Monday, March 18, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 31


Bab 31

Parah sungguh bila diamuk badai rindu ni rupanya! 

Bibir tanpa sedar menguntum senyum. Mentertawakan diri sendiri. Tidak pernah menyangka dirinya  juga akan terjerumus sampai begini. Tidak pernah terlintas didalam fikiran bahawasanya akan datang satu hari nanti, dia akan dikalahkan oleh sakti cinta yang tidak pernah dipercayai selama ini. Tidak pernah juga dia menduga kuasa rindu cukup hebat rupanya. Rindu yang menggila memang mampu membuat waras akal seakan berada dipersimpangan. Antara sanggup dengan tidak sahaja sedangkan bunga-bunga keinginan terlalu kuat tarikan medan magnetnya membuatkan degup jantung berantakan. Tidak tentu hala. Emosi menyuntik adrenalin godaan yang bukan sedikit dosnya. Mampu membuatkan diri hilang rasa malu jika tidak dikekang aliran adrenalin itu dari memasuki liang-liang silu segan yang masih membenteng diri. Entah kenapa dia sampai jadi begini. Hempasan rindu ni sungguh-sungguh buat dirinya Fazwan yang baharu. Kuasa cinta sang barbie doll ni benar-benar buat dia penasaran!

Fazwan raup wajah yang sedari tadi asyik menatap kaki langit yang bisu dan kelam. Hidupnya sejak beberapa hari ini bagai tiada nyawa. Hanya mampu disibukkan diri dipejabat demi memadamkan rasa itu dari menghantui fikiran. Dan tatkala kaki melangkah keluar dari pejabat, hatinya kembali diamuk rasa itu. Qistina...apalah yang you dah buat pada i ni,hmmm. Perlahan-lahan tubuh yang tadi berdiri di tiang balkoni direndahkan paras ketinggiannya. Sila berlabuh. Dinding batu dicari. Didaratkan belakang tubuh. Mata masih tidak berganjak dari memandangan lantai langit yang gelap. Ombak nafas berlagu tidak sehala. Minda jauh memikir tatkala seraut wajah comel bertayangan di dada langit. Fikiran terbang mendekati raut wajah yang beberapa hari ini menghantui tiap lena dan jaga. Entah apa kabar dia disana agaknya. Sedang sama merenung langitkah? Nafas dihempas. Kuat. 

Qis, i missed you!

I missed your smile...


I missed your laugh...


i missed your words....

I missed your barbie doll face..


I really really missed you, Qis!


Fazwan renung blackberry ditangan usai melontar kata hati yang terukir di kanvas langit malam. Jeda gadjet itu sejak tadi masih tidak berubah. Jeda yang mendera. Gusar jiwa bila didera begini. Bayu penasaran yang tidak terungkap dengan apa juga lafaz kalam. Fazwan jadi tidak tentu hala. Kiriman pesanannya hingga kini tidak berjawab. Bukan satu. Bukan dua...bukan juga tiga tapi sepuluh pesanannya dibiar sepi oleh sang barbie doll pujaan hati. Sepuluh pesanan yang dia kirim sejak dari hari pertama si cantik itu terbang meninggalkannya. Bukan dia tidak mahu menghubungi Qistina namun pengalaman dahulu di dalam bidang yang sama menyebabkan Fazwan memahami kekangan masa Qistina. Pemantauan akhir perlukan tumpuan yang sangat teliti. Dan dia tidak akan mengganggu diwaktu-waktu kritikal ini biarpun Qistina tidak pernah menyatakannya mahupun menghalang. Ketua jurutera projek seperti Qistina terlalu besar tanggungjawabnya. Fazwan sebolehnya tidak mahu masa Qistina diganggu dengan panggilan peribadi. Cukuplah kiriman pesanan dengan harapan ianya dibalas. Hampa. Sepi. Bisu. Masih terkejut lagikah dia dengan apa yang diucapkan Fazwan malam itu lalu bertindak mendiamkan diri begini?

Sebelah tangan singgah dipelipis. Dielus lembut. Minda masih berputar. Mencari jawapan kepada sepi yang dihadiahkan Qistina. Salah langkah benarkah dia kala membuat pengakuan penuh ikhlas kepada si barbie doll itu. Tapi dia sungguh-sungguh bermaksud begitu. Dia tidak bohong. Dia tidak mampu lagi melindungi rasa di dalam hati.  Tidak terdaya berlama-lama memendam rasa. Seperti kata Zita, jika dia sungguh-sungguh mahu, baik segera tangkap, kalau tidak nanti orang lain yang kebas! Tapi diam dan bisu Qistina terhadap luahan hatinya sehingga kini begitu menyiksakan jiwa. Dia tidak memaksa. Dia tahu bukan mudah untuk Qistina menerima cinta baru setalah apa yang sudah berlaku dahulu. Cuma...dia tidak mampu dari menghalang hati dari menaruh harapan. Dia tidak mampu...Dan dia sudah melafazkan tekad didalam diri untuk tidak akan mempersiakan Qistina jika dirinya diterima sebagai kekasih dijiwa. Itu janjinya! Mata kembali merenung blackberry yang takzim. 

Qis, please say something...

Qistina renung pinggan nasi goreng didepan mata. Masih tidak berusik. Dari tadi dia hanya memandang sahaja nasi goreng ikan bilis yang dia sendiri pesan dari pramusaji yang datang mengambil pesanan dimeja mereka. Qistina yang mengajak Joe ke restoran ini kala ditanya Joe mereka mahu makan malam dimana sewaktu dihantar hingga ke depan pintu apartment tadi. Sejak sampai di sini Joe bukan sahaja rakan sekerja, rakan waktu makan malah sudah bagaikan pengawal peribadinya. Akan memastikan keselamatan Qistina di mana sahaja hatta hingga balik pun akan dihantar hingga ke depan pintu! Beberapa kali dihalang, Joe tetap tegas. Sudahnya Qistina akur. Tidak kuasa mahu berdebat lagi. Lelaki dihadapannya ini sesekali dia bertegas, terserlah juga watak heronya. 

Mata beralih pada pinggan didepan Joe. Mee bandung yang tadinya penuh dengan segala khazanah berwarna warni kini sudah tinggal suku. Joe yang sedar dirinya menjadi fokus sepasang mata didepan mengangkat kening. "kenapa tak makan lagi?" Qistina sengih. Joe geleng kepala. "Ke..kau nak aku suapkan,hmmm. Boleh jer." Qistina jala senyum kecil. Tangan pantas mencapai kembali leher sudu yang tadinya sudah didaratkan ditepi bibir pinggan. Mata merenung tepat ke dada pinggan. Ditelan liur yang meniti di kerongkong. Ada rasa lapar yang menyapa. Dikuis-kuis butiran nasi dengan mulut sudu yang hanya menanti penuh setia untuk disua ke bibir. Hanya sekadar itu. Seleranya entah dibawa ke mana. Hilang. Patah. Mati. Semuanya kerana panggilan-panggilan Khal dan pesanan-pesanan Fazwan. Fikirannya berkecamuk sekarang ini. Kiri kanan mahukan keputusannya. Kiri kanan mengejarnya. Dua wajah itu silih berganti mengetuk pintu hati. Menggegar jendela naluri. Buntu fikiran dibuatnya. Pilihan. Ya, dia kini harus memilih. Tapi siapa? Qistina kemam bibir. kepala ditundukkan. Nafas terus dihela. Perlahan. Laju. 

Joe yang sedari tadi memerhati hanya tenang melayan perilaku Qistina. Dibiarkan sahaja. Tangan tenang meneruskan suapan demi suapan. Walau hati gila mendesak dia bertanya, akal kuat mengekang. Menahan. Jangan, Joe! Tunggu. Dia akan berbicara nanti. Percayalah. Dan Joe akur. Jangan menambah beban dijiwa sang pujaan hatinya ini. Qistina sudah terlalu banyak dilukai. Jangan ditambah carik carik yang sedia ada. 

"Joe.."

"hmmm..." Perlahan disahut.

"kalau kau jadi aku...kau nak pilih siapa, Joe?"

Kan! Akhirnya kata-kata keramat ini terlontar juga. Sudah diduga inilah sebenarnya punca yang menyebab Qistina seringkali termenung dan menyendiri sejak mereka tiba di sini. Joe tenang meneruskan kunyahan  terakhir. Tisu dihadapan ditarik cermat. Dibawa ke pinggir bibir. Mata menjelajah wajah bersih dihadapan yang masihlagi asyik menguis-nguis sudu di pinggan.

"maksud kau?"

"Khal...and.." Qistina kemam bibir. " Fazwan." Dan aku, Qis? Aku tiada langsung dalam senarai kau kan. Joe telan liur. Senyum. Rasa pilu disembunyi. Dada berombak. Jemari kiri diriba kuat digenggam. Menahan perasaan yang pelbagai. Joe capai gelas air suam dihadapan. Tenang disua ke bibir usai lafaz bismillah dilontar.

"kau masih sayang Khal? Masih cintakan dia?"

Qistina angkat wajah. Mata Joe nan redup ditatap pulas. Angguk perlahan. Khal. Nama itu meniti di ruang fikiran. Sayang? Sayang yang tidak akan mungkin mampu dilenyapkan dari jiwa. Lelaki itu terlalu dalam maknanya dalam diri Qistina. Biar apapun yang pernah terjadi antara mereka selama ini, sukar buatnya menidakkan rasa itu didalam hati. Dalam diri Khal, terlalu banyak manis yang dia simpan. Dalam diri Khal terlalu banyak keindahan yang pernah diabadikan. Cinta? Qistina ketap bibir. Mata dikerdipkan. Khal itu cinta pertama aku, Joe. Dan biar sejauhmana dan sekuat manapun penafian bibir aku ini, di hati ini, cinta Khalish Ariq tetap tidak pernah hilang. Takkan pernah, Joe! Joe ukir senyum kecil. Aku faham, Qis. Dia kan yang bertakhta di jiwa kau selama ni, Qis. Bertahun-tahun dia berakar umbi dalam jiwa dan hati kau. Aku tahu, Qis.

"Mr Purple Roses?"

Qistina dan Joe saling bertentangan seketika. Mata saling merenung. Seraut wajah tenang berkaca mata yang penuh karisma yang mempesonakan itu terlayar di penjuru hati. Fazwan Anuar. Lelaki itu mendamaikan jiwa. Bicaranya yang penuh sopan dan penuh tenang cukup membuatkan Qistina terbuai. Kepala tenang menghayun anggukan lagi. 

"Aku.... kau sayang lebih tak?"

Spontan kepala Qistina tegak. Mata kedua-duanya bertembung. Joe pamer senyum segaris. 

"kau kan istimewa dalam hati aku Joe..."

"Pilih aku jer la macam tu,hmmm." Joe kenyit mata. Ketawa pecah.

Jeda.

Joe hela nafas.

"kau tentu lebih tau siapa yang kau mahu, Qis."

"entahlah, Joe. Aku..aku buntu. Aku tak tahu. Khal..FA...Dua-dua nak keputusan aku." Keluhan perlahan terluncur. Qistina tunduk memandang riba.  Joe bawa tubuh ke depan sedikit. Dua tangan dilabuhkan ke lantai meja. Wajah Qistina yang begitu dekat dihadapan dan sedang takzim memandang diriba dijamah. Ada getar rasa yang kuat mengetuk jendela hati kala mata jatuh ke raut wajah comel keanak-anakan Qistina. 

"Qis..look at me." 

Dua mata bertembung. Qistina tidak berkelip. Joe jala senyum. Berkali-kali rasa dihati yang mencakar-cakar ditepis. Dia mahu melontar ketenangan dijiwa Qistina yang sedang berantakan. Dia  mahu mendamaikan hati Qistina yang sedang buntu. Joe tahu saat ini, Qistina sedang berada dipersimpangan. Hanya yang mahu dilakukan sekarang cuma mencuba meniup sejalur rasa aman yang mungkin mampu meredakan segala ledakan rasa yang telah membenam warna-warna bahagia yang terlindung di wajah indah ini. Dia rindukan senyum dan ceria Qistina. 

"aku tahu apa yang sedang kau fikirkan, Qis. Aku faham." Qistina kemam bibir. Dua tangan meraup wajah. Kepala digeleng perlahan. Sebuah helaan nafas terlontar. 

"entah la, Joe."

"Tanya hati kau, Qis. Tanya kepada Dia, Qis. Insya-Allah kau akan dapat jawapannya. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kau. Kau kawan baik, aku." Dan kau juga nyawa aku, Qis. Nyawa yang sanggup aku pertahankan walau dengan apa cara sekalipun. Aku mahu kau bahagia, Qis. 


* * * * * * *
Ray geleng kepala. Parah betul lelaki dihadapannya ini. Dan sebijik macam mati bini jer rupanya!

"beri dia ruang untuk berfikir, Khal. Kau kena faham. Sekarang dia bukan Qistina yang dahulu. Kau relax la  dulu."

Khalish dilihat tidak memberi sebarang reaksi. Dua tangan masih kekal memaut lengan. Sandarnya sejak dari tadi langsung tidak berubah medan kompasnya. Statik. Hanya gerak matanya sahaja yang memberi isyarat dia sedang mendengar. Ray sudah tidak tahu mahu berkata apa lagi. Geram dan simpati saling bergaul. Itulah..dulu kan aku dah cakap. Siasat. Jangan terburu-buru. Kau degil. Ikut sangat rasa cemburu. Bukan senang nak dapat gadis sebaik Qistina. Kau yang lepaskan peluang tu, Khal. Dan sekarang..kau pulak yang tergila-gilakan dia macam dah dunia ni nak kiamat!

Kata-kata Ray terlontar di kepala. Cuba dihadam. Cuba ditelan. Khalish tahu ada kebenaran disetiap bait kata-kata Ray..tapi..

"aku call banyak kali, Ray. Dia tak jawab satu pun. Return call kat aku pun tidak. Kau cuba fikir apa yang aku rasa. Macam-macam dalam kepala aku ni."

Ray geleng kepala lagi. Teruk dah kau ni, bro. 

"Kau kan tau dia kesana sebab kerja. Tak elok kau ganggu dia. Kau tak kan tak faham kerja buah hati kau tu macammana kan. Dia tu bukan jenis melencong ke lain, bro."

"Johan is with her, Ray. Is Johan ok. Got that?"

"So?" Ray angkat kening sedikit. Suara ditekankan. Nasib baiklah pintu bilik Khalish berkunci, tidak mahunya lantunan suaranya tadi akan pecah ke luar. "Kau cemburu?"

"kau tak faham, Ray."

Ray lepas keluhan berat. Wajah  tampan dihadapan yang rusuh ditenung." Macam dulu jugak la ni. Aku bukan tak kenal kau, Khal. Come on la. Johan tu kan rakan sekerja, Qistina. Dah memang tugasan tu perlukan dia orang bersama. Kau kena percayakan Qis, Khal. Jangan ulang silap dulu. Don't ever repeat the same mistake. Entah memang diaorang sedang sibuk gila. Kau ingat kerja dalam bidang O&G ni relax. Tu..buah hati kau tu sedang berurusan dengan minyak, dengan gas..saluran paip."

"aku faham kerja dia, Ray... tapi.." Khalish garu kepala yang tidak gatal. Gusar. Buntu. Kebisuan Qistina sungguh menyiksakan jiwa. Semua panggilannya tidak berjawab. Dan tambah merunsingkan, Qistina ke sana bersama Johan. Lelaki yang dipanggil Joe oleh Qistina itu seringkali membuatkan dadanya berdebar kencang. Bukan dia tidak tahu perasaan lelaki itu terhadap Qistina selama ini biarpun dinafikan sekerasnya oleh Qistina. Khalish tahu, rasa itu masih ada. Dia lelaki dan pandangan dari sepasang mata lelaki itu tidak sukar diterjemahkan maknanya. Cinta itu masih ada di situ!

"Cemburu aku bersebab, Ray."

"maksud kau?"

Dihempas nafas. Air liur ditekan. Pahit.

"Johan still love her, Ray. He really love her till now. And i knew it very well. Cuba kau letak diri kau dalam kedudukan aku. Kau tak rasa apa-apa bila lelaki yang sangat cintakan kekasih hati kau sedang bersama dia sekarang...berdua...jauh dari kau. Dan kau gagal hubungi kekasih hati kau. Kau fahamkan apa aku rasa, Ray?"

"kau yakin?"

"aku lelaki Ray. Aku faham tiap makna tatapan dan renungan dia pada Qis."

"mungkin sayang dia pada Qis cuma sekadar kawan. Dia kan dah kahwin sebelum ni, Khal."

Khalish senyum. 

"Qis still in his heart, Ray. His eye tells everything."

Ray lepas nafas. Kata-kata Khalish terngiang-ngiang. Dua pasang mata saling bertatapan. Khalish raup wajah. Senyum Qistina sedang terdampar dimata. Ketawa Qistina sedang terngiang di cuping. Wajah Qistina sedang terlayar di fikiran. Khalish jeda. Nafas berombak. 

Qis...i really really missed you..

17 comments:

Haslina@DC said...

Ooohhhh. Interesting..go Joe. Go..lembab otak ak Qis ni

nana said...

I choose you Joe, I choose you. Macamlah saya Qis hehehe. Fawzan paling relaks disini, tak tau pun pasal Joe n Khal. Khal pulak risau kan Joe. Yang paling merana Joe, kena bantu wanita yg dicintai buat pilihan antara dua lelaki.

nana said...

"Tanya hati kau, Qis. Tanya kepada Dia, Qis. Insya-Allah kau akan dapat jawapannya. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kau. Kau kawan baik, aku." Dan kau juga nyawa aku, Qis. Nyawa yang sanggup aku pertahankan walau dengan apa cara sekalipun. Aku mahu kau bahagia, Qis." - pasal ni lah saya rasa Joe yang terbaik buat Qis. Dia paling menyintai Qis dan mau Qis bahagia walaupun bukan dengan dirinya

zoora said...

"may the best man wins!"

Kak Sue said...

... ikut suka penulis lah nak letak siapa hero....
jangan bagi pembaca pening sudah.... semua ada kelebihan sendiri... tapi Qis jangan terlalu tamak dan buat orang ternanti-nanti.... hehehe

Anonymous said...

sy tk tau nk kata apa ble bace cter ni....rasa nk marah,geram,Xpuas hti,sedih!...hishh mcm2 la....coz sngt complicated...ramai sngt 'kumbangnya'...klau just khal dgn joe je ok apa!ni plus sorang lg si FA tu...qis pulak xtau nk pilih yg mne satu...i'm really2 hope yg qis akn pilih khal...and joe sy salute dia sngt coz dia sorang kwn yg sngt baik,snggup berkorban utk org yg dia cinta...dan klau blh joe jmpe someone girl yg lbh sesuai dgn dia dan lbh baik dri qis....

Amalina Ali said...

Nak khal plizzzzzz........

rin said...

sudah nampak bayang2 dalam air nujum ~~~~~~ joe!!!!

hehe...tq kucc

Anonymous said...

saya pilih khal !

Farhaliza aka Ija said...

buat istikharah senang..harap2 FA jadi pilihan

kak nora said...

kaka tetap ngan pendirian kaka... pilih khallll... qis... kalo pilih FA mcm ne plak ngan khal boleh ke qis lupakan khal mcm tu jeh... kalo pilih joe boleh ke selama nih prasaan syg sebagai bff tukar ke kekasih mesti rasa janggal kan... senang2 qis, ko jadi andartu je lah...tak sakit pala sakit ati sakit jiwa...bolehhhhh...

xyz~ said...

kucc..
nice story really..
byk2 watak hero..
paling cool ialah FA..
rasenya Khal akan ulang kesilapan yg sama sbb Joe sentiasa ada di sisi Qis as BFF..
if Khal x boleh berlapang dada selagi tu dia x kan percaya Qis smpi bila2..
hope Qis buat keputusan yg terbaik..
ape2 pon Qis perlukan some one yg dpt terima Qis dlm dan luar..especially job Qis yg semmgnya mencabar..

Anonymous said...

Memori dgn Khal msh tak luput di ingatan tapi Khal msh diburu rase cemburu dan tak percaya terhadap Qis, org mcm ni susah nak hdp bsama...Fa cukup complete sbg suami tapi msh baru dihati Qis...pilihan yg baik jugak tapi pilihanku dr dulu sampai kini tetap Joe..lelaki yg romantic cukup baik tdk mgambil kesempatan yg sda...sanggup bergadai nyawa demi Qis..yg kenal rentak bicara Qis in out...lelaki yg terlalu.mcintai Qis maybe ada sbb Joe kawin dgn Maya dulu....

Unknown said...

Boleh tak watak Qis ni tukar jadi brutel sikit, jangan dok lembab sangat..... macam mana dia boleh jadi ketua n memikul tanggungjawab yg amat amat besar, sedangkan kehidupan dia teramat leeee lemah gemalainyeeeee....n macam ayu ayu gitu tapi keje ganas dekat tengah laut, keje dengan jantan jantan hadoiiii macam tak kena pun yeee jugak....

Boleh tak kalau Qis buat ayat macam ni

" Joe ... U penah sayang I kan .... masih ada sayang U pada I? Apa kata kalau kita Kawin"

ha selesai satu masaalah.... lepas tu buat masaalah lain pulak , jangan lama sangat dengan satu masaalah bosan dek oooiiiii!!!


nazira azwa said...

hmmm dilemanya nk pilih sape...tp bg sy antara Joe ngan FA je yg sesuai utk Qis...klu Khal mgkn ssh ckt cbb nnti dia akn still cemburukan Joe ngan Qis..

Anonymous said...

citer nie 1st story yg kucc tulis agak berat(at least for me).hehehhe...
Em,read about Qis,teringat kat someone yg sgt hebat dlm job dia tp bila comes to lovey-darling nie.tsangat ler kesian.kdg2 rasa i'm more mature than dia, padahal dia g tua kot.hehehhe.tp mana ada org yg hebat segala2 nye..sy sllu ckp you're gifted in ur job but not in love.So,bila semayang doa2 byk2 tang yg tu tau.haahahaha.Pendapat peribadi sy,when i'm reading a story i xbpe nak bc story yg fairlytale..for me,khal+Qis= fairlytale.hahahaha(ayat boleh bikin org marah)...manusia, baik cmne pon akan ada 1 time dia akan mengungkit n khal did a 'nice' job in her history(i guess) n Khal tsangat ler xmature,trust important in relationship,bro!..hehehehe. 1st love is something but not everything..hahahaha=). adi0s!

kucc_aprilsnow said...

Haslina-kak has patut ckp camni..chaiyok bro!..kihkihkih..terbakor yg anti Joe weh..

Nana-Qis ada dlm diri tiap kita, percayalah.

Zoora - yeayyy!

kak sue - Qis itu keliru...bila hati pernah dikecewakan, hati akan sgt careful atau sgt takut..

anonymous1 - dlm hidup ada ketika kita didtgkan dgn pelbagai pilihan..

amalina - kihkikih

rin- nujum pak belalang..hehehe.

anonymous2 - sila2..

ija - yup..ikhtiar tu

nazira - so pilih sapa,hmmm

lidi - gotcha!

kak nora - heppp, tak baik tau ahkak..

xyz - we shall see dear..hehehe

anonymous3- so sweettttt..

liana - ada manusia mcm Qis ni syg, trust me..manusia xsempurna

nazira- so pilih sapa,hmmm.

lidi- yup, ni genre berat..hmm,jd mmg betulkan mmg"Qis" itu wujud diluar sana. Well..this LCDJM will be a mixed between fairytale & reality..so, tungguuuuuuuu...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...