Thursday, December 12, 2013

Tika Itu...Inai Masih Merah - Bab 3


Bab 3

PINTU BILIK DITARIK PERLAHAN. Disumbat anak kunci ke lohong mulut kecil yang menanti penuh setia. Diputar sebelum ditarik semula anak kunci. “ We need to talk , Hannan. I need to tell you something. Something that very important.” Kepala menggeleng bersama desir nafas perlahan yang terhumban. Untuk apa lagi semua tu, Haniff. Dah tak guna. Bisik hati buat Hannan kembali tersedar Istighfar terluncur. Dilontarkan anak kunci ke dalam mulut Burberry rona rembia yang sedia ternganga. Sandang Burberry di bahu diperkemaskan. Tubuh dipusingkan. Mata menjelajah ke ruang kerja dihadapan yang masih bernyawa dengan suara-suara staff. Langkah kaki dibuka. Tenang. Beberapa staff yang menegur dibalas mesra. Kaki singgah ke meja Suria yang tunduk memandang IBM didepan. Langsung tidak menyedari kehadiran Hannan. 
“Khusyuknya you, Su.”

Kepala Suria terangkat. Senyum kecil terbentuk dari bibir yang sudah hilang warnanya. Mata indah Hannan ditatap. “Proposal buah hati you la ni, cik Hannan. Esok dia balik. Siap dah tembak email reminder kat i petang tadi cakap benda ni mesti ada atas meja dia first thing tomorrow morning. Dia tu memang gila kerja kan. Macammana la you boleh sangkut dengan dia. Dia tiup apa kat you, Hannan. Mah share dengan i. Dia tak ada ni, bolehlah kita kutuk dia kan. Kalau dia ada, i lebih rela terjun gaung dari kena ngadap dia,Hannan. Boss I yang terhangat tu kalau dia meletup, Pinatubo pun surrender. Tapi..dia tu boleh dihangatkan dengan orang depan I ni jer. Sah dia surrender awal-awal. Korang ni elok benar. Sorang hangat, sorang menghangatkan. Aduhai..aku yang tengok ni rentung dibuatnya. ” Suria ketawa lepas. Ketawa Hannan pecah sama. Tahu benar dengan sikap gila-gila Suria yang suka mengusik dia dan Izz Arman Khair sejak dahulu.

Hannan toleh Tag Heuer di pergelangan kiri. 

“Oklah, Su. Got to go. Nanti my hero kat rumah merajuk mama dia balik lambat. Dah la dia baru baik dari demam.” Hannan buka langkah. Bahu Suria dielus lembut. 

Suria angguk. Tangan Hannan ditepuk. Balas. “Ok. See you tomorrow madam. Jaga diri. You tu darah manis. Orang darah manis ni angin pun suka nak dekat. Dapat tempias. Boleh tiup angin berbaur manis kat serata alam. Akan manis-manis semua yang hirup angina tu nanti. Termasuklah aku.” 

Hannan geleng kepala dengan senyum manis yang terjuring dibibir. Tangan diangkat. “Bye, Su. “ 

Hala kaki sudah mencecah pintu keluar. Jari runcing menekan butang lif. Perut lif yang ternganga dihampir. Tubuh terbenam.

Kaki yang melangkah keluar dari perut lif terus dibawa ke kawasan parkir yang terbentang luas didepan mata. Kunci kereta dari Burberry diseluk keluar.

Haniff mampak susuk tubuh yang ditunggu sejak tadi muncul di muka pintu keluar yang menghala ke parkir. Tubuh dibawa keluar dari BMW hitam yang terparkir tidak jauh dari pintu keluar. Kaki dibawa mengekori tubuh bersarung kurung didepan. 

“Hannan..” 

Hannan tidak menoleh. Tahu diri sedang diekori. Langkah dipercepatkan. Suara yang tidak asing dicuping. Suara yang sering mengganggu hidupnya yang sejak kebelakangan ini. Hannan rimas!Derap sepatu mengekori jelas kedengaran. Makin mendekati. Dilajukan langkah. Seakan berlari. Namanya terus diseru. Bibir diketap kuat. Gelora marah mula membadai. Namun cuba disabarkan diri. 

“Hannan , wait.” Kaki Hannan terus laju melangkah. Tidak dihirau seru suara yang bertali arus. Debar dada berdendang kencang. Dia cuma ingin cepat sampai ke keretanya. Mahu cepat beredar daripada kawasan ini. Tidak mahu memandang wajah itu lagi. Hannan benci!

“Pinnn!” Tubuh terasa dipaut daripada belakang. Terundur kaki tiba-tiba. Nafas turun naik. Mata ternganga dan ekor jejak Vios hitam yang meluncur laju ke depan. Liur ditelan.Sebelah tangan meraup wajah. Kesal bertamu kerana khilaf diri yang terburu-buru melangkah deras. Tapi kalau bukan dia yang buat Hannan begini dia tentu tidak terlajak membina khilaf paling ngeri tadi. Semua ini pasal dia! 

“Hannan? You ok?” Tangan yang memaut lembut bahu ditolak kasar. Tubuh Hannan berpusing. Mata dibulatkan ke arah wajah berkaca mata didepan. Wajah yang amat dia benci. Benci teramat!

“You nak apa lagi ni. Tak faham bahasa ke you ni.”Ditentang keras pandangan tenang Haniff.

“Hannan please.” Suara perlahan Haniff menyapa.

“You..”Tangan kanan terangkat sedikit. Bibir diketap. Haniff yang menadah raut damai di wajah buat amarah Hannan makin marak. Menjulang tinggi sakit di hati yang dia balut sendiri lukanya. Jari telunjuk lurus dihala ke muka Haniff. Hampir-hampir mencecah pangkal hidung. Hannan tak peduli. Lantaklah kalau dia sudah dikira kurang ajar. Siapa dulu yang berkurang ajar? “ jangan ganggu i. Jangan ganggu hidup i lagi. I taknak tengok muka you lagi. You dengar ni..i don’t wanna see your bloody face anymore. Got that?” Ditolak kasar tubuh Haniff ketepi. Hannan terus menyambung langkah ke depan. 

Haniff hela nafas. Sebelah tangan meraup wajah. Langkah Hannan diekori deras. Nama indah itu diseru lagi. Derap kaki makin pantas mengejar Hannan yang sudah jauh kedepan. Haniff tidak akan berundur selagi jawapan yang dituntut dari Hannan tidak diperolehi. Dia perlu tahu siapa Abid Hilymi pada Hannan. Perlu tahu siapa Abid Hilymi yang sebenarnya.

“Siapa budak tu , Hannan?” Haniff terus laju menyaingi langkah deras Hannan ke parkir. Peristiwa diminta meninggalkan pejabat Hannan secara terhormat oleh pihak pengawal keselamatan kelmarin tidak sedikitpun mematahkan semangat. Tidak juga terdetik dendam atau sakit hati atas tindakan drastik Hannan yang memanggil pihak keselamatan untuk meminta Haniff keluar daripada biliknya. Haniff sedar dia berhadapan dengan Hannan yang baru. Bukan Hannannya yang dulu.

“Telinga you tak dengar ke “budak tu” panggil i apa. Ke you nak i ulang apa yang budak tu panggil i.” Hannan makin melajukan hayunan langkah. Haniff disebelah tidak langsung dihiraukan. Audi kelabu di slot RESERVED sudah terlihat di pandangan. 

“Anak siapa budak tu? Who is his biological father?” ”Haniff mula melontar umpan. Langkah Hannan terhenti. Tiba-tiba. Amarah kembali membuak bila kata-kata yang tidak disangka-sangka itu terpacul dari mulut Haniff. Lelaki itu nampak kecil benar dimatanya saat ini.

“You ni dah kenapa haa? Apa hak you nak tanya semua tu. Tolong jangan masuk campur urusan hidup orang lain. Jangan nak sibuk.”Langkah kaki terhenti disisi Audi. 

“This is my business, Hannan.” Hannan kerling tajam ke wajah Haniff yang berdiri di sisi. Dia sudah tidak ingin melihat wajah ini. Entah kenapa saat dia sudah redha dengan takdir yang tertulis ke atas diri, saat dia sudah boleh menerima hakikat atas segala yang menimpa, lelaki ini muncul kembali tanpa diduga. Kemunculan yang menyeret segala episod duka lara yang tersimpan kejap di memori jiwa terbentang kembali. Kemunculan yang tidak sesekali dia undang!

“Hannan…please. We need to talk.”

Burberry dicampakkan ke atas kusyen pemandu. Sebelah tangan mencekak pinggang kurung merah bata yang tersarung ke tubuh. Deru nafas bergumpalan. Haniff yang memandang dibalas dengan sepasan mata yang tajam menikam.

“Just go to hell with your talk…with your business. And for your information encik Haniff Mirza i’m no longer your bloody business. So just get lost from my life. Remember..once upon a time, you did said that bloody words to me So…”Hannan lontar hembus nafas. Haniff yang tidak berkelip memandang langsung tidak dihiraukan. “please, do the same now. Jangan cemarkan nama baik keluarga you yang sangat-sangat terhormat tu. Ingat, i ni keturunan pelacur, Haniff. Sampai bila-bila pun akan tetap dari baka keturunan pelacur. You yang kata macam tu kan.You jugak dah bersumpah tak mahu zuriat daripada keturunan pelacur.” Hannan lontar senyum sinis. 

Haniff telan liur. Halkum bergerak bagai mahu membalas namun bibir nyata terkunci. Terkesima dengan kata-kata Hannan. Wajah indah Hannan Zahirah diraup dengan segunung rasa bersalah dijiwa.

“You tak perlu ambil tahu siapa dia sebab I mama kandung dia. Dan mama dia keturunan pelacur yang sangat-sangat hina dan jijik di mata you. Keturunan yang tak layak untuk lahirkan zuriat buat orang terhormat macam you.” Dan serentak tubuh diloloskan masuk kedalam perut Audi. Pintu pantas ditarik. Dikunci deras. Haniff cuba menepuk cermin jendela namun tidak dihirau. Hannan hidupkan enjin. Audi menderum tidak menoleh. Tiada simpati. Hannan juga tidak langsung menoleh. Stereng diputar. Deras. Haniff undur langkah. Mata hanya memerhati dengan sorotan penuh kecewa. Dua tangan memegang kepala. Jeritan nama Hannan terlantun. Bergema. 

Hannan tekup bibir. Mata terasa hangat. Dibiarkan. Sebelah tangan mengemudi stereng. Pandangan terus dihala ke jalanraya didepan. Audi meluncur laju. Deras membelah laluan. Langit senja mula melabuhkan tirai. Hamparan malam mula berbalam-balam di kaki langit.

“KAU YAKIN?"

Habis kalau bukan aku, siapa lagi.”

Fakhrul geleng kepala. “Kau ingat kau sorang je ke Haniff Mirza dalam dunia ni, Mir. Come on lah. Entah-entah suami dia sekarang pun nama Haniff Mirza jugak. Dan budak itu anak dia dengan suami dia sekarang. Please be rational, Mir.” 

Haniff geleng kepala. “Aku yakin tu anak aku, Fakhrul. Budak itu memang anak aku. Itu..itu perjanjian kami dulu. Lagipun itu nama pilihan aku dan dia. Kau pun cakap hari tu. Budak itu ada lesung pipit sama dengan aku. Dan…umur budak itu kau kata dalam enam tahun kan. Lebih enam tahun juga sejarah aku dan dia. Semua itu buat aku yakin hal ini memang ada kemungkinan besar. Aku sangat pasti tentang ni.” Fakhrul telan desir nafas. Memang dia sedar akui apa yang dikatakan Haniff. Melihat kanak-kanak yang bernama Abid Hilymi itu sukar mahu dinafikan bias Haniff ada di wajah comel itu lagi-lagi sepasang lesung pipit yang menghiasi pipi kiri dan kanannya. Mata menyorot wajah lelaki dihadapan sebelum memandang persekitaran. Malam yang masih muda di Pokok Ciku Chill and Grill berteman para bikers yang sama-sama menikmati hidangan makanan barat di sini dijamah juga oleh sorotan mata Fakhrul. Gelas jus mangga dicapai. Disedut sedikit sebelum dilepaskan. Haniff Mirza yang jeda ditepuk lembut kura tangannya.

“Mir..listen. " Wajah Haniff yang penuh cerita ditatap. "Kau kena terima kenyataan. Kau dengan dia dah tinggal sejarah. Kau dengan dia dah tak ada apa-apa lagi. Mungkin apa yang kau cakapkan tentang budak tu benar...mungkin juga salah. Apa-apapun kau tak boleh desak dia. Kau tak boleh buat macam tu."

Haniff menggeleng. Tangan yang memaut leher kerusi disebelah dikemaskan pautannya. Kuat. Tindakan yang bagai mahu menyatakan keazaman yang bersimpul di lubuk jiwa. Seraut wajah Hannan Zahirah menjelma. Berganti dengan raut comel yang dia nampak bersama Hannan Zahirah di klinik Fakhrul tempoh hari.

“Not till I get the answer from her. She owe me an answer, Fakhrul. Dan selagi aku belum dapat jawapan yang aku mahu, aku takkan lepaskan dia.” 

Fakhrul elus pelipis. Tahu sukar mahu ditahan hasrat teman baiknya ini. Wajah tampan Haniff Mirza direnung. I wish you luck, bro. I wish you luck.

7 comments:

Anonymous said...

Huh!!! Dah ada anak bru nk. Sebelum tu senang2 nk sakitkn hati org. Walaupun msh samar2 cete ni p geram ngan perangai haniff ni. Dah tu nape klu dh tau asal adib tu? Baru hanan tu layak d maafkan?
Eh terlebeh emosi lak ai

iyads said...

Boss Hannan tu macam baik jek..macam sesuai jek..hehehe..(walaupun masih dalam kesamaran wataknya)..heheh..
pe2 pn keep up kucc..can't wait for the new n3..

IVORYGINGER said...

Oh my!!! This stories make me curious. Why they can be separate even they love each other so much before. Is there any chance they can be back together? Hope there is. Pity Abid who didnt know his biological father.

Aziela said...

Ermmm...ada sedikit kelainan. Selalunya KUCC tak exposekan di bab2 awal. Mesti ada konflik yang lebih serius nie.... All the best.


P/S : Saya baruuu buat entry...sedikit imbasan tentang LCDJM.

http://therainbowjourney.blogspot.com/2013/12/terima-kasih-april-snow-lafaz-cinta-di.html

kucc_aprilsnow said...

Anonymous - kihkihkih..saboooo..
Iyads -macam romantik jer..hahaha
baby mio - tenkiuuuu
Ivoryginger - tunggu taw
Aziela - cuba applykan cara yg beza2 Aziela...millions thks utk n3 kt blog. Izinkan kucc share dgn kwn2 kita di grp FB Ceritera kucc yer..

miss nina said...

awal2 dah dua watak hero. mesti konflik berpanjangan nih, nak2 pula haniff mirza tu macam degil je.

bos Hannan tu kalau romantik macam abang FA , boleh cair dibuatnya :)

Anonymous said...

So far so good. Keep up the good work. sentiasa bersama and a.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...