Friday, February 13, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 3

Bab 3

"kupu-kupu terbang merayap,
hinggap dibunga menghisap madu,
hendakku terbang tiada bersayap,
meranalah kanda menanggung rindu..."

Aidil Zafriel tersentak...suara garau Ahmad Fuad mengalun pantun sambil ketawa kecil dari arah depan cukup sinis ditelinganya...seperti memang sengaja mentertawakan dirinya. Celaka. Aidil pantas memasukkan benda yang dipegangnya itu ke dalam laci disebelah kanan kerusinya. Dia lantas memusingkan kerusinya ke hadapan. Dia langsung tidak sedar bila masanya Ahmad Fuad masuk ke bilik pejabatnya. Tidak langsung didengar sebarang bunyi ketukan pada pintunya itu...atau mungkin rakan karibnya itu merangkap pengurus besar AAZ Holdings secara diam-diam telah lama mengintai tingkah-lakunya sedari tadi...issh, tapi Fuad bukan begitu orangnya. Aidil maklum tentang sikap teman karibnya itu. Dia memandang tepat pada wajah Ahmad Fuad yang masih berdiri di depannya. Dia cuba berlagak tenang. Berlagak biasa. Tenang Aidil...tenang. Dia berbisik pada hatinya sendiri. Tidak mahu insan di depannya itu dapat mengesan garis kepiluan pada wajahnya.

" Dil, Dil...teruk dah kau ni aku tengok, parah..parah sungguh." Ahmad Fuad terus menyambung ketawa sambil mengambil tempat pada kerusi baldu merah hati di hadapannya. Kaki kirinya disilangkan di atas kaki kanan. Senyum gula Fuad masih bersisa di hujung ketawanya tadi.

"ada apa hal kau datang ke bilik aku ni Fuad?...ada benda kau nak discuss ke?" matanya tepat ditujukan pada batang tubuh tegap yang enak bersandar pada kerusi empuk di dalam biliknya itu. Tangan mencapai pen perak disisi kirinya lalu diketuk-ketuk pada permukaan berkaca dihadapannya.Berdeting bunyi bila pen perak dan permukaan kaca itu berlaga sesama sendiri.

"wei janganlah nak tukar topik kawan...kau ingat aku tak nampak ke apa yang kau buat tadi tu haa?...tu, benda yang kau pegang tadi...kau ingat aku tak tahu apa ?..eh, come on lah Dil, jangan kau nak bersembunyi dibalik sehelai lalang ...i knew you damn well ok, sudah sudah lah buat lakonan, kau tu takde bakatpun jadi pelakon..." tegas Ahmad Fuad. Dia tahu Aidil Zafriel cuba menyembunyikan keadaan dirinya dari ditebak olehnya..ni Fuad la Aidil, orang lain bolehlah kau nak kelentong...

Fuad sudah cukup masak dengan diri dan perangai Aidil Zafriel yang dikenali sejak dari kecil. Mereka membesar bersama. Belajar bersama dari tangga tadika hingga ke peringkat universiti...sama-sama memilih bumi Uncle Sam. Bezanya dia cuma tidak ikut menyambung sarjana seperti Aidil...Maisara, si buah hatinya tidak sanggup menunggu lagi...dan demi cintanya nan tidak tergambar itu dia rela mengikut kehendak Maisara...namun hakikatnya dia sebenarnya takut Maisara lari, paling ngeri kalau Maisara disambar lelaki lain...tidak!. Dia tidak rela kehilangan Maisara lantas sehabis sahaja sarjana mudanya dia bergegas pulang ke tanah air,Maisara diikat dengan ijabkabul dan kini mereka sudah punya si comel gebu Kaseh Nur Dhamiera sebagai lambang ikatan kasih mereka berdua.

"apa yang kau nak cakapkan sebenarnya ni Fuad?" pertanyaan spontan dari mulut Aidil Zafriel sudah diduga Ahmad Fuad. Dia mengukir senyuman sambil memandang tepat pada wajah dihadapannya itu yang dilihat cukup tenang, seolah-olah tiada apa-apa. Aidil, Aidil... Fuad mengeleng-geleng kepalanya. Rasa simpatinya tumpah pada wajah bujur bermata bundar itu. Dia tahu apa yang sedang berada dalam fikiran Aidil Zafriel.

"Echa..." nama yang meluncur keluar dari rongga mulut Ahmad Fuad itu membuatkan Aidil tersentak. Matanya terpejam seketika. Dia kembali cuba berlagak biasa namun dari riak wajah dan air muka yang dipamerkan membuatkan Fuad ketawa sinis. Dia mengetap giginya menahan rasa sakit hati dengan ketawa Ahmad Fuad. Melihatkan reaksi Aidil Zafriel, Ahmad Fuad menghamburkan ketawa besar. Tubuh tegap Ahmad Fuad sama bergegar mengikut rentak ketawanya itu.Celaka kau Fuad, sayangnya makian itu hanya bergema di dalam hati.

"apa yang lucu sangat pada kau ni haa, aku ada buat lawak ker?."

"ok, ok...sorry Dil."

"aku tahu benda ni bukan mudah untuk kau Dil tapi kau kenalah bijak bertindak, susah payah kau dapat dia, macam-macam kau kena semata-mata nak pikat dia, alih-alih kau nak lepaskan dia macam ni aja. Aku tau kau sayang dia, sayang sungguh-sungguh...sayang giler...kalau tak, takkan kau sampai teruk macam ni jadinya...macam orang mati bini je aku tengok..." patah-patah perkataan yang keluar lancar bagai air hujan itu cukup membuatkan dadanya berombak, dia cuba menahan rasa yang perit mencucuk di dalam.Sakitnya hanya dia yang tahu. Kau tak faham Fuad...kau tak faham.

Echa...sungguhlah nama itu...wajah itu bagai punya kuasa sakti yang mampu membuat dia kaku bagaikan sipatung cendana yang terkena sumpahan. Dan lirikan dari sepasang mata biru itu...

"eh ni mata betul laa...bukan buatan England Optical tau."

"iye ke...bukan coklat?"

"apa lak coklat? .tak percaya sudah...takder hal punya."

"merajuk la tu...buruk tau."

" malam sikit ek nak merajuk-rajuk ni...tak kuasa...sapa buruk?...saya cantik haper..."

Senyuman mekar di bibirnya. Ah...Echa...rindunya dia pada si mata biru itu. Rindu pada gelak tawanya...Rindu pada sikap gila-gilanya, pada bicaranya yang selamba...Rindu pada keras kepalanya. Echa...mengapa harus berakhir begini?.

" Dil...kau harus ikhtiar cara lain untuk pujuk mama kau tu. Takkan nak surrender macam ni aje. Apa punye Hang Jebat la kau ni...cissh memalukan kaum lelaki aje. Kau harus guna kebijaksanaan kau untuk buat mama kau ubah pendirian dan keputusan dia. Pasti mama kau ada kelemahan dia kan. Kau mesti kenal mama kau sendiri. Yang penting, cari jalan Dil...jangan cepat give up kawan."

Ya...mesti ada jalan. Dan Aidil akan berusaha ke arah itu. Dia pasti. Senyuman manis terukir di bibirnya bersama satu rancangan yang sedang berlegar di kepala. Mak Long!

"thanks Fuad...insyaallah aku akan cuba."

1 comment:

MissxYana said...

eh.. kenapa ya dgn mak aidil tu? >.<

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...