berdepan. Dia mahu lihat apa reaksi Teja dan dia sudah bersedia untuk menerima apa sahaja yang bakal dilakukan gadis itu terhadapnya. Thaqif kenal Teja. Thaqif kenal hatibudi si dia itu.

"Kau dah ready to reveal the secret? Sedia untuk kena marah..seranah..maki..hamun…belasah...and... the worst part…” Mike geleng kepala. " If she asked for a"divorce", macammana?"

Thaqif hela nafas perlahan. Senyum.

"aku kenal dia, bro. She will understand. And she won't asked for a"divorce"." Sebab aku tahu dia sayangkan aku...as much as i love her.

Mike angguk kepala. "Sukahati kau la, bro. Aku cuma harap dan berdoa banyak-banyak kat Tuhan yang kita berdua tak masuk ICU lepas sesi tu nanti. Aku ni belum kawin lagi, bro. Karang dah patah riuk mau Jane reject aku pulak. Kempunan la aku nak berbini ooi."

Berderai ketawa kedua-duanya.
* * * * * * *
"awak..."

"yup.."

Teja start enjin Kriss. Mata singgah pada tuan punya Ducati yang sedang baik punya posing didepannya sambil bersandar disebelah motor besarnya yang kebaboom tuh. Memang dah jadi rutin sejak dia orang dah declare ni, setiap kali Teja nak balik, Man mesti tunggu kat parkir nih. Dia cakap nak pastikan Teja kuar bangunan dengan selamat. Kalau dia lambat, dia mesti suruh Teja tunggu dan jangan turun ke parkir dulu. Teja selalu cakap tak payah aar sebab Teja bukan tak biasa. Dulu dulu tuh Teja ok jer turun parkir sensorang. Tarak hal pun. Bukan ada hantu pun. Hantu siang kalau ada yang berani memang nak makan lauk helmet Jerman Teja ni la jawabnya. Sah-sah masuk ICU sebab tertelan helmet ajaib Teja nih. Man cakap itu dulu laa sayang. Sekarang ni Teja kan ada dia. Dan dia ambil berat diri Teja. Wah..Teja dan ferfeeling terapung kat lapis pelangi yang berwarna-warni masa tuh bila dengar Man sebut "sayang" kat Teja. Cuping telinga pun macam dah kembang semacam jer dengar Man sebut perkataan ajaib tuh..hehehe. Dah la Man tu handsome tahap kronik. Romantik kan Man. Tak??? Alah, korang dengki la tu ngan Teja..huh!

Mata Teja dah berkelip-kelip pandang Man yang masih tak habis-habis tersenyum didepan. Awak, apsal handsome sangat hari ni ek. Pagi tadi kan tak puas aar pandang awak. Yelah awak kan sekejap jer cakap ngan saya. Tak singgah duduk dan cakap-cakap macam selalu. Nampak macam kalut jer. Saya tau awak sibuk. Banyak keje. Mesti banyak dokumen nak kena hantar. Kalau tak, awak mesti singgah macam biasa kan. Takper. Kita kan kena faham pasangan kita. Barulah boelh jadi pasangan ideal. Kan? Saya faham awak, so awak jangan risau ok.

Amboiii Teja..gedik sungguh!

Manader aar...

Eh, Teja nak tanya apa tadi ek kan Man. Lupa sungguh bila dah tengok si sirap bandung yang meletup handsome nih. Aish!

"awak..."

"hmmm..."

"dapat tak email pasal Townhall session tuh. Yang pasal CEO nak jumpa semua staff tuh. Dapat?"

Thaqif angguk. Dia dah agak. Mesti si dia ni akan bertanya. Dan dia sudah bersedia. 

Teja tenung muka dihadapan lama-lama. Dahi dikerutkan. 

"awak dapat email tu? Awak ada email ker? Despatch ada email ker? Sejak bila? Kenapa saya tak tau pun." 

Pertanyaan Teja yang bertubi-tubi buat Thaqif tersedar sesuatu. Gosh! Rasa macam nak ketuk helmet atas kepala. Macammana boleh terlepas nih!

"Bukan saya...uncle Taslim yang dapat. Dia cakap kat semua budak despatch." Fuh! Thaqif lepas nafas perlahan. Nasib baik tak terkantoi. Dulu dia tak tau kantoi tu apa makna sebenarnya dalam bahasa melayu. Puas dia cai tapi tak jumpa pun dalam kamus dewan. Thaqif belajar sebut benda tu dari cik kak comel kat depan ni lah. Suka sangat sebut bendalah tu. Sikit sikit kantoi. Bila ditanya apa makna perkataan tu, Teja akan jawab mudah.."kantoi tu kantoi laa awak..aparaa." Lagi pening Thaqif. Jalan akhir Thaqif tanya Mike. Sebab Mike kan dah lama masuk dunia yang sama. Dunia pelik buah hatinya ini laa.  Si Jane tu kan geng baik Teja.  Mesti la sama guna perkataan pelik-pelik tu jugak. Bila tanya Mike, dia garu kepala sama. "ala bro tak reti aku nak explained...sort of haa, i got you!" Oh..itu ker maksud dia.  Dan sejak hari itu Thaqif sudah simpan info tu dalam pengkalan data di kepala. Kantoi itu yeah, i got u!

"awak pergi tak?"

Thaqif angguk. "Yup..attendance is compulsory, right?."

Wah..ayat tak henggat! Omputih aje dia nih...

"awak pergi ye Teja.  Mesti pergi ye."

"insyaallah. Kalau tak ada aral."

"Meet you there ok. Nanti kalau awak nak tanya apa-apapun cakap aje. Belasah aje CEO tu. Awak jangan takut ok. Saya ada. " Thaqif senyum.

Teja angguk. Senyum balas.

"Teja..."

Teja yang baru nak sarung helmet Jerman kat kepala tidak jadi berbuat demikian. Mata singgah pada wajah didepan yang memandangnya tidak berkelip. Apsal lak sirap bandung nih. Dahi Teja berkerut. Semacam jer pandang orang. Awak, jangan nak buat hal kat sini ek, saya hempuk awak dengan helmet ni karang.

Thaqif tatap wajah polos Teja yang berkerut memandangnya. Dihulur senyum. 

"Teja.."

"awak ada nak cakap apa dengan saya ker Man.."

Thaqifa senyum. "kalau nanti suatu hari awak tau tentang diri saya, tentang siapa saya..saya nak awak tau...walau siapapun saya ...walau apa sekalipun yang terjadi...takkan ada yang akan ubah hati saya pada awak. Awak tetap ada disini, Teja..." Thaqif tekan tapak tangan kanan di lantai dada. "sampai bila-bila. Sampai mati. Takkan ada orang lain yang boleh ambik tempat awak di sini."  Thaqif hela nafas perlahan. Wajah licin tanpa palitan warna dihadapannya ini ditatap lagi. "Dan saya nak awak tau, Teja...walau siapapun diri saya...saya tetap Man yang awak kenal dari hari pertama kita jumpa. Saya nak jadi Man dihati awak sampai bila-bila."

Teja telan air liur. Ni apakehal tetiba ayat puitis semacam jer si sirap bandung nih. Ada apa-apa yang tak kena ker dia nih?  Nak kata tersampuk muka elok segak jer. Awak, awak cakap lain macam ni awak nak gi jauh ker tinggalkan aku. Lain macam aje bunyinya. Awak, awak nak gi joint perang kat Syria tu ker. Waa..awak jangan aar tinggalkan saya! Awak, Saya tak kisah laa awak sapa pun.  Saya janji saya takkan marah awak. Saya tak kisah kalau awak tuh keturunan gurkha sekalipun.  Yang penting hati awak. Yang saya tau saya suka awak. Itu aje. Asal awak sayang saya, sudah laa. yang lain tak penting. Awak, awak jangan aar gi perang ek.  Nanti kalau awak mati, saya macam mana?

"Teja.."

"eer...ye.."

"janji dengan saya."

"janji? Jan..janji apa pulak ni Man."

"Apapun yang akan berlaku nanti..awak takkan berubah. Hati awak pada saya takkan berubah."

Teja telan air liur. Mata Man yang tunak memandang tidak berkelip buat jantung Teja sudah memecut deras. Huh, dah kalah Usain Bolt nih. Awak, awak ni kenapa. Jangan aar takutkan saya. 

"Teja.." Lembut suara yang terluncur buat Teja yang terkesima tersentak.

"eer.."

"janji?"

"err..iye...janji." Teja garu kepala. Belasah aje laa, Teja!

"kalau janji..tak boleh mungkir kan." Thaqif kenyit mata. Teja garu kepala lagi.

"iye..saya tak kan jadi orang munafik, insyaallah."

"alhamdulillah." Thaqif angguk kepala. Lega.

Teja kerut dahi. Masih ada persoalan yang tersangkut di kepala.

"awak..."

"hmmm..."

"awak ni sebenarnya nak gi perang ker.."

"Haa?" What the...

"Yelah, cakap awak lain macam aje dari tadi. Awak nak tinggalkan saya untuk gi joint perang kat Syria ek. Awak, awak tau tak bahaya gi sana. Awak mana ada skill nak ikut semua pejuang tuh. Nanti mati katak, sesia jer tau. nak ker mati katak?"

Wajah polos Teja yang cukup bersahaja dan selamba ditatap pulas. Tidak puas. Thaqif gagal tahan ketawa. Terburai. 

* * * * * * * 
Teja lolos badan kat dua barisan belakang. Mata Teja meliar sekeliling bilik yang dah macam pasar borong cari muka Jane. Issy. Mana pulak makcik Jane Jenab nih. Tadi kata jumpa kat bilik training nih. Hampeh betol!  Teja tengok Barisan-barisan depan semua sudah kena conquer dengan cik cik dan puan puan setiausaha dan setiausaha eksekutif yang cantik manis. Huh, semua nak tayang muka cat ICI la tu. Teja ternampak HJA yang berbual bersama geng-geng yang sewaktu denganya. Mata kedua-duanya tiba-tiba bertembung. Aish, apasal mata leh tertengok makhluk paling hazab nih! HJA dilihat melontar jeling tajam seraya memusingkan tubuh kehadapan. Ekeleh,ingat orang hadap ke nak nengok muka kau yang berlapis-lapis warna tuh. Macam la cantik sangat. Moyang aku lagi lawa aar daripada muka tepung gomak kau tuh. Huh! Sengal punya pompuan! Geng-geng admin executive di barisan kedua dan ketiga sedang rancak berbual. Hingar-bingar suasana didalam bilik  yang serba besar ini. Teja pandang keliling lagi. Mana pulak si Jane Jenab nih! Teja alih bebola mata memandang ke pintu sekali lagi. Ada staff yang kelihatan baru masuk dan tercangak-cangak mencari port nak duduk. Tetiba mata bulat Teja bercahaya. Tangan laju melambai. Jane dilihat seakan-akan sedang mencari. Hoi, Jane  sini aar! Teja letak kedua-dua tapak tangan ditepi mulutnya.

"Jane..Jane." Suara Teja terjerit sedikit. Kiri kanan yang memandang dia buat tak peduli. Mata mereka berlaga. Teja lambai tangan. Sengih. Jane laju menuju kearah Teja.

Nafas Jane yang tercungap pantas menyapa cuping telinga Teja. Makcik ni baru lepas lari pecut berhalangan haper. Nafas kalah anak kerbau. "kau pergi mana nih, Jane. Puas aku usha kat dalam ni tadi cari muka kau, Hampeh. Tadi kata dah turun. Aku yang jauh beratus-ratus langkah dah sampai. Kau sebelah rumah tak sampai-sampai. Kau buat taik mata ek."

Jane hala bibir ke telinga Teja. Kedua-dua membongkokkan tubuh sedikit. " aku sakit perut tetiba tadi aar, beb. Cari aar miss Tan dulu. Karang, aku  terkucil kat dalam nih,mampus!" Teja sengih. "Kalau kau terkucil ,aku memang yang pertama cabut dulu masa tuh. Pengsan nanti kena ledakan bom buatan manusia." Jane cubit lengan Teja. Berderai ketawa kedua-duanya yang tenggelam dalam keriuhan suasana didalam training room yang besar melaung ini. Teja dan Jane sambung borak. Rancak. Makin riuh-rendah suasana.

Tiba-tiba suasana jadi perlahan-lahan senyap. Teja dan Jane tersentak lantas menghala pandangan ke hadapan. Jane sengih saat melihat kelibat Mike yang berjalan masuk. Jane siku Teja sambil tayang sengih lagi. Teja cebik. Teja nampak Mike masuk beriringan dengan seseorang. Eh! apasal pulak dia ikut Mike tuh. Sah-sah dah lambat la tu. Dah tu kena tahan ngan si Mike lemau tu pulak kat lif gamaknya. Teja lihat lelaki itu melabuhkan duduk di kerusi hadapan bersama Mike. Eh eh awak. Apakehal pulak awak duduk situ. Awak, kena duduk kat sini aar. Meh duduk kat belakang nih.Tu tempat big boss laa. Kejap lagi mesti dia sampai. Teja cuba gamit tangan pada lelaki itu tapi wajah itu langsung tidak memandang ke arah hadapan sebaliknya dilihat seakan serius bercakap dengan Mike. Apakehal pulak yang awak gi berborak dengan si Mike lemau tuh! Awak ni, nak cari pasal ker. Karang big boss datang, awak nak lari mana. Nanti dia suruh awak cakap kat depan, haa baru haru! Awak, pandang la kat barisan belakang ni, saya ada kat sini. Awak!!!!

Mike dilihat berdiri. Teja tidak senang duduk. Risau. Man ni, issy tak nampak ker orang lambai kat dia bagai nak rak nih. Yang asyik tunduk tu kenapa? Ada berlian jatuh haper kat lantai tuh. Yang tuan CEO ni pun satu. Mana dia nih yang tak sampai-sampai lagi. Huh..tak menepati masa betul! Sah-sah Mike kena cover karang ini. 

"Assalamualaikum dan salah sejahtera. Terima kasih atas kehadiran semua para staff sokongan di setiap jabatan untuk sesi Townhall bersama CEO kita pagi ini. Untuk makluman semua yang hadir pagi ini, hari ini genap 9 bulan CEO kita; encik Thaqif Jazman menerajui Kiara Arena Holdings. Dan sepanjang tempoh ini kita semua lihat banyak perubahan positif dan pencapaian yang memberangsangkan telah Kiara Arena capai dibawah teraju beliau. Di kesempatan ini, beliau mahu merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan khasnya kakitangan sokongan..yakni anda semua yang merupakan tulang belakang kepada kejayaan beliau dan Kiara Arena. Anda-anda semua di sini sama pentingnya dengan para kakitangan pengurusan yang lain. Tanpa anda sekalian Kiara Arena tidak akan mampu berjaya seperti hari ini. Our vision to be the leading professional property firm that recognised for delivering value to clients will never be achieved without the tremendous support from all of your. So please give yourselves a big clap. " Tempukan gemuruh bergema. Mike turut bertepuk tangan. Teja lihat Man turut sama sambil melempar senyuman. Awak, cepat aar bangun. Karang CEO masuk laa, Issy!

"Jadi..tanpa membuang masa, saya ingin menjemput CEO kita yang sangat kacak bergaya hari ini, encik Thaqif Jazman untuk menyampaikan pesanan beliau kepada kita semua."  Tepukan gemuruh bergema. Teja turut bertepuk tangan sambil mata meliar mencari gerangan orang yang dimaksudkan . Tapi tadi dia tak nampakpun sesiapa masuk masa si Mike lemau tu berucap. Mana ada CEO nyer. Mimpi haper di Mike nih!

Teja lihat Man tiba-tiba berdiri dan menyambut mic yang dihulurkan Mike. Mata membulat saat melihat susuk tubuh yang cukup dikenali itu mengambil tempat berdiri dihadapan dengan mic ditangan yang dihulurkan oleh Mike tadi. Awak...aw...buat apa tuh? Apsal..apsal Mike pass mic tu pada awak?

"assalamualaikum..salam sejahtera dan selamat pagi semua. Terima kasih kerana sudi hadir untuk sesi bertemu dengan saya pagi ini."

Teja telan air liur. Mata tidak berkelip. Teja rasa siling bilik ni makin rendah. Seakan mahu menghempap dirinya. Awak? CEO? 

Teja toleh pada Jane disebelah yang tersenyum dan asik mendengar lelaki dihadapan sana yang sedang berkata-kata. Teja sudah tidak dengar apa-apa lagi. Kepalanya rasa macam nak pecah sekarang. Wajah polosnya sudah rasa kering tidak berdarah."Jane.." Telunjuk Teja lurus ke hadapan. Mata tidak berkelip melihat ke arah lelaki yang sedang bercakap dihadapan. 

"..i..itu ker C...CE..CEO kita?"

Jane senyum. "ha la beb. Tu la encik Qif yang aku selalu cakap kat kau tuh. CEO Kiara Arena yang baru. Handsome kan dia. Peerghh! Tu lah biskut lemak paling rangup dan lemak berkrim di Kiara Arena nih. Ha kau baru dapat tengok dia live hari ni kan. Amacam, betul tak aku cakap. Meletup punya handsome kan."

Senyap. 

Jane toleh kesebelah. "Eh.." Jane tengok muka Teja ketat semacam aje. Macam ada yang tak kena pada teman akrabnya ini. "beb, kau kenapa nih? Tak sihat ker? TJ?" Jane goncang lengan Teja. Teja terus senyap. Kepala digeleng perlahan. 

Mata dihala lagi memandang ke hadapan. Lelaki itu terus berbicara dan sesekali ketawa dan tersenyum. Ketawa yang mendapat respon semua. Teja ketap bibir. Kuat. Kedua-dua tapak tangan digenggam erat. Ada macam-macam rasa yang sedang bergelumang didalam hatinya saat ini. Tapi yang pasti dia memang sangat marah saat ini!

Jaga awak ye sirap bandung. Saya belasah awak sampai pengsan nanti!

Jaga awak!

Teja nampak Mike memandang ke arahnya sambil tersenyum. Senyum Mike langsung dia tak balas. Kau pun jaga Mike! Korang berdua memang bedebahhhhhhhh!


Jane terkejut lihat Teja hayun langkah laju meninggal ruang training room. Panggilan encik Qif langsung dia tak endah. Encik Qif dilihat Jane laju berlari mengejar Teja. Jane hanya terkebil-kebil memandang. Tidak faham apa yang berlaku. Dari mula encik Qif berucap hingga selesai Jane tengok Teja hanya diam. Langsung tidak berkutik. Kala semua orang ketawa, Teja langsung tidak ketawa. Jane pelik jugak tapi dia tak cakap apa-apa. Mungkin Teja tak rasa benda tu lawak. Tu pasal dia tak ketawa pun. Biasalah Teja ni kan stok budak pelik. Dan habis jer encik Qif berucap semua staff rebut-rebut nak salam dan ucap tahniah pada dia, Teja kejap duduk di kerusi tak bergerak-gerak. Macam patung pun ader Jane tengok. Dia diam aje. Jane memang heran masa tu tapi taknak tegur apa-apa. Dan bila semua dah bergerak keluar dan tinggal mereka berempat ajer, Jane tengok Teja dan encik Qif saling memandang. Lama diorang macam tuh. Oit, apa kes nih! Bila encik Qif senyum kat Teja, boleh Teja jeling kat dia. Eh beb, tu big boss kita aar. Apsal kau jeling kat dia lak. Bukan senang tau nak jumpa dia in person macam nih. Then tetiba bila encik Qif nak buka mulut aje Teja terus angkat tangan, mata yang ditajamkam macam isyarat don't say anything...i don't wanna listen! kemudian terus blah tinggalkan encik Qif macam tuh jer. Jane terkejut giler. Teja boleh blah tinggalkan CEO macam tuh jer tau!

Jane tala renungan kepada Mike yang laju mengeleng kepala saat melihat encik Qif laju mengejar Teja. Jane tak puas hati. Apahal Teja ngan encik Qif tuh? Diaorang kenal ker sebelum nih? Kenapa Jane tak tahu menahu pun! Mata tajam dilontar pada Mike dengan kedua-dua tangan bersilang di tubuh. Bahasa tubuh yang mudah untuk lelaki ini faham. Cakap Mike apa bende semua nih. Tidak, awak saya belasah sampai pengsan. Saya tak kira!

Mike sengih depan Jane yang buat muka macam nak telan orang. "hal rumahtangga orang..kita jangan campur ok sayang. Just let both of them settle it. "

Jane kerut dahi. Haa? hal rumahtangga?

Bila masa pulak cik kak TJ tuh berumahtangga nih!

18 comments:

Eeyta said...

Teja marah2 sayang je tu :) nak lagi ye...tqvm

izairina said...

waaa waaaa rasa nak nangis kalau kita ni Teja

Anor said...

Ape pula yg akan dilakukan Teja
pd Man sirap bandung ye selepas
tau siapa CEO yg sebenarnya...

The Lady Chosen said...

Teja dah tahu sapa Thaqif hehehehe, selamat laa lepas ni kena belasah dengan teja hahahaha

Hafia Hana said...

nk lg...
teja ajar sikit so qif tu.
tp jgn merajuk lama2 sgt
dpt CEO tu.32

Unknown said...

Wah... syiook pulak cerita ni....

Sambung lagi...

Kak Sue said...

Belasah ja Si Man dan Miki tu Teja..... masak Man kena pujuk Teja .....
kejap lagi si Miki pun kena belasah dengan Jane.... hahaha..
pandai Man buat Teja berjanji dulu.... hahaha..
lepas ni kita tengok Tuan CEO nak memujuk Teja ......
kalau x jalan juga Man,minta tolong dengan ayah Teja kkkk..... Teja kan anak yang dengar cakap..... hehehe

Lieynaim mohd noor said...

tj2 dah meletup.. apa jadi dahescotec 4

ShAydA said...

very love it..

putehberseri said...

KUCC-gosh!! This is so not good TJ. U r finished man... Tks KUCC:will missed next few chap as I will be on biz trip...

hk said...

best!!! did not see it coming this fast.. tak sabar nak tunggu camna TJ pujuk TJ2 :)

mizz acu said...

Akhirnya... Sampai jugak hari ni!! Hhehehhhe.. Siapla korang berdua.. ;p
Tp teja da janji kan.. Xlehh jd org munafik kan? Kan? Kann? Hhehehe..
Kucc... U wat I truja laa.. Huhuhu
Can't wait next!! Terbaek as usual ;)

muda_13 said...

sukeeeeeeee ngan Man, gentleman la, berani tanggung resiko kena belasah ngan Teja setelah membongkar rahsia die, hehe, thanks KUCC

muda13

Unknown said...

Tj2 bakal meletop
Tj sila bersedia
Ngeeeee

RinsyaRyc said...

serius, habessslaaa... tu la si TJ2 ni, mcm xda cara lain nak reveal . kasi la si Teja faham yg dia duk main belasah pegi buat idea mengap tu apesal .. sob3.

tngok dahhh.. Teja mcm nak mintak cerai je tu .

~swweeeeet la Thaqiffff... yakin kat org yg dia syg .. ^^

IVORYGINGER said...

hahaha... tak sabar nk tunggu next episode. Apa la nk jd ngan 'Si Sirap Bandung' ni dek si Teja. Silap2x tkeluar smua silat-silat yg ada pd Teja. Jenuh la Mr.Sirap Bandung nk pujuk. Skali Si Mike tu pun kena belasah ats pakatan pekena Teja psl kes motor tu. hehehe

belle.talib said...

aiksss.... cik teja tak ingat ke nama suami??? masa kahwin tak tgk nama suami ekkk...hehe

kucc_aprilsnow said...

Eeyta-hehehe..tenkiu again dear

iza-alala jgn aar sedey...

anor- hmmm, debik, belasah..hehehe

Lady- mmg akan kena..tp mcmmana tu kena tunggu ye

zue-hailor CEO maa...

auntie -tenkiu2x..

sue- CEO mestilah pandai...ekekeke

nzlyn - meletup yg sweet..hehehe

shah-tenkiu2x dear

PB - yup, really Gosh!!!..hahaha..btw, take care dear..will miss u...safe journey occay...not to worry TJ n TJ2 will be waiting 4 ur here...

hk- surprise haa..hehehe

acu- here come the day..hehehe..he's smart, rite...

Muda - i like him too...very2 much..hehehe

a_must- kinda..but he knew how to handle her..hehehe

ririn- he hv his owned way to reveal, smart yet convincing...tite n awwk pun sweet jugak kennn..hehehe

ivory-hohoho...very the high imagination yeah, i like dat..hehehe

cik n - i did not get wat u mean..married?

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...