Wednesday, February 11, 2009

JoE JAi


"DK ooi, cepatlah wei...dah lambat dah ni..." jerit Jai dari muka pintu sambil melambung-lambungkan kunci keretanya ke udara. issh lambatnyer makcik ni,apa aje yang dibelek kat depan cermin tu... muka macam tu gak dari dulu...bulat ala ala pau kacang hitam Tanjung Malim. Issy,leceh betul la...orang dah lambat ni, lambat tau tak, dengus Jai.

"ala kau ni Jai, lambat lagi aper..kecoh aar kau ni.." sambil meyarungkan kasut setinggi dua inci tu DK pantas menutup pintu rumah kemudian cepat -cepat berjalan ke hadapan dan menutup pintu pagar lalu mengunci mangganya. Secepat kilat dia lantas memboloskan dirinya ke dalam kereta Jai. DK sengih sardin pada Jai yang sedang menjeling padanya. DK buat-buat tak nampak. Dia membetul-betulkan rambut lurusnya dengan jari jemari pada cermin sisi kereta kemudian menarik tali pinggang keledar lalu memasangnya.

"ok, siap boss...jalan."

DK senyum gula pada wajah disebelah yang dia tahu sedang membengkak macam apam gula merah umi yang menggebu lepas diperam dan menanti saat untuk di kukus saja . Biarkan jer, bukan tak biasa. Dah biasa sangat pun.

"banyak kau punyer lambat lagi...kau tengok jam dah kul brape sekarang, karang dengan jamnya, cari parking lagi, huhhh... nyusahkan orang aje..." bebel Jai sambil menghidupkan enjin kereta dan memutar stereng kereta meninggalkan kawasan rumah sewa mereka. Kawasan perumahan di sekitar taman itu sudah mula hinggar-binggar dengan suara para penghuninya memulakan aktiviti harian mereka.

Kereta Jai meluncur laju memasuki laluan ke jalan utama menuju pusat bandar. DK buat-buat muka keras bata pada Jai sambil tangannya pantas memasukkan CD Kumpulan Ungu, Band favourite Jai itu ke pemacunya.Suasana jadi bisu. Masing-masing melayan keindahan melodi dan lirik dari lagu yang berputar...DK menoleh ke arah Jai, dia tahu Jai nampak tapi tidak memberi reaksi pada renungan DK...marah lagi ler tu...ala, kejap jer hangin dia ni,biasalah, Jai kan...sapa tak kenal.

"DK, karang boss masuk kau buzz aku, aku nak kena mengadap orang tua pagi ni." tutur Jai memecah kesunyian antara mereka sejak tadi. Matanya berkalih sedikit memandang DK disebelah kemudian memandang kehadapan semula sambil kepalanya terhangguk-hangguk mengikut irama lagu yang berkumandang dari CD yang dipasang DK sebentar tadi.Kan betul, kejap aje mogok bisu dia ni.DK senyum dalam hati.

"eh, apa hal pulak kau kena ngadap boss pepagi buta ni ?" soal DK pada Jai yang masih asyik melayan irama lagu dari kumpulan pujaannya itu.

"orang tua tu apa lagi kalau bukan kes client baru yang aku kena handle lah tu...kau takkan tak faham peel boss kesayangan kau tu...mengelabah aje kalau ada kes client baru ..."balas Jai tanpa menoleh pada DK. Tangannya lincah memutar stereng. Sesekali dia mengetuk-ngetuk stereng mengikut rentak lagu yang berputar.

"issy kau ni Jai, sedap aje ek mulut paku karat kau tu mengutuk boss aku ...eh, kau tau tak, dia tu sebenarnya nak bagi peluang plus pendedahan kat kau, lagi macam-macam kes kau handle, lagilah banyak pengalaman laa kau dapat...haa, pastu lagi besar la peluang kau naik pangkat hujung tahun nanti, mana taw dapat silap silap double promotion beb, perrh gempak giler wei!...apsal kau lembab sangat tak faham strategi boss aku yang bijaksana tu.." DK tenung muka Jai yang dah macam muka tak puas hati Mail 2 Singgit bila kena dajal dengan Upin Ipin..hehehe

Jai mencebik pada DK. Eleh, bijaksanalah sangat tu, kunun...piraaah!


* * * * * * *

"Macammana kau jumpa boss aku pagi tadi?.." tanya DK pada Jai yang sedang leka berbaring pada sofa sambil menonton segmen Buletin Utama.DK yang sedang memegang 2 mug di kiri dan kanan tangan melabuhkan punggungnya ke sofa dibelah Jai. Dia menghulurkan mug koko panas di tangan kanannya pada Jai. DK meniup-niup muncung mugnya sambil menghirup perlahan-lahan...fuhh, heaven.Matanya turut terpejam seketika.

"apa lagi...dapat kes client baru laa... kes-kes lain tak habis lagi, boss kau tu hadiahkan aku ngan kes baru, tax audit ngan investigation lak tu, nak tercabut kepala aku ni tau..."bebel Jai tak puashati. Pandangannya masih terarah ke skrin putih di hadapan sambil sebelah tangannya menghirup koko panas pemberian DK.

"auwww..panas panas!" jerit Jai sambil memegang bibirnya. Tangan sibuk mengipas-ngipas lidah yang dah automatik terjelir.

"ha...padan muka,mata tu pandang ke lain, mulut ke lain...mana taknyer, melecur bibir tu lagi bagus!.."sinis bicara DK sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Jai. Tak habis-habis si Jai ni dengan perangai cepat-cepat dia tu, issh!...tak reti nak bersabar langsung.

Jai sedikitpun tidak langsung terusik dengan kata-kata yang dilemparkan DK. Mereka berdua memang sudah biasa bertingkah begitu. Sangat biasa "berperang" kata-kata...dari zaman bergelar pelajar hinggalah kini bersama sebagai rakan serumah, rakan sepejabat. Mereka ngam dari dahulu biarpun dari mata zahir orang melihat persahabatan mereka agak kasar... tidak langsung memperlihatkan ciri-ciri biasa dalam kamus kehidupan tentang gambaran persahabatan yang akrab. Jai tahu walau kata-kata DK adakalanya menyakitkan, sinis, tidak bertapis tapi hatinya tidak begitu. Jai tahu warna hati budi rakan akrabnya itu. Bersih...jernih.DK a.k.a Dayang Kamariah itu rakan ketawa menangis dari dahulu. Mereka membina keserasian dalam hubungan persahabatan tersebut. Mereka memberi dan menerima dengan ikhlas, tulus tanpa selindung. Tanpa prejudis.

--------------------------------------------------------------------------


Langkah Jai laju menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas. Dengan dokumen yang sarat dalam pelukannya itu Jai cuba mengimbangi pergerakkannya...lif ni satu hal, buat penampilan istimewa pulak waktu-waktu perdana, menyusahkan betul, dah la orang kena naik 5 tingkat dengan dokumen yang dah berat macam beras 5 kilo ni..issh, orang tua ni pun satu hal, tak reti-retinya nak bersabar, kang bungkus buat lepat pisang baru tau! . Dengan perasaan yang macam dah tatau nak dilukiskan tu Jai meneruskan langkah pada laluan tangga belakang atau lebih dikenali sebagai laluan kecemasan merangkap port kalangan staff-staff yang murah hati menderma pada kilang-kilang rokok pelbagai jenama...syurga tempat mereka berpesta asap.

"Here you are Jazlina, hmmm...ok, awak letakkan tax computations & correspondence files tu di situ, i'll look on it later yeah...kalau ada apa-apa nanti i shall give you a buzz." jawapan selamba dari En. Syed Arman itu cukup membakar hati Jai. Cilakak punya orang tua pendek. Kalau takat nak tengok benda ni kemudian suruh aja laa secretary dia ambik, tak payahlah orang penat-penat macam ni. Jai buat riak tanpa rasa di depan tuan Executive Director itu.Control Jai, Control ayu..Control ayu?...eei, malam sikit! Mata ditala ke arah sekujur tubuh yang sedang enak bersandar pada sofa kelabu sambil menatap News Straits Times tanpa sekelumit rasa bersalah.

"sure, no problem En.Syed. Saya keluar dulu." Jai paksa bibirnya mengukir senyum.

Karipap angin punyer pendek...Eeei...Geramnya, gerammm....aaarggghhhh!

"eh apsal korang ni?...muka macam terkejut nampak puaka dari gua hantu jer.." jenaka DK tidak bersaut.

Aksi muka-muka pelik bin aneh di depannya masih seperti tadi. Baik Anna, Ros, Shidah, Julie mahupun si Jamal, Ariff dan Catt... semua macam patung cendana aje. Suara semua macam kena mute pulak...Apsal diaorang ni...takkan nampak benda-benda itew melintas hormat ala ala catwalk kat depan sini kot..issh mulut kau ni DK ....DK menampar-nampar mulutnya sendiri...choi choi

Anna menarik-narik hujung jaket kelabu DK sambil mengetap-ngetap bibirnya sambil kepala digeleng-gelengkan.Amenda la pulak minah ni...cakap aje laa, sumpah jadi bisu ker.

"apanyer...suara kau kena curi ker anna?"

Muncung Anna panjang dihala ke arah bilik di hujung sebelah penjuru kanan. Pintu bilik ternganga. Jai?...apsal lak ngan pompuan sorang tu...macam-macam laa korang semua ni. Taknak gi makan ker...dalam mengomel sendirian angkah diatur pantas menghala ke tempat sasaran. Bilik Jai...

Mata DK tidak berkelip, mulutnya terlopong...

"ya Allah Jai...bilik kau..." hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut mungilnya.

Kena gegar dengan Mighty Joe Young, si Gorilla tu ker atau kena rempuh ngan Garuda Pulau Bantam bilik si Jai ni...DK berbisik dalam diam. Mata masih membutang melihat keadaan di dalam bilik itu...dan Jai dilihat sedang...

"yang kau tercegat kat depan tu apahal lak DK...dah dah,jom blah...kita lunch...kepala aku dah tahap tepu ni...serabut giler...kalau aku tunggu lagi mau kertas-kertas ni semua jadi lunch aku." Tanpa mempedulikan DK yang masih berkerut dahi, Jai bergerak ke hadapan mejanya dan menolak dokumen yang bersepah-sepah di lantai biliknya ke tepi, lalu menarik perlahan DK keluar . Pintu bilik dikunci. Langkah diatur ke lif.

" Jom la wei.." Tangan DK ditarik Jai. DK yang masih keliru menurut tanpa bantahan. Kepala digaru-garu..

DK masih merenung Jai yang tekun menyuap nasi ke mulut. Tidak langsung peduli dengan keadaan sekeliling. Sememangnya suasana bising di gerai makan di Wisma Genting itu sudah biasa menjadi santapan telinga tiap kali mereka datang menjamu selera di situ.

"wei..kau apsal tak makan lagi...karang lambat...kau tu makan kalah pengantin." teguran Jai dibalas dengan sengihan. Tangan lantas dilabuhkan pada pinggan nasi campur dihadapan.

" Jai...kau menurun ker tadi dalam bilik?." nasi yang sudah bercampur sayur dan daging ayam masak merah itu disuap berhati-hati ke dalam mulut.

"amende kau cakap DK?...menurun?." ketawa galak Jai terlepas tanpa mampu dikawal. Mata dihala pada wajah teman dihadapannya itu. Ketawanya masih belum reda. Tangan mencapai gelas yang berisi jus kedondong kegemarannya. Straw disua ke mulut lalu disedut perlahan. Bestnya...aahh, nyaman.

"Kau ingat senang ker nak menurun tu DK...siap jampi serapah mentera bagai kau tau...kurang-kurangpun aku mesti dah bertapa kat gua berhantu mana-mana atas muka bumi ni at least 2-3 tahun then barulah ilmu aku tu menjadi..." Jai angkat kening seraya tersenyum pada DK sambil meneruskan sedutan pada jus dihadapannya.

"sindir aku la tu kan...blah la kau kerepek." Kaki Jai ditendang dari bawah meja.

"hoi...sakitlah, kasut kau tu dah la tajam giler...putus kabel apa kau ni." Jai mengerut kening menahan rasa sakit di kaki. DK senyum tanpa perasaan.

"ha kau dah sudah kan..jom blah...petang ni aku ada meeting ngan client." Jai sudah bangkit dari kerusi . DK mengikut namun kemudian dia memegang lengan Jai. Jai mengerutkan dahi. Apa hal pulak si DK ni.

"Jap Jai...aku nak gi tapau tau foo fah gula merah..kau tunggu sini ye." DK sengih lantas terkedek-kedek berlari memasuki semula kawasan gerai di Wisma Genting.

Issh dia ni, tak muak-muak...hari-hari tau foo fah, muka pun dah macam benda tu gak, Jai senyum sambil menggeleng-geleng kepalanya...DK, DK...patutlah orang panggil kau tau fo fah.

-----------------------------------------------------------------------------------

Benarlah dunia ini kecil aje. Kecil sangatpun. Sempit pun iya. Kalau tak masakan dia boleh berjumpa dengan makhluk rambut oren tercacak itu lagi walau dia telah berikrar dan angkat sumpah untuk tidak bertemu muka dengan mangkuk tembaga tu sejak meninggalkan negeri Darul Aman dulu. Kenapalah dalam ramai-ramai umat Muhammad di muka bumi ini, dia harus diketemukan dan terpaksa pula berurusan secara rasmi dengan spesies yang satu itu.

Punyalah dia tidak menyangka sama sekali akan dipertemukan dengan si rambut oren tercacak yang sudah termaktub menjadi musuh tradisinya sejak sekian lama. Manusia itu tersangat dibencinya. Bukan dia sengaja membenci...bukan dia tidak cuba membuang jauh-jauh rasa yang tidak elok tu tapi...ntahlah sukar rasa, makin cuba dilupa, makin ia menghantui benak. Sukar dilupakan senyuman manis yang dirasakan bagai dibuat-buat itu tatkala mereka diperkenalkan tadi. Genggaman tangan yang sengaja dieratkan itu cukup membakar hatinya...bencinya!, kalau tidak difikirkan professionalisme yang tersandang dibahunya, amanah dan nama baik syarikat yang perlu diperlihara mahu saja ditinju muka si mangkuk tembaga itu tadi, baru padan...berlagak, meluat sungguh!

"Hei Joe, let me introduce to you...this is our Tax Manager; Jazlina Iman that are going to work closely with you on your MAX's Studio account and tax matters. Jazlina..this is Mr Johan Ashlan Firdaus the MD for MAX's studio....and Joe, please do not hesitate to call me or Jazlina if you have any queries on this ok..."

"hmmm....Jazlina?...nice name haa...well Arman....i'm sure Jazlina will be happy working with me...right my dear?"

Jazlina hanya diam tanpa membalas apa-apa pada pertanyaan Johan yang dirasakan cukup menyakitkan telinga, tambah menyakitkan bila ketuanya itu ketawa bersama si rambut oren tercacak itu di depannya, sinis sungguh bunyi rentak ketawa mereka berdua di gegendangnya....aaargghhhhhhhh menyampahnya aku nak jantan ni!...meluat!. Apa ingat hensem sangat ker ketawa dia tu...perasan, boleh jalan laa...beruang tanah tu sepuluh kali lebih handsome la!

Langkah Jai laju menuju ke work station Ain, perunding cukai yang membantunya didalam menguruskan account Max's Studio. Dilihat Ain sedang bercakap di telepon. Dia memberi isyarat Ain agar masuk ke biliknya. Ain mengangguk-anggukkan kepala tanda faham sambil senyum padanya. Jai membalas senyuman Ain lantas mengatur langkah ke biliknya semula.

Ketukan di pintu biliknya kedengaran dengan bunyi pintu dibuka perlahan dari luar. Ain sudah menjengukkan kepalanya sambil tersengih.

" Cik Jazlina nak jumpa saya?".

" haah...masuk Ain....ada benda nak discuss ngan awak pasal MAX's Studio."

"ooo...."

Mesyuarat..menyuarat..aargh bosan sungguh la!...lagi lagi bila kena bermesyuarat dengan si oren karat tu...menyampah betul!...appointment letter dari Max's Studio yang baru diterima tadi diteliti...tertera namanya sebagai Pengurus Cukai yang akan mengendalikan urusan akaun Max's Studio...dan paling Jai meluat saat terpandang nama penanda tangan surat tersebut...Johan Ashlan Firdaus - Pengarah Urusan...berlagak la tu..blah la!

"DK...kau ingat tak Joe Jambul Oren?"

"Haa?...mamat tu? musuh tradisi kau tu kan Jai..apsal kau sebut sebut ni...rindu ke?..hikhikhik..."Dk sudah ketawa sakan di meja makan sambil mengetuk-ngetuk permukaan kayu yang berkilat itu.

"banyak ko punyer rindu...selisih aku...tak hingin kau nak rindu-rindu jantan spesies tu.."

"eh..ko jangan Jai...sekali ko tercouple ngan dia nanti..ha baru gempak...terbaring aku kerana terkejut beruang...hahahaha..."

"blah la kau...tak hingin aku..."

Aku ngan si oren karat?....malam sikit!

------------------------------------------------------------------------------

Mungkin benar kata orang bahawasanya masa boleh merubah keadaan...juga merubah manusia. Jai kena akui kenyataan ini. Hakikat yang terbentang di depan matanya hari ni adalah buktinya. Bagai mahu tercekik batang leher Jai saat dia dan Ain Farhana berbincang dengan si oren karat tu di pejabatnya pagi tadi. Dia sudah berubah...berubah 360 darjah!. Dia bukan si oren karat yang cukup menjengkelkan Jai suatu masa dulu, yang sentiasa membuatkan darah Jai naik dengan sikapnya yang menyakitkan mata dan hati!...dia yang berdiri, menyambut kedatangan Jai dan Ain, berbincang dengan begitu berkarisma sekali dirasakan bagai jelmaan orang lain bukan si oren karat, makhluk di muka bumi yang paling dibenci Jai suatu waktu dulu. Memang, kalau dibuka lipatan sejarah antara kami berdua...tiada yang molek molek...carik sana carik sini, berlubang-lubang..hampir rabak!...tapi hari ini selepas menghadiri mesyuarat pertama bersama si oren karat tu ada suatu kelainan pada sikapnya yang sangat mengejutkan Jai...bagai melihat diri si oren karat dari sisi yang sempurna...erk, apahal kau ni Jai, salah makan ubat apa!ker demam?...issy, takder la!

Pelik?..ntahlah, Jai menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sudahnya dia termanggu di depan komputer riba di hadapannya. issy..apasal lak aku leh ingat si mangkuk tu...aaarghhh, tak suka laa!...Jai mengetuk-ngetuk pen pada permukaan mejanya sambil cuba mencari rasional disebalik perubahan sikap dan perangai si musuh tradisinya itu...mesti pasal dah ada awek ni, tu pasal nak ubah perangai jadi gentleman...aahhh, lantaklah!...bukan masalah aku apa!...janji kau jangan havoc kan hidup aku macam dulu sudah ye oren...kalau kau kacau, nahas kau..ni Jai tau...darah Datuk Bahaman ada mengalir dalam tubuh aku ni, kau jangan main-main oren, renyuk kau nanti aku kerjakan...

Datuk Bahaman?, Datuk Bahaman mana ni Jai ooi...Datuk Bahaman yang dalam sejarah tu dari negeri Pahang, apa kaitan ngan kau yang dari Selangor ni...panglima Jawa adalah kut..

oowh negeri Pahang ek, bukan Selangor..patut paper sejarah aku selalu out...aah, tak kisah Jawa pun Jawa laa...

"hoi Jai...berangan tak sudah kau dari tadi. Tadi aku lalu ke pantri muka kau macam ni gak...ni aku dah balik pun masih gak macam tu berkerut pandang notebook kau tu, kau tengok apa tadi haa...haa kau tengok yang tu ek...hikhikhik..."DK sudah mengekeh ketawa memandang wajah Jai yang nampak sudah membulatkan matanya...eleh, macam orang takut mata bulat dia tu, citt!

"sedap jer mulut kau ek DK...kang orang makan nasi, kau makan pinggan tau...kau ingat aku hilang skru apa nak tengok benda-benda macam tu dalam office, guna notebook office lak tu...karang tak pasal-pasal nama aku ngan nombor notebook aku ni naik dalam email dari MIS...siap ngan alamat website kaler biru yang aku bukak tu...perhhh popular aku nanti seantero office kau tau DK...pastu boss panggil..Jazlina, you're fired!...hahahaha baru padan ngan muka aku kau tau!."

DK ketawa besar dengan kata-kata Jai...haa, baru naya kau Jai!

"dah tu, yang muka kau macam lepat pisang tak cukup kelapa tu apahal...dok tenung notebook tu dari tadi macam nak tembus notebook tu kau tenung...kat rumah pun macam tu gak aku tengok...kau...kau...kau putus cinta ker Jai?"

Jai tersandar ke kerusinya secara spontan dengan mata yang membulat saat mendengar perkataan yang keluar dari mulut DK. Dilihatnya DK yang duduk dikerusi dihadapan sudah terbahak-bahak ketawa melihat aksinya...mangkuk tingkat punya DK!

"weii putus cinta taik kucing kau...kau ni kan DK ikut sedap mulut jer bila bercakap ek,suka suki jer tembak, kena tak kena belakang kira ek...eh cuba kau cakap bila masanya yang aku bercinta ni, cuba kau cakap dengan sapa aku bercinta?" Jai merenung tajam pada wajah selamba sahabat akrabnya itu. DK dilihat sudah tersenyum-senyum memandangnya..

"apa senyum-senyum..."

"ala kau ni Jai tu pun nak marah-marah, siap jegil-jegil bijik mata kau yang dah sedia besar tu...relax aar beb, jangan serius 24 jam...erk mana taw kut kut kau bercinta senyap senyap belakang aku kan, tu pasal aku tanya...ala kalau betulpun kau bercinta apa salahnya Jai, aku pun tumpang seronok taw..."

Jai dilihat sudah mencebikkan mulutnya pada DK...Jai, Jai...bila lah nak terbuka hati kau yang beku macam bongkah ais kat kutub utara tu!

DK tahu Jai kawannya itu punya ramai peminat dari zaman tika di universiti lagi hingga sekarang. Personalitinya yang unik tu bagai satu elemen tarikan dalam dirinya yang membuatkan dirinya sentiasa jadi perhatian siswa-siswa. Dk juga tahu si oren karat tu dulunya salah seorang admirer Jai... cuma Jai sahaja yang tidak tahu sampai sekarang,hehehe...cuma cara si oren karat tu menarik perhatian Jai agak pelik sedikit...dia suka memerli dan menaikkan kemarahan Jai...katanya dia suka melihat wajah Jai ketika dia marah...ketika naik angin...cute giler!, tah apa-apa jer si oren karat tu...sama je pelik ngan Jai...elok benar la tu!

* * * * * * *

"Max Studio ni channel 1 punya client Ain, so we are also their auditor...kak Jai nak Ain telefon senior dalam team Audit yang handle case client ni, mintak diaorg bagi AWP yang terkini kak Jai nak semak, takut-takut ada issue lak nanti before kita finalised dia orang punya tax computation, naya kita Ain kena sembur ngan Encik Syed Arman..."

Ain dilihat sudah tersenyum di muka pintu sambil mengangguk-anggukkan kepala.

"orait Cik Jazlina...sekarang jugak Ain naik atas jumpa audit engagement team tu.."

Jai sedang meneliti laporan kewangan MAX Studio saat telefon di sisi mejanya menjerit..sabar sabar la weii...

"Hello, Jazlina speaking..."

Jai masih menanti suara di hujung sana...senyap...aik, tak nak cakap jangan la telefon mangkuk, nyusahkan orang jer!

"hello...hello...hello orang disana, kalau rasa tak nak cakap...suara mahal...atau tiba-tiba kena sawan bisu, janganlah gatal tangan dial nombor orang ye...tenung jer telefon tu sampai tembuss..."

Terdengar jelas di telinganya gagang di sebelah sana diletakkan. Dia sudah tersenyum...kemudian ketawa kecil sambil merenung gagang telefon yang masih dipegang di tangan...Jazlina Iman...how i miss you so much!

---------------------------------------------------------------------------

"boss kau mana DK?...gelap jer bilik dia aku tengok dari pagi tadi..." Jai menyumbat ke dalam mulut sandwich telur yang dibawa dari rumah pagi tadi. DK mencapai sekeping sandwich dari dalam tupperware Jai yang berada di atas meja di hadapannya lalu menyumbat ke dalam mulutnye...hmmm, sedap pulak sandwich yang si Jai buat ni, menyesal aku tak suruh dia buat lebih-lebih tadi...issy, apa la lembab kau ni DK...free tu!

"wei DK..aku tanya kau boleh dia buat bena tak bena...dah tu sedap jer menghabiskan bekal aku ni...tadi kat rumah orang tanya, tak nak, no thanks...jual mahal kunun! ni apahal kau perabih sandwich aku ni...lawan tokei sungguh kau ni ye..."Jai buat-buat tarik tupperwarenya dan menutupnya rapat.

"erk apa...apa kau tanya Jai?....ala sorry la beb, sandwich telur yang kau buat ni sedap sangat hingga aku gagal menumpukan perhatian pada soalan kau tadi...kau ni kacau la, aku sedang menikmati kenikmatan sandwich kau yang tersangatlah lazat itu Jai..." DK sudah tersengih-sengih di depan Jai sambil menghirup cawan yang berisi milo panas.

"benda free, memang sedap...lazat beb... cuba beli, ada aja complaint kau, comment kau tu...itu la, ini laa...aku tanya boss kau si bonsai tu pergi mana,biliknya gelap aja dari tadi selalunya boss tu kan yang paling awal datang ke office..." Jai mencapai mug berisi milo panas lalu dihirup perlahan-lahan...

"oowh orang tua aku tu pergi Seminar kat Mandarin Oriental...haa, Seminar Perakauanan Forensik...macam-macam, ntah akaun siapalah yang dia nak bedah siasat agaknya nanti kan Jai...perrh terror boss aku ni, dah jadi doktor la pulak...doktor perakaunan..."

Air milo yang hampir memasuki mulutnya hampir tersembur keluar...nasib baik sempat ditahan dengan tangan kalau tidak mahu terbang ke muka pau kacang merah si DK yang tengah mentertawakannya dengan selamba...binawei punya DK!

"doktor?...boss kau tu mana ada tokoh jadi doktor...doktor ayam boleh la...doktor perakaunan? eh ni mana punya istilah kau rembat ni DK..sedap jer menghuru-harakan kamus Dewan bahasa ye..."

"wah sedap jer kau kutuk orang tua tu doktor ayam ye...kurang-kurang doktor la jugak tu beb..berjasa juga pada negara tau...eh, mana ada aku menghuru-harakan kamus Dewan, tu kan kreativiti namanya Cik Jazlina oooi...aahh dah la Jai, jom kita blah kang orang kata kita makan gaji buta pulak asyik bertepek lama-lama kat pantri ni...mahu terbakar telinga aku nanti, silap-silap rentung terus!" Mereka berdua lantas ke sinki lalu membersihkan cawan dan mug masing-masing lalu mengatur langkah untuk memulakan kerja.

"Jazlina, there is flowers for you la dear, cantik you!...meh naik ambik kat counter receptionist ye.."

Panggilan dan pesanan dari kak Asmah, si penyambut tetamu di pejabatnya itu membuatkan Jai termangu seketika...bunga? kiriman bunga?...issy apa ni Jai, sapa pulak lah gerangan yang bermurah hati...atau baik hati menghantar bunga pada kau ni...kau bukannya minah bunga pun...issy, apa pulak kes nyer ni...nak kata birthday aku ,issy lambat lagi...ntah-ntah ada bom tak dalam kudup-kudup bunga tu...issy, cubalah jangan buat lawak tak logik akal tu Jazlina...fikir, fikir...sapa...sapa...musuh dalam selimut?, mana pulak, aku tak suka tidur dengan selimut laa..panas!...ok, serius Jazlina...fokus!...

Ganggang telefon diangkat lalu ni sambungan ditekan dengan jemarinya yang runcing...kringgg

"ye Jazlina?...tak nak naik ke ambik bunga ni, kang akak bawak balik nanti...cantik laa..cantik sesangat tau, jeles akak...mesti mahal ni..."

"erk kak...ada state nama pengirim tak kak?"

"ada kad ni...tapi sealed la sayang...meh la naik ambik...akak pun nak tau gak sapakah gerangan si pengirim jambangan bunga yang mahal ni..."

"jap lagi saya naik kak...thanks."

Ganggang telefon tidak terus diletakkan. Jai menekan nombor sambungan yang lain...

"DK...wei jom teman aku naik kat recepionist counter...ada kiriman bunga untuk aku...sapa la pulak nak pedajal aku ni haa...."terdengar gelak ketawa yang nyaring di talian sebelah sana...issy si DK ni, cuba la bersopan santun sikit...

"kau dapat apa Jai?..bunga? bunga Jai?betul bunga?...wow, ini sudah baik ni....jom jom beb, aku tunggu kau kat lif...cepat sikit...tak sabar nak tengok ni...wahhhh best bestnyer dapat bunga..."

Eh...sapa yang dapat bunga ni? aku ker dia?....overdose la kau ni DK!

-------------------------------------------------------------------------

Dia menampar-nampar kedua-dua belah pipinya. Tak cukup dengah itu dicubit-cubitnya kedua-dua belah pehanya...betul lah dia di dalam sedar, bukan mimpi...bukan berada di dunia lain...minda masih sukar menghadam perkara yang menimpanya saat ini...eh, dunia dah nak terbalik ker ni?...apsal dengan si mamat sekor ni....wayar bumi dia terbakar kut, tu pasal tak boleh berfikir dengan waras hingga tetiba buat benda macam ni kat aku...haa aku la, musuh ketat dia...eh salah lah Jai ,dia lah musuh ketat kau...issy!

"apa salahnya Jai...tak kenal maka tak cinta...so kenal kenal la dulu...then barulah kau decide, nak accept atau nak tendang mamat tu masuk gol...up to you my dearest Jai...bukan apa, kita ni apa-apa pun kena berfikir secara waras, secara rasional...jangan ikut perasaan, ikut emosi...akal tu kena maksimakan beb..."

Wah...pandai aje si DK ni menasihatkan orang...bila pulak aku tak waras, aku steady lagi apa...kalau takat orang lain boleh jugak aku fikir-fikirkan...kenal-kenal bak kata si makcik DK tu...ni dia...mamat tu...memang Jai dah kenal sangat pun...teringat Jai pada kata-kata yang tertulis dibaris akhir pada kad bersaiz sederhana yang terlekat bersama jambangan bunga yang diterimanya kelmarin.

to my only Jai...

luv,

your orange man - Joe

luv?..yerkkk!...muntah!

Banyak juga yang ditulis oleh di pengirim bunga "mahal" tu di atas kertas putih yang sangat harum baunya, sah mamat bunga dia ni...susunan kata-kata yang tertera membuat mata Jai membuntang...dahi berkerut...ada juga kata-katanya yang membuat bibir Jai menguntum senyum secara spontan....tapi yang Jai tak boleh lupa pada sebaris perenggan itu...

I'm actually have been your secret admirer for such long time Jai..since our uni's time and i still be your loyal follower till present, well million thanks to DK for being a good informer, hehehe...i really admirer you...very much but maybe my style to approach you is totally different from other... coz i luv to see your face when you get angry...so damn cute!...i'm asking you to give yourself a chance to know me personally Jai and i promise you dear that you won't regret...believe me Jai...if it is a yes please buzz me at my no 0197265240..

erk?....apsal ni Oren...kau menakutkan aku la!....and DK, ooo kau rupanya yang jadi informer si oren karat ni ye..patutlah...DK jaga kau!

* * * * * * *

"berilah dia peluang Jai...dia tu baik sebenarnya....aku dah lama sebenarnya kenal dia, masa kami kat MRSM Kulim lagi...sangat-sangat baik orangnya cuma cara dia saja la yang kasar, ganas..tu yang buat kau menyampah....aku memang pernah marah dia tapi dia cakap dia suka tengok bila kau marah...nampak comel katanya...erk kau comel ker Jai?"...ciss, si DK ni...dengki la tu orang puji aku!

Jai termangu di atas katil di dalam biliknya sambil memegang telefon bimbit...nak dial..tak nak la...dial la..tak nak...dial aja laa mangkuk!

apsal orange man...tak kaler yang lain?

terdengar bunyi suara Ahmad Jais menandakan ada pesanan masuk...

coz that my name that been given specially by you - si oren tercacak!, kan?

ciss, mesti DK bukak rahsia kerajaan ni...

Jai menekankan aksara-aksara untuk membentuk perkataan di skrin telefon bimbitnya..

"ada lagi satu, paling sesuai untuk awak...Joe Jambul Oren...cun kan?"

"wahh sedapnya ye mengutuk i..takper takper...so macammana dengar request i tu Jai?...i ada peluang tak ni?..."

Jai dah kerut dahi...slow la lu mamat oren!

"yang saya sms ni apa tandanya encik orange man...lembab la awak ni, macammana boleh jadi MD..nasib baik syarikat tu awak sendiri yang owned kan, kalau tak alangkah ruginya menggaji seorang MD yang lembab..slow giler!"

Terdengar bunyi suara Datin Rafeah Buang lunak berlagu...alamak, nak jawap ke tidak ni...Jai tenung telefon nya...berhenti....dan berbunyi lagi....berhenti...dan berbunyi...butang hijau ditekan...

"thanks Jai.......thanks so much dear.........i luv youuuuu!......."

Mata Jai sudah terpejam...

"i luv youuuuu!" tu bergema dalam bilik Jai...

DK...tolonggggggg, aku nak pengsan ni!

(tamat)

3 comments:

ShAh said...

cite ni bile nak sambung???dah tertanya2 ape jd dah ni

pembaca setia said...

tengah best nie..
cepat sambung ye... huhuhu

kucc_aprilsnow said...

shah & pembaca setia...kucc dah selamatkan kisah Jai dan Joe ni, hope u gals njoy it...kalau tak puashati, akak mintak byk2 maaf ye...ya ampun kekanda yang masih terkial2 ni!...hikhik

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...