Friday, August 2, 2013

13 Ros Merah - Bab 24

 Bab 24
KALAU GUA NAK LARI AGAK-AGAK SEMPAT LAGI TAK? Apa barang masuk rumah lelaki bukan mahram siang-siang buta nih. Nak cari maut aper!
     Kaki Damia rasa berat yang teramat sangat nak jalan. Ada macam berat besi keluli buat tiang menara kabel elektrik gamaknya. Tangan garu tudung kepala sejak keluar daripada Lexus hitam kebaboom si mata cokolat seksi tadi. Issh...kenapa laa gua tak tanya awal-awal tadi si mangkuk mata cokolat ni nak bawak gua gi mana. Kan dah tersangkut gua kat depan istana putih nih. Eh, tapi kan gua sungguh tak sangka mangkuk mata cokolat seksi ni duduk rumah gedabak punyer besar macam nih. Nafas dilepas diam-diam. Mata masih melayan pandangan kagum dengan banglo putih tiga tingkat didepan mata. Damia ingat dulu Ekin pernah cakap kat dia yang "abang Iq" dia ni anak orang kaya. Damia memang tak ambik port pun masa tuh. Lantak aar si  mangkuk mata cokolat ni kaya ker raya ker aper sebab Damia dengan dia kawan jer pun. Dan sekarang bila Damia dibawak ke depan rumah gedabak ni, dia dah macam rasa tak senang hati. Takut pun iye gak. Yelah beb, mana pernah gua pergi rumah anak bujang orang. Abah dengan mak kalau tahu ni, memang kerat jari gua kena goreng jadi kerepek pisang pedas!
    Kepala mendongak tengok bangunan putih tiga tingkat kebaboom  yang terpacak kat depan mata. Liur dan telan bergelen-gelen. Macammana nih ek. Gua pecut lari jer karang nih. Lantak aar..
    "D..." Suara disebelah yang menyapa buat Damia yang jauh mengelamun tersentak. Kepala laju pusing tengok muka orang sebelah yang relaks tersenyum. Boleh lagi ek lu senyum-senyum. Ada jer yang nak kena hempuk dengan gua ni karang.
    "Jom, masuk." Damia telan liur lagi. Masuk? Masuk ke dalam istana putih nih? Berdua dengan mangkuk ni jer. Jangan cari pasal Damia ooiii!
    "Duduk kat luar ni tak boleh ker?"
     Iqram ketawa kecil. "Takkan nak duduk luar,hmmm. Dah sampai ni kenalah masuk. Come on. Tak perlulah takut. Saya bukan drakula yang akan cekik dan hisap darah awak."
     "Ekeleh. Buat lawak dipagi hari lak.Taknak la saya. Karang awak dengan saya jer kat dalam tuh. Nak cari maut aper. Tak pasal-pasal muka awak dengan muka saya yang cover dengan tapak tangan keluar surat khabar pasal kena tangkap basah. Memang maut punyer kes, bro."
      Pecah ketawa Iqram. Dua tangan melilit tubuh sasanya yang tinggi.
     "Cik Damia Humaira. Saya takkan nak buat macam tuh kat anak dara orang. Di dalam sana..." Sebelah tapak tangan dihala ke pintu utama banglo yang berwarna putih susu. Mata Damia ikut sama menghala ke pintu. " Ada mama saya dan dua pembantu rumah. Di belakang sana tu ada tukang kebun. Jadi kita bukan berdua-duaan. Kita ber..." Iqram menggerakkan jari. Mengira. Damia diam memerhati gelagat si mata cokolat seksi. "Haa..kita berenam-enaman, hmmm. So takder sapa yang akan kena tangkap basah hari ni. Tapi..kalau awak nak saya boleh aturkan di lokasi lain. Saya ok jer. Boleh kahwin free dengan awak. Nak?" Iqram angkat kening sambil tala senyum. 
     Damia lontar kerling. Backhand gua dah lama tak asah nih. Ada yang bersepai ni karang. Tapi..gua..gua nak kena masuk gak ker nih. Dah la gua sempoi dengan kemeja ngan jeans buruk gua jer nih. Damia tunduk pandang  dirinya atas bawah. Tudung pun dah macam ikat jerami jer. Tangan cecah kepala. Disapu-sapu kemas. Mahu terlompat mak dia tengok budak mental dua suku macam gua nih karang. Minah mental sesat manalah gamaknya yang anak bujang handsome dia bawak.
   "D.. awak ok?"
    Deheman perlahan dilepaskan Damia. Kepala diangguk. Mata hala ke sebelah. Dua pandangan mereka bertembung. Si mata cokolat seksi tayang senyum. Damia tarik senyum kecil.
    "Err..kena masuk jugak ke awak? Memang tak boleh duduk kat luar jer ek."
    Iqram senyum. Kepala digeleng. "Jom. Mama saya ok. Dia tak makan orang."
    Issh!

"MAMA...kenalkan. Ini Damia Humaira, kawan Iq." Damia senyum dalam debar melihat wanita cantik berambut hitam paras bahu yang berdiri didepannya ini. Apa kes la gua tersangkut kat sini nih. Tapi mama si mata cokolat seksi ni cun habis woo. Putih melepak tu. Tak macam melayu aar mama dia nih.  Sah darah campur nih. Damia sempat jelajah wajah cantik didepannya ini yang anggun berkebaya. Oit mama dia mata cokolat cair! Patut aar si mangkuk ni mata kaler macam tuh. Tangan Damia hulur salam. Tubuh membongkok sedikit. Dua pasang mata saling berpandangan. Puan Sri Zarida dan Iqram saling berpandangan. Saling bertukar senyum. Puan Sri Zarida angkat kening dengan bibir melontar satu isyarat kepada Iqram. Kepala Iqram mengangguk dengan mata dikenyitkan. Makin lebar senyum Puan Zarida. Damia tegakkan tubuh kembali. 
  "Hmmm..Damia Humaira." Bahu Damia dielus perlahan. "Sedap nama. Orangnyer pun cantik. Comel. Hmmm, auntie nak panggil apa ye." Damia tayang senyum. Gua memang super comel auntie..hehehe. Nama gua sedap? Sedap tu macam kerepek pisang rangup ke auntie...muahahaha
  "Apa-apa pun boleh, auntie."
  "D, boleh?" Iqram yang membelakangkan Damia simpul senyum dengan kenyitan mata kepada Puan Sri Zarida.
  "Boleh jer auntie. Kawan-kawan rapat pun memang panggil saya D."
  "Termasuk Iq?"
  " Err..." Damia telan liur. "ya..ya, auntie." Damia toleh kebelakang. Iqram angguk. Senyum. Damia pusing balik pandang ke depan. Wanita cantik yang dipanggil mama oleh si mata cokolat seksi tadi dilihat juga mengukir senyum. 
   Puan Sri Zarida tarik perlahan tangan Damia." come D, duduk sebelah auntie." Damia senyum. Jantung dah buat aksi lompat galah kat dalam. Kenapa la gua kena duduk sebelah mak dia nih. Gua dah serabai macam nih. Liur dah laju turun lohong kerongkong.  Mata sempat dikerling hala ke si mata cokolat yang tayang senyum sambil angguk kepala. Lelaki itu dilihat sudah melabuhkan duduk di sofa bertentangan. Damia turut perlahan labuhkan duduk di sofa bersebelahan dengan mama si mata cokolat seksi. Sumpah, kalau gua tahu jadi macam nih, baik gua balik jer tadi. Lepak tengok kartun lagi best. Takder aar gua ditimpa perasaan lompat galah macam sekarang nih. Hati Damia dah membebel macam-macam. Nafas dah rasa kucar-kacir. Berkejaran tak tentu hala. Issh, naper pulak gua rasa macam nih ek.
   " Iq bawak anak dara orang pergi mana pagi-pagi ni,hmmm." Puan Sri Zarida hala senyum ke arah Iqram yang santai duduk dengan kaki kiri disilangkan diatas kaki kanan. 
    "Iq ajak D breakfast tadi, mama. Kebetulan D off hari ni."
    "Hmmm, tu yang tak mahu breakfast dengan mama pagi tadi. Ada plan lain rupanya. Iq pergi rumah D?"
    Iqram sengih. Damia senyum kecil. Habislah gua kena interview kaw-kaw ni karang dengan cik puan super cun kat sebelah gua nih.
    "Ya lah mama. Iq pergi jemput tuan puteri pijama kartun dua budak botak dirumah dia. Tak sangka pulak tuan puteri tu suka pakai pijama kartun." Damia bulat biji mata. Bibir diketap. Ciss! Gua dah agak dah, memang si mata cokolat seksi ni nak gelakkan uniform tidur gua. Suka suki jer pecah rahsia sulit gua kat mama dia.  Bedebah betul!
   "D tak kerja hari ni?"
   "Saya off day hari ni, auntie." Puan Sri Zarida angguk perlahan. Bibir masih sulam senyum manis. Sweet aar mama lu ni bro. Sah mama lu masa muda-muda dulu giler kebaboom punyer cun kan. Tu yang lu jadi handsome maut pun sebab dapat tempias kejelitaan mama lu kan. Oit!! Apa kes gua tetiba puji si mata cokolat seksi nih ek. 
   "D kerja dimana,hmmm." Bahu Damia dielus lembut. Damia tayang senyum. Rasa debar yang mengoncang cuba ditenteramkan. Mula dah ni sesi soal siasat FBI. Gua kena relaks..relaks. Tarik napas..tarik napas. Fuh..
   " Saya keje kat APAC Farmasi, auntie."
    Puan Zarida angkat kening. "Pharmacist?" 
    Damia laju geleng kepala. "Eh tak tak, auntie. Saya keje jadi penyelia jualan jer kat situ. Keje biasa jer saya." Puan Zarida hala mata ke arah Iqram dihadapan. 
   " She's the manager at APAC, mama. Awak kan pengurus APAC, D." Issh. Leceh aar mata cokolat seksi nih. Mulut lu tu gua kasi jahit karang baru tau. Sah mama lu akan tanya banyak soklan level rahsia kerajaan kat gua nanti. Lu taw kan level pengurus tu orang pandang macam bagus walhal gua macam kuli biasa jer aar. 
    "Owh...kenapa nak merendah diri ni,hmmm. Bagus tu. Auntie suka tengok anak melayu..perempuan..muda muda dah jadi pengurus. You should be proud of yourself sweetheart,hmmm." Bahu Damia ditepuk lagi...perlahan.
    "D ni memang macam tu mama.Taknak orang tahu dia pengurus kat APAC tu. Kalau staff dia tak cakap, Iq tak tau pun dia pengurus kat situ." Damia senyum seraya membawa pandangan mata ke arah si mata cokolat seksi yang duduk si sofa setentang. Mata dijegilkan. Ni apa kes yang cerita lebih inti kelapa manis pasal gua kat mama lu aar, bro. Aksi yang Damia tidak sedari dapat dilihat oleh Puan Sri Zarida. Bibir wanita itu mengukir senyum.  
    "Err..tu belum rasmi lagi, auntie. Saya memang penyelia dekat cawangan lama sebelum pindah ke APAC Setia Heights." Puan Sri Zarida angkat kening memandang ke arah Iqram. Berbalas pandang dan senyum. Hmmm, APAC Setia Heights rupanya. Iq, mama tau sekarang dimana Iq jumpa si comel sebelah mama nih. Puan Sri Zarida bawa tapak tangan ke kura tangan Damia. Ditepuk lembut. Perlakuan yang membuat dua pasang mata mereka saling bertembung. 
    "Maknanya D dinaikkan pangkat lalu ditukarkan ke  APAC Setia Heights la ye. Hmmm.."Kepala Puan Sri Zarida mengangguk perlahan. "bagus. Maknanya syarikat percaya pada kebolehan D. Tahniah dari auntie. Kena kerja sungguh-sungguh,hmmm. Buktikan yang kita perempuan pun boleh jadi pengurus yang baik...lebih baik daripada lelaki. Right, Iq?" Puan Sri Zarida hulur tangan kepada Damia. Kening diangkat ke arah Iqram. Iqram senyum. "Well..dua lawan satu, mama. I know...i know." Iqram angkat tapak tangan separas dada. Damia sengih lihat reaksi spontan kedua-duanya. Tangan sambut huluran tangan wanita disebelahnya yang mengenyitkan mata.  Pecah ketawa halus Damia. Walla..boleh tahan jugak aura Linkin Park mama lu ni, bro. Orait..orait. Gua suka aar dengan mama lu. Boleh masuk geng dengan gua sama Pot ni. Gerenti gempak terhebat. Gerenti pecah panggung. 
     Damia tayang senyum lagi."Terima kasih auntie. Sa.."Kedatangan wanita separuh umur yang menatang dulang membuatkan kata-kata Damia terhenti. Mata Damia hala ke arah wanita berbaju kurung dan berkain batek yang tertib menuangkan air daripada teko kaca buncit berbunga merah putih.
  "Jemput minum." Wanita yang tuang air dari dalam teko buncit angkat muka sambil senyum pada Damia yang tidak berkelip memandang. "terima kasih kak Som. Ni Damia kak Som. Kawan Iq." 
   Damia bangun hulur tangan. Bertaut. Senyum. "Apa kabar, makcik?" 
   "Sihat. Minumlah ye. Mak Som mintak diri ke dapur dulu. Damia angguk. Tubuh kembali berlabuh di sofa. 
   "Saya ke dapur dulu, Puan Sri."  Puan Sri Zarida angguk kepala. "Terima kasih kak Som. D, come. Coffee mak Som ni paling keluarga auntie suka. Iq tak boleh miss kopi mak Som dia nih. " Puan Sri Zarida angkat cawan yang beralas piring lalu dihulur kepada Damia disebelah. Damia masih terkedu. Kepala laju proses kata-kata yang baru didengar. Puan Sri? Puan Sri?!!! Gua memang terjun gaung lepas nih. Puan Sri Zarida yang masih memegang cawan melenggokkan sedikit kepala memandang wajah disebelah yang jelas sedang melayang entah ke mana.
    "D?...D?" Puan Sri Zarida dan Iqram saling berpandangan. Tangan kiri Puan Sri Zarida cecah bahu Damia. "D?..D ok ke nih?"
   Sentuhan dibahu buat Damia tersentak. Kepala laju pandang wajah anggun disebelah. Air liur ditelan."Err.." Tangan sambut huluran cawan. "Err..Puan Sri...saya minta maaf sebab panggil Puan Sri, auntie. Saya...saya tak tahu. Maaf Puan Sri." Damia tunduk tanda minta maaf. Iqram tabur senyum saat tengok mata mama memandang ke arahnya sambil tayang ibu jari hala ke langit. 
  "Oh God..." Puan Sri Zarida senyum sambil geleng kepala." Itu ke sebabnya sampai cik adik manis sebelah auntie ni tadi hilang sekejap ke alam lain." Bahu Damia ditepuk perlahan. "Tak apa. Auntie tak kisah, sayang. Yang dapat title tu uncle. Auntie ni dapat gelaran tumpang jer. Tumpang glamour uncle. Yang glamournya uncle...bukan auntie. Right, Iq?"  Puan Sri Zarida hulur cawan kepada Iqram. Bibir Iqram senyum lagi. Cawan yang dihulur mama disambut.
  "Mama saya ok jer, D. Tak perlu official sangat,hmmm. Panggil auntie pun ok. Kan mama?" Puan Sri Zarida angguk. Bibir terus menjala senyum.  Mata hala ke sebelah. "Minum D." Puan Si Zarida capai cawan terakhir yang terletak di meja lalu dibawa ke bibir. Damia alun basmallah perlahan namun tertangkap di telinga Puan Sri Zarida. Bibir menguntum senyum lantas spontan turut mengalun ucapan yang sama.
  "Lama dah Iq kenal D?"
   "Hmmm.. plus minus 2 month rasanya mama. Kan awak?"
   Damia angguk." A'ah. lebih kurang macam tu la, auntie."
   "Iq ok layan D. Ada buat hal yang bukan-bukan?"
   "Mama..Iq ni lelaki kacak paling budiman tau. Kan awak?"
    Damia cebik."Perasan la awak nih. Geli telinga saya dengar tau." Damia gosok telinga laju-laju. Pecah ketawa Iqram. Puan Sri Zarida tersenyum melihat gurauan kedua-duanya. Hatinya turut tersenyum. Pancaran sinar bahagia di wajah Iqram jelas membuktikan anak tunggalnya ini sedang menyulam rasa suka yang bukan sedikit pada gadis comel yang duduk disebelahnya ini. Dan sebagai ibu, kebahagiaan Iqram adalah segala-galanya buat dirinya dan suami. 
  "Ayah dan mak D masih ada?" Damia hela nafas perlahan. Cawan ditangan dikembalikan semula ke meja. Mata seketika hala ke arah wajah setentang. Si mata cokolat seksi kenyitkan mata. Issh. Gua korek bijik mata cokolat lu yang seksi tu baru tau!
  "Ada lagi, auntie. Abah dengan mak duduk di kampung." 
  "Oh ye. Kampung D di mana tu, sayang."
  "Hulu Selangor,auntie."
  Puan Sri Zarida angguk. "Hmm. Tak jauhlah. Senang lah nanti auntie."
  Damia angkat kening. "Senang apa auntie?"
  Iqram berdehem kecil. Puan Sri Zarida pantas memandang ke arah Iqram. Kening diangkat. Iqram senyum penuh makna. Mama...mama. Janganlah sampai pecah rahsia Iq,mama. Mati Iq nanti kena karate dengan cik pipi merah sebelah mama tu. Dia tu jangan buat main. Ganas kalah terminator!
  "Abah D kerja apa?"
  "Abah keje kampung...usahakan kebun pisang. Pastu adalah sikit perusahaan buat kerepek. Mak pun tolong sama. Adalah bengkel buat kerepek kat belakang rumah. Kecil-kecilan jer auntie. Tu la punca pendapatan abah besarkan saya dari lahir dan biaya keluarga."
  "Hmmm. Bagus tu. Perniagaan keluarga ya. Bolehlah auntie datang tengok kebun dan bengkel kerepek pisang abah dan mak, D. Boleh,sayang?" Cawan ditangan diletakkan semula ke atas meja.
  "Boleh jer auntie. Cuma tu la rumah saya rumah kampung. Keliling rumah pokok pisang jer. Takut auntie tak selesa nanti."
   "Eh..tak adalah. Auntie pun nak rasa macammana perasaan duduk dikampung. Tentu lebih tenang kan. Auntie asal orang bandar...berkahwin pun dengan orang bandar. Jadi tak ada lah peluang merasa ada kampung dan pengalaman jadi orang kampung. Boleh kan D kalau nanti auntie datang ke kampung D." Tangan Damia dicapai perlahan. Dielus lembut. Iqram yang menjadi pemerhati melakar senyum.
  Damia tayang senyum lebar. "Boleh jer auntie. Datanglah. Mesti abah dan mak saya seronok dapat tetamu daripada bandar sudi datang ke rumah kami. Bolehlah nanti saya bawak auntie jalan-jalan pusing kampung...tapi naik motor laa baru best. Auntie ok ke kalau naik motor."
   "No problem. Auntie biasa jugak dulu masa muda-muda naik motor dengan uncle."
   "Cantik la macam tuh." Damia senyum lagi sambil dua ibu jari tegak menghala ke langit.
    "Ehem.." Iqram lontar deheman. "Saya pun nak ikut jugaklah macam tu awak. Nak naik motor dengan awak,hmmm. Mana boleh mama jer yang ikut naik motor dengan awak."
   Damia jegil bijik mata." Mana bolehlah saya naik motor dengan awak laa. Bukan mahram. Haram tau tak?" Iqram tayang senyum. Puan Sri Zarida turut senyum lihat aksi kedua-duanya. Kepala ligat berfikir. Akal sudah menjelma."Hmmm. Kenalah cari cara supaya boleh selesaikan masalah tu kan. Supaya tak adalah jadi haram. Right, sayang?" Damia telan liur. Bibir jadi terjeda. Terkedu. Apasal laa gua boleh terperangkap dengan hal dua beranak nih ek. Masalah negara sungguh!
  Puan Sri Zarida capai tangan Damia.
  "Lunch kat sini yer. Boleh auntie masak special untuk tetamu auntie yang special ni."
  Damia tayang sengih. "Saya part makan takder hal, auntie. Tak tolak rezeki punyer. Belasah semua. Tapi.."Damia hela nafas sekejap. "saya terus terang cakap kat auntie. Saya memang tak pandai masak. Takat masak yang level kacang-kacang bolehlah. Kalau jadi tukang mengacau memang boleh sanagt. Tu gak yang mak saya selalu cakap. Tukang pengacau kat dapur. Selalu jer kena bebel dengan mak. Mak saya tu jeneral yang tak bersara, auntie." Iqram tunduk menahan ketawa. 
  Puan Sri Zarida senyum. Genggaman tangan Damia dieratkan.
  "Jom, kita ke dapur. Kita jadi pengacau mak Som. Tengok mak Som nak masak apa untuk lunch nanti. Ok?"
  Damia sengih."Jom." Dan dua tubuh saling berdiri dan berganding ke dapur. Langkah Puan Sri Zarida terhenti. Tangan dibahu ke bahu Damia. "D jalan terus ye..nanti akan terus ke dry kitchen. Auntie nak ambil something kat depan. Nanti auntie datang."
  Damia angguk. "Ok, auntie."
  Puan Sri Zarida pandang langkah Damia hingga masuk ke dapur. Bibir ukir senyum. Langkah dihala semula ke ruang tamu utama. Iqram yang baru hendak bangun sedikit terkejut dengan kehadiran mama. 
 "Mama?" Tangan Iqram dirangkul. Dengan isyarat Iqram labuh semula tubuh di lantai sofa.
 "Ada apa, mama? D mana?" Iqram hala mata ke wajah mama disebelah.
 "Iq suka dia?" 
 "Mama."
 "Jawab soalan mama."
  Senyum. Angguk. "Yes."
 "Suka sungguh-sungguh?" Puan Sri Zarida terus bertanya.
 Iqram angguk lagi. "Yes. Suka sangat-sangat dengan cik pipi merah tu."
 "Good.  Mama pun suka sangat pada D. Ya, mama pun perasan tadi. Pipi dia merah. Merah yang sweet. Original, right?"
 "Of course mama."
 "Ok, young man. So what's your plan toward her? Dah suka sangat-sangat tu. Tentulah ada plan yang sangat-sangat best kan. Lambat lambat nanti terlepas. Mama taknak Iq terlepas calon menantu mama ni ye. Mama dapat rasa she's the one for you. The choosen one. And papa will sure like her too."
 Iqram senyum. "Plan tengah berjalan la ni mama."
 " Plan apa?"
 Iqram senyum lagi. 
 "13 Ros Merah."
 Dahi Puan Sri Zarida berkerut sedikit.
 "13 Ros Merah?"
 "Just wait and see, mama. But please.." Iqram jenguk sedikit kepala ke arah dapur."Mama jangan sebut apa-apa pasal 13 Ros Merah pulak nanti kat depan D. Kalau D tau rahsia ni, mati Iq mama."
  "Why?"
  "She didn't know I'm the man behind the daily 13 Red Roses."
  "Secret Admirer?"
   Puan Sri Zarida senyum."Hmmm..Iq guna nama apa?'
    "IFF."
     "Your own initial?"
      "Yup."
    "Hmmm..tapi papa lebih advance nickname menyamar dia masa tackle mama dulu."
     Iqram sengih. "Papa guna nama apa, mama?"
    "FLZ."
    "FLZ?" Kening Iqram berkerut.
    "Fakruddin love Zarida."
    Pecah ketawa Iqram. "Unbelievable. Papa yang serious macam tu romantik rupanya."
    "Hai, mama kan the most gorgeous girl kat uni dulu. Mahu tak papa kena jadi extra romantik. Nak serious serious sorry laa. Melepaslah jawapnya Tan Sri Fakruddin kita tu." Pecah ketawa Iqram.
    "Iq kena menuntut dengan papa ni. Mana tau ada secret papa nak share. Bolehlah Iq guna untuk nak pikat cik pipi merah calon menantu mama tu. Right, mama?"
    Iqram tala senyum. Manis. Penuh bermakna. 
    "Janji mama dapat cik pipi merah tu jadi menantu mama. Iq nak bagi 13 Ros Merah ker...33 ker..300 ker mama tak kisah. Janji mesti dapat, ok?"
    "Mesti. Ini kan Iqram Faysal Tan Sri Fakruddin."
     "We'll see. Yang penting jangan mengalah kalau ada cabaran. Mama dapat rasa D ni bukan senang orangnya, Iq. Nampak macam merpati. You gonna face a tough situation."
     Iqram angguk. " I'll mama. Just pray for me, hmmm."
     Puan Sri Zarida paut bahu Iqram. "Always, sayang. Mama mahu Iq bahagia." Dua pasang mata saling bertatapan. Senyum bertaut.

11 comments:

The Lady Chosen said...

wah! puan sri pon berminat dengan si pipi merah original ni, bakal mak mertua pun suka...apa lagi si mata coklat gandakan usaha.. harap jodh milik mereka berdua ^_^

Unknown said...

Walahhhh terharu nyeeee ..... hehehehe best la

eija said...

Wahhhh nie sdh bgus..lesen dh dpt dr pn sri.. Snag lah kje iq lps nie xde halangan.. Sy pn bkenan gak ngn cik pp merah.. Iq lbihkn usaha..jgn ksi tlepas plk.. D nie blh thn blur dia..xleh tgkp sapa yg bg buga kt dia ari2...aduiii lah..hehe

Anonymous said...

i loveeeeeeeeeeeeeeeeeee it!!
bagus la pn sri ni..
okey.. lets see what happen next..
haihhh.. hrp xde halangan teruk2 kat dorang berdua nih.. :P

mekacih kucc..

p/s : nak citer mama siti versi raya bleh?

~ma

Unknown said...

sweet jer ... sayangggg kucc..time kasih ye... tak sabar nak tunggu next n3...hehehe macam tamak pulak...

sara said...

best lah

Kak Sue said...

Alahai Kucc sambil baca tersenyum lebar ni... mama dan anak sama ja... ni belum masuk papa Iq mahu kecoh.... bila hati dah suka semua indah sajakan mama.... hehehe...
cepat sambunggg...

Unknown said...

dah bleh agak ...sape lh tk jatuh sayang ngan gadis yg pandai bawak diri n amat menghormati orang tua...tk hipokrit lak tuh...so iq ganda kn usaha tuh...

-sj- said...

Nie kalau belah iq ok...mau tauke pisang n Jeneral x bersara bg halangan...mana blh lepas senang2 anak dara mereka....x sbr nak bc next n3

Eijan said...

Wah lagi dasat rupanya tan Sri memikat puan Sri.. Keturunan Mr romantic tahap gaban rupanya si IFFA ni ....go Iq... Supporters dtg Dr pelbagai arah tu...

ShAydA said...

suka gila2....kalo hardcopy confirm jd koleksi :D

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...