Friday, January 10, 2014

Tika Itu...Inai Masih Merah - Bab 6


Bab 6
“ I LAIN? LAIN MACAMMANA?” Sudu ditangan yang rancak menggaul nasi dan ikan bakar terhenti. Mata Hannan pantas menerpa ke arah Izz Arman yang tenang menghadam potongan buah tembikai yang diambil tadi. Memang sudah jadi rutin lelaki dihadapannya memulakan sesi makan dengan sesuatu yang mentah..yang tak disentuh api katanya. Itukan amalan sunnah yang baik untuk kesihatan.  Hannan akui sejak berkawan rapat dengan Izz Arman, lelaki ini banyak benar mengajar dirinya tentang hidup sebagai muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Hanya dia yang kadangkala lupa dan alpa. Sering sebenarnya dan lelaki ini tidak pernah jemu mengingatkan.
            “I tahu ada sesuatu yang berlaku, Hannan. Walaupun I tak ada di sini, I tahu ada sesuatu yang dah jadi pada you. I dapat rasakan, Hannan.” Hannan rasa dada sesak tiba-tiba dengan kata-kata Izz Arman. Kesal dengan diri yang terbawa-bawa dengan emosi kebelakangan ini. Akibatnya dia gagal mengawal diri. Hannan sedar dia tak sewajarnya melepaskan segala yang tersangkut dijiwa kepada lelaki dihadapan. Mungkin Izz Arman merasakan Hannan seakan endah tak endah bila diajak berbual. Bagai mahu cepat-cepat menamatkan perbualan mereka sewaktu lelaki ini menghubunginya. Bunga-bunga geram kembali bercambah dihati. Semua ini disebabkan Haniff. Bencinya! “ I kenal you bukan sehari dua, Hannan. Cara you bercakap…suara you masa berbual dengan I kebelakangan ini…tak macam biasa.” Izz Arman letak garpu di muka piring tembikai yang masih berbaki dua potong.  Hannan yang membuang pandang dihadiahkan dengan sebuah tatapan. “ You knew, I rasa yang bercakap dengan i…yang berbual dengan I bukan Hannan tapi orang lain.” Hannan telan liur yang tersangkut di relung kerongkong. Sebolehnya dia tidak mahu membabitkan Izz Arman dalam kemelut yang sedang dihadapi. Hannan mahu menyelesaikannya sendiri.
“You macam bukan macam Hannan yang I kenal. I kenal my Hannan. You macam sedang bertarung dengan sesuatu yang sangat dominan daripada you. Too strong. Am I, right?You tak macam ni kalau ada masalah. I knew you very well, Hannan. Come on. Just tell me everything. Let us share your problem,hmmm. I’m always here for you dear. ” Hannan kemam bibir. Mata bertembung dengan sepasang mata Izz Arman. Hannan rasa kalau dia mampu mahu sahaja dilenyapkan dirinya ketika ini daripada perlu berhadapan dengan pertanyaan demi pertanyaan lelaki ini. Izz Arman ternayata bijak membaca segala yang terselindung disebalik kanvas indah yang terpamer di wajah. Ini rupanya perkara yang mahu dicakapkan oleh Izz Arman. Tadi usai mereka berbual seketika Izz Arman laju minta diri dulu sebab ada  mesyuarat dengan Tan Sri Mustapha yang mahukan laporan tentang hasil misi perniagaan yang dilakukannya di  Copenhagen sambil beritahu Hannan dia nak mereka lunch bersama hari ini. Ada perkara yang dia nak cakap.  Penting. Bila Izz Arman sebut penting, Hannan memang dah rasa lain. Dan sangkaannya memang tepat!
“You sembunyikan apa daripada I,Hannan?”Izz Arman capai napkin di riba. Dibawa ke pinggir bibir. Mata masih tidak berkalih dari Hannan yang cukup jelas terkejut dijebak tiba-tiba dengan pertanyaan yang tidak disangka-sangka.
“Izz..” Hannan cuba meraih tenang sedaya upaya. Berdepan dengan Izz Arman kali ini bukan mudah. Dan perkara yang sedang mengganggu hidupnya kebelakangan juga bukan semudahnya mahu dikongsi dengan sesiapa. Buat Hannan ia terlalu peribadi.Biarlah hanya dan mak Diah sahaja yang tahu.
“Kenapa tak nak beritahu I,hmmm. Kenapa nak sembunyikan daripada i? You tak percaya i?” Walaupun setiap pertanyaan yang dilontarkan Izz Arman ditutur penuh hemah namun buat Hannan yang menerima ianya bagai sebongkah bata besar yang menghempap ke dada. Bukan i tak beritahu you, Izz. Bukan niat i nak sembunyikan perkara ini daripada you. Bukan. Percayalah Izz, i ada sebab i.  I ada sebab untuk tak beritahu you.
Segaris senyum ditarik dari ulas bibir. Seraut wajah bujur sirih Izz Arman yang tampan dihiasi lesung pipit di kanan pipi dibawa ke layar mata. “ada waktu-waktu tertentu perempuan ni emosi dia tak stabil. You pun tahu bila kan,hmmm.” Hannan angkat kening. Ada senyum terpancar di wajah tampan Izz Arman. Hannan dah rasa lega sikit dalam hati bila tengok lelaki didepannya ini tersenyum. Maafkan i, Izz. Maafkan i.  “You tak ada pulak kat sini. Dan bila you tak ada…” Giliran Hannan lontar senyum. “ carta emosi i tu melompat cecah paras bahaya. Tak mampu nak kawal. Cakap secara live ni tak sama dengan  cakap on the phone, Izz. I tak nampak you depan mata i. I tak boleh nak tengok mata you kalau I rasa luahkan rasa dalam diri i.”
Izz Arman senyum. “You rindu I,hmmm?” Cuba tidak dipanjangkan bicara. Bukan Izz Arman tak sedar, Hannan memang sungguh mahu menyembunyikan sesuatu daripadanya. Riak wajah didepannya ini mudah benar dibaca. Dalam hati kuat menyatakan perkara yang terjadi ke atas Hannan semasa ketiadaannya bukan perkara biasa. Hannan, apa sebenarnya yang you cuba sembunyikan daripada i?
Hannan jongket kening. Senyum manis menari di bibir. Debar di hati kian surut. Alhamdulillah. Moga lelaki ini tidak bertanya lagi persoalan tadi. Biar berkubur di bibir. Biar lenyap difikiran.
“Kenapa tak cakap on the phone masa I call. I terbang balik malam tu jugak. Kalau I mampu, I minta pilot tu mendarat depan rumah you. You can have me..just in front of you eyes.” Sebuah kenyitan terlontar dari wajah Izz Arman. Dan dua senyum mereka saling berbicara sebelum ketawa kedua-duanya berderai.

“Uncle kenal mama Abid? Mama kawan uncle?”
Haniff angguk. Fazwan disebelah hanya tersenyum.
“ Mama suruh uncle fetch Abid?”
Haniff angguk lagi.
 “Tapi mama tak cakap apa-apa pun hari ni. Mama tak call teacher pun cakap mama tak dapat jemput Abid.” 
“Mama terlupa agaknya.”
Abid yang berdiri bersama Dian saling memandang sebelum kembali melontar lirik mata ke arah lelaki didepan. Dian yang menggenggam tangan daddynya hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dalam kepala Abid dah ada macam-macam tanda soal. Keliru. Mama dah pesan banyak kali kay Abid walaupun lambat mama tetap datang. Kalau mama tak dapat datang, mama akan call teacher beritahu mama mintak uncle Izz fetch Abid. Mama tak sebutpun nama orang lain. Lagipun mama tak pernah beritahupun yang mama kenal uncle yang mereka jumpa kat klinik hari tu. Abid ingat lagi mama marah uncle ni dan suruh Abid duduk dalam kereta diam-diam. Tapi…kalau mama kenal uncle ni, kenapa mama marah dia? Kenapa mama tak cakap pada Abid yang mama kenal uncle ni? Uncle ni kawan mama ke? Tapi..tapi Abid tak pernah jumpa pun uncle ni? Tak pernah pun datang rumah macam uncle Izz.
“Betul mama suruh uncle fetch Abid?”
            Haniff  angguk. Kepala yang menjunam ke wajah comel Abid masih tidak berkalih tatap. Sungguh dia bersyukur dipermudahkan usaha untuk melihat dan berjumpa Abid. Sewaktu sampai disini tadi setelah berhari-hari mengekori Hannan dari jauh semata-mata mahu melihat  Abid. Sungguh Allah bagaikan melorongkan peluang yang lebih luas buatnya kala dia terserempak dengan Fazwan Anuar si ketua pegawai kewangan MSF Industries Group yang merupakan antara pelanggan utama  syarikat mereka. Fazwan yang datang menjemput anak angkatnya pantas sahaja menyapa dan bertanya samada Haniff datang mahu menjemput anaknya disini. Terpaksa Haniff berbohong menyatakan dia mahu menjemput anak teman sepejabatnya yang terkandas didalam kesesakan lalu-lintas. Dan sewaktu mereka berbual kelibat dua kanak-kanak yang berlari riang ke pagar menggamit lirik mata. Mata Haniff memang tak mampu dari berkalih pandang melihat seraut wajah yang benar-benar ingin benar dia lihat untuk kali kedua. Tidak puas memandang wajah itu waktu terserempak di klinik tempoh hari. Abid Hilymi. Itu nama yang tertera pada tanda nama yang tersemat didada. Hati Haniff entah kenapa tersenyum riang. You still remember our promise, Hannan. Kala disapa, ternyata Abid bijak bertanya balik. Haniff tahu pasti Hannan sudah menitip pesanan. You tak boleh sorok dia daripada I, Hannan. I takkan berhenti selagi you tak mahu bagi jawapan. Dan i akan pastikan i dapat Abid. I akan pastikan, Hannan.
            Fazwan tepuk bahu Haniff perlahan. “Ok Haniff. Aku gerak dulu. Nak  hantar princess aku ni balik. Jumpa kau dalam mesyuarat esok.” Fawzan hulur salam. Dian lambai Abid dan laju atur langkah ke arah BMW kelabu yang terdampar di luar pagar My Little Sweet Home Child Care Centre.
            Haniff angguk. Jabat disambut.”Ok FA. See you tomorrow.” Kembali dijatuhkan lirik mata ke bawah. Abid yang masih melambai Dian ditatap. Melihat raut wajah ini, tak ada sesiapa yang mampu menidakkan ada iras wajahnya yang tertanam di wajah comel Abid. Hannan, I knew he is my son. You tak boleh nak nafikannya. Dan i akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan dia, Hannan.
            Abid dongak  memandang ke atas. Dua pasang mata mereka bertembung. Haniff senyum.
“Ok, jom Abid.” Tangan Abid dirai dalam genggam erat. Ada rasa bahagia yang menyapa kala jari-jemari mereka bertaut. Abid dilihat menurut tanpa banyak bicara. Audi di luar pagar didekati. Ditekan punat. Pintu penumpang hadapan dibuka. Abid tanpa perlu disuruh melolos masuk dan terus menarik tali pinggang keledar. Pasti sudah diajar begitu oleh Hannan.  
 “Uncle betul kawan mama Abid?”
            Kepala diangguk lagi. Senyum ditala. Haniff tahu ada ragu dan keliru yang bersarang di fikiran Abid. Kerut  diwajah comel ini begitu jelas terlukis. Enjin Audi kembali bernyawa. Haniff sarung Oakley. Stereng diputar. Audi meluncur perlahan meninggalkan perkarangan luar pagar My Little Sweet Home Child Care Centre.

            “Uncle dah lama ke kenal mama?”
            Kepala Abid disentuh perlahan. Ada semacam getar yang singgah dijiwa. Dielus rambut halus Abid. Haniff cuba mengawal gelodak perasaan yang bergumpalan disanubari. Ingin benar mahu dikucup wajah Abid namun sekuatnya ditahan. Tidak mahu Abid mensyaki apa-apa. Belum masa diluahkan segala rasa yang berkepung dijiwa.
            “Mama Abid tu kawan lama, uncle. Kami kawan baik.”
            “Tapi hari tu masa kat klinik kenapa mama marah uncle. Kawan baik mana boleh marah-marah macam tu. Kan uncle?”   
            Haniff yang tenang memandu melirik kesebelah.
            “Uncle yang salah sebab tu mama Abid marah uncle. Abid nak balik terus atau nak makan dulu? Uncle belanja.” Haniff lontar senyum.
            Ada senyum manis yang terukir di wajah comel Abid.
            “Pizza?”
            Haniff kenyit mata. Dan senyum mereka bersatu.

Abid dah balik! Abid balik ikut kawan lelaki puan Hannan. Namanya Haniff.
Hannan terhenyak di kerusi di bilik guru. Tubuh rasa bagai mahu terkulai ke lantai. Kata-kata cikgu Niza terngiang lagi ditelinga. Abid dijemput kawan lelaki Hannan. Namanya Haniff. Mereka gagal hubungi Hannan tadi dan kawan “lelaki” Hannan yang menjemput Hannan tadi beritahu Hannan terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas. Mereka melepaskan Abid bila Abid sendiri mengakui pernah melihat kawan Hannan itu. Dan kawan Hannan itu juga dikenali oleh daddy Dian, kawan baik Abid di tadika.  Bila puan Anne menawarkan diri untuk menghubungi daddy Dian usai mendengar kata Hannan yang lelaki tadi bukan kawannya, Hannan tidak membenarkan. Hannan cuba tidak mahu memanjang cerita. Ini antara dia dan Haniff. Tidak perlu membabitkan orang lain.

Hannan mengutuk diri sendiri kerana cuai. Telefonnya yang kehabisan bateri sewaktu dia kelewatan mahu menjemput Abid tadi benar-benar telah mencatat satu pengalaman paling ngeri dalam hidupnya  hari ini. Bibir dikemam. Kuat. Kolam mata kian hangat. Dibiarkan. Damn you, Haniff!!  Damn you!! Where the hell are you’re taking my son, Haniff. Pulangkan anak I, Haniff. Pulangkan anak i.  Wajah comel Abid terlayar di mata. Abid…mama minta maaf sayang. Mama minta maaf. 

12 comments:

Anonymous said...

bila nk sambung....

kucc_aprilsnow said...

anonymous - dah bersambung di Grp FB. Sila ke sana ye.

Anonymous said...

Akak ni lebih suka baca di blog .... sudi2kanlah samb.di blog ye.......(nishaaini)

Anonymous said...

mcmmana nak dapat buku u yg ke 4 dkt kedai buku tak de pun atau kena order dgn kucc.

kucc_aprilsnow said...

Anonymous - boleh order dengan kucc. Ada few copies (2nd print)dgn kucc. Email kucc kat sini ye--->kucc0791@gmail.com

Anonymous said...

ada group facebook ke? apa nama group tuu. nk jugak

kucc_aprilsnow said...

Anonymous- Grp FB -Cerita Kucc.

Secret Blogger said...

AKak kenapa group dkt fb takde??

sarah razak said...

Nak sambungan pls

Anonymous said...

suka cerita ni,sambungla diblog saya x fb(x suka bla bla....hee..)please....help..nak lagi..tika itu inai masih merah.

Anonymous said...

Suka cerita2 kucc. Tapi nak baca smbgn kat fb tak dptlah. Mcmana nak join grp fb kucc

YuFaRinZ said...

best crita ni.. gudjob writer!! mcmana nk join grup kt FB? mcm tak dpt cari je. . .

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...