Sunday, March 27, 2016

Akulah PEREMPUAN yang kau singkirkan


"Kau blaah. Aku cakap kau blaah laa." Jo tolak kasar tubuh Azhad yang sejak dari tadi enggan bergerak. Enggan meninggalkan kawasan luar rumah sewa Jo. Terus tercegat depan pintu pagar. Sakit hatinya masih belum surut. Azhad tetap mematung. Dibiarkan sahaja Jo melampiaskan amarah.

Azhad yang tegak tidak berganjak buat marah Jo makin marak. Ditekan kuat tapak tangan ke dada lelaki ini.

"Pekak ke?" Mata Jo menjala cerlung.

"Jo. I am sorry okay." Suara lembut berbaur pujukan Azhad terluncur. Tangan Jo yang menekan dada cuba dicapai. Pantas direntap Jo bersama dengus amaran. Azhad lepas nafas. Sukar benar menyakinkan gadis ini. Keras hatinya bagai karang.

"Sorry? "Mata dibesarkan. "Kau punya pasal aku kena emergency leave malam ni. Gaji aku kena potong free free aje sebab kau. Simpan sorry bodoh kau tu dalam bonet kereta ."

"Berhenti kerja tu, Jo. I akan bayar sebagai ganti. Name me the figure."

Ketawa sinis Jo terhumban.

"Kau siapa nak arah-arah aku. Eh.." Jari telunjuk lurus dihala tepat ke wajah Azhad. "Kau jangan fikir kau orang kaya...banyak duit kau boleh beli aku. Kau silap, Azhad. Kau silap." Jo lirik jeling pada Azhad yang tidak beralih tatap.

"Jo...I care about you. I sayang you, Jo. I lo..."

"Kau balik." Laju kata Azhad dicantas. Enggan mendengar ayat beli jiwa lelaki ini. Tanpa belas ditolak kasar ke belakang tubuh Azhad. Ditarik pintu pagar. Dikunci. Azhad raup wajah yang masih lembab. Tapak tangan ikut meraup rambut yang masih basah. Jo yang mengunci pintu pagar direnung. Hela nafas ditarik. Dirapati langkah ke depan.

"Beri I peluang untuk jaga you, Jo. Beri I peluang jadi lelaki dalam hidup you. The only man, Jo."

Jo angkat mata. Dihumban pandangan tajam pada lelaki yang tegak di depan pintu pagar. Patah-patah kata tadi terngiang di cuping. Sabung mata bertaut. Azhad dilihat menganggukkan kepala.


No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...