Saturday, January 4, 2014

Tika Itu...Inai Masih Merah - Bab 5

Bab 5


ABID HILYMI sedang jauh berfikir. Pesanan dan kata-kata mama yang berulangkali sejak daripada rumah hingga ke My Little Sweet Home Child Care Centre tentang cerita sekarang ada “orang jahat” yang suka culik budak-budak macam Abid memang Abid rasa tiba-tiba je. Sebelum ini tak ada pun mama cakap pasal cerita “orang jahat” tu. Kenapa sekarang ada pulak “orang jahat”? Siapa “orang jahat” tu? Kenapa pulak dia nak culik Abid?
   
   Seingat Abid selama pindah dan bersekolah disini mama tak pernah pun larang dia main-main di padang mainan tepi pagar atau tunggu mama di tepi pagar sebab memang mama tahu ada teacher –teacher yang akan jaga Abid dan kawan-kawan. Lagipun tu kan masih kat dalam kawasan sekolah. Bukan Abid main kat luar. Kalau kat luar memang teacher tak bagi. Teacher nanti marah. Mama cakap mulai hari ini Abid tak boleh lagi main kat padang mainan tepi pagar dan Abid kena tunggu kat dalam hingga mama sampai. Mama cakap ini PENTING dan Abid kena ikut.Tak boleh main kat tempat permainan tepi pagar tu lagi. Ala macammana ni. Abid garu kepala. Abid selalu jer main dengan kawan baharunya yang nama Dian Khalisya kat situ. Dian memang suka main kat situ jer. Dian cakap dia suka main kat situ sebab nanti dia boleh nampak kereta mama, papa atau daddy dia datang. Kalau main kat dalam mana nampak. Lagipun kat dalam kan tak banyak benda boleh main macam kat luar. Kalau mama tak bagi, tak dapatlah Abid main kat situ dengan Dian lagi. Dian pun mesti sedih Abid tak dapat main dengan dia lagi. Ada rasa sedih yang bergayut dihati kecil Abid. Ada rasa pilu yang bertakung dijiwa Abid. Kenapa mama tiba-tiba macam ni? Kenapa mama sekarang macam lain je? Kenapa mama sekarang tak macam dulu? Kenapa dah tak boleh main-main kat padang mainan macam dulu?

     Hannan yang kejap memegang stereng toleh sekilas ke sebelah. Abid yang tunduk diam memandang riba dan mengunci bicara daripada tadi buat Hannan sedikit gusar. Tangan kiri mengusap ubun-ubun Abid. 

    “Sayang…kenapa ni? Diam jer daripada tadi mama tengok.”

   Jeda.

   Hannan pusing stereng, isyarat ke kiri diberi. Perlahan dikemudi. Audi diparkir tidak jauh daripada pintu pagar My My Little Sweet Home Child Care Centre. Enjin dimatikan. Hannan tekan butang tali pinggang keledar. Kepala yang tertoleh pantas membawa sepasang matanya jatuh ke wajah bujur sirih milik Abid. Hannan lihat Abid masih diam tidak berkutik. Langsung tidak bergerak. Tangan Hannan tekan butang tali pinggang keledar yang membalut tubuh Abid. Ditolak ke kiri. 

  “Sayang. Jom. Kita dah sampai ke sekolah.”

  Sepi.

  Dahi membentuk lapis gusar. Perlahan-lahan direndahkan tubuh lalu didekatkan wajah ke raut Abid yang kekal jeda daripada tadi. Tapak tangan menyentuh pipi mulus Abid.
“Sayang, kenapa ni? Kenapa Abid diam daripada tadi mama tengok. Abid sakit ke, sayang?” 

 Abid geleng.

  Tapak tangan dibawa ke dahi Abid. Tiada ada tanda demam Abid kembali. Dan Hannan memang pasti Abid memang sihat hari ini sebab tadi semasa dirumah Abid nampak macam biasa sahaja. Ceria. Riang. Bergelak ketawa dengan mak Diah. Tak ada pulak dia mengadu apa-apa. Kepala Hannan jauh memikir. Mencari punca. Fikiran tiba-tiba teringatkan kata-kata juga pesanannya tadi kepada Abid sewaktu dalam perjalanan ke sekolah tadi.Mungkinkah itu puncanya Abid muram. Hati kecil Hannan kuat menyatakan itu puncanya yang membuatkan Abid tiba-tiba menjadi “bisu”. Larangannya tadi mungkin punca utama. Hannan lepas nafas. Pipi mulus Abid terus diusap penuh sayang. Mama ada sebab buat macam tu sayang. Mama sayang sangat-sangat pada Abid. Mama tak mahu Abid diganggu “manusia kejam”yang tak punya perasaan. 

   Hannan pusing sedikit wajah Abid agar setentang dengan wajahnya. Hannan renuang mata jernih Abid yang bersinar. “Mama ada buat salah apa-apa ke pada Abid?” Pandangan mata Abid menjunam ke dasar kolam mata Hannan. Bibir mungilnya bergerak-gerak.

  “Mama..”

  Hannan angguk kepala. Senyum. “Ya sayang.”

   “Siapa orang jahat yang mama cakap tadi tu? Kenapa dia nak culik budak-budak macam Abid? Kenapa dia nak buat macam tu? Abid ada buat salah dengan dia ke mama? Nanti Abid tak dapat main lagi dengan Dian kat padang mainan tepi pagar. Kat sekolah Dian jer kawan Abid yang Abid suka. Dian tak suka main kat dalam. Dian suka main kat padang mainan tepi pagar tu. Mama pergi la cakap dengan orang jahat tu jangan culik Abid. Abid bukan budak jahat. Abid budak baik. Boleh ye mama?”
Hannan kemam bibir. Kepala Abid diusap. Deru nafas bergumpalan dengan segala kocak rasa yang pelbagai. Wajah penuh pengharapan Abid buat jiwa Hannan meruntun. Maafkan mama, sayang!

   Izz Arman berdiri tegak didepan pintu bilik Hannan yang ternganga. Dua tangan yang bersilang didada yang bidang dilonggarkan pautannya. Sejak tadi dia berdiri memerhati. Lama. Aneh. Hannan langsung tidak berpaling. Langsung tidak menyedari kehadirannya. Hannan yang tunak merenung ke skrin empat segi hitam didepan seakan tenggelam dalam khayalan dan menungan yang entah berapa lama agaknya. Izz Arman tak pasti apa yang sedang berlaku namun dia menyedari lewat kebelakangan ini Hannan sedikit pelik. Dingin. Panggilannya dijawab bagaikan tiada jiwa. Kosong. Paling dikesan Hannan bagai mahu cepat-cepat menamatkan perbualan mereka sedangkan Hannan tak tahu betapa Izz Arman rindu benar mahu berbual lama dengan Hannan. Rindu mahu mendengar gelak ketawa Hannan yang cukup mempersonakan. Pesanan juga begitu. Sebaris dua sahaja balasannya. Tidak seperti sebelum-sebelum ini. Bila ditanya, Hannan bagai mengelak. Seakan menyembunyikan sesuatu. Memikirkan dia jauh di benua sebelah sana kerana tuntutan tugas, Izz Arman tak terdaya. Jika ada sayap pasti dia sudah terbang pulang kepangkuan bunga pujaan hatinya ini. Seksa benar menanggung rasa rindu yang mengila tiba-tiba!

   Berada jauh dan berlama-lama daripada Hannan memang menyiksakan Izz Arman. Dan bila ada kesempatan berbual tidak pernah mahu dilepaskan. Sanggup dia menunggu dinihari semata-mata mahu mendengar suara Hannan yang sangat dirindui. Namun bila Hannan mulai lain, Izz Arman sudah tak tentu hala!Perubahan Hannan benar-benar merunsingkan. Sepi Hannan benar-benar buat Izz Arman penasaran!

    Langkah dibawa masuk mendekati meja Hannan. Wajah indah yang cantik berkurung merah delima corak astrak dengan padanan tudung berwarna merah samar nampak sempurna di mata Izz Arman. Hannan didepan masih tidak berpaling. Masih takzim merenung skrin empat segi didepan. Izz Arman tarik leher kerusi baldu hitam ke belakang. Dilabuhkan duduk didepan Hannan. Si cantik didepannya ini masih lagi begitu. Tidak langsung berkutik wajah Hannan. Sama seperti tadi. Izz Arman lepas nafas. Kelopak mata yang bergerak-gerak bagai menghantar isyarat untuk dia “mengejutkan” tuan puteri didepannya ni untuk bangkit dari lena khayalan. Wake up, sweetheart.

   “Ehemm.”

   Tiada reaksi balas. Hesy. Tak boleh jadi ni. Dah sampai ke bintang mana ni, sayang. I ada kat depan mata you, Hannan. Izz Arman tukar rentak. Deheman agaknya dah lali kat telinga Hannan. Kena buat bunyi lain. 

   Hannan tersentak kala cuping menyapa bunyi yang agak pelik. Mata terkebil-kebil. Kepala laju berpaling. Dan saat mata tersauk sebuah figura didepan mata, biji mata Hannan terkesima. Tidak berkelip memandang susuk tubuh kacak didepan. Lidah terpanar. Macammana boleh tak sedar dia masuk ni. Dah siap duduk depan mata pulak tu. Hesy Hannan.

   Izz Arman tarik senyum. Manis. Raut muka Hannan yang nyata nampak terkejut dijamah tenang.

   Hannan jala senyum balas. “Err..Izz..bi..bila you sampai?”

    Izz betulkan sandar. Hannan yang masih menunggu ditatap. “Ada orang mengurat you bila I tak da ye?” Pertanyaan Hannan dibalas dengan pertanyaan juga. Izz Arman lontar kening yang terangkat sedikit ke wajah Hannan yangjelas terkejut dengan kehadirannya.

   Kening Hannan berkerut.“What?”

    Izz Arman elus pangkal hidung. “I berdehem you tak dengar. No response. I tukar tune, masuk pitching bersiul, pantas kepala you sense someone is in this room. Orang yang mengurat perempuan memang rajin pakai skill romeo tu lagi. Ada romeo mengurat you masa i tak ada ke?”

   Hannan terjeda sesaat. Memandang tunak ke wajah Izz Arman sebelum menghamburkan ketawa. Penuh bersari. Tapak tangan dibawa ke bibir. Izz Arman lontar senyum. Sepasang mata mereka bertaut kembali setelah sekian lama. Ada rindu yang mendakap di jiwa.

  Hannan labuhkan sisa tawa. Izz Arman masih belum dilepaskan dari pautan pandangan.

  “Bila you sampai? Kan kata balik esok. Kenapa tiba-tiba balik awal pulak nih.”

  “Tak tahan. Kena balik juga.”

   Hannan kembali bersandar. Raut keliru terpamer. “Meaning?”

    Izz Arman merapatkan tubuh ke meja. Wajah Hannan yang tenang menanti diselusuri. Betapa dia rindu benar dengan wajah yang satu ini. Wajah yang sudah empat tahun menghiasi kamar hatinya. Wajah yang menyeru rindu yang bukan kepalang buat dia tidak betah lagi untuk berada lama di tanah uncle Sam. Usai tugas dan dan kontrak termetrai, langkah laju dibawa ke lapangan terbang. Wajah Hannan sudah bagai melambai di dada awan nan memutih. Langit New York ditinggalkan bersama pamit.

  “I missed you so much, Hannan.” Perlahan dan gemersik suara Izz Arman meluncur dari bibir.

   Hannan kerdip mata. "Izz.."

   Izz Arman lepas nafas yang menerobos keluar daripada relung kerongkong. Ditegakkan tubuh kembali ke posisi asal. Hannan didepan masih tunak menjala renung. Bibir menggamit senyum manis lagi. “I rindu sangat-sangat kat you, Hannan. I sungguh tak tahu kenapa kali ini memang lain benar rindu I pada you. This round it was really challenging. I nampak you dimana-mana. I nampak senyum you dalam mimpi…dalam sedar. Anyway I go I see you, Hannan.” Bibir sepi sesaat. Gumpalan rasa di kamar jiwa perlu diluahkan juga. Tak terdaya disimpan dalam peti hati. “I tak tahan nak tanggung rindu pada you, Hannan. Terjun gaung pun I rela dari kena tanggung rindu pada you. Siksa sungguh jiwa i, Hannan.”

  “Izz..”

  “Don’t you miss me too, sweetheart?” Renungan Izz Arman bersama sejalur senyum penuh makna buat diri terkedu. Hannan terdiam sesaat sebelum kembali mengumpul nafas yang sesak seketika tadi dibadai untaian kata-kata yang menggugat jiwa.

  “Izz…”

  “Hmmm…”

  “Sejak bila you jadi pelantun ayat-ayat manis nih,hmmm. Kenapa I tak sedar selama ni you boleh tahan jugak romantiknya ye. Pasti tergolek-goleklah I selepas ini dengan ulitan kata-kata bermadu you tu.” Hannan lontar kenyitan. Bibir menguntum senyum.
Izz Arman mendekatkan semula tubuh ke meja. Wajah didekatkan sehampir mungkin ke wajah Hannan yang tidak berkelip memandang bersama segaris senyum.

  “Wanna try?” Izz Arman balas kenyitan. 

  Ketawa Hannan berderai.

2 comments:

Unknown said...

BEST.

Kak Sue said...

x pernah menghampakan ...
Haniff dah ada persaingan ok...
Izz mungkin boleh bahagiakan Hannan...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...