Monday, May 28, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 4


Bab 4

Straw di bibir Teja enak menyedut sirap limau yang dibungkus dari gerai Pak Hashim Tok Bomoh sebentar tadi. Jane disebelah saling melangkah gemalai. Derapan bunyi buah jambu batu yang dikunyah jelas mencecah gegendang Teja. Isy, anak dara sekor ni makan berbunyi-bunyi. Lengan disiku perlahan pada Jane. Kerut di dahi Jane dengan mulut yang masih rancak mengunyah tepat terhala ke wajah. Diangkat kepala sedikit. Isyarat bertanya. Telunjuk Teja terhala ke mulut Jane.


"mulut kau tu, bising aar makan. Bergaduh hapa jambu tu dalam mulut kau. Slow sikit volume mengunyah kau tu bleh tak. Gatal telinga aku nih. Sib baik aku bukan bakal mak mertua kau..tidak, mahu kensel jadi menantu!" Jane mencebik. Langsung tidak tercuit. Sudah biasa dengan teguran Teja. Sekadar usikan yang tidak membawa maksud apa-apa.Gurauan yang sudah jadi kebiasaan antara mereka.  Kedua-dua terus melangkah melepasi beberapa bangunan pejabat yang berjiranan dengan Menara Arena Kiara. Sesekali tercetus ketawa antara keduanya bila Jane yang sememangnya tidak kering dengan idea luar alamnya itu melontar cerita tentang jabatan logistik yang didiami kakitangan yang semuanya sama sewel macam si Jane. Jabatan yang paling meriah di Arena Kiara Holdings.


"TJ..." Jane berhenti mengunyah seketika. 


"hmmm..." Teja toleh memandang ke arah jalan. Deretan kereta yang sesak terparkir di kiri dan kanan jalan ditatap sekilas. Diaorang ni beli kete mahal mahal mampu, nak bayar parking berkira... karang polis saman  tahu pulak marah...aparaa. Taknak bayar parking simpan kete tu kat rumah. Selimutkan pastu datang keje, naik kenderaan awam. Habis cerita. Kaki terus dihayun ke hadapan. Mereka sudah hampir mendekati Menara Arena Kiara yang tersergam dihadapan. 


"amacam idea aku pasal initial baru kau tu. Orite tak?" Jane sambung aktiviti mengunyah. Bekas plastik sirap limau ditangan Teja seraya disedut dengan selamba. Teja sudah biasa dengan perangai Jane. Dibiarkan sahaja. 


"giler kau! Mahu aku kena seranah nanti dengan email beracun si itik tuh. Kau bukan tak kenal mulut anaconda dia tu. Aku tak suker aar dia kacau aku lagi. Nanti aku hilang sabar, dia terus jadi angsa jadian." Straw sudah dipulangkan semula ke tangan Teja. Disambung aktiviti menyedut sirap limau yang sudah tinggal suku bekas cawan ditangan. Jane ni minum macam kuda aar. Dah nak habis air aku ditelannya.


Ketawa Jane meletus. Cuba membayangkan situasi si itik seksi itu bertukar menjadi angsa...oouch, huduhnyer kau Jasmin Haifa ooi....hahaha.


Teja hela nafas perlahan. "aku cuba fikir initial lain laa, Jane." 


Mata terus memaku dan memandang ke wajah Teja. "Eh, apahal nak cari initial lain ni. Aku punyer laa berputar leher memulas otak cari initial spesel ni tau tak? Takder takder..." Kepala Jane laju menggeleng. " Sekarang ni kan si biskut lemak berkrim yang dah tawar tu dengan sadisnya rembat initial kau. Pastu, kau pulak dengan sedihnya kena cari initial lain yang tak sama dengan yang dia dah rembat kan. So, sekarang ni initial yang aku cadangkan tu memang lain hapa, beb. Tak sama laa. Takkan timbul konflik punyer macam yang si itik tu cakap kat kau kelmarin. Gerenti punya. Gempak tu initial baru ni. Perh..terbaek la, TJ."


"memanglah gempak, Jane. Aku pun suker...tapi macam tak best aar, Jane. Bunyi macam aku lagi berkuasa...berkuasa dua kali ganda dari dia kau tau tak. Giler kuasa tuh! Sah, biskut lemak berkrim tawar tu akan pancung kepala aku nanti. Mampus laa aku, Jane!"


Jane geleng kepala. "Ala, beb. Takdernye nak memancung-mancung. Hapa, dia ingat dia CEO dia besar sangat ker...poodah. Aku cakap kau idea aku tu memang oklah, TJ. Initial baru ni lagi perrh hapa dari yang dia dah rembat tu.  Dia guna TJ, kau guna TJ2. Beza kenn...tapi beza yang sangat menunjukkan kehebatan kau. Dah memang kalau ikutpun memang ada dua T hapa kat nama penuh kau tu. Dia nak query amende. Dah fact, nama kau ada dua T... so consider kau lagi berkuasa dari dia kenn. Pasal si itik tu... kalau dia banyak hal nanti, kita belasah jer dia. Aku suruh jer budak logistik pedajal dia. Kalau si biskut lemak berkrim yang dah tawar tu pun banyak cekadak, kita kenakan dia sama. Dia belum kenal kita ni sapa ek. Kita ni kan penjenayah teragung kat Kiara Arena Holdings nih. Eh, tapi aku macammana pun akan panggil kau TJ gak...itu ekslusif untuk aku aje...harap maklum. Sebarang email tidak akan direply okay."


Teja mencebik.  Straw disumbat semula ke bibir. 


"yelah kau tu. Karang kau nampak si biskut lemak berkrim yang dah tawar tu..sah kompas kepala kau berpusing. Mata kau automatik rabun.  Aku dah masak ngan perangai kau tuh la Jane."
  
Mata Jane terbuntang. Mulut sedikit ternganga. Tangan Teja ditepuk deras. Berkali-kali. Teja berkerut memandang. Apa kes di Jane ni. Kepala terangkat sedikit. Bertanya.


"TJ..TJ!..cepat, tu tu...biskut lemak berkrim tawar kat depan sana tuh!"


Biskut lemak berkrim tawar????? Mata spontan ternganga. 


"mana, mana... mana?" Straw di bibir spontan tertanggal dari paksinya. Mata dan kepala menerawang ke hadapan. Mencari-cari dalam kelompok manusia yang cukup ramai. Yelah, sekarang waktu makan tengahari. Para pekerja  dari tujuh bangunan sekeliling pastinya telah membuatkan kawasan ini menjadi sedikit sesak dan menyesakkan. Issy, mana ni si biskut lemak dah yang tawar tu. Aku dah la excited nak tengok dia. Si Jane cakap dia ada lesung pipit tu.  Lagilah aku teruja berganda-ganda. Aku ni kan obses ngan biskut lemak rangup yang ada lesung pipit. 


Mana dia? Tak nampak pun. Entah-entah si Jane ni rabun. Biskut lemak mana tah yang dia nampak, dia cakap si biskut lemak berkrim tawar tu. 


"mananyer, beb. Aku tak nampak pun. Kau ni tah tah biskut lemak mana yang kau nampak, kau kata dia." Kepala masih tertinjau-tinjau. Tidak nampak siapa yang betul-betul menarik perhatian dia. Biskut lemak lemau ramai la kan depan nih. Apa barang aku nak tengok biskut lemak lemau. Sungguh tidak bermagnet!


"Tu ha laa..yang ikat rambut tu la dia, Teja. Yang pakai kemeja berjalur tu. Nampak tak beb?"


Ikat rambut? Perh, biskut lemak berkrim tawar tu ikat rambut..macho giler tu! Isy tak boleh jadi ni. Macam tau tau jer aku suke biskut lemak berkrim yang ikat rambut. Mesti tengok! Rugi rugi kalau tak tengok. Wei, tepilah! Sibuk jer biskut-biskut lemak lemau semua nih! Mata terus melilau pantas. Apasal pulak ramai sangat biskut lemak lemau yang pakai kemeja berjalur hari ini. Isy korang semua ni, cuba la pakai baju corak lain hari ni. Kan dah menyusahkan mata aku mencari sasaran.


Teja jongket kaki. Melompat-lompat kecil. Alah, tak nampak la. Nyibuk jer diorang ni semua. Tepilah ooi, orang nak tengok biskut lemak berkrim tawar ni! Tangan tiba-tiba ditarik Jane ke hadapan. Habis bahu-bahu beberapa orang di hadapan mereka dirempuh dengan selamba oleh Jane. Langsung tidak diendahkan rungutan dan suara-suara yang tidak puas hati dengan gelagat mereka berdua. Ada segelintir yang melontar jelingan pada mereka berdua. Teja membalas jelingan. Ekeleh, apa jeling-jeling!  Kita orang nak tengok biskut lemak berkrim tawar kat depan sana laa. Korang tuh yang mengganggu lalulintas hokay! 


"cepatlah jalan, TJ. Karang terlepas pulak nak tengok dia. Kau jugak yang meroyan nanti." Isy penapis teh tarik tol perempuan nih! Ayat tak bersopan sungguh. Cover lah sikit Jane Jenab ooi..


Jane melepaskan nafas. Bibir dimuncungkan. Teja melilau memandang ke arah jalan.


"mana beb? mana biskut lemak berkrim tuh? mana dia!"


"dah hilang...wassalam." Perlahan suara terlontar. Bekas sirap limau ditangan Teja yang masih tersisa ditarik. Disumbatkan straw ke dalam mulut dengan rakus. 


"alaa, beb. Melepas aku nak tengok biskut lemak berkrim tawar yang ada lesung pipit tu. Dah la dia ikat rambut hari ni pulak tu. Isy rugi, rugi, Jane." Teja kepal tapak tangan kanan lalu dihentam pada permukaan tapak tangan kiri. Jane angkat bahu. Lengan Teja dikuis perlahan. Kepala digoyangkan sedikit. "Jom aar balik, TJ. Nanti nanti kau dapatlah tengok gak si biskut lemak berkrim yang dah tawar tuh. Jangan kau ngigau malam ni sudahlah."


TJ mencebik. Apa barang nak ngigau pasal biskut lemak berkrim tawar tuh, rupa pun tak tau macammana..takkan aku nak gambarkan biskut lemak kut dalam mimpi...ciss!


* * * * * * *
Jane lambai tangan pad Teja. Kedua-duanya kemudian berpecah di kawasan parkir. Jane menghala pada kancilnya yang terparkir di blok B. Teja hala langkah kasut kungfu hitamnya ke arah kawasan parkir motosikal di blok A. Beg sandang yang melintang di tubuh dipegang erat. Tangan kiri yang menjinjing beg plastik merah samar berisi bekas plastik empat segi yang sudah kosong. Bekas yang diisi kuih-kuih yang ditempah oleh kak Zie pagi tadi.


Kunci disorong ke punatnya. Bekas hitam dibelakang motor dibuka. Beg plastik merah samar ditangan dipindahkan kedalam bekas hitam lalu ditutup. Helmet Jerman disarungkan pada kepala yang berbalut tudung bawal warna biru langit. Handle motor diputar.


"pinnnnnnnn!!!"


Oit. Hapa main pinn pinn ni haa. Mangkuk plastik punyer umat. Teja urut dada. Kepala yang bersarung helmet dipusingkan ke belakang. Mencari arah datangnya bunyi yang mengejutkan dirinya tadi.


Mata ternganga. Mulut juga. Objek yang sedang berlabuh dihadapannya saat ini benar-benar membuatkan mata dan mulut bagai terkaku...terpukau dengan keindahan yang sedang terbentang didepan mata!


Perrh..Ducati tuh! Fuyoo..classic punyer cutting ler...cun giler aar. Waa...terpesonanyer aku. Wahai Ducati siapa la gerangan tuan kau ek. Teja tanggal helmet Jerman dikepala perlahan-lahan. Kepala disengetkan sedikit ke kiri dan kanan. Cuba meneka susuk tubuh yang sedang takzim duduk di pelantar perut Ducati sport classic. Kepala yang berbalut helmet serba hitam itu membuatkan Teja terus berteka-teki. Eh, siapa pulak biskut lemak yang bawak Ducati ni ek. Aku kenal dia ker yang siap pinn pinn aku bagai nih. Isy, bahaya ni..mana tau kut kut dia nih beruang tanah ker kenn. Teja, sila siap sedia. Pegang helmet kuat kuat....cepat!


Kaki takzim berdiri disebelah Kriss dengan helmet yang tergenggam erat di tangan. Susuk tubuh serba hitam dihadapan terus ditatap tidak berkelip. Saat tangan dihadapan bergerak ke atas mahu menanggalkan helmet bercermin gelap itu, genggaman erat helmet Jerman ditangan diperkemaskan. Bersiapa siaga untuk sebarang kemungkinan.


Bibir itu mengukir senyum. Terserlah sepasang lesung pipit yang menghiasi di pipi kanan dan kiri. Teja terkesima seketika sebelum deheman itu mengejutkannya dari lamunan. Issy kau ni Teja, di saat genting dan cemas pun kau sempat lagi berangan ek. Teja urut dada seraya menarik nafas lega. Biskut lemak bergula ni rupanyer. Kepala menggeleng laju. Sib baik betul dia..tidak tadi, sah aku jadi penjenayah. Melakukan jenayah berat. Membunuh biskut lemak pulak tuh..ciss, ngeri betul!


"laaa, awak rupanyer. Sib baik betul. Tidak tadi, wassalam awak kat sini tau.Innalillah.."


"why?"


 Huh, lagi mahu tanya dia nih. Apa punyer lembab!


"Yang awak tuh berselubung hitam semua tu wat aper. Nak jadi ninja..ker kesatria hitam. Dah tu sergah orang dengan pinn pinn awak tuh. Saya punyalah bersiap sedia nak rembat helmet Jerman saya nih haa kat awak tadi tau. Mana tau kenn. Kut kut penyamun ker, penyangak ker..perogol bersiri ker. Fuh, ngeri giler tuh!"


Pecah ketawa. Nyaring. Bergema di laman parkir. Wajah mulus dihadapan ditatap.


"you ni kelakar lah, Teja."


Teja mencebik. Banyak la kau punyer kelakar. Sib baik kau tak out tadi. Helmet ditangan kembali dibaw atas kepala. Disarungkan. Langkah dibawa mengundur. Kriss didekati. Enjin dihidupkan. Diputar pemegang beberapa kali. 


"saya gerak dulu laa. dah lambat nih. Nak singgah kedai beli barang nak buat kuih lagi."


"buat kuih?"


"ye, kuih untuk jualan. Saya ni jual kuih."


" Awak jual kuih, Teja?"


Kepala Teja yang bersarung helmet laju mengangguk.


"biasalah, Man. Nak hidup kat KL ni kena la cari banyak lubang rezeki. Nak harapkan gaji jer mana cukup. Kat sini saya kan kerani jer. Mana la cukup nak tampung semua belanja."


Kepala Man mengangguk. Senyum kecil terhias di bibir. Kagum. 


"hmmm....awak hantar kuih-kuih awak kat mana?"


"Kat restoran dekat flat saya tinggal tuh. Kalau ada tempahan dari orang masjid...tapi memang selalu pun orang masjid tempah. Kat office ni pun...memang hari-hari saya kena hantar kuih. Kan selalu ada mesyuarat dan training kat sini."


"ooo..kuih yang saya makan hari tu awak yang buat ye."


"hari tu? Bila?" Dahi Teja berkerut.


"err..jamuan dengan boss baru."


"oooo, yang tuh..tuh mesti kuih yang kak Zie tempah untuk majlis jamuan tengahari dengan pemangku CEO baru tu kenn. Awak pergi ker jumpa boss baru kita tu."


"err..tak. Saya hantar dokumen. Uncle Taslim tinggalkan untuk saya."


Teja angguk. "Saya pun. Ada hal tengahari tu." 


Hmmm..patutlah tak nampak dia! Nasib baik...


Tubuh bersarung kurung biru berbunga coklat itu memanjat tubuh Kriss.  Dibetulkan duduknya.  Wajah disebelah yang masih takzim duduk di perut Ducati dipandang sekilas.


"saya gerak dulu, Man. Assalamualaikum. Awak jangan lelama kat sini sorang-sorang pulak. Mana tau kenn. Bangunan kenn selalunyer ada penghuni-penghuni misteri yang kita tak nampak dengan mata kasar. Karang dia syok kat awak, naya jer. Kalau awak syok kat saya takper..hahahaha."


Salam disambut perlahan. Senyum di bibir makin mekar. Kepala menggeleng perlahan. Kriss yang meluncur laju dihadapan terus ditatap. Ada rasa yang sukar diterjemahkan sedang terlukis dikanvas hati.

6 comments:

hani said...

best....teja blum tau ye "man" tu sapa...hahaha lawak btul lah teja nie

mizz acu said...

Iskh teja2.. Bagus betoii! Lnsg Xpikir kona2.. Kot la nak teringat pasal despatch tu kan sm rmbt pnjg jugak.. :P
Xsabo nak tggu apa nak jd pas teja tau nnti..mst rasa marah sbb ditipu kan :P

zm said...

auuu sangaz best. tq awak

zue said...

mmg best ahh citer nih.
keep it up kucc. :D

aqilah said...

suka and followwwwwwwwwwwwwwwwww

My said...

Teja lawak tul....best novel ni...thanks Kucc :)

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...