Tuesday, March 24, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 8

Bab 8
"balik balik budak tu....balik balik budak tu....balik balik anak keturunan penjajah tu jugak yang Aidil sebut...dah kurang ke anak melayu dalam dunia ni sampai anak orang putih tu jugak yang Aidil gila-gilakan sangat..mama dah cakap banyak kali, mama tak suka keturunan penjajah tu jejakkan kaki dalam keluarga kita...mama takkan terima dia..never..and my decision is final, do you get that?"

"mama, kenapa mama cakap macam ni...tolong mama, please don't do this to me...she done nothing to you mama...she's innocent, she did not know anything about what had happened to our family, dia tak tahu apa-apa mama ...dia tak mintak dilahirkan sebagai anak orang putih mama...dia takda kaitan dengan sejarah keluarga kita mama...mama please, she's my everything...she's my life mama, Aidil pohon mama, tolonglah...Aidil sayang dia mama...Aidil sungguh sayang dia."

"you choose...mama or her."

"mama..."

Dentuman petir yang memancarkan warna putih di kaki langit sana menyentakkan lamunan Tengku Arisyah; wanita separuh abad yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh kurus tingginya itu. Nafas dihela panjang namun dia tindak berganjak dari kedudukan asal. Dia masih kejap berdiri di situ.

Tengku Arisyah merenung jauh dari balkoni di biliknya di tingkat satu banglo mewah itu. Banglo yang suatu ketika dahulu pernah menjadi syurga buat dirinya dan keluarga namun kini sunyi. Kini sepi. Anak-anak yang kian sibuk dengan kerjaya jarang lekat dirumah. Anak-anak yang berkeluarga pula hanya sesekali menjenguk, sesekali bertanya khabar. Dia merasakan dirinya bagai dipulaukan oleh anak-anaknya sendiri. Dia sedih sekali. Salahkah keputusan yang dibuatnya itu. Salahkah dia bertindak demi kepentingan dan masa depan satu-satunya anak lelakinya. Dia tidak mahu Aidil menerima nasib seperti dirinya nanti.

Dia masih ingat hari itu. Hari sial yang menjadi penyebab episod muram dalam hidup Aidil. Engku Aidil Zafriel, anak bongsu dari 4 beradik yang juga satu-satunya anak lelaki dari perkahwinannya bersama Engku Ismail Engku Mukriz. Aidil yang mewarisi empayar automotif dari armarhum suaminya adalah anak yang cukup mendengar kata. Anak yang bijak. Anak yang manja. Bagi diri Tengku Arisyah, Aidil adalah kebanggaannya. Justeru itu, dia bagai tidak percaya bila anaknya itu boleh terlibat dengan darah daging dan keturunan yang paling dibencinya dalam hidup ini. Mengapa Aidil tidak mahu mengerti. Mengapa Aidil tidak mahu memahami. Sudah butakah mata dan hatinya dek penangan cinta dari keturunan musuhnya itu. Benci sungguh dia pada keturunan itu. Namun hatinya bagai berbolak balik tatkala pertama kali bersua...bertentang mata dengan wajah mulus, polos itu. Matanya...matanya nan biru itu cukup menawan sekali. Dan wajah itu cukup mendamaikan sekali. Entah mengapa dia jadi terlena tatkala melihatnya. Cantik. Memang cantik.

"mama...kenalkan ini, Aishah Kesuma. Mama boleh panggil dia Echa aje...kan awak?"

Dia lihat sinar bahagia di mata putera tunggalnya itu tatkala memandang wajah mulus itu. Senyum yang mekar menguntum di bibir kedua-duanya mengambarkan segala-galanya. Dia tahu. Sangat arif tentang itu. Dia juga pernah muda. Pernah melewati saat-saat indah itu dahulu.

Dia masih ingat tatkala matanya melorot ke wajah nan indah itu...dan dia masih ingat tatkala mulut mungil itu bersuara. Bersuara buat pertama kalinya. Mersik sekali bunyinya.

" apa khabar Tengku..."

Tangan halus yang dihulur tidak disambutnya. Tidak seperti selalu. Dia sengaja berbuat begitu. Mahu melihat reaksi spontan tetamu khas anaknya itu. Aneh wajah tu tidak langsung mempamerkan riak durja atau terkejut. Masih menguntum senyum. Menunduk kepala bila salam tidak disambut. Aidil dilihat sudah berubah wajah. Marah. Malu mungkin.

" duduk..."

Dia melihat gadis itu akur. Mengambil tempat di hadapannya. Duduk sopan disitu. Tertib sekali. Mata itu memandang wajahnya sambil tersenyum. Aidil turut mengambil tempat disebelah tetamu khas yang dibawanya itu. Tersenyum memandang wajah mulus itu. Saling berpandang. Dia benci melihat adegan di hadapannya. Bibirnya digigit. Geram. Sakit hati.

" ehem...asal mana?...mak ayah ada lagi?"

Echa dan Aidil dilihat memandang padanya serentak. Echa dilihat menguntum senyum dan belum sempat mulut mungilnya dibuka...

"Echa orang Melaka mama...orang Tanjung Bidara...kan awak?"

Echa dilihat mengangguk-anggukkan kepala.

"mama tanya dia, bukan Aidil..."

"ala mama sama aja...Echa atau Aidil yang jawap takder beza..."

Aidil dilihat melemparkan senyuman manis pada wajah mulus itu. Dia jadi hairan dengan sikap Aidil. kenapa Aidil tidak bersikap begini bila bersama Tengku Layla. Ada sahaja yang tidak kena pada Tengku Layla dimata Aidil.

"macam yang Aidil katakan tadi Tengku, saya asal dari Tanjung Bidara, Melaka. Abah dan umi dah lama meninggal dunia. Saya tinggal dengan keluarga adik arwah abah. Mereka yang memelihara dan menjaga saya selama ini Tengku."

Dia memandang wajah indah itu. Dilihat gadis itu nampak tenang sahaja. Tiada riak gementar. Dia jadi sakit hati.

"arwah mak awak asal mana?"

Aidil dilihat merenung padanya seolah-olah meminta pengertiaan. Tolong mama. Dia melihat kesayuan di bola mata anak kesayangannya itu. Tidak Aidil. Dia tidak peduli. Dia tidak akan sesekali membenarkan wajah dan darah keturunan yang dibencinya itu menjadi ahli keluarganya. Dia tidak sesekali sudi bermenantukan dari darah keturunan itu.

"arwah umi asal dari Manchester, United Kingdom Tengku."

"hmm...anak keturunan penjajah rupanya awak ni. Terus terang, Saya memang tidak suka...tidak berkenan dengan orang putih ni...bagi saya mereka ini jahat, perampas, pemusnah kehidupan orang lain. Jadi awak fahamlah ye, kedatangan awak ni tidak saya alu-alukan. Saya bagi awak jejak rumah saya ni pun sebab Aidil yang beria-ia. "

"Mama..."

Dia lihat Aidil sudah merah mukanya. Marah dan malu barangkali. Ahhh..dia tak kisah. Dia tidak mahu melihat rumahnya dikotori oleh insan dari kelompok yang menjadi musuhnya sejak sekian lama. Dia melihat wajah mulus tu bagaikan terkejut mendengar bicara sinisnya tadi. Biarkan. Dia tidak kisah. Hatinya puas.

"tak mengapa Tengku. Saya faham. Saya minta maaf kalau kedatangan saya ini menyusahkan Tengku. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."

Dia tidak menyambut huluran tangan halus itu sekali lagi. Dibiarkan sahaja gadis itu berlalu bersama huluran salam yang tidak bersambut. Dia tidak ingin mengotorkan tangannya dengan bersalaman dengan tetamu anaknya itu. Tetamu yang tidak dia alu-alukan. Dilihat Aidil sengaja memegang erat tangan gadis itu didepannya hingga ke kereta. Walau gadis dilihat itu cuba untuk menarik tangannya, Aidil enggan melepaskan. Dari jauh dia melihat Aidil bagai cuba menyatakan sesuatu pada gadis itu. Mungkin memujuknya. Gadis itu dilihat tenang sahaja. Tidak lanngsung mempamerkan reaksi marah...reaksi tidak puashati. Terdetik rasa kagum pada gadis itu. Patutlah Aidil begitu menyayanginya. Patutlah dia cukup istimewa di mata, di hati dan jiwa putera tunggalnya itu.

Dan malam itulah juga menjadi malam terakhir dia melihat putera tunggalnya itu. Aidil bagai merajuk membawa diri. Enggan menghubunginya. Tiap panggilannya tidak diendah. Aidil tidak mahu lagi pulang ke singgahsana mereka itu. Aidil malu dengan perbuatan dan tuturnya yang lancang. Seminggu kemudian, Aidil pulang tapi...Aidil pulang dengan satu kejutan, dia mahu berpindah keluar dari rumah itu. Aidil sedih dan kecewa dengan perbuatannya. Dia tambah sakit hati. Semuanya kerana gadis itu. Salahkah dia jika hanya ingin membuat sesuatu yang terbaik demi masa depan anaknya itu. Aidil tidak faham. Aidil tidak mengerti lagi. Tengku Arisyah tahu dia harus membuat sesuatu. Mesti. Dia tidak mahu kehilangan satu-satunya waris lelaki dalam keturunannya. Tengku Layla...Ya Layla pasti dapat membantunya. Senyuman terukir di bibir tuanya.

5 comments:

kaypo said...

wah mmg menarik..mata biru original lagi ..bukan england optical mari..hahaha..aku sukeeee..tahniah cing.

kucc_aprilsnow said...

suka suka suki jer kay...TQ beb

aqilah said...

akak suka cite ni, sambunglah lagi.......

kucc_aprilsnow said...

aqilah, tq...akak kucc saje suka2 adik, xder draf pun cite akak ni, spontan aje...kalau idea dtg akak cont, camtu lah kisah perjalanan catatan akak kt sini...tapi kesudian adik menjengah dn tinggalkan jejak di sini sgt akak hargai...sudi2 beri komen pd akak yg sgt terbatas ilmu & pengetahuan ttg dunia penulisan yg tdk terjangkau sempadannya ini...

RinsyaRyc said...

manchester eh ? hik3...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...