Thursday, March 5, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 6

Bab 6

biarkan bunga berkembang
diatas tangkainya
janganlah dipetik sayang
nantikan merana…

bunga berkembang di dalam hati
tak mungkin lagi aku menghindari
kasih dan sayang telah bersemi
diriku seakan bermimpi…

Matanya menatap jambangan mawar putih di tepi katilnya. Ahh..Aidil, sampai kemari kau jejaki diri ini rupanya. Lepaskanlah Echa, Aidil...lepaskanlah...tolong lepaskanlah Echa Aidil!. Hatinya dilanda kesayuan. Maafkan Echa, Aidil. Nafas dihela lalu dicapai beg pakaian yang terletak disudut almari baju didalam bilik itu. Diletakkan beg itu di atas katil. Perlahan dia duduk di birai katil sambil merenung jambangan mawar tadi. Mata dipejam...tolong pergi, tolonglah pergi...Kesianlah pada Echa Aidil...

Nafasnya cuba dihela perlahan-lahan. Wajah itu cuba dipadam dari kotak ingatan. Perlahan dia bangkit dari katil lalu menuju ke almari pakaian di hujung kaki katilnya. Kakinya dijengkit sedikit sambil tangan kanannya cuba menarik beg pakaian berwarna hitam yang diletakkan di atas almari pakaiannya itu. Beg diletakkan dilantai lalu Echa kembali duduk di birai katil. Di menarik timbunan pakaian yang bakal dimasukkan ke dalam beg tersebut.

Tangan Echa pantas mengemaskan helaian demi helaian pakaian yang mahu dimuatkan kedalam beg. Pantas masa berlalu dan diam tak diam sudah hampir 2 minggu dia menghabiskan masa di kampung. Echa tersenyum tatkala melihat mak masuk ke dalam biliknya. Echa yang sedang duduk di birai katil menolak ketengah baki pakaian untuk memberi ruang pada mak untuk duduk.

" dah siap masukkan semua baju-baju adik tu?" soal mak seraya melabuhkan duduknya di sisi katil Echa. Tangan Qamariah membelek-belek jambangan bunga mawar putih yang digubah bersama bunga lili yang cantik terletak di sudut tepi katil itu. Mawar putih yang dikirim oleh seseorang pada anak gadisnya itu diterima 2 hari lalu. Dia sedia maklum siapa gerangan tuan pengirimnya. Sukar baginya untuk menafsir apa yang tersirat dalam ujana hati anak gadisnya itu saat ini. Kuatkan hatimu anakku...

" sikit lagi mak...jap lagi siaplah ni." balas Echa sambil tangan pantas meneruskan kerja melipat baki helaian pakaian yang masih terdampar di atas katilnya.

" adik dah pikir habis ke ni?...kalau adik tak bersedia nak mula kerja, mak pikir elok laa adik sambung cuti tu lagi...Puan Sri tu tentu faham." wajah Echa direnung sayu. Kasihan anakku ini, bisik hati kecil Qamariah.

Senyuman manis dilemparkan pada mak. Tangan mak yang sudah menampakkan urat-urat yang timbul berserta kedutan yang terhias tanda peralihan usia itu dicapai lalu digenggam erat.

"mak...mak jangan risau ye, adik tak apa-apa, insyaallah...lagipun dah lama sangat adik cuti mak, bosan rasanya asyik makan tido makan tido...badanpun dah macam dipam-pam macam belon panas aje ni...ngeri la mak, nanti gemuk, habislah adik mak dah tak vogue lagi...Puan Sri tu memang akan faham tapi adik tak naklah ambik kesempatan mak...tak eloklah, kan mak kan?"

Mak senyum pada Echa. Pipi gebu Echa disentuh. Echa memegang tangan mak yang lembut menyapa pipinya.

"mak tahu anak mak ni baik orangnya...hatinya pun cantik...secantik parasnya."

Echa senyum.

"cantik ker adik ni mak?...dah tembam ni, mana ada vogue lagi."

"eh, tembam-tembam pun vogue lagi anak mak ni...cantik sangat anak mak nan sorang ni...macam kata abang chik, adik tu cantik giler taw mak!".

Ketawa pecah antara kedua-dua beranak itu. Abang chik...abang chik...ada-ada saja modalnya. Echa paling rapat dengan abang sepupunya yang itu berbanding abang long, abang ngah, abang lang dan abang teh. Mungkin jarak usia antara mereka berdua yang berselang hanya 3 tahun menjadikan mereka lebih akrab seperti kawan. Mereka boleh bersembang apa saja, malah dia tahu segala kisah rahsia cinta abang chik dan Pot. Apa taknya, dia lah si posmen yang menjadi perutusan abang chik tiap kali ingin menitip pesanan buat sang ratu hatinya itu.

Bagi Echa, dia lebih selesa bercerita tentang masalah peribadinya dengan abang chik berbanding abang-abang sepupunya yang lain walaupun dia maklum mereka semua sayang padanya. Sikap abang chik yang tidak meletakkan sempadan "abang" pada dirinya membuatkan Echa lebih cenderung menjadikan dia tempat mengadu malahan mak dan abah juga maklum tentang hal itu. Jika tidak masakan abang chik dihantar ke Kuala Lumpur sebagai utusan mak dan abah tatkala dia dirundung kesedihan, tatkala dia ditimpa musibah. Abang chik seorang pendengar yang setia. Abang chik seorang penasihat yang baik. Abang chik seorang teman yang sangat memahami. Setiap patah bicara abang chik sangat mendamaikan. Alangkah beruntungnya kau Pot. Alangkah bertuahnya dirimu Pot.

Abang chik... minda Echa mengimbau peristiwa minggu lalu tatkala abang chik menjengahnya di bilik.

"adik tengah buat apa kat jendela tu..nak terjun ker.?" sapa Lukman pada adik sepupunya yang sedang berdiri di tepi jendela. Dilihatnya ada sebuah buku pada tangan halus itu. Dia mengatur langkah ke jendela lantas melabuhkan punggungnya pada palang di tengah jendela kayu itu. Dia merenung sepasang mata biru bersinar milik adik sepupunya yang rupawan itu. Dia tahu di sebalik wajah jelita itu banyak menyimpan kesedihan yang bukan sedikit. Wajah itu senyum padanya. Cantik sekali.

"issy, takder la abang chik ni, ke situ pulak...adik saja-saja jer baca puisi Rangga ni...ingat tak cite indon tu yang abang chik cakap ntah apa-apa jer slang dia..."

"bikin pusing kepala gue..." serentak kata-kata itu meluncur dari mulut kedua-dua. Ketawa tercetus.

"prosa puisi melayu kita jauh lebih indah dan berseni dari yang tu adik. Cuba adik baca puisi-puisi yang arwah umi tulis...cuba adik lihat nilai seninya."

Echa mengangguk-anggukkan kepala mengiakan patah kata yang keluar dari mulut abang chik. Ya, arwah umi memang handal berpuisi. Koleksi puisi-puisi arwah umi sering menjadi dendangannya tika dibangku sekolah. Dia sering mendapat pujian tatkala mengalunkannya pada sambutan keramaian di sekolah. Echa sangat bangga dengan arwah umi.

" arwah umi memang hebat kan abang chik...orang melayu tulen pun kalah dengan arwah umi."

"hmmm..."

Lukman memandang Echa. Mata mereka beradu.

" adik......adik ok?. "

Echa diam. Dia menundukkan wajahnya ke lantai. Dia mahu membiarkan abang chik menyambung bicaranya.

"Abang chik tau bukan mudah untuk adik menghadapinya tapi abang chik bangga dengan adik. Adik tidak sedikitpun melatah dengan musibah yang menimpa adik. Adik bertindak dan membuat keputusan mengikut akal yang waras. Abang chik akan sentiasa sokong adik. Abang chik akan sentiasa di sisi adik. Kalau adik nak apa-apa, adik cakap jer ngan abang chik ye. Kami semua sayang adik tau...adik ingat tu. Kami tak mau adik sedih-sedih lagi....adik kena kuat lepas ni."

Echa memandang wajah dihadapannya. Setitis airmata tumpas ke pipi gebunya.

"abang chik..."

Sepi. Senyap. Lukman memandang wajah gebu mulus di hadapannya itu. Betapa dalam usia semuda ini, adiknya itu harus tega menghadapi kemelut kehidupan serumit ini. Sukar baginya mempercayai di zaman ini masih ada insan yang berfahaman kuno sebegitu. Bukankah kita sudah merdeka atau jiwa mereka itu masih terjajah dengan fahaman sedemikian rupa. Alangkah singkatnya manusia berfikir. Lupakah mereka pada Qada & Qadar-Nya.

"adik...erk apa kata adik tukar kerjaya?" Suara Lukman memecah keheningan suasana.

Echa mengerut dahi. Lukman sudah mengukir senyuman yang sukar ditafsir Echa.

"adik jadi gembala kambing kat ladang abang chik ngan abang teh nanti nak tak?, kami pun tengah nak rekrut pelatih gembala kambing ni...abang chik rasa adik calon paling sesuai...paling cun!"

"abang chikkkkkkkkkk....."

Ketawa abang chik terburai sambil tangannya bersilat menepis serangan ketam Echa.

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...