Wednesday, March 11, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 7

Bab 7

Benarlah hidup ini tidak semudah yang diperkata. Tidak seindah yang dilihat. Jika dulu dia beranggapan tiada yang jelek-jelek tentang hidup ini. Tiada yang tidak elok tentang hidup ini. Semuanya manis-manis belaka. Dia hidup dengan dikelilingi warna-warna pelangi nan indah. Hidupnya penuh keceriaan. Tapi itu dulu tatkala dia belum benar-benar mengenal isi dunia ini berserta coraknya.

Beg yang berisi pakaian yang dibawa dari kampung tadi dikeluarkan satu persatu. Dia kembali semula ke rumah abang long yang turut dihuni abang ngah dan abang lang atas permintaan mak serta abah....juga permintaan abang teh dan abang chik. Mereka khuatirkan keselamatan dirinya. Echa faham. Echa akur dengan kebimbangan mereka. Selesai memasukkan kesemua pakaian di dalam almari pakaian, langkah diatur ke katil lalu tubuh kurusnya dibaringkan ke katil empuk bercadar putih susu berbunga merah jambu.Mata dipejam. Kejap. Telinganya menangkap lagu yang berkumandang dari rumah sebelah...aahh, lagu itu....

masihkah kau ingat…
pada waktu itu
sekuntum bunga mekar ku selit ke rambutmu
masihkah kau ingat…
ia menjadi mimpi
dan menjadi rindu
masihkah kau ingat….

"eh apa ni awak...janganlah, tak suka laa ..."

"kan memang perempuan zaman dahulu selit bunga kat kepala dan bertudung kain batik...am i right dear?"

"itu perempuan zaman dulu-dulu laa...zaman Hang Tuah...saya ni perempuan zaman lain laa, mana sama..issy, apa laa awak ni lembab betul...cabut balik bunga ni..cabut cepat."

"eh, nama you kan nama perempuan zaman dahulu so betul laa you datang dari zaman tu...nama yang klasik sangat...but i like it so much, very unique."

"ni karang ada yang nak kena makan penumbuk free..."

" hey sayang, come on la...gurau pun tak boleh....janganlah marah."

"apa sayang-sayang ni...geli telinga saya dengar la....cepatlah buang bunga atas kepala saya ni...awak ni memang nak kena belasah laa..."

"amboi garangnya...tak padan dengan badan."

Echa tersenyum. Dalam mata yang masih terpejam mulutnya masih sama berlagu mengikut lirik yang masih terus berkumandang...

Masihkah kau ingat…
kita berlari-lari
dikaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama
masihkah kau ingat…
masihkah kau ingat…

Laungan abang long dari tingkat bawah memecah lamunan Echa. Dia pantas bangkit dari katil lantas keluar dari bilik. Langkah kaki di hala ke tangga kayu berukir indah menuju ke tingkat bawah. Echa sengih kerang pada abang long yang memandang tajam padanya.

" adik tido ek..apa ni anak dara tido senja-senja, tak baik tau."

"takder aa...orang baring-baring aje laa abang long..haa tengok mata mana ada merah..tengok ni."

Echa membeliakkan matanya pada muka abang long. Amir Hamzah mencebik sambil meluku manja buku limanya pada kepala Echa. Echa menepis tangan Amir Hamzah sambil memuncungkan mulutnya. Punggung dilabuhkan pada sofa hitam di ruang tamu itu. Amir Hamzah menguntum senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Adik...adik

"pandai laa awak...dah kantoi tu ngaku jer la."

Amir Hamzah turut menyertai Echa di sofa. Kaki disilangkan sambil tangannya menyambar surat khabar diatas meja kaca bujur yang cantik beralas di hadapannya itu. Matanya ditala ke naskhah itu.

"Abang long...kak long,abang ngah ngan abang lang tak balik lagi ker ni, lambatnyer...orang lapar laa...jom kita gi tapau kat warung simpang tu...lama laa adik tak makan kueh teow tomyam dia...sedapnyer, yum yum...jomm aar abang along. "

Echa merenung sambil membuat muka kasian pada Abang long dihadapannya yang sedang ralit menatap akhbar. Amir Hamzah, itulah nama abang longnya. Abang long yang bertugas sebagai pereka dalaman itu baru sahaja mendirikan rumah tangga setahun yang lalu. Kak long Humairah merangkap kak ipar sulungnya itu bertugas sebagai peguam. Abang long berkenalan dengan kak long masa terlibat mengubah-suai ruang pejabat kak long. Abang long jatuh cinta pandang pertama pada kak long. Kak long yang lemah lembut memang buat kami sekeluarga turut jatuh sayang padanya masa pertama kali dibawa ke kampung oleh abang long. Kak long macam arwah umi juga. Anak yatim piatu. Bezanya kak long dibesarkan dirumah anak yatim sejak berusia 7 tahun lagi. Kesian kak long.

Rumah abang long ni turut sama dihuni abang ngah dan abang lang. Amir Zainal dan Amir Hanif itulah nama abang sepupu kedua dan ketiga Echa. Abang ngah yang bekerja sebagai akauntan memang jarang balik awal. sibuk memanjang. Sibuk giler. Abang lang pulak lagi super sibuk giler. Tugas sebagai jurutera di syarikat minyak buat abang lang jarang lekat di rumah. Kejap kejap out-station... kejap kejap out-station...ke sana ke mari....jarang lekat di rumah sampai mak dulu siap suruh abang lang kawin aje dengan pelantar minyak tu...hahaha, kelakar la mak Echa kan.

Bacaan Amir Hamzah terhenti mendengar rengekan Echa. Adik ni memanglah...makan,makan aje keje dia dari dulu...pipi dan tembam tu.

"issh...anak dara ni, sabar laa...tak pun adik gi la masak..dalam fridge tu macam-macam ada, sianlah kat kak long sikit...penat balik keja, kena masak lak untuk lanun-lanun kat rumah ni..."

"eleh...abang long tu memang taik hidung masin kalau orang mintak gi tapau...kedeee betul."

"amboi mulut dia....sedap aje ye...sumbat ngan surat khabar ni karang baru padan...nanti orang makan nasi, awak tu makan kertas tau..."

Amir Hamzah bangkit membetulkan rambutnya yang lurus panjang mencecah bahu. Kacamata di tanggal lalu digosok-gosok pada hujung t-shirt biru gelap yang melekat pada tubuh sasanya. Tangannya pantas mencapai telefon genggamnya lantas menekan-nekan butang lantas melekapkan telefon ke telinganya. Echa hanya memerhati sambil tersenyum...hehehe, telepon buah hati dia la tu.

"dah jom ...jangan nak tersengih-sengih kat situ lagi."

"horayyy.....ok, boss....sayang abang long!..."

Echa pantas mengatur langkah ke pintu utama sambil menyarung sandal. Amir Hamzah mengekori dari belakang sambil menggeleng-geleng kepala..adik adik.

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...