Bab 27
SIULAN BERNADA ceria
dihening malam mudah sahaja menggamit pendengaran Puan Sri Zarida yang takzim
dibilik bacaan. Pintu yang memang terbuka dari tadi dipandang sekilas bersama
ukir senyum dibibir. Tidak perlu meneka siapa empunya suara. Dia sudah maklum. Siapa
lagi kalau bukan anak bujangnya yang sorang itu. Iq memang macam tu. Selalunya
akan bersiul kalau ada yang sesuatu yang menggembirakan hati. Itu memang sikap
Iq dari dulu. Puan Sri Zarida memang tahu sangat-sangat! Tubuh yang berbalut
kaftan sutera merah samar bingkas bangun. A
Cup of Comfort yang sudah
suku dibaca diletakkan penandanya dan ditutup. Naskhah pembangunan diri yang
dihadiahkan suami dihamparkan ke meja sisi disebelah. Langkah dibawa ke pintu.
"Iq.." Suara lembut Puan Sri Zarida terlantun damai. Menggamit
si anak terunanya yang dilihat bagai sedang tenggelam dalam dunianya sendiri.
Hmmm...adalah tu yang seronok sangat. Ini sah sah mesti pasal Damia. Hati
pantas sahaja menyimpul. Puan Sri Zarida maklum sangat sikap Iqram yang jauh
berubah ceria dan sering tersenyum sejak kenal si cantik berpipi merah yang
diperkenalkan Iqram kepadanya beberapa minggu lalu. Apalah yang D dah buat kat
anak auntie sampai boleh angau macam ni ye. Boleh share tak?. Hati ketawa dalam
diam. Mata menangkap susuk tubuh yang masih terus mengalun siulan sambil
memanjat tangga. Laju sahaja. Langkah dipaku memerhatikan Iqram bersama
gelengan kepala.
"Iq.."Diseru sekali lagi.
"Iq.."Diseru sekali lagi.
Langkah
deras Iqram terhenti saat telinga mendengar namanya dipanggil. Kunci yang
dilambung-lambung dari mula masuk ke rumah tadi pantas ditangkap dan digenggam.
Suara yang menyeru namanya buat tubuh yang sedang mendaki tangga berpusing ke
belakang. Mata jatuh pada seraut wajah bersalut kaftan merah samar yang berdiri
diluar bilik bacaan.
"Mama?" Langkah perlahan menuruni anak tangga dihala ke arah
mama yang takzim memandang sambil tersenyum. "Kenapa tak tidur lagi ni,
mama. Mama tunggu Iq ke ni?"Iqram sudah berdiri dihadapan. Senyum dibibir
Puan Sri Zarida terus terlontar. Kaki dihayun perlahan. Tidak terus dijawap. Terus
dibawa langkah ke ruang utama. "Mama baca buku. Tak rasa
nak tidur lagi." Iqram angguk sambil senyum. Tahu sangat hobi mama yang
suka membaca sejak dahulu.
"Dari mana
ni,hmmm."
Iqram sengih.
"Hantar kawan balik. Berbual tadi dengan dia..tu yang lambat. "
"Kawan
Iq?"
Iqram
angguk.
"Perempuan,hmmm?"
"Yup." Iqram angguk lagi. Kali ini bersama senyum yang terlontar.
Puan Sri Zarida balas senyum. Hmmm. Ingat mama tak tahu ye. Iq ..Iq. Hati terus
menyulam senyum.
"Hmmm...mama
tengok orang tu happy nampak. Senyum sorang-sorang dari tadi. Any good news?
" Bibir Puan Sri Zarida terus ukir senyum sambil langkah dibawa ke ruang
tamu utama. Sofa utama dituju.
Iqram balas
senyum dari belakang. Tenang. Langkah turut dihala mengekori langkah mama ke
ruang tamu utama. Tubuh dilabuhkan disebelah mama.
"Takkan
taknak share dengan mama,hmmm. I
knew there must be something. Mama
bukan tak kenal Iq. Kalau dah bersiul-siul tu...adalah yang berbunga-bunga
dalam hati. Kan? Am i
right, young man?" Mata
Puan Sri Zarida jatuh ke wajah Iqram yang tenang tersandar disebelah. Suara
terus dilantun lagi. Mengharapkan anak tunggal disebelah yang masih menjaring
senyum membuka cerita.
Iqram senyum terus.
Lebar. Kepala kembali memutar kenangan pertemuannya bersama si pipi merah
sebentar tadi. Nasib baik tak kena sembur sebab dia dah dikira
mempermain-mainkan si pipi merah pujaan hatinya itu. Kalau kena rebus tadi
memang tragedi sungguh!
"Iq dah
beritahu Damia,mama tentang perasaan Iq pada dia." Sepasang mata coklatnya
yang bersinar berlaga dengan redup mata mama yang bening.
Puan Sri Zarida angkat
kening. "Really?"Bibir masih belum usai melabuhkan tirai senyum.
Hmmm... bagus. Satu langkah dah mula.
"Iq cakap apa pada
Damia? Say i love you?"
Iqram berdehem.
Ketawa kecil terluncur.
"Issh, mama
ni. Ada pulak nak cakap macam tu."
"Why not.
Straight to the point. Lebih cepat kan lebih mudah kerja mama dan papa. Senang
mama dengan papa nak arrange our plan. Jumpa parent D. Merisik then terus
meminang. Kalau dua pihak setuju tahun ni jugak mama dan papa nak langsungkan.
Mama dengan papa dah tak nak tunggu. Iq dah jumpa calon yang baik. Mama pun
suka dengan Damia. Papa pun setuju dengan pilihan Iq bila mama cerita tentang
Damia. Iq pun dah suka sangat pada D kan. Nak tunggu apa lagi. Iq pun bukan
tambah muda. It's about time for you to start a family, sayang." Tapak
tangan kanan didaratkan ke lengan Iqram disebelah. "Lagipun..." Puan
Sri Zarida jala senyum lebar. Mata dikenyitkan. "Mama dah tak sabar nak
dapat menantu nih. Tahun depan bolehlah mama dengan papa dapat cucu. Wah,
seronoknya mama, Iq. Papa lagi double seronok."
Cucu?!! Mata Iqram
bulat. Gosh. D+ Iq = cucu next year?..Oh no!
"Mama..mama..." Tubuh Iqram spontan tegak dari sandar. Tapak
tangan kanan laju menangkap lembut pergelangan tangan mama disebelah. "
mama..nanti nanti. Nanti dulu ok. Jangan buat apa-apa dulu till Iq say so. Jauh
sangat mama dah plan ni."
Puan Sri Zarida toleh
memandang tepat ke wajah tampan Iqram."Why not? Apa yang nak tunggu lagi.
Damia tak setuju? Damia tolak lamaran Iq?"
Iqram lepas nafas.
Tapak tangan mama dielus lagi." Bukan macam tu, mama. Damia tak cakap yang
dia tak setuju. Damia bukan tolak lamaran Iq."
"Then...Kenapa."
Iqram raup wajah.
Satu keluhan dilepaskan. "Not that easy,mama. Damia bukan macam tu. Dia
lain, mama. Lain dari yang lain. Kita tak boleh fikir semua orang ada fikiran
yang sama dengan kita. Lain orang, lain caranya."
Kerut didahi Puan
Sri Zarida muncul lagi.
"Maksud
Iq?"
Iqram hala dua
biji mata ke wajah mama yang menanti jawapan dengan penuh tanda tanya.
"Iq kena
lulus ujian Damia dulu. Then dia akan beri jawapan."
Puan Sri Zarida
terus kerut kening.
"Lulus ujian?
Damia nak bagi Iq ujian?"
Iqram angguk.
Senyum.
"Ujian apa?
Susah tak? Iq boleh ke buat? Kenapa sampai nak kena ada ujian-ujian pulak nih.
Tak faham pulak mama dengan Damia."
Iqram senyum
lagi. Bahu mama dipaut. "Mama...kan Iq dah cakap. Dia lain. Dia takkan
mudah terima. Dia mesti nak pastikan Iq yang terbaik buat dia. Iq tahu dia
gadis yang bijak. " Tangan mama terus dielus. "Yang
penting..." Iqram jatuhkan kepala ke bahu mama. "Mama doakan Iq lulus
ujian tu nanti, hmmm."
Puan Sri Zarida
elus pipi licin Iqram. Senyum bertaut. "always, sayang."
"DAMIA DAH TAHU KAU
IFF?"
Angguk.
"Dia ok?"
Angguk.
"Kau tak kena
marah dengan dia?"
Iqram senyum.
Kepala digeleng.
Firdaus raup dua tapak tangan ke wajah."Alhamdulillah. Lega aku. Aku takut jer kau kena maki+belasah habis-habisan dengan dia. Kau kan cakap dia tu garang boleh tahan."
Firdaus raup dua tapak tangan ke wajah."Alhamdulillah. Lega aku. Aku takut jer kau kena maki+belasah habis-habisan dengan dia. Kau kan cakap dia tu garang boleh tahan."
Iqram ketawa.
"Sikit lagi tak kena rebus jadi pisang rebus."
Pecah ketawa.
"So, what's
next?" Firdaus capai mug cappucino didepan. Dibawa perlahan ke bibir.
"Aku kena tunggu
dia beritahu langkah seterusnya."
Mug dilepaskan dari
bibir. "Langkah seterusnya? Dia yang akan beritahu kau? Biar betul nih.
Patut kau...ni...dia pulak. Pelik." Firdaus kerut dahi. Mug diletakkan
diatas meja dihadapan.
"Hmmm. Si pipi
merah aku tu kan memang lain dari yang lain."
"Kau tunggu dia
kata ok untuk mama dan papa kau hantar rombongan meminang?"
Iqram ketawa. "Kau
ni sama macam fikiran mama aku."
"Dah tu? Langkah
apa lagi kalau bukan masuk line. Next step mesti kahwin, la bro. Kau taknak
kahwin ke? Issh..." Firdaus geleng kepala. Laju. Sandar pada sofa
ditegakkan. Mata renung wajah Iqram. " Iq...calon giler punyer cun macam
tu kau taknak kahwin. Rugi, bro." Pernah sekali ditunjukkan kepadanya gerangan si pipi merah oleh Iqram sewaktu mereka melewati APAC untuk makan tengahari, Firdaus sendiri terpegun jugak melihat wajah gadis yang sudah menambat hati teman baiknya ini.
Iqram geleng
kepala.
"Kau
ni...ingat si pipi merah aku tu senang senang nak kata ok kita kahwin. Kau
ingat dia takder cara dia sendiri."
Firdaus tenung
wajah Iqram. "Maknanyer kau belum dapat green light lagi dari dia lah
ni."
Iqram angguk.
"Belum lagi,
bro. Ada perkara yang si pipi merah pujaan hati aku tu nak aku buat. Sort of
like a test."
Firdaus senyum
meleret.
"Test? D nak
test kau? Biar betul ni, bro."
Iqram
ketawa.
"Ayat kau tu
tolong betulkan sikit. Dia nak test aku buat fews thing. Bukan nak test aku.
Kau nak rasa kena mandi dengan cappucino ke?"
Firdaus laju
ketawa. Tapak tangan diangkat paras bahu." Ok ok...sorry. Aku gurau jer.
Dia cakap macam tuh?"
Iqram angguk
lagi.
"Kalau
aku lulus then baru dia akan beritahu jawapan dia."
"Test apa dia nak
suruh kau buat nih?"
Iqram angkat bahu.
"Malam nanti aku jumpa dia baru dia beritahu. "
Firdaus angguk
sambil tayang muka serius. "Apa-apapun aku doakan kau, Iq. Kau bayangkan
kau atas pelamin dengan dia. Kau senyum lebar tengok dia kat sebelah. Dia
senyum sambil kenyit mata kat kau. Aku rasa tu motivasi paling baik dan
berkesan untuk kau lulus ujian si pipi merah pujaan hati kau tu."
Pecah ketawa
kedua-duanya.
IQRAM TELAN LIUR TATAP KERTAS DITANGAN. Mama, pray hard for me..
"Ini yang saya kena
buat?"
Damia sengih.
Angguk." Senang kan? Tak banyak pun. 10 jer."
Iqram cebik.
"10 jer."
Damia ketawa.
Damia ketawa.
"Sajer la tu
kan."
"Eh..awak
yang kata awak sanggup buat apa saja hari tu kan. Name it, D. Lupa ke,
bro." Damia kelip mata. Selamba. Iqram senyum dalam hati lihat reaksi
comel Damia. Mata hala semula ke wajah kertas ditangan. Baris pertama diulangbaca.
Ujian
Kelayakkan untuk jadi IMAM Damia Humaira.
Oleh kerana abah adalah ikon
imam saya, jadi ciri-ciri abah saya mesti ada pada orang yang nak memohon
jawatan kekal sebagai imam saya seumur hidup.
Iqram pegang
kejap kertas ditangan sambil hala mata kesebelah. Damia angkat kening.
"Ada soklan nak tanya ke."
Iqram geleng.
Senyum. " Saya belum pun habis baca senarai ujian "palinggggg senang
" yang awak nak saya buat nih."
Damia tabur
gelak. Gua pun harap lu lulus, bro. Kalau tak...rugi la gua lepaskan imam yang
ada sepasang mata cokolat paling seksi...hikhikhik
Iqram hela nafas.
Mata meneliti tiap bait dan baris perkataan yang tertulis di muka lembar kertas
yang dihulur si pipi merah kepadannya tadi.
1. Mesti belajar bahasa
arab sebab abah saya tahu berbahasa arab. Kalau abah boleh, calon imam saya pun
MESTI boleh.
Iqram hala
sebelah. Si pipi merah yang bersandar tenang dikerling. "Bahasa arab?
Kenapa mesti bahasa arab?"
Damia
senyum. Deheman perlahan dilepaskan sebelum sepasang mata mereka dibawa
berlaga. "Selain sebab abah saya tau berbahasa arab ada sebab penting lain
yang awak kena tau. Rasulullah, nabi kita orang arab. mesti ada sebab Allah
pilih kalangan orang arab dan bukan bangsa lain jadi nabi kita. Kan?
" Iqram takzim mendengar. Damia sambung lagi. "Lagipun bahasa
al-quran kan bahasa arab. Kalau tak faham bahasa arab, macammana nak faham
al-quran?" Damia hala mata kesebelah yang terus diam. Damia terus sambung
bercakap." Dan satu lagi...bahasa dalam syurga pun bahasa arab. Kita tak
cakap melayu tau dalam syurga nanti."
Iqram kerut dahi.
"Bahasa disyurga? Ye ke?"
Damia angguk.
Senyum.
"Awak
boleh?"
Damia
senyum lagi. Iqram senyum walau didalam hati masih tertanya. Dia tahu ke tak
tahu nih? Mata kembali jatuh ke wajah kertas ditangan.
2. Mesti pandai mengaji.
Iqram lepas
nafas. Panjang."Pandai mengaji?"
Damia angguk.
Sengih. "Dah nak jadi imam mestilah tau ngaji. Betul tak?"
Iqram tabur senyum
lagi. Fir, baru dua syarat aku dah rasa sesak nafas nih, bro. Mata terus
meneliti bait dilembar kertas.
3. Kena azan subuh
disurau atau masjid tiap pagi dalam tempoh ujian.
Iqram rasa
nak melompat. What?!!
"A..azan? Subuh?" Iqram hala mata yang tak berkelip. Biar betul nih!
Damia tayang mata yang bulat. "Awak tak solat subuh ker?"
"Err..solat."
"Tau
kan azan subuh macammana?"
"Tau
tau. Apa pulak tak tau." Jantung dah rasa terbuai-buai. Tunggu masa nak
jatuh ke lantai. Goodluck, Iq! Air liur laju menuruni salur kerongkong. Kembali
dibawa mata yang dah berbalam memandang kertas ditangan.
4. Kena jadi imam
salah satu waktu solat di masjid kampung saya nanti dalam tempoh ujian.
Iqram usap
pelipis. Kalau tadi jantungnya terbuai, kali ini jntung memang dah nak
tertanggal daripada tangkai saat mata meneliti satu persatu bait ujian nombor
4.
"Sa...saya kena jadi imam solat? Imam solat di masjid?"
Damia
pusing tubuh ke sebelah. Selamba. "Awak...nak jadi imam keluarga bukan
senang tau. Jadi awak kenalah praktis jadi imam dimasjid dulu. Displin
macammana. Kaedah kendalikan makmum macammana. Macam tu la awak nak handle
keluarga awak nanti." Damia angkat tangan dengan tapak tangan yang dikepal.
Digerakkan tangan ke sisi. Atas dan bawah. Kepala diangguk. "chaiyok
awak!"
Iqram kerut dahi.
Chaiyok? Kepala digeleng. Lembar kertas terus dijamah mata. Debar dihati makin
kencang berlari.
5. Mesti belajar dan
kena tahu hal ehwal penanaman pisang dan penjagaannya.
Bibir Iqram laju
ukir senyum kala ujian ke. 5 terlafaz dibibir. Yang ini memang selalu dia
dengar dari bibir si comel ini. Tahu benar latar belakang keluarga si pipi
merah ni macam yang pernah diceritakan kepada mama waktu dia membawa Damia
berkenalan dengan mama dulu." Awak nak suruh saya tukar bidang ker
nih,hmmm. Nanti abah awak kena pencen pulak kalau saya lulus."
Damia
jeling. Eksen la sangat! Jari telunjuk di hala ke wajah Iqram yang simpul
senyum spontan." Nak ke tak jadi calon nih." Iqram senyum lebar.
" Giler tak nak. Rugilah nak lepaskan awak yang comel nih." Damia
ketap bibir. Ada jer yang kena lenyek jadi bingka pisang karang nih!
6. Mesti tau buat
cokodok pisang emas yang paling best macam yang abah saya buat.
"Cokodok pisang emas tu aper, D?"
Damia
jeling. "Sila tanya pakcik google."
Pecah
ketawa Iqram.
7. Mesti pandai masak
dan hal ehwal rumahtangga yang lain. Suami kan kena sediakan semua tu untuk
isteri (itu kata abah).
Iqram elus
pangkal hidung.
"Yang
nombor 7 ni saya rasa dua-dua kena kerjasama. Isteri tu rasanya dapat pahala
berganda lagi kalau buat dua perkara ni."
Damia
sengih. " Pandai ek. Tak kira! Nak...kena buat. Nak ker tak jadi calon
imam,hmmm." Kening diangkat dan digerakkan. Iqram angguk. Senyum. Tenang.
"Ok. Awak akan terpegun nanti tengok kehebatan saya memasak." Damia
cebik sambil pegang leher dengan dua tapak tangan. Iqram ketawa. Kertas
ditangan terus ditatap. Mata terbuntang saat bait-bait seterusnya meniti dilayar
fikiran.
8. Mesti tau sembelih
ayam, bersihkan ayam..cabut bulu ayam dan masak ayam kurma sebab saya hantu
kurma ayam.
"Sembelih
ayam?"Iqram hala mata yang bulat ke wajah disebelah. "Sa..ya kena
sembelih ayam?"
Damia
sengih lebar. "Senang jer ni awak. Ujian paling mudah. Kejar je ayam,
tangkap pastu.." Damia tunjuk aksi dengan tapak tangan kanan yang
ditegakkan ke lengan kiri lalu digerakkan tapak tangan kanan ke atas dan bawah.
Iqram yang melihat hempas tubuh ke leher kusyen. D..kenapalah you nak dera i
sampai macam nih. Kepala digeleng. Damia disebelah dah pecah ketawa dalam
hati.
Iqram toleh kesebelah.
Damia tayang senyum.
"Awak ok tak nih.
Kalau nak tarik diri boleh lagi."
Iqram tayang
senyum. Kepala diangguk. I'll proved it to you. D. Mata dibawa lagi ke lembar
kertas ditangan. Iqram kelip mata beberapa kali. Ghazal? Hati dah pecah ketawa.
Bibir dikemam menahan derai ketawa daripada terlepas.
9. Mesti tau berghazal
best macam abah saya.
"Ghazal?"
"Ya."
"Awak nak
suruh saya masuk pertandingan nyanyian ke ni,hmm." Iqram simpul senyum.
Damia
lontar jelingan.
"Jangan nak
ketawa-ketawa ye. Abah saya handal berghazal tau. Awak ingat senang ker nak
berghazal nih. Awak tak lulus..bai bai ye."
Iqram
ketawa kecil. Mata dikenyitkan. "We'll see, D." Kembali dihala mata
ke arah kertas ditangan. Baris ayat terakhir yang tertera dibaca dengan kerut
didahi.
10. Mesti tau berqasidah
macam abah.
Dahi Iqram
kembali berkerut. "Berqasidah tu apa, D?"
Damia senyum.
"Macam biasa. Tanyalah pakcik google."
Jeda seketika. Iqram lepas nafas perlahan namun cukup jelas di cuping Damia. Mata menoleh ke sebelah yang tersandar tenang.
Jeda seketika. Iqram lepas nafas perlahan namun cukup jelas di cuping Damia. Mata menoleh ke sebelah yang tersandar tenang.
"Awak.."
"Hmmm..."
" Senang kan
semua ujian-ujian yang awak kena buat? Kalau awak rasa tak mampu baik cakap
sekarang."
Iqram senyum. You
memang nak dera i kan, D. Tapi tak apa D. Demi you i sanggup! Damia sengih.
Chaiyok, bro! Lu mesti boleh. Mata Iqram dikelip. Wajah si pipi merah disebelah
yang masih menjala senyum ditatap. Hati ukir senyum.
"D..."
Iqram lipat kemas lembar kertas. Damia angkat wajah. Selamba.
"So,
awak...macammana. Nak teruskan ke tak nih?" Damia elus dua tapak tangan.
Hati bergelung risau. Please...please awak jangan tarik diri. Awak...tak kira,
macammana pun awak mesti buat! Awak nak saya kan? Damia tak berkelip pandang
wajah disebelah yang diam sahaja lepas habis baca semua perkara yang Damia dah
tulis untuk ujian jadi calon imam dia.
"D..."
Iqram hala pandangan redup kesebelah. Damia kemam bibir. Mata turut sama
merenung walau rasa macam nak lompat keluar kereta bila ditenung begitu. Wallaweh
mata dia cantik giler weh! Oit D, apa kes kau tenung dia lebih-lebih nih.
Astagafirullah, apa dah jadi kat gua nih. Lu punya pasal la nih. Apsal lu
tenung gua. Tenung benda lain aar.
"Saya
tau..."
"Ta...tau
aper." Damia telan liur.Fokus D..fokus. Jangan lu asyik tenung mata
cokolat seksi dia sampai nak tembus.
Ciss!
Iqram senyum.
"Awak suka
saya jugak kan sebenarnya.Hmmm?"
Damia kemam
bibir. Mata dilarikan ke hadapan. Apasal gua boleh kantoi ni. Dia ni ada ilmu
baca apa yang tertulis kat kepala gua ni aper!
Iqram senyum
lihat reaksi si pipi merah disebelah yang jelas gagal menyembunyikan riak
dihati. D...i serious suka you.
Iqram hembus
nafas.
"Fine. I'll
do all this. I'll do all this for you. I'll proved it to you, D. Yang penting
saya pasti akan jadi imam awak nanti. Imam awak untuk seumur hidup. Mark my
word, D."Dua pasang mata mereka saling berlaga. Iqram senyum. Damia kemam
bibir. Namun hati dah melompat-lompat kegirangan.
Yes!!!!!!!!!!.
12 comments:
yesss!!!!
Alhamdulillah. Yes. First time baca syarat untuk kahwin macam nie. sy dah beli kesemua nvl2 akak. Alhamdulillah. Best banyak ilmu. Yes yes yes. Go iq go.
Bab kena berghazal, tanam pasang n buat cekodok yang tak leh tahan tu...kasi kelonggaran skit lah D. Ganbatte Iq.
Gelak tergolek den nak bayangkan mcmana la lenggok suara si mata cokolat tu berghazal nanti....tergugat betul penyanyi ghazal sedia ada kalau ada penyanyi ghazal yg super duper hansome Mcm mata cokolat ni....den rasolah mesti industri muzik tradisional kat Malaysia ni melonjak naik...kihkihkih....
Haila D smpi hati dera si mata cokolat den ni dgn syarat2 tu ni...tp kalau Iq berjaya harungi ujian tu....mesti D chenta tergolek2 kat Iq....
Kucc laling ni....mmg brilliiant la...salute u.....
5 akhirat +5 duniawi...hehehe wat a balance test....go go go iq go...
huhuhuhuhu iq caiyok2.... Sile2 pastikan anda lulus untuk jadi imam si D \^_^/
Hihihihihi..
Lev it D!
Lev u kucc.. More please..
~ma
Gelak sorang2. Bayang kan si mata cokelat seksi kena buat cokodok pi sang, sembelih & bersikan ayam Dan bergazal.
membayangkan Iq buat kerja kebun pisang, sembelih ayam, buat cokodok pisang dah x boleh bergaya lah jawabnya...
Iq kami semua sokong U mesti boleh 10 syarat D ... buat bukan demi si merah pipi ja tapi demi diri sendiri dan kerana Allah s.w.t...
wah, mantap giler syarat dia...aja-aja fighting, iq....
seblm ni jd sr jer...tp sekarang dah x blh thn nak komen gak...hehe... caya lah D... gud job gurl.... pastikan imam u tu btl2 lulus i'm sure he will be the most lovely husband n romantic of course....
awk , napa x dpt msuk fb awk ye...cam na nk add ye
Post a Comment