Thursday, February 26, 2009

Bila Cinta Bicara -Bab 4

Bab 4

Ruang biliknya yang sederhana besar itu diperhatikan dari arah katil. Ia tetap kemas seperti biasa. Susun atur perabotnya juga kekal sedemikian. Almari buku antik yang tersergam di sudut kanan bersebelahan meja hiasan itu direnung. Ia banyak menyimpan naskhah-naskhah lama kesayangan arwah umi dan abah yang masih tersimpan rapi dan dijaga dengan begitu baik oleh mak. Dia turut menyimpan koleksi milikinya disitu. Walau tidak sehebat mereka, dia tetap bangga. Katil besi bertiang empat ditiap penjurunya tempat dia bersandar saat ini dahulunya milik arwah mak dan abah. Kata mak katil ini barang kesayangan arwah umi. Umi suka sangat menghabiskan masa di atas katil tika melakar gurindam seloka juga puisi. Umi memang sungguh cinta pada kesusasteraan melayu lama. Mungkin sebab itu arwah umi jatuh hati pada arwah abah. Maklumlah arwah abah kan cikgu sastera. Agaknya dulu arwah abah mengorat arwah umi dengan puisi, gurindam melayu lama agaknya...sebab arwah abah tahu kecintaan arwah umi itu...issy, pandai la kau Echa...ntah iye ntah tidak...ntah sebab lain.Adakala kata mak kadang kala boleh sehari suntuk umi berlengkar di atas katil ini. Seisi rumah sedia maklum dengan minat arwah mak.

Tenda yang dipasang mak di tingkap dan pintu bilik ini masih kekal dengan warna kesukaannya. Hijau epal..warna kegemarannya sejak dulu. Arwah nenek pun suka warna hijau. Kata mak hijau tu warna kegemaran Rasulullah, itu yang arwah nenek beritahu. Tenda berlatar hijau epal berbunga merah jambu itu di tingkap dipegang lalu dibelai perlahan-lahan ke pipinya.

"suka sangat dengan apple green. Tahu tak warna hijau tu tanda orang yang kuat cemburu..."

"apa awak cakap?...cemburu?, woowooo...apa kelas nak cemburu la bro...takder masa lah nak jeles jeles ni... buang karan jer tau...dah la tarif letrik mahal sekarang."

"yes, you're...rite?...tak nak ngaku pulak ye."

"hohoho...salah besar tu...ke wayar bumi awak baru sambar petir?."

Senyuman terukir tanpa sedar di bibir delimanya. Tenda hijau ditangani direnung tanpa kelip.

"kenapa hijau...kenapa tak merah jambu,..or maybe blue?"

"suka suka hati laa...saya memang suka hijau haper, awak tak suka sudahlah."

Senyumannya makin mekar tatkala teringatkan ketawa Aidil yang pecah saat itu.

"owh...awak suka merah jambu ek?"

"issy.. nonsense....ada ke merah jambu."

"iyekan..hahaha awak suka pink rupanyer...i knew it."

"no...that's not my colour okay."

"tipu...jangan tipu, dosa....nanti masuk neraka."

"takder...i'm not a pink person."

"iye...iye...iye."

"whateverlah my dear...satisfy?"

"mesti laaa...ala awak tu yang saje tak nak ngaku...elehhh."

"Adik...adik....adik?...buat apa kat dalam tu...jom turun makan."

Suara mak yang bergema membuat dia tersentak seketika. Terbang semua kenangan yang tika tadi galak bermain di ruang mata. Tiada lagi hijau, merah jambu. Tenda hijau merah jambu di tangan dilepaskan.

" ye mak....jap adik turun."

Nafas dihela dan dilepas perlahan-lahan. Diulang perlakuan itu. Langkah diatur keluar dari bilik menghala ke arah dapur. Telinganya menangkap suara orang bercakap-cakap dari arah dapur tapi tidak jelas butir bicaranya. Kaki melangkah menuruni tangga batu yang memisahkan bahagian dapur dan tengah rumah.

"eh abah...cepatnya balik dari kebun."Kerusi kayu dihadapan abah ditarik perlahan-lahan. Punggung dilabuhkan di situ sambil tangan menyusun pinggan. Eh tiga aje?...mana abang teh ngan abang chik punya pinggan.

"ha'ah...abah tengok dah gelap pekat langit kat sana tu..abah pun apa lagi, hidupkan motor terus cabutlah balik."

Dia ketawa dengan cerita abah. Abah...abah. Dari dulu abah sentiasa ceria. Wah banyaknya lauk... hulala tropika... sambal tumis udang, ikan selar goreng, gulai daging salai dengan terung telunjuk, ulam pegaga, sambal belacan mangga, petai..ahhh my favourite telur masak kicap pun ada, best best...kenduri ke haper ni....mulut ada 5 jer kat dalam rumah ni sekarang.

"meriahnya lauk mak masak tengahari ni...banyak ni mak, boleh habis ker?"

"issy, ni baru sikit jer adik...kan maknyer."

Abah, abah. Ada aje modal untuk mengusik mak. Echa lihat mak mencebik pada abah. Ketawa abah sudah terburai melihat aksi mak. Sungguhlah kegembiraan dan keceriaan di dalam rumah ini masih kekal seperti dulu. Sedikitpun tidak berubah...begitu juga penghuni di dalamnya.

"Abang teh ngan abang chik mana mak...diaorang tak nak makan sama ker?". Tangan cepat menyambut mangkuk asam pedas ikan parang dihulur mak yang datang dari arah dapur...masih berasap...fuhh, tak nampak apa-apa dah ni....mahu tersandar lepas makan ni, gerenti punyer, bisik Echa.

"Kita makan dulu...diaorang tu lambat agaknya. Abang teh ngan abang chik gi rumah Tok Sidang Harun. Nak bincang pasal projek kolam ternakan udang ngan kambing jam...jam...jam...issh, tak reti lah mak nak nyebut namanya." Mak sudah mengambil tempat disebelah abah. Tu port mak sejak dulu.

"jam hapanyer cik Qamariah ooi, jam dinding, jam loceng, jam tangan....macam ni haa sebutannye...Jamnapari...JAMNAPARI."

"sama la tu abahnya...issy orang tua ni."

Ketawa Echa pecah dengan gelagat mak dan abahnya. Alangkah seronoknya mereka. Alangkah bahagianya mereka bisik hati kecilnya. Tangannya lincah menyuap nasi yang digaul bersama lauk ke mulut...perhhh, sedapnya lauk mak masak...

Ada apa dengan cinta?...petikan puisi rangga itu masih ditatap. Cuba dihadam dalam benaknya. Bagai ada rasa pilu mengalir dalam dadanya. Ada apa dengan cinta?...Ada apa dengan cinta?. Dia cuba membuang perasaan pilu tu jauh-jauh. Dia rasa dadanya bagai mahu pecah bila rasa itu bertandang. Dia tidak tegar mengulanginya lagi. Cukuplah setakat ini. Sakitnya tidak terperi. Remuk jiwanya tiada siapa yang boleh merasakannya. Hanya dia yang tahu.

"Adik...adik...dik?...boleh abang chik masuk?" Kolam mata yang mula pecah pantas disekat dengan kura tangan. Echa bangun dari pembaringan. Rambut panjangnya disimpulkan ke belakang. Langkah pantas dihala ke jendela.

"masuklah abang chik...pintu tak kunci."

"adik...."

Dia senyum memandang wajah di hadapannya itu yang sedang merenungnya bersama sebuah senyuman yang mendamaikan.

1 comment:

RinsyaRyc said...

Awak buat kita teringat kat puisi2 rangga .. Terus kita google nak menikmati puisi beliau yg terlalu menyentuh jiwa.. hewheww..

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...