Wednesday, March 27, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 33


Bab 33
Fazwan tekun memerhati perlakuan Joe yang sedang menarik tombol pintu bilik dihadapan perlahan-lahan. Nampak penuh hati-hati. Pasti tidak mahu mengejutkan Qistina yang tentunya sedang tidur. Sejak menjadi penghuni rasmi bilik utama dikondo ini hampir dua bulan lalu Qistina jarang benar keluar daripada "zon kediamannya". Di dalam bilik nan luas itulah dunia kecilnya. Di situlah dia banyak menghabiskan masa sejak menyandang gelaran baharu..sebagai isteri Johan Khusairy. Disitulah juga dirinya terkurung dan berkurung. Bersendirian melayan perasaan sedih dan duka yang masih belum terpadam dari kotak ingatan. Mungkin juga takkan terpadam selama-lamanya! Namun jauh disudut hati, Fazwan tidak henti berdoa moga Qistina akan kembali seperti dahulu dan moga kehidupan rumahtangganya bersama Joe yang baharu bermula akan seperti pasangan yang lain. Joe lelaki yang cukup istimewa dimata Fazwan. Dan sesungguhnya dia tahu hanya lelaki yang hebat dan istimewa sahaja layak untuk berada disisi Qistina. Menjadi pendamping yang terbaik buat Qistina. Menjaganya dengan limpahan rasa cinta dan kasih sayang tanpa sekelumit rasa lelah dan putus asa. Joe ternyata membuktikan lafaz sumpahnya didepan ayah Qistina bukan main-main!

Annur Qistina. Terlalu berliku perjalanan hidup si cantik ini rupanya. Tidak terhenti diduga dan diduga. Panas yang disangka berpanjangan rupanya hanya tersurat cuma sejenak. Dalam sekelip mata bahagia yang baru menjengah ditelan tanpa belas. Mengingatkan hal itu, hati Fazwan pilu. Sesungguhnya takdir hidup Qistina sudah tersurat sedemikian rupa. Siapalah kita mahu menghalang. Tabah itu sangat perlu tapi Fazwan akur, baik dirinya mahupun Qistina cuma manusia. Dugaan terhebat yang menimpa dan dua biji mata menjadi saksi apa yang berlaku cukup membuat semangat perempuan Qistina tersungkur. Jiwa halusnya diragut. Dan bukan calang orang mampu menerima peristiwa seperti ini dengan tenang. Jika Fazwan ditempat Qistina mungkin dia rasa dia juga sudah rebah. Qistina tidak terkecuali. Kesannya, Qistina jadi begini. Qistina yang pendiam. Qistina yang muram. Qistina yang adakala lupa akan siapa orang sekelilingnya. Qistina yang sering menangis kala hatinya dihambat kenangan peristiwa yang sungguh menyayat hati itu. Pernah Fazwan melihat Joe memujuk Qistina persis anak kecil kala dia menangis teresak-esak ketika kenangan itu datang menghambat fikiran dan Joe akan memeluk Qistina erat-erat untuk menenangkannya bagaikan seorang bapa yang begitu penyayang. Betapa dalamnya cinta Joe pada Qistina. Tidak bertepi. Tidak tergugat walau apa juga keadaan Qistina. Tidak tertanding Fazwan dengan kehebatan Joe. Selayaknya memang dialah lelaki yang terpilih untuk menjadi nur didalam hidup Qistina. 

Pandangan mata Fazwan jatuh lagi kepada Joe yang sedang berbual sesuatu dengan makcik dayang, pembantu rumah dikondo ini. Pasti mahu meminta wanita separuh abad itu menyediakan menu makan tengahari untuk Qistina. Saban hari itulah rutin Joe. Memastikan segala-galanya yang terbaik untuk Qistina. Fazwan tahu benar sebentar nanti Joe jugalah yang akan menyuapkan makanan itu nanti ke mulut Qistina. Jika hari bekerja, Joe pasti pulang ke rumah seketika untuk melakukan rutin ini. Tidak diserahkan kepada makcik dayang walaupun wanita itu boleh sahaja melakukan tugas tersebut. Mungkin ini juga sebabnya Fazwan tidak dipilih Qistina dahulu. Kasih sayang dan cintanya terhadap Qistina tidak seteguh dan setanding Joe. Itulah yang membezakan mereka. Dan kata cinta yang terlafaz penuh tulus kala mereka diijabkabulkan itu dengan sebentuk cincin yang tersarung dijari manis Qistina sebagai saksi menjadi bukti bahawa Joe lah sesungguhnya pelindung dan penjaga yang diutuskan oleh yang Esa buat Qistina. Bukan Fazwan. Bukan juga lelaki yang lain.

Pernah Fazwan bertanya Joe tidak mahukah dia membawa Qistina keluar dari bilik itu sekerap boleh. Bukankah itu juga salah satu cara disarankan oleh pakar psikologi yang mereka temui dahulu. Joe kala ditanya hanya menjawab tenang. Dia akan berusaha dengan caranya tanpa sedikitpun mengguris jiwa dan perasaan Qistina yang begitu dicintainya. Fazwan tahu bukan tidak pernah Joe memujuk Qistina. Hampir setiap hari tanpa lelah namun keengganan Qistina menyebabkan Joe sukar meneruskan niatnya itu. Tidak mahu hati isteri nan tercinta itu terganggu lagi. Kasih sayang Joe yang setinggi langit itu menyebabkan lelaki ini berhati-hati benar kala mengendalikan hati dan perasaan Qistina. Bicaranya yang lembut dan halus kala berkata-kata dengan Qistina juga layanannya kepada wanita itu yang persis bak permaisuri namun seringkali tidak diendahkan begitu meruntun kalbu. Fazwan tidak tahu samada kalau dia ditempat Joe mampukah diri sekuat dan setabah Joe kala berdepan dengan isteri seperti Qistina. Pernah diajukan kata-kata ini kepada Joe. Bibir itu senyum sahaja. Qis sedang sakit, Wan. Dia bukan seperti Qis yang kita kenal dahulu. Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk dia, Wan. Aku akan jaga dia sehingga nafas terakhir. Dan jika nyawa aku ni diperlukan untuk memulihkan dia kembali, akan aku serahkan!

Annur Qistina. Terluncur lagi dari bibir Fazwan nama indah itu. Sukar benar mahu melihat wajah comel keanak-anakan itu lagi. Jauh sekali menjamah senyuman manisnya yang pernah memukau pandangan . Qistina kini lebih gemar mengurungkan diri didalam bilik. Lebih gemar menghuni bilik daripada keluar bertamu dengan sesiapa sahaja yang datang ke sini. Fazwan lepas nafas perlahan. Betulkah itu yang sebenarnya hakikat kehidupan Qistina sekarang? Namun jika difikirkan itulah sebenarnya yang berlaku ke atas wanita comel yang pernah bertakhta dihati Fazwan suatu ketika dahulu. Qistina dibawa tinggal disini sesudah statusnya berubah dari statusnya yang terdahulu. Lebih tepat selepas kedua-duanya diijabkabulkan. Mengenangkan pernikahan kedua-duanya, Fazwan menarik nafas panjang. Terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuh Joe demi mendapatkan kepercayaan ayah dan umi Qistina untuk mengambilalih tugas menjaga dan merawat Qistina. Demi rasa cinta dan sayang Joe terhadap Qistina yang tidak terhitung, lelaki dihadapan Fazwan ini sanggup berdepan apa sahaja. Qis, tahu tak betapa besarnya kasih sayang Joe kepada Qis? Abang Wan sendiri tak tertanding Joe, Qis. Mata masih tidak beralih memang tingkah Joe. Lelaki cukup tabah itu dilihat menjenguk kembali ke dalam bilik sebelum menarik rapat pintu bilik. Langkah lelaki yang dahulu hanya dikenali menerusi Zita dan kini sudah bertukar status menjadi teman baik makin hampir merapati sofa tempat Fazwan berlabuh. Helaan nafas Joe pantas tertangkap di cuping. 

"macammana dia?"

Joe lepaskan tubuh ke kusyen. Diangkat kepala sedikit. Mendongak seketika. Mata terpejam sejenak. Fazwan sabar menanti. Dibiarkan lelaki disebelahnya ini untuk bertenang dahulu. Mendamparkan segala rasa yang tersangkut dijaring jiwa.

Jeda.

Joe kembali menegakkan wajah. Dibawa tapak tangan ke wajah. Diraup perlahan sesaat. Kepala digeleng. 

"macam tu la, Wan. Tak berubah."

Fazwan menepuk bahu Joe perlahan. Cubaan untuk menenangkan lelaki yang cukup tabah dan kaya dengan kasih sayang ini. Betapa beruntungnya Qistina!

"sabar, Joe. Insya-Allah. Kita semua tidak putus berdoa moga  Qis akan kembali pulih seperti dahulu. Kita semua rindukan Qis yang dahulu. Terlebih-lebih lagi kau, Joe. Kau suami dia. Tentu itu saat yang kau nanti-nantikan."

Joe kemam bibir. Qis yang dahulu. Kata-kata Fazwan terulang kembali. Ya. Dia terlalu rindukan Qisnya yang dahulu. Joe rindukan barbie dollnya yang sentiasa comel kala tersenyum dan ketawa. Kini semuanya sudah tiada. Hilang. Yang ada didepannya kini Qistina yang sudah mati semangatnya. Qistina yang kini didepannya sudah lenyap senyum manis keanak-anakkan yang cukup mempesonakan jiwa. Ada rasa sayu yang menghimpit lubuk hati. Bibir makin kuat dikemam. Sungguh dia rindukan Qistina yang dahulu. Qis, please comeback!

Sebuah keluhan kecil terluncur. "aku sedih tengok keadaan Qis, Wan. Dia masih terus menyalahkan diri dia atas apa yang dah terjadi." Fazwan hembus nafas. Diraup wajah  sejenak. Masih segar dimata Fazwan jeritan dan tangisan Qistina kala dikhabarkan oleh Joe apa yang sudah terjadi sebenarnya kepada Khalish. Dia sendiri tidak berdaya menahan diri dari terus berada disitu. Tangisan Qistina meluruhkan jiwa-jiwa semua yang ada ketika itu.

" Malam tadi dia tiba-tiba hilang dari katil." Fazwan kalih mata merenung Joe. Kepala lelaki disebelahnya ini mengangguk laju. Mengiyakan apa yang dilontarkan."Panik aku. Satu rumah aku cari dia. Rupanya senyap-senyap dia bangun tengah-tengah malam, keluar dari bilik tanpa aku sedar. Aku jumpa dia  tengah duduk peluk dua dua kaki dia kat balkoni bilik tetamu dan menangis. Tak henti-henti dia sebut pasal perkara tu lagi."

"dia mimpi Khal lagi?"

Joe angguk. "Aku cuba pujuk dia. Berkali-kali aku kata bukan salah dia. Dia marah kata aku tak faham apa yang dia rasa. Aku sama sahaja dengan semua orang. Allah.." Joe raup muka. Bicara terjeda sesaat. Fazwan usap perlahan belakang Joe. Mahu menyalurkan semangat kepada lelaki yang cukup dia kagumi ini. "Lama aku cuba. Baru dia tenang. Baru tangis dia reda. Perlahan-lahan dia hanyut dalam dendangan suara aku yang tak berapa nak sedap ni. Sudahnya dia tidur diriba aku di balkoni."

"kau nyanyi lagi untuk dia?" Fazwan senyum halus. Terselit sedikit rasa lucu disebalik luahan sedih yang terluncur dari bibir Joe sebentar tadi.

"Qis suruh aku nyanyi. Lagu yang biasa aku nyanyikan. Dia cakap tak boleh tidur."

"lagu apa yang kau selalu nyanyi untuk Qis?" Fazwan angkat kening. Dia tahu memang itu juga salah satu rutin terapi yang dilakukan Joe untuk merawat Qistina. Memang pelik tapi seperti kata pakar psikologi yang mereka berdua temui, buatlah apa-apa sahaja yang mampu mengembalikan dirinya yang dahulu. Sesuatu yang mungkin nampak kecil tapi mungkin berkesan. Dan Fazwan sungguh tidak tahu yang Qistina sebenarnya suka bernyanyi. Hanya Joe dan rakan sepejabat yang rapat dengannya yang tahu tentang kegemaran Qistina yang satu ini.

Joe senyum kecil sambil menggeleng kepala.

"hey hey, come on la, bro. Takkan nak rahsia dengan aku kut. Lagu apa?" 

"adalah. Issy kau nih. Itu rahsia aku laa."

Ketawa kecil Fazwan terlucut. "well, aku berdoa moga Qis cepat-cepat sembuh. Aku nak dia bukak rahsia lagu apa yang kau selalu nyanyikan untuk dia."

Joe jala senyum kecil. Mata dijatuhkan ke wajah tampan Fazwan. Lelaki ini pernah menaruh rasa cinta kepada Qistina. Malang sekali, cinta Qistina bukan untuknya. Moga dia ditemukan dengan insan lain yang lebih baik dan seganding dengannya. 

"aku tak pernah henti berdoa untuk Qis, Wan. Saban waktu dan masa. Aku mahukan Qis yang dahulu."

Fazwan angguk. Bahu Joe ditepuk perlahan. " Insya-Allah. Ujian ini sessungguhnya buat kasih sayang dan cinta kau pada Qis makin kuat. Qis terlalu beruntung dapat suami semulia dan sehebat kau, Joe. Moga dugaan yang Allah turunkan buat dia ini akan melimpahkan rahmat buatnya di kemudian hari, Joe. Allah sebaik-baik perencana dan perancang."

Khali seketika bicara kedua-duanya kala makcik dayang muncul membawa segelas jus mangga seperti yang diminta Fazwan tadi. Untuk Joe, hanya segelas air masak yang diletakkan. Pasti itu yang diminta lelaki ini tadi kala berbicara dengan wanita itu. Sepiring popia goreng yang masih panas turut diletakkan diatas meja dihadapan Fazwan. Fazwan ucap terima kasih kala dijemput untuk minum dan menjamah popia. Joe juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih. Fazwan capai gelas jus dihadapan. Bismillah terlantun perlahan sebelum bibir gelas mencecah ulas bibirnya.

"Beratnya dugaan Allah pada Qis, Wan." Joe hela nafas. Mata terpejam sejenak. Ada rasa sayu yang menekan dada. "Aku tak sanggup tengok Qis terus tersiksa macam ni, Wan. Kalau aku boleh ganti tempat Khal, aku sanggup Wan. Demi Allah, aku sanggup. Aku tak mampu tengok Qis terus merana begini. Aku tak sanggup tengok Qis terus tersiksa begini." Joe kemam bibir. Meluahkan apa yang tersangkut didada. Peristiwa malam tadi terulang lagi. Wajah yang lencun dengan airmata itu buat hati dan jiwa Joe turut menangis. Tapi dia tidak terdaya menahan rasa itu untuk terus tidak hinggap dijiwa wanita yang paling dicintainya itu. Sungguh Joe tidak terdaya!

Fazwan elus lagi bahu Joe. "hanya kau yang Qis ada sekarang, Joe. Kau kena kuat demi  Qis. Aku tau sabar dan semangat kau demi Qis melebihi segala-galanya."

"tuan Johan. Makanan dah siap. Nak makcik bawakan ke dalam bilik puan ke?" Sapaan makcik dayang yang kembali menghampiri mereka menghentikan perbualan. Disahut Joe penuh sopan sambil menyatakan dia akan menbawanya sendiri. Diminta makcik dayang meletakkan makanan tersebut didalam dulang. Akan diambil sekejap lagi.

Fazwan tepuk bahu Joe. "Jom. Aku nak tengok kau bagi permaisuri kau makan. Mesti comel kan." Senyum Fazwan dibalas senyum kecil Joe. Ditegakkan tubuh. "aku siapkan dia dulu. Kau fahamkan."

Fazwan angguk.

Qistina tenung tidak berkelip Fazwan yang duduk disofa di kiri katil. Senyum Fazwan langsung tidak dibalas. Mata dibawa lari ke wajah Joe yang sedang duduk disebelah. Tangan Joe yang sedang menatang pinggan digoncang.

"Ni sapa, Joe?"

Joe dan Fazwan saling memandang. Fazwan senyum. Joe balas.

"sayang. Ni kan abang Wan. Kan dia akan datang minggu lepas kat rumah kita."

Dahi Qistina berkerut. Mata tajam merenung Fazwan. Bibir bergerak-gerak. Kembali dihala renungan ke wajah Joe yang sedang tersenyum. Sudu yang disua ke bibir oleh Joe ditangkap. Mulut masih belum mahu dibuka.

"abang Wan ni siapa, Joe?"

Joe tunduk memandang riba seketika. Perlahan diangkat wajah. Tangan kiri lembut mengusap kepala Qistina yang berselendang coklat muda. Mata kedua-dua masih saling memandang. Qistina masih menanti jawapan Joe. Digoncang tangan Joe dan terus bertanya lagi. Joe jala senyum sebelum mengalih pandangan ke arah Fazwan disofa. Fazwan tenang menghela nafas. Senyum seraya mengangguk faham.

Sabarlah, Joe...

Qis, moga Qis cepat sembuh yer. Abang Wan rindu sangat pada Qis!

37 comments:

Unknown said...

kenapa ? why ? apa yang dah jadi ?
kucc .. tak baik tau macam ni, pagi2 dah dera hati yang kecik ni .. habis tisu 2 paket .. tu je yg ada .. tak sempat nak capai tuala apapun .. huhuhu
rasanya ni lah cerita yg paling dahsyat dera emosi dan hati ..
lebih teruk dari nlbb .. cerita siti tu pun tak meraung2 mcm ni ..
joe .. akhirnya terserlah juga siapa yg terpilih buat qis ..
cepat sambung madam writer .. kasi we all sama2 nangis dgn qis

Anonymous said...

apa ni kak!!!frust ble sy tau qis kahwin dgn joe...mane khal kak?nk khal jgk....please!...ke khal dh Xde...sedihnya...huhu...

Aziela said...

Ok..dia kawen Joe, tapi Qis pula jadi mcm tu.. adduhhhh. what happenned?

Anonymous said...

yess..qis ngan joe jgk!suke3...tp sian kt qis jd cantu lak,cian jgk kt joe yg sabar mlayan karenah qis... cpt2 la sdr dr dunia sedey tu...bg la depa ni bahagia cik writer...

arinz

rin said...

what happenned????

yes!!!! joe yg melafazkan cinta di jari qis!!!

i rasa mesti khal buat onar yg menyebabkan qis jadi mcm tu...cant wait >.<

Fizah Safar said...

Fizah Safar

alhamdullillah. joe terpilih walau pun puncanya masih misteri. akhirnya persoalan terjawab. tak kira la mcm mane pun best man win. kalau dah jodoh tak ke mana. mesti khal tak dapat terima penolakan qis. frustrated, bwk kete lelaju and accident. jadi qis menyalahkan diri. (andaianku saje) tapi saya yakin joe mampu memulihkan qis. gambate Joe.

Kak Sue said...

Kak Sue tahu Khai sudah tidak ada lagi didunia ni.... tu yang Qis salahkan diri dia... tentu sebab Qis juga dan berlaku didepan mata Qis...
Joe berkahwin dengan Qis pun sebab Joe terlalu cinta dan sayang dan nak jaga Qis walaupun tahu keadaan Qis...
sekurang-kurangnya kak sue x terkilan Qis pilih Joe sebab Khai dah x ada lagi... dan kak sue dapat rasa yang kucc akan matikan watak Khai sebab x mahu penyokong Khai rasa patah hati sama.... hehehe.... boleh gitu

Haslina@DC said...

Mesti Khal dah mati ni and Qis saw it..apa pun. Joe is her hubby now....hope they will be happy...

ajeje said...

what happen to khal? Is he dead...
oh nnooooooooo. This n3 really make my mood down and frustrated..
Poor little barbie doll blaming herself....
hope this is just a bad dream...
Boleh cepat samabung nak tau what happen to my hero khal.

Anonymous said...

khal kemalangan dan mati???...ooo patut qis jadi gitu, sabar qis, joe kan ada utk ko.....

wwannurr

Anonymous said...

kak sue,sy dh betul2 patah hati ni!!!knp nk matikan wtk khal???time mula2 bce bab 1 dh jatuh hati dgn khal...klau nk matikan pon patut awal2 lg dh Xde wtk khal tu...kak kucc bt sy kecewa glerrrr....huhuhu...blh x sapa2 kasi tau yg ni just a bad dream....nk khal please....

Anonymous said...

hehehe.. apa punya citer la kucc wat ni..??? tetiba...tetiba..tetiba... layannnnnnnnnnnnnnnn sib baik Joe..seperti yg ku sangka.. tp QIs kan hutang nyawa dgn Khal..

sara said...

Kucc....jgn matikan watak joe pulak. Let them live happily ever after.
Plsss pls pls kucc ye.

mizz acu said...

Ahhhh tidakkk!!!! What happen to khal????
Tidakkkkk.. Sian khal. Dia smpt kawen nngn khal x nihh
Mcm khall xciden meninggal je :(
Pape ponn sy suka Joe jd suami qis

sara said...

Joe pun pernah selamat kan qis. Remember?

Unknown said...

WaAaa apa nak cakap ni , sesungguhnya Joe adalah yg terbaik antara yg baik baik. ... apa pun doa Qis cepat sembuh hilang ingatan sebab kehilangan Khal. ... sadis betul laaa cite ni huwaaaaa

zoora said...

hhmmmmm...cik kucc...it is so twisted...bessst! wats nxt?

muda_13 said...

kenape dengan Khal? meninggal ke? huhu,.

Ruunna Qizbal said...

awat jdi mcm ni :(
qistina lpa ingatan ka?

Eijan said...

Hamboooi laling Kucc...buat kita semput dan oksigen byk2 ni....tuluuuuun3x kasi bantuan penapasan....nak pengsan dah ni....wah Kalish pujaan hatiku telah ditamatkan riwayatnya ....sedeyyyy sgt2.....Kucc tak baik Mcm ni...buat ai kuciwaaa sgt2.... Nak Kalish jugggggaaaaa......huwaaaaaa.....

nazira azwa said...

wah akhirnya Joe yg jd pilihan Qis..
tp pe sbnrnya yg terjadi ye?? nape plak Qis blh jd cm2....

Anonymous said...

Haha...Cukup happy today, pilihan hatiku terpilih..yessss. Nak buaat andaian sendiri Qis hilang ingatan dan salahkan diri sendiri sbb Khal mninggal dsbkan tak dpt terima kenyataan Qis nak remain friend shj...apa2 pun i mmg hppy gilerrrr...

Anonymous said...

ALAAA..
KHAL...
NASIB LA SKRG QIS PLK TERDERA DGN APE YG DIE DAH BUAT
DULU KHAL YG RASA BERSALAH ATAS APE YG DIE BUAT KAT QIS
FAIR N SQUARA

AdilahArissa said...

Memang saya happy qis ngan joe...tapi tak sangka begini sekali keadaannya...klu btl Khal dah meninggal, itu memang dah ajal dia...tp kenapa sampai qis jd tak siuman...cepat sembuh qis..

Syarp said...

Alahai jgnla tiru hindustan,nk bg kawin ngn si A, si B kene mati

Unknown said...

sedih...well da jodoh qis dgn joe. tentang khal..mybe ada sesuatu yg trjadi yg myebabkan qis jd mcm tu.. sabar ye joe..dugaan lagi tu.

kak nora said...

homaigodddd...apa dah cik kucc buat nihhhh... mana pegi si khallll...si qis tolak pinangan khal n khal frus sgt2 pas tuh eksiden lalu mati...kan kaka dah ckp kalu khal tak dpt qis khal mesti merana smpai mati... adoyaiiii...kaka dah tak sanggup nak baca cite nih... lain yg kaka nak lain yg jadi... sgtttttt frusssss hokehhh...betul2 buat mood kaka swing...

eifa said...

apa dah jadi nie. kenapa dgn Qis. apa cerita pulak pasal Khal. aiyoo... manyak sedih oooo. semoga Joe tabah menghadapi segala dugaan & tak mudah berputus asa.

Awesomer said...

Ohh my! I want KHALLLL ! Why Joe?

Awesomer said...

Ohh my! I want KHALLLL ! Why Joe?

Anonymous said...

Khal please2 come back!!!

Anonymous said...

Khal, wat happened 2 U? Sedihnya....apa dh jd ni??

Anonymous said...

alaaaaa.xbaik tau...sian khal...mne khal...sy mau khal...wawawa.....nape mst joe...oh tidaaakkkk~~~~~
khal~~~khal~~~khal~~~wuwuwuw.....

nursyafika said...

OMG TIDAKKKKKKK MANA KHAL?????? Aaaaaaa nk Khal jugak....huaaaaaa nk nangis /flip lappy/ lol

nursyafika said...

Huaaaaaaaaaa nk Khal nk Khal !!!! Mana khal?? Huaaaaa frust giler ah citer ni /sambil meraung-meraung/

Anonymous said...

Hah??? Mana Khal?? Jgn cakap Khal dh mati?? Oh my god !! Tskkk xsuka ah camni

Unknown said...

OK I have finish reading the novel, I am so confuse from the first chapter towards the end.From synopsis at the back of the book the story line is interesting but my goodness the link between each chapter is haywire...a bit kelam kabut. Anyway I hope your next book will be better... I love reading malay novels...the story is there my need improvement on the words. You will need to keep each chapter interesting as each page is turn ...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...