Tuesday, August 6, 2013

CERITERA VERSI ISTIMEWA

  
"PAPA.." Tangan halus Aina tepuk lengan Akhmal. 
 Akhmal angkat muka. Naskhah 300 Hadis Bimbingan ditangan ditutup seketika. Senyum dihala ke wajah comel Aina yang putih mulus."Ya, sayang."
 "Papa...kenapa papa, mama, nenek dengan abang kena puasa.? Kenapa tak boleh makan nasi? Kenapa Aina dengan Ameer tak payah puasa?" Aina dengan sepasang mata coklat jernihnya yang bulat tidak berkelip merenung Akhmal. Pipi mulus Aina dielus penuh kasih sayang oleh Akhmal. Diangkat tubuh Aina ke riba.Dipeluk erat dan dikucup rambut hitam lurus Aina yang mencecah bahu.
 "Ha'a. Ameer dengan Aina tak payah puasa pun. Abang jer mama dengan papa suruh puasa. Dia orang boleh makan minum macam-macam. Abang tak boleh pun. Tak adillah papa dengan mama ni." Ben yang duduk di sofa setentang dengan Kisah 25 Rasul untuk Adik-Adik di riba laju menambah kata. Akhmal tenang mendengar. Tangan mengelus lembut rambut Aina. Sejak ada Aina dan Ameer dalam keluarga, Ben sudah menukar panggilan buat dirinya. Itu yang dia minta kepada mama dan papanya. Katanya dia mahu dipanggil abang sebab dia mahu jadi pelindung kepada adik-adiknya.
    Aina lontar mata bulatnya ke arah Ben. "Aina kan bagi abang coklat semalam. Abang yang tak mahu. Kan Ameer?" Ameer disebelah Aina yang leka mewarna buku mengangguk laju.
 "Orang puasa mana boleh makan la. Aina ni..tak faham betul." Benjamin lepas keluhan dalam. Akhmal simpan senyum.  Tangan terus bermain dengan rambut Aina. Telinga takzim mendengar anak-anaknya berbicara.
 "Coklat kan bukan nasi. Bolehlah makan. Kan papa?" Aina toleh ke belakang memandang Akhmal yang tersenyum.
  Ben geleng kepala. "Susahlah cakap dengan budak kecik ni." Akhmal mahu ketawa namun ditahan. Lengan Akhmal terasa dielus perlahan. Kepala menoleh. Mata jatuh pada wajah jernih Ameer Raziq.
  "Ameer tak boleh puasa macam abang ke papa? Ameer kan lelaki macam abang jugak."
  Siti yang sedari tadi menjadi pendengar dan pemerhati dengan tangan yang masih memegang tafsir al-quran tala senyum manis kepada Akhmal yang duduk disebelah. Akhmal tarik nafas tenang dengan pertanyaan dan gelagat tiga anak-anaknya yang sedang bersantai di ruang bacaan. Wajah cantik yang tenang menjala senyum disebelah dijamah. Dijatuhkan kepala sedikit ke bahu isterinya. Dibawa bibir ke cuping Siti. "Sayang jangan nak senyum-senyum lebih-lebih ye. Bulan bulan puasa ni abang memang risau tengok sayang senyum-senyum macam ni." Siti toleh muka yang sedikit hangat memandang tepat ke wajah kacak Akhmal. Mata coklat jernihnya dibulatkan. "Abangg.." jari laju capai peha Akhmal. Berderai ketawa Akhmal. Siti turut ketawa kecil dengan kepala yang ditundukkan sedikit. 
  Aina toleh kebelakang lagi. Matanya yang bulat tidak berkelip memandang. "Papa ni Aina tanya tak jawab. Ketawa pulak dengan mama."
  "Ha'a papa nih. Ameer tanyapun papa tak jawab."
   "Papa tu kalau mama ada sebelah memanglah suka senyum dan ketawa saja. Abang tahu sangat." Ben spontan lontar kata-kata.
   Amboi! Siti dan bulat mata. Pipi makin hangat. Serangan berturut-turut dari mulut-mulut mungil dengan kata-kata spontan mereka sungguh tidak disangka-sangka. Akhmal simpul ketawa. Dibetulkan duduk. Tubuh Aina diangkat sedikit. 
   "Ok ok. Papa jawab satu per satu ye, sayang sayang papa. Papa nak jawab soalan siapa dulu,hmmm." Akhmal tala mata ke arah satu persatu wajah mulus dihadapannya sebelum menoleh sekilas ke arah Siti disebelah. Mata dikenyit. Siti simpul senyum sambil menggeleng kepala. Tahu sangat dengan sikap Akhmal yang suka mengusiknya sejak dahulu.
  "Aina dulu."Aina laju angkat tangan menunjuk langit. 
  "Ameer dulu, papa." Ameer tidak mahu mengalah. Turut sama mengangkat tangan.
   "Abang la. Abang kan abang. Aina dengan Ameer adik."
   "Papa..Aina kan yang tanya papa dulu. Abang ni..jahat laa."
   Siti senyum. Mata dibawa ke satu per satu wajah comel kesayangan yang menjadi cahaya hidupnya selama ini.
  "Hmmm. Kita kan kena bersabar...sebab orang ya.."
  "Orang yang sabar dikasihi Allah. Ok..ok. Abang sabar. Papa jawab soalan Aina dengan Ameer dulu." Benjamin laju memintas.
  Siti lontar senyum pada Ben. "Alhamdulillah. Sebab tu mama sayang sangat pada abang.      Abang kan anak mama yang paling baik."
 "Mama tak sayang Aina?"
 "Ameer,mama?"
 "Mama sayang sangat semua anak-anak mama. Abang, Aina dan Ameer. Semuanya mama sayang."
  "Papa? Mama tak sayang,hmmm." Akhmal kenyit mata. Siti senyum. Tapak tangan menampar lembut pipi suami disebelah. "Sayang...sayang sangat." Siti balas dengan kenyitan mata. Akhmal jatuhkan kepala ke bahu Siti. "Papa rasa kan papa nak pengsan la sebab ada bidadari mata coklat kenyit mata kat papa." Akhmal pura-pura lelapkan mata. Dua tangan dijatuhkan. Aina dan Ameer laju menggoncang tubuh Akhmal. Siti kemam bibir menahan senyum. Abang ni memang teruk tau!
  "Papaaaaaaaaaaa!!!..jangan pengsan dulu. Papa tak jawab soalan lagi. Papaaaa. Mama tengok papa dah pengsan ni." Aina dan Ameer terus memanggil. Siti tunduk kepala menahan ketawa. Benjamin geleng kepala. Papa memang macam tu. Boleh pengsan kalau mama kenyit mata. Hairan betul!

"PUASA itu salah satu perkara dalam rukun Islam. Abang, Aina & Ameer tahukan rukun islam? Ada belajar kan kat kelas fardu ain,hmmm. " Mata Akhmal tatap satu persatu wajah comel didepan yang takzim mengangguk. Bibir ukir senyum. "Jadi kita sebagai orang islam kenalah puasa. Sebab tu perintah Allah. Orang islam mesti patuh dengan apa yang Allah suruh." Akhmal tenang duduk dengan dikelilingi Aina, Ameer dan Ben. Siti sudah turun ke dapur mahu menyediakan juadah untuk berbuka mereka sekeluarga nanti. Ben dah siap pesan hari ini nak buka makan nasi tomato dengan ayam masak merah dengan air tembikai laici. Aina dan Ameer menyampuk sama nak agar-agar merah lembut yang akan dimakan bersama aiskrim vanilla diatasnya. Akhmal tahu benar hati isterinya itu. Segala kemahuan anak-anak mereka akan dipenuhi dengan senang hati.
 "Tapi Aina tak puasa, papa. Allah mesti marah sebab Aina tak patuh suruhan Allah."
 "Ameer pun, papa. Mesti Allah marah pada Ameer sebab tak puasa. Mama cakap kita tak boleh buat Allah marah. Nanti Allah tak sayang kita. Ameer nak Allah sayang Ameer. Nanti boleh masuk syurga. Ameer nak puasa la, papa. Boleh la, papa."
 "Aina pun, papa. Aina nak masuk syurga jugak macam Ameer. Mama cakap syurga tu cantik sangat-sangat."
  "Bagilah adik puasa, papa. Abang boleh jer tak makan. Adik mesti boleh." Akhmal senyum. "Aina dan Ameer akan puasa nanti bila dah besar macam abang. Abang dulu pun masa kecik macam adik papa tak suruh puasa kan." Ben angguk mengerti.  Akhmal usap kepala anak sulungnya itu." Allah pun tahu Aina dan Ameer kecik lagi. Tak boleh tahan kalau kena puasa. Jadi Allah tak suruh Aina dan Ameer puasa lagi."
   "Aina dan Ameer kena tunggu besar macam abang dulu? Allah tak marah?" Mata Aina yang bulat bersinar memanah ke arah wajah Akhmal. Kepala diangguk dengan senyum mekar dibibir. Aina dan Ameer saling berpandangan sebelum menjala senyum manis. Ben yang melihat juga tersenyum. 
  "Kenapa kita kena puasa,papa? Kenapa tak boleh makan macam selalu." Ameer yang bersila di tepi memaut lembut peha Akhmal. 
   "Sebab Allah nak kita rasa macammana orang yang susah...orang yang miskin tak dapat makan. Mereka kena berlapar...berhari-hari tak makan sebab tak ada makanan dan tak ada duit nak beli makanan."
   "Kenapa Allah tak bagi mereka duit papa. Bagilah duit. Nanti bolehlah beli makanan. Tak lapar lah lagi." Aina yang pintar seperti biasa akan menyampuk. Ben geleng kepala. Tahu sangat dengan adiknya itu yang suka benar bertanya. Macam-macam. Pening betul layan Aina ni! 
   Akhmal senyum. "Allah bukan tak bagi tapi Allah bagi duit tu pada orang lain...macam kita supaya kita boleh bagi pada orang yang miskin dan susah tu. Bila kita bagi duit yang Allah bagi tu, kita dapat pahala sebab tolong orang tu. Jadi..kita ni yang ada duit...yang banyak duit kena ingat. Semua tu bukan kita punya tapi..tapi " Akhmal tunjuk jari ke langit." Allah yang punya." Ketiga-tiga jawab serentak. Akhmal senyum. "Anak-anak papa kena selalu ingat,hmmm. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Kita kena sentiasa syukur pada Allah sebab beri kita hidup yang senang. Bila Allah bagi kita senang kita kena ingat untuk sentiasa bantu orang yang susah....yang miskin. Bila kita buat macam tu Allah akan sayang kita."
 "Bila kita tolong bagi duit kat orang susah dan miskin tu Allah akan sayang kita...pastu Allah akan bagi kita banyakkkk lagi duit. Kan papa?" Aina melebarkan tangan sambil tala matanya ke arah Akhmal.
  "Ya, sayang." Akhmal hala mata ke pergelangan tangan. "Papa nak turun tolong mama. Abang, Aina dan Ameer sambung baca buku, hmmm."
   "Ok, papa."

"Sayang, nak abang tolong apa-apa?" Bahu Siti terasa dipaut erat. Kepala menoleh sekilas kesebelah. Dua senyum berpaut. Tangan terus lincah mencuci brokoli disinki. Ditoskan ke dapam tapis plastik biru lalu dibawa ke tepi sinki. "Takperlah abang. Dah siap semua. Tinggal nak goreng sayur kegemaran mak ni jer. Abang nak tambah apa-apa ke? Siti boleh masakkan. Ada masa lagi nih." Siti atur langkah ke peti sejuk. Dikeluarkan lobak merah, cili benggala, kacang sepat dan jagung muda yang sudah siap di potong. Akhmal yang mengikut dari belakang menggeleng. "Dah banyak dah tu. Puasa ni bukan boleh makan banyak, sayang." Siti senyum.  Dibawa semua sayur-sayur ke sinki. "Siti buat air favourite abang hari ni."
 "Sirap selasih?" Siti angguk. Tangan mencapai bawang merah yang sudah siap diasingkan didalam piring. "Hmmm. Siti beli selasih yang besar sikit. Nampak cantik bila dah bercampur dengan sirap." Bawang putih dikupas usai mengupas bawang merah. 
  Akhmal sila dua tangan ditubuh. Mata ralit melihat tangan halus Siti yang lincah mengupas bawang. "Sebab tu abang sayang sangat dengan isteri abang yang cantik jelita ni. Dah la cantik macam bidadari. Pandai masak. Pandai jaga abang...jaga anak-anak abang."
  Siti hala mata ke arah suami yang bersandar ditepi sinki. Bibir ukir senyum manis."Abang ni puji-puji Siti ada apa-apa ke?"
  Akhmal senyum. "Pandai la isteri abang nih. Itu kita bincang malam nanti,hmmm. Tu agenda kita berdua. Misi rahsia antara kita berdua."
  Siti besarkan mata. Ketawa Akhmal terluncur. Siti tepuk lengan Akhmal. " Nanti mak dengar, abang."
  "Ooops..lupa. Rahsia kita oranglain tak boleh tau. Bahaya."
   Siti ketap bibir. Akhmal kenyit mata. Siti geleng kepala. Mata kembali dibawa ke sinki. Udang kecil yang sudah siap dibuang kulitnya dibersihkan . Bacaan selawat terluncur perlahan. Sayup-sayup. Akhmal yang menangkap lafaz selawat turut mengalunnya.
  "Abang..."
  "Hmmmm..."
  "Dah selesai masalah negara abang dengan negarawan-neragawan cilik bijaksana kat atas?" Mata Siti kembali dibawa menatap wajah suami yang santai ber tee biru dan jeans hitam. Akhmal angkat kening. Siti yang dahulunya pemalu kini sudah pandai bergurau.  
 "Amboii...dia tu cepat-cepat cabut. Bukan nak tolong kita."
 "Abang kan pandai dari Siti. Jadi biarlah abang yang handle. Siti percaya suami Siti yang handsome ni takkan hampakan anak-anak dia. Kan, abang?" Siti mengelip-ngelipkan mata berkali-kali dengan senyum yang tersuring dibibir. Jari Akhmal cubit perlahan pipi Siti. "Alasan nak larikan diri la tu.Pandailah nak bodek kita. Jagalah dia nanti."
"Siti memang selalu berjaga-jaga...lagi-lagi dengan abang. Bahaya." Mata dikenyit. Ketawa kecil terluncur.
 Akhmal tala senyum penuh makna. "Tengoklah nanti. Tapi abang nak beritahu abang ada surprise untuk sayang malam nih."
  Siti angkat kening. "Hmmm. Surprise? Apa ye."
  "Kena tunggulah tuan puteri. Malam nanti, hmmm." Giliran Akhmal kenyit mata.

MATA Siti bergenang. Tangan masih takzim memegang tiket yang dihulurkan suaminya sebentar tadi. Bibir dikemam. Dada bergumpal rasa sebak dan gembira yang silih berganti.
"Abang.." 
Akhmal rangkul bahu Siti. Dikucup pelipis isterinya yang sedang hanyut dengan rasa gembira dan hiba yang bercampur.
"Ini hadiah ramadan buat sayang. Minggu depan kita bertolak, hmmm."
 Siti tarik esak yang sudah sampai di rongga hidung. Titis hangat mengalir ke pipi.
 "Siti...Siti  tak tahu nak cakap apa. Siti..Siti rasa macam mimpi, abang."
 "Abang tahu ini impian Siti selama nih kan. Impian 10 ramadan akhir di sana. Abang tunggu saat dan masa yang sesuai. Aina dan Ameer pun dah besar. Ben pun dah boleh jaga adik-adik dia. Mak dan makcik Azizah boleh tengokkan anak-anak bila kita  ke sana nanti. Kita akan balik sehari sebelum raya."
  Siti pegang tangan Akhmal. Dikucup. Airmata yang menderu membasahi kura tangan Akhmal.  Siti angkat muka."terima kasih, abang sebab tunaikan impian Siti. Terima kasih."
  Akhmal balas genggaman tangan isterinya. Dipaut erat tubuh Siti. "Abang akan cuba tunaikan impian isteri abang ni sedayanya. Itu janji abang dari dahulu. Membahagiakan Siti kerana Siti segala-galanya buat abang."
  Siti kemam bibir. Jari dibawa ke hujung mata. Diusap perlahan. "Abang dah buat hidup Siti bahagia dan sempurna selama nih. Terima kasih untuk hadiah yang sangat-sangat istimewa ini, abang. Abang layan Siti dengan begitu baik selama ini. Siti bahagia hidup dengan abang...Siti bahagia jadi isteri abang."
  "Lelaki yang baik bukankah lelaki yang baik layanannya kepada isterinya,hmmm."
   Siti tatap wajah lelaki disebelah. "abang suami yang paling sempurna buat Siti. "Dibawa kepala berlabuh ke dada Akhmal. Terasa rambut dikucup. Bibir melafaz rasa syukur yang tidak terhingga. Akhmal adalah segala-galanya dalam hidup Siti. Lelaki ini terlalu baik melayani sejak dahulu. Sejak mula kenal dan menjadi pengasuh Ben hinggalah diri diangkat sebagai isteri, Akhmal begitu menghormati dan melindungi Siti. Memberikan segala-galanya kepada Siti. Didalam hati dipanjatkan doa moga Allah akan sentiasa merahmati dan melindungi suaminya dari segala perkara yang tidak baik. Dan itulah juga doa yang selalu dipohon dalam solatnya. Terima kasih abang!

-----------------------------------------------------------------------

ASMA bulatkan mata pandang Jeff disebelah yang tayang senyum bergula. Apahal pulak awal-awal puasa dah nak makan benda tuh. Biar betul laki aku nih.
  "Abang cakap apa tadi. Rendang daging cili padi?"
  Jeffrey angguk. Senyum masih belum hilang dibibir. "Yup. Yang macam sayang masak masa raya tahun lepas. Bolehkan, sayang? Bolehlah.." Jeffrey mengelip-ngelipkan mata. Taktik merayu.
   Asma jala senyum selamba. Baju kurung Mia yang sedang dikemaskan jahitan tulang belutnya diletakkan ke tepi. Memang sejak berkahwin dengan Jeffrey hinggalah punya Danish, Iffah dan Mia, semua pakaian raya suami dan anak-anak akan dijahit sendiri oleh Asma. Kepuasan terasa bila melihat pakaian yang dijahitnya sendiri tersarung di tubuh suami dan anak-anak. Walau sibuk dengan tanggungjawab di klinik, perkara persiapan pakaian raya suami dan anak-anak tetap mahu dijahit sendiri oleh Asma biarpun Jeffrey puas melarang kerana tidak mahu menyusahkan Asma. 
   "Hmmm...tuan chairman kita mengidam ke. Terbalik pulak ye. Siapa yang pregnant nih. Kenapa pulak mama tak tahu ek."
  "Sayang...jangan nak perli abang ye. Tak kira...abang nak jugak."
  "Eei abang nih. Kalah budak-budak ribena. Mia yang kecik pun tak macam nih tau abang."
  "Abang kes terkecuali. Sayang...boleh lah."
  Asma geleng kepala.  Nafas dilepaskan perlahan. "Yelah yelah. Nanti merajuk pulak Tuan Jeffrey Iskandar kita nih. Silap-silap Puan Noor Asma punya elaun bulanan kena potong pulak kan. Tak dapatlah shopping sakan raya nanti."
 "Tau tak apa ye, sayang."
  "Tapi..abang kena tolong. mama tak larat nak kacau. Tengok ni perut mama. Abang punya pasal la nih kan."
  "Eh, ada pulak. Ni dua-dua punya pasal ye. Abang sorang mana boleh jadi." Jeffrey tayang sengih. 
   "Amboi, pandai ye. Dah dah malas nak layan abang. Jom kita gi dapur. Abang kena perah santan." Asma perlahan bangun daripada sofa. Jeffrey ikut bangun membantu. Walau Asma baru diawal kehamilan, tetap tidak dilepaskan isterinya ini tanpa perhatian. Bukan dia tidak kenal perangai isterinya ini. Selalu sahaja buat dirinya risau dengan sikap lasaknya yang tak makan saman tuh!
   "Ala sayang. Bagi lah abang buat kerja lain. Perah santan tu abang bukan pandai."
   Asma tayang muka selamba. "Nak ke tak nak rendang daging, abang..hmmm."
   Jeffrey bangun. "Alah sayang, jangan la dera abang macam nih. Tak baik tau bulan-bulan puasa dera suami. Abang upkan elaun shopping raya..50%. Ok?"
   Asma angkat kening. Sengih. "Ok. Jangan tipu ke. Tidak, abang kena sumpah jadi santan kelapa nanti."
    "Sampai hati sayang nak sumpah abang jadi santan kelapa."
     "Eh..santan kelapa ok aper. Banyak gunanya tau abang. Lagi-lagi musim nak raya ni. Hot stuff tau tak.  Kalau sumpah jadi hampas kelapa lagi teruk. Jadi makan ayam dengan itik jer. Kesian tuan Jeffrey kalau jadi hampas kelapa tau."
     "Sayang! Nak kena ek." Jeffrey acah mahu mengangkat Asma.
     "Abang, jangan. Puasa ni la. Jangan nak lebih-lebih."
     "Ala, angkat isteri jer pun."
     "Abang tu bukan boleh percaya. Dah jom..turun." Asma tarik tangan Jeffrey.

Jeffrey tala senyum. Rendang didalam kuali yang hampir kering dengan bau yang semerbak dipandang lagi. Dalam hati Jeffrey tahu isterinya ini tidak pernah menghampakan apa juga yang diminta untuk dimasak. 
  Asma yang berdiri di hujung sinki leka membasuh daun limau purut yang akan dicampakkan ke dalam kuali rendang sebentar lagi sempat mengerling tawa. 
   "Jangan tenung lama-lama kuali tu abang. Karang bocor pulak kuali mama tu."
    "Tak per. Bocor abang boleh ganti. Sepuluh abang boleh beli. No big deal, sayang." 
    "Amboi 10 tuh. Kaya kuali lah mama ye. Periuk takkan beli 10 ker abang?" Asma angkat kening.
   Jeffrey tayang cebik. "Boleh jer, sayang. Takat 10 tak der hal." Dah biasa dengan usikan isterinya itu. Jika dahulu memang janggal jugak nak ikut rentak gila-gila isterinya ini. Tapi sekarang, Jeffrey memang dah masak dengan cara Asma yang memang tak akan lepas dari mengusik dan mengenakannya. Tapi itulah yang mengindahkan hubungan mereka berdua. 
   "Eleh, berlagak betul. " Asma campak daun limau purut yang dikoyak-koyakkan dan dibuat tulang tengahnya ke dalam kuali rendang yang rancak mendidih. Tangan hulur sudip ke arah Jeffrey disebelah. " Cik abang, jangan nak jadi mandur ek. Nah, kacau sampai kering betul-betul."
   "Abang kena kacau? Karang hangit macammana, sayang?""
    "Abang makanlah. Abang yang hangitkan. Bukan mama."
   Jeffrey sambut sudip daripada tangan Asma. Kepala digeleng.
   "Apalah nasib tuan pengerusi I & P kena dera dengan bini. Nasib..nasib. Rendang punya pasal...terpaksa ku relakan penderaan ini." Asma tahan senyum. Tangan menepuk bahu suami yang sedang mengacau rendang yang hampir kering. " Bersabarlah ye. Dugaan puasa begini. Pahala bertimbun tu tau tuan pengerusi tolong bini yang hamil nih. Sapa nak bagi. Takder pun Allah potong diskaun." Asma tayang sengih. Jeffrey tarik lembut hidung Asma. "Tengok, nak jugak balas penderaan. Issh..issh tuan pengerusi nih. Mama kena lah panggil tentera-tentera mama tolong jawapnya kan." Jeffrey cebik. "Panggillah. Kita tengok tentera tu nak sokong Jeneral yang mana. Jeneral super handsome dan banyak duit ni ke atau Jeneral garang yang ada belon dalam perut dia nih." Asma tampar berkali-kali bahu Jeffrey. Pecah ketawa Jeffrey.

"KENAPA papa senyum pandang mangkuk rendang kat depan tu mama?" Danish sambut pinggan yang berisi nasi yang dihulurkan mamanya. Dihulurkan pinggan kepada Iffah seperti yang diminta mama. 
 "Oo. Danish jangan tak tahu. Dalam mangkuk tu ada gambar girlfriend papa. Tu yang papa tak henti senyum daripada tadi." Asma angkat kening pandang Jeffrey didepan. Jeffrey tayang senyum. Tak sah kalau tak mengusik abang kan, sayang.  Asma senduk kurma ayam yang dipotong kecil lalu dimasukkan ke dalam pinggan Danish dan Iffah.
"Girlfriend papa, mama?" Iffah menyampuk. Tangan dihala ke mulut yang sedikit ternganga."Papa ada girlfriend ke mama?"
 "Ha'a."
  "Mama tak marah papa ada girlfriend?" Iffah dan Danish tanya serentak.
  "Issh tak. Mama kenal girlfriend papa tu." Asma hala senyum sambil tangan menyuap nasi ke mulut Mia Amanda disebelah. Sebelah tangan hulur kendi pencuci tangan kepada Jeffrey.
  Jeffrey angkat kendi pencuci tangan yang dihulurkan Asma.  Ucapan terima kasih terluncur. Tangan menceduk nasi daripada mangkuk kaca disebelah. Rendang daging dihadapan mata dipandang lagi. Hmmm...sedapnya. Thanks sayang masakkan untuk abang. Tangan capai sudu lalu diceduk seketul daging masuk ke dalam pinggan.Lafaz basmallah teralun perlahan lalu suapan nasi yang digaul bersama cebisan daging yang dicarik mencecah mulut. Mata terpejam sesaat. Allah...sedapnya. Diteruskan kunyahan. 
   "Papa..."
    "Hmmm.." Mata hala ke arah Danish yang duduk di sebelah kanan. Mulut masih terus mengunyah. Sayang, you the best. Sedap sungguh!
   "Betul ke mama kenal girlfriend papa?"
   Jeffey senyum. Mata dibawa ke sebelah. Asma angkat kening. Dicapai gelas air suam. Diteguk sedikit. 
   "Girlfriend papa tu memang mama kenal. Dia memang baik. Dia cantik."
    "Baik macam mama? Cantik macam mama ke papa?"
    Jeffrey angguk.
    "Dia pandai masak macam mama tak papa?" Iffah menyambung tanya. 
     Jeffrey angguk. Bibir ukir senyum.
    "Girlfriend papa tu siapa?"
    Jeffrey memanjang tangan memaut erat bahu Asma. 
    "Nama girlfriend papa tu Dr Noor Asma. Doktor yang paling garang di muka bumi ni tau. Haa...cepat-cepat makan. Siapa lambat makan nanti kena sumpah dengan doktor tu jadi santan kelapa. Habislah kalau kita jadi santan kelapa. Mesti kena masak jadi kari nanti. Kan girlfriend, papa.." Jeffrey kelip-kelipkan mata pandang Asma. Asma simpul senyum. Danish dan Iffah ketawa mengekeh. Mia yang duduk disisi turut ketawa melihat Danish dan Iffah ketawa.

"SAYANG.." Asma toleh kesebelah. Pulang dari terawih, mereka berdua memang suka bersantai di balkoni. Menghabiskan masa berkongsi cerita tentang hari-hari mereka berdua di pejabat dan di klinik. Itu memang rutin sejak dahulu.
"Hmmm.."
"Siti dengan Akhmal pergi umrah dua minggu sebelum raya."
"Oh ya. Wah seronoknya kalau dapat pergi kan abang."
Jeffrey senyum.  Bahu Asma dipaut. Mata hala ke kaki langit.
"Akhmal kata kat abang Siti nak sangat sambut 10 akhir ramadan di Mekah. Akhmal memang nak bawak tapi dia kata  tunggu budak-budak tu besar sikit."
"Bagus Akhmal tu. Macam tu la sepatutnya layan isteri. Berbuat baik dan penuhi keinginan isteri semampu yang boleh."
 Jeffrey toleh pandang wajah Asma. Bibir ukir senyum.
 "Tahun depan, kita pulak pergi,hmmm. Insya Allah. Moga dipermudahkan."
 Asma terkedu seketika. Mata hala ke wajah Jeffrey.
 "Sungguh ke ni,abang?"
 Jeffrey angguk. "Abang dah mintak shikin uruskan."
  Asma ukir senyum manis. Rasa sebak yang bertamu didalam dilepaskan ke tubir mata yang mulai bergenang.
  Jeffrey yang menyedari pantas menyeka denga hujung jari.
  "Aduh, jangan banjir malam-malam ni sayang. Abang tenggelam nanti." Jeffrey cuba bercanda. Jari Asma pantas singgah di lengan Jeffrey. Pecah ketawa Jeffrey. Bibir dikemam memandang wajah kacak berbaju melayu biru disebelah. 
  "Abang, mama nak mintak satu.."
  "Seratus pun abang sanggup, sayang.."
  Asma cebik. Jeffrey ketawa lagi.
   "Abang kena janji.."
  "Hmmm...janji apa.." Ketawa masih belum usai.
  "Jangan buat mama jadi belon lagi tahun depan. Janji tau abang. Tidak, memang mama sumpah abang jadi santan kelapa."
Jeffrey ketawa kuat. Pautan dibahu Asma makin erat. Asma turut ketawa. 
---------------------------------------------------------- 




"APA MUMMY?  Kuih semperit panjang?" Teja yang sedang melipat pakaian Luqman terhenti. mata tala muka mak mertua yang duduk takzim disebelah. Terkejut dengan apa yang baru didengar. Walla laki aku...unsangkarable woo!
  "Ha'a. Tulah favourite dia dari kecil,TJ. Tak boleh tidak mesti ada."
  TJ ketawa dengan kepala digeleng.  Tubuh dibawa berdiri. Baju-baju Luqman yang siap dilipat dibawa ke kabinet dipenjuru katil. "Macam tak percaya jer la mummy. Abang yang nampak urban giler tuh, rambut panjang cecah bahu macho kalah Bront Palare tapi tang jiwa raya punyer la klasik." Baju -baju Luqman disimpan dikemas. Pintu kabinet ditutup kemas. Langkah Teja kembali diatur ke birai katil. Dilabuhkan duduk disebelah ibu mertuanya yang anggun berjubah hitam. 
  "Semperit panjang rupanya favourite abang. Adehai...senak perut ketawa ni mummy. Tolong, mummy. Pencinta semperit rupanya tuan CEO Kiara Arena Holdings tu. Ingatkan abang suka London Almond ker, Chocolate cookies ker, Almond Cookies, Mocca Strawberry cookies ker atau biskut-biskut bunyi omputih yang sewaktu dengannya. Rupanya semperit asli yang jadi pujaan hati." Puan Sri Wafeeqa turut ketawa dengan gelagat gila-gila menantu kesayangannya ini. TJ ni kalau tak buat lawak memang tak sah.
  Bahu Teja terasa dielus lembut. "So, macammana. TJ boleh tak buatkan biskut ni untuk Qif. Kalau tak boleh..mummy order jer. Selalu mak Leha dia yang buatkan untuk Qif. Tahun ni tak dapatlah mak Leha nak buat sebab sibuk nak sambut cucu sulung dia kan. Mummy taknak lah nak susahkan dia."
  TJ paut bahu ibu mertuanya. Sengih dilontar. "Mummy jangan risau,ok. Tanggung beres.  Tahun ni TJ akan uruskan semua hal-ehwal biskut-biskut raya. Kacang jer buat semperit panjang nih, mummy. Yang penting tahun ni abang akan dapat semperit yang special punyer. Resipi rahsia TJ. Dicipta khas buat tuan CEO Kiara Arena Holding. Yang pasti semperit ni nanti sure gempak...sure kebaboom, mummy. Abang gerenti tak kelip mata tengok nanti. Sure makan sampai pengsan..hehehehe." Puan Sri Wafeeqa geleng kepala. Pipi TJ dicubit perlahan. Nakal! TJ ni boleh buat putus urat perut kita dek gelagat luar biasanya yang tak dijangka dek akal.

 "Abang..." Teja bersandar di tepi garaj. 
 Thaqif yang selesai memarkir dua-dua motor digaraj hala senyum ke wajah isteri yang comel berjaket dan jean biru. "Ada apa sayang..." Langkah kedua-dua dibawa ke pintu utama. Thaqif rangkul bahu Teja.
 "Abang, kita dah nak raya nih kan." Pintu rumah dibuka perlahan. Dua pasang kaki melangkah seiring. Tangga ke tingkat atas didaki bersama.
 "Sayang nak duit untuk shopping persiapan raya,hmmm."
 "Issh abang ni. Potong semangat aar. Tunggulah orang habis cakap dulu."
 "Ok..ok. Maaf tuan puteri Harley merah."
 "Belasah kang abang." Ketawa Thaqif terluncur. Pantas diseka dengan tapak tangan Teja.     "Nanti Luke sedar aar, abang.  Budak rambut jagung tu kalau dah bangun susah nak tidur balik. Kesian mummy nanti. Abang tu kalau ketawa mahu runtuh tiang seri." Thaqif angkat tapak tangan paras bahu. Senyum terukir. Tahu sangat dengan sayangnya mummy pada cucu sulungnya itu. Dari mula lahir memang berkepit saja mummy dengan Luke sampai tidur pun dibawa bersama. Cuma bila mahu menyusu sahaja akan dibawa Luke ke bilik mereka. Biarpun dihalang mereka berdua kerana kesiankan mummy dek kelasakkan Luke namun mummy tidak mampu berpisah lama dengan Luke. 
  Pintu bilik diputar perlahan. Dua kaki saling melangkah masuk. Teja tanggal jaket ditubuh. Jaket di tubuh Thaqif turut ditanggalkan. Dibawa jaket-jaket ditangan ke dalam bilik sebelah. Bilik yang memang dikhaskan untuk semua peralatan permotoran mereka berdua. Teja  keluar daripada bilik. Mata hala ke katil. Thaqif dilihat sudah terbaring. Dibawa langkah ke birai katil. Dilabuhkan duduk.
  "Abang.."Bahu Thaqif dielus perlahan. 
  "Hmmm.." Mata yang terpejam terasa tenang dengan elusan lembut tangan isterinya.
  " Mummy beritahu satu rahsia tadi...raya abang mesti tak lengkap dengan satu biskut nih. Betul ek?"
  Thaqif buka mata perlahan-lahan. Dua pasang mata saling berpandangan. Diangkat kepala lalu diletakkan ke riba Teja. Senyum manis terluncur. Teja tarik hidung mancung Thaqif. Mulalah aura manja dia tuh.
  "So...dah tau la biskut raya favourite abang."
  "Yup...unsangkarable betul abang nih."
  "Unsangkarable? Issh..rosak perbendaharaan kata. Kena saman nih."
  "Lawak la tu. Karang panggil ultraman fire abang baru tau."
  "Mulalah aura naga ganas dia nak muncul tu."
  "Tak kenal ke isteri abang ni kan naga jadian."
   Terburai ketawa Thaqif. Tahu sangat dengan sikap selamba Teja.
  "Abang..."
  "Hmmm.."
  "Apa yang special pasal biskut semperit tu."
  "Nak tahu sebab apa abang suka?"
   "Mestilah, bro."
  Thaqif senyum. Dah biasa sangat dengan slanga isterinya ini. "Sebab bila tengok biskut tu, abang ingat motor-motor kesayangan abang."
  Teja kerut kening. Apa kes tengok semperit boleh ingat motor-motor kebaboom dia pulak. Pelik sungguhlah laki aku nih. "Macammana tuh? Apa kaitan semperit dan motor-motor gempak abang?." Teja urut jari ke dagu.
   Thaqif dongak memandang wajah Teja yang seakan sedan memikirkn sesuatu. Jari-jemari yang mengurut dagu ditarik perlahan lalu dibawa ke dada. Senyum kedua-dua bergabung.      "Sayang cuba perhatikan corak biskut tu betul-betul. Kan seakan bentuk tayar. Tayar bagi abang dulu-dulu memang motor la. Mana ada tayar lain dalam kepala selain tayar motor." Teja geleng kepala. Ketawa halus terluncur. "Tau tak dulu abang boleh bawak biskut semperit dan duduk sebelah Yamaha abang. Abang siap tengok semperit, tengok tayar..tengok semperit tengok tayar. Sebab tu setiap tahun memang abang mintak mak Leha buatkan semperit untuk abang. Tak boleh mis." 
  "Habis masa abang merajuk ke Vancouver dulu tuh mana dapat semperit kat sana. Orang putih mana reti buat biskut tradisi kita kan."
  "Alah sayang. Bila semua Malaysian berkumpul kat Rumah Duta Malaysia kat sana, memang ada jer semperit. Kan tu biskut tradisi. Macam yang sayang cakap. So, kalau dah namanya tradisi..mana boleh tinggal. Mesti ada."
  "Ooo..kisahnya." Teja angguk kepala. " Ok takper. Tahun ni biar Teja yang take over buat semperit untuk abang." Tangan elus rambut panjang suaminya yang kemas berikat.
  "Really? Betul ni sayang."
  Teja angguk. Senyum.
  "Yang pasti abang, tahun ni punyer semperit paling gempak...paling kebaboom. Special buat abang."
  "Tak menyusahkan sayang ke ni."
  "Kacang jer la abang. Abang tengok lah nanti semperit ciptaan isteri abang nih. Gerenti all out punyer. Ducati gempak abang tu kalau boleh bersuara pun mahu dia menangis." Thaqif ketawa spontan. Ducati menangis? Sayang ni macam-macam betul.
  "Abang nak tengok boleh?"
  Teja geleng kepala. "Haa...tu memang tak boleh. Ni surprise untuk abang. Nanti kalau abang dah tengok, apa yang surprisenyer. Tak syok aar."
  Thaqif bangun dari baring. Ditegakkan tubuh mengadap isteri yang duduk bersandarkan kepala katil. Senyum dilontar.
   "Bila sayang nak buat?"  
  Puan Sri Wafeeqa angkat dua ibu jari hala ke langit. 
   "Cuba mummy rasa." Teja hulur sekeping semperit yang sudah sejuk ketangan ibu mertuanya. Disambut bersama ucapan terima kasih. Teja hulur senyum manis. 
   Puan Sri Wafeeqa hala semperit yang dihulurkan Teja ke mulut bersama lafaz basmallah.  Dikunyah tenang. Menghayati rasa yang sedang bergumpal didalam mulut. Bibir ukir senyum dengan mata yang bercahaya. "Menantu mummy ni memang hebat. Sedap sangat. Kalau Qif tengok dan rasa ni karang Qif mahu terkejut tak terkata ni. Mummy memang gerenti punyer. Kebaboom punyer semperit nih."
   "Walla mummy. Dah masuk aura rock nih." Teja luncur ketawa. Tangan lincah mencuci semua dulang pembakar yang disusun ke sinki.
   "Dah menantu mummy jiwa rock kan..mummy pun kenalah tempiasnya. Tak kisahlah. Janji iman kental dalam jiwa kan.  Penampilan tu bukan ukuran untuk Dia nilai diri kita. Betul tak, beb?"
   Teja angkat dua ibu jari. "Mummy memang kebaboom. Cayalah." Pecah ketawa kedua-duanya. Bergema diruang dapur.

THAQIF tenang memandang susunan biskut semperit didalam piring yang berada didepan mata. Mata tunak merenung dan menatap isi didalam piring yang buat mata tak berkelip memandang. Dua jari memaut pangkal hidung. Teja yang duduk disebelah berkerut dahi. Apa kes tenung tenung semperit pulak  nih. Takkan marah kut. Oit..ni dah kes berat nih. 
 "Abang.." Dipusingkan kepala menatap wajah disebelah.
 "Hmmm..."
 "Kenapa tak nak makan?"
 "Hmmm...abang sedang berfikir ni."
 Teja kerut dahi lagi.
  "Pasal apa pulak nak berfikir pulak ni abang.Takut tak sedap ya. Oklah kalau tak sudi nak makan semperit ni takper la. Teja tahu semperit Teja tak boleh lawan semperit mak Leha. Esok Teja buang semperit ni,hmmm. Teja buat yang lain. Yang macam mak Leha punyer tu. Nanti Teja call mak Leha mintak resipi,ok?" Teja capai pinggan namun pengelangan tangan dipuat lembut oleh Thaqif. Mata kedua-duanya saling berpandangan. Bibir Thaqif ukir senyum paling manis.
 "Siapa cakap abang tak sudi nak makan semperit yang isteri abang buat dengan penuh ikhlas dan dilimpahi rasa kasih sayang buat abang."
  "Dah abang cakap nak fikir tadi. Kalau dah nak berfikir dengan rezeki depan mata selalunya orang tu takut nak jamah. Mungkin tak sedap. Mungkin tak best rasa dia."
  Thaqif paut bahu Teja yang duduk disisi. Senyum terus bertamu dibibir.
  "Abang cakap macam tu tadi sebab abang sayang nak makan semperit ni. Sayang sangat...sebab abang tak pernah jumpa semperit macam nih. Karang abang makan, mahu sebalang ni. Sayang yang buat memang tak perlu nak persoalkan rasanya...sure kebaboom. Tengok semperit ni je abang dah tau rasanya."
 Teja tepuk dahi. "La, tu ker sebabnya. Setakat sebalang yang habis takder hal laa abang. Teja boleh buat lagi. Senang sangat pun. Abang tak perlu risau"
  "Sayang..."Thaqif angguk senyum dengan jawapan Teja. Makin eratkan pautan dibahu isterinya ini.
  "Yup.."
  "Apa nama semperit special sayang nih?"
  Teja tayang sengih. Mata dikenyit.
  "Semperit Sirap Bandung. Nama tu bersempena warna favourite abang.  Sebab tu semperit ni warnanya macam nih. Tapi...giler cun kan abang?"
   Thaqif cubit pipi Teja. " Bukan setakat giler cun...tapi giler gempak. Semperit merah jambu. Mana pernah dibuat orang. Sayanglah yang pertama."
  Teja tayang sengih.
  "Abang..."
  "Hmmm..."
 "Nanti kita patternkan semperit ni ye...Semperit Sirap Bandung.Semperit yang khas diciptakan buat encik Man Sirap bandung yang giler handsome tuh. Resipi dia pun kita kena patternkan. Bolehkan, abang?" Teja tala senyum. Thaqif pecah ketawa.
 Teja capai sekeping semperit lalu disua ke mulut Thaqif. Perlahan dibuka mulut. Digigit tenang. Mata Thaqif terpejam seketika. 
 "Macammana, abang?" Sedap tak? Lulus tak semperit Sirap Bandung Teja?"
Thaqif tala kenyitan mata.
 "Semperit Sirap Bandung kan?"
 "Hmmm..."
 "Ok tak abang?"
 Thaqif senyum.
 "You're always the best, sayang. Terima kasih untuk semperit yang sedap giler nih."
 Teja angguk.
 "Sayang.."
 "Hmmm..."
 "Jom ajar abang macammana nak buat semperit sirap bandung nih."
 Teja tayang sengih. "Jom." Dua tangan saling bergandingan ke dapur.
 "Sayang..."
 "Hmmm..."
 "Nak upah apa ni sebab buat semperit terbest didunia."
 "Aprilia sebijik. Ok tak,abang." Teja tala senyum lagi. Mata Thaqif bulat.
"What?!!..Aprilia?!!. Ketawa Teja bergema.

17 comments:

Anonymous said...

Yeayyyyy... Tenkiu kucc. Request mama siti ngn ben jer.. Skali dpt triooo!!
Terbaekkk.. ;)


~ma

sara said...

best nyerrr kucc:D
ben dah bujang sunti sgak nya & akhmal yg forever romatika d dmour.
boleh tahan jeff & noor. dah nak masuk empat anak dia org.
next year hari raya boleh buat kueh "semperit sirap bandung"
saya dah bayangkan camner kueh ni. nak2 atasnya taburkan manik2 warna silver. sweet gitu..
tq kucc & selamat hari raya maaf zahir batin.

Unknown said...

As salam. Wah best dapat cerita versi 3 dalam 1 ni. Dapat melihat kebahagiaan ketiga-tiga keluarga ni dan persiapan raya mereka. Macam real jer. Thanks. Selamat Hari Raya maaf zair dan batin buat Cik Penulis dan keluarga.

Anonymous said...

Wah....sukanya....reunions semua org....
-sj-

Anonymous said...

best sesangat...tq kucc...kucc mmg writer yg hebat..heroin semua lain dr lain..slmt hr raya :)

Eijan said...

TQVM laling...3in1 lagi....wah TJ pun sama dgn ai...suka semperit juga rupanya....

3-3 psgan romantis ni dah membesarkan keluarga rupanya...mmg miss semuanya cuma tak blh tahan si teja ni masih aktif dgn motor kedebooom dia rupanya...ingat dah ada Luke tu pencen dah...rupanya siap nak minta tambah koleksi lagi....

Kucc ai dah selamat sampai ke kg halaman di Johor...selamat hari raya dan maaf zahir batin ... Miss u laling

zue said...

Best. Best sgt. Tak sangka dpt baca 3 chapter edisi raya sekaligus. Mmg kebaboom mcm kata Teja. Mamee pun dah jd sweet Mummy gitu.

Selamat Hari Raya untuk Kucc n keluarga.

nurizzwo said...

Wahhhh....saaaayaaaaaangg kucc sgt2...3 terus dia bg..best2!tq!

nazira azwa said...

terlepas rindu buat Akmal n siti & si comel Ben serta Asma n Jeff juga Teja n Qif..

Tq Kucc...selamat hari raya maaf zahir & batin..

Unknown said...

MEMANG BEST GILER,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA.

kak ida said...

pergh..terbaiklah kucc...hilang rasa rindu pada semua watak watak yg pernah diketengahkan oleh kucc...nampaknya hidup mereka mmg bahagia..

Kak Sue said...

Kalau cerita nasik lemak buah bidara memang akhmal suka menyakat siti...
kalau Dia idaman hati memang Asma dan jeff sama-sama kepala gila-gila...
Sirap bandung... TJ dan Qif memang rock semacam ja... tapi Qif ada lembut sikit...
semuanya memang bestttt... hilang rindu kat semua....
selamat hari raya

kucc_aprilsnow said...

m.a.- bunus raya beb..hikhikhik.
sara - sila2 buat thn depan semperit sirap bandung pastu post sebalang kt kucc tau..slmt hari raya n maaf zahir batin dear..
seri ayu-wkumslm..tenkiu dear..slmt hari raya n maaf zahir batin 2u2
sj- Tq dear
anonymous1 - Tq dear
eijan-laling , slmt hari raya 2u2..wah seronok dh smpi johor..tahun dpn wat semperit sirap bandung tau pastu bg kucc sebalang..hehehe
zue-Tq dear. Smlt hari raya 2u2
nurizzwo-syg awak jugak taw!..hehehe
nazira-Tq dear...slmt hari raya 2u2
baby mio-TQ, slmt hari raya 2u2
kak Ida-Tq akak..
kak sue- tq akak..slmt hari raya 2u2.

Unknown said...

Alahai terima kasih leee sayang oooiiiii 3 in 1.....best. ...best. ..best. ...tq tq tq

Zalida said...

salam lebaran kucc....terima kasih utk the best hari raya present nih. Suka...m

IVORYGINGER said...

Wolawei... Dah smggu tak bukak pc. Bukak2x dah ada special entry. Terbaik la hadiah raya ni. I love it. Selamat Hari Raya KUCC. Maaf Zahir & Batin.

miss nina said...

selamat hari raya kak kucc
memang best..tak sangka ada 3 cerita dalam satu entri. cerpen raya kebaboom nih :)

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...