Thursday, May 24, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 2


Bab 2
"TJ!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Teja urut dada berkali-kali seraya kepala menggeleng laju. Jane Jenab ni kan, isy. Mau tertanggal jantung aku, sib baiklah aku ni sihat walafiat...tidak mahu berangkat aku dalam van bersuara yang ada lampu merah berputar kat tengah-tengah tuh. Speaker udahlah ngalahkan siren keretapi arang batu. Teja melepaskan nafas perlahan. Wajahnya yang masih berbekas bintik-bintik peluh kesan panahan mentari disapu dengan tapak tangan. Helmet yang dikepit pada lengan diletakkan di tepi sudut meja. Beg plastik merah jambu pekat yang didalamnya terisi dua bekas plastik jernih empat segi diletakkan di tengah meja. Mata dihalakan pada si pelantun suara nyaring umpama zink dipotong. Cuba bayangkan bunyi saat-saat zink dipotong kan..fuhh, ngeri giler bunyi dia! 


"TJ,kau pergi mana?!!! Puas aku cari kau tadi tau. Merata tempat aku cari kau. Kau pergi mana nih beb...aku ada benda nak cakap ni...cite best ni." Suara zink dipotong itu terlantun sekali lagi. Kali ini darjah kenyaringannya sudah turun satu tangga tapi tetap bergegar yang menghasilkan getaran gelombang bunyi yang cukup bergema di gegendang. Aku debik dia ni kang! Orang tak pekak la. Wajah itu jelas mempamerkan sengihan tidak bersalah. 


"TJ..kau gi mana sebenarnya ni,beb. Muka merah macam buah delima kena jemur..siap berpeluh-peluh lagi. Jogging hapa kau nih." Jane bertanya lagi. Tidak sabar bila pertanyaan awalnya masih tidak dijawab oleh Teja.


 Teja jeling kecil memandang Jane disebelah."Jogging amende tengahari buta nih. Giler hilang akal apa kau ingat aku ni ke, Jane." Jane rapatkan kedua-dua tapak tangan lalu meletakkan ke dada. Isyarat meminta maaf. Kemudian dengan selamba pulak dilabuhkan bumper dia yang bersaiz M tu disudut tepi meja Teja. Jari-jemari Jane dilihat sedang menekan sesuatu pada gadjet yang berada di tangan. Teja lihat bibir itu mengukir senyum meleret. Sah bermukabuku laa tuh, isy! 


"dah tu kau gi mana?" Jane sengih terus. Kakinya yang telanjang dari paras bawah lutut ke buku lali itu terjuntai dihayun ke kiri dan kanan. Jari jemari tadi yang asik menekan-nekan blackberry ditangan terhenti. Wajah Teja yang juga teman paling akrabnya merangkap partner in crime didalam pejabat ini ditatap. Wajah mulus tidak tercalit sebarang warna dilihat sedang asyik memandang ke arah "in tray" dihadapan. Isy, perempuan ni, orang tanya dia, dia boleh buat muka pau goreng pulak.


"aku gi sekolah adik-adik aku. Ambik kad laporan. Kan exam dah habis." Jane angguk kepala. Tahu dengan tanggungjawab Teja sebagai ketua keluarga selepas bapanya kemalangan beberapa tahun dahulu lalu lumpuh dan terpaksa berkerusi roda. Segalanya kini terpikul dibahu Teja. Dan kerana itu Jane tahu Teja sangat berusaha pelbagai cara menambah pendapatan. Mujur kak Zie, ketua jabatan perhubungan awam membuka peluang pada Teja membekalkan kuih-muih untuk setiap acara dan mesyuarat di sini. Kak Zie jugalah yang menguruskan pembayaran pendahuluan pada Teja. Jane sendiri yang berjumpa kak Zie tanpa pengetahuan Teja berkenaan hal ini. Jane tahu kesukaran Teja memenuhi tempahan tanpa bayaran pendahuluan. Dan rezeki itu tidak pernah putus. Saban hari pasti ada sahaja tempahan buat Teja. Sebagai sahabat akrab, hanya itu yang mampu dia lakukan. Mahu menghulurkan bantuan wang ringgit, Teja tidak sesekali menerima. Katanya dia masih boleh berusaha. 


"Wei...tadi kata ada benda nak cakap..ni kau senyap pulak. Aparaa kau ni, Jane. Mimpi ler tu." Sergahan perlahan Teja buat lamunan Jane pecah di udara. Mata seraya dihala pada Teja yang mengemaskan kedudukan tudung dikepala yang sedikit berserabut kesan helmet yang ditanggalkan tadi.

"Ok..." Jane  hela nafas perlahan. Wajah Teja ditatap.  "beb..kau dengar ni aku nak cite. Sila tumpukan perhatian mata dan telinga kau pada aku kejap boleh tak?" Jane menyilangkan kaki kanannya diatas kaki kiri. Mata tepat dihalakan pada wajah Teja yang tidak langsung menoleh padanya. Tubuh kurus Teja dilihat sedang melabuhkan duduk pada perut kerusi merah beroda empat dihadapannya. Isy TJ ni, kita tengah nak cite baek punya benda kat dia, dia boleh buat tak layan. Ni boleh mendatangkan marah! 

"cite amende ni beb. Macam iye iye jer bunyinya. Apa kes? Kau gaduh lagi dengan si Mike  lagi ke." Teja tekan suis desktop DELL. Tubuh yang berbalut kurung kapas warna kuning air berbunga halus itu dilabuhkan duduknya pada kerusi merah beroda empat. Tangan pantas mencapai helaian kertas-kertas yang berada di dalam bekas kayu tertera perkataan "in-tray" di tengahnya. Dikeluarkan semuanya lalu diletakkan di atas meja. Pen mata bola berwarna biru yang berada didalam bekas plastik bulat ditepi DELL dicapai. Ditandakan sesuatu pada kertas dihadapan. Mata menghala ke arah skrin DELL.


Jane buat aksi hendak muntah. "boleh tak kau jangan masukkan nama makhluk sekor tu dalam cite kita ni, TJ. Aku alergik la dengar nama dia."


Teja tekan sesuatu di papan kekunci. Mata tunak memandang ke skrin empat segi dihadapan. Ditoleh memandang wajah Jane yang masih takzim duduk disudut mejanya. "dah tu, cite amende kalau bukan cite korang berdua yang hari-hari tak cukup mulut kalau bertekak." Pen di tangan diputar-putar sambil mata memandang tunak ke skrin. Kalkulator di sebelah DELL dicapai. Jari mula menari di perut kalkulator.

" TJ, cite yang aku nak cakap kat kau ni bukan pasal mamat biskut lemak yang dah luput tarikh tu, beb. Cite pasal dia nak buat apa. Bukan mendatangkan faedah dan manafaat. Buang air liur adalah." Teja gelak halus. Jane Jane, kalau si Mike tau ni sah perang lagi. Jari terus menari di perut kalkulator lalu dicatatkan sessuatu pada helaian kertas di hadapan. 


"dah tu cite apa yang kau nak cakapkan ni." Mata kembali dibawa pada skrin dihadapan. Ditundukkan wajah pada helaian kertas yang terbentang di meja. Kepala mengangguk. Ditoleh sekilas memandang wajah disebelah yang masih takzim duduk si sudut meja.


Wajah dan mata Jane dilihat bercahaya. Ada seulas senyum meleret penuh bermakna yang cukup difahami maksudnya oleh Teja sedang terukir di bibir mungil Jane yang bercat merah lembut. Sah, cite pasal biskut lemak lagi laa ni. Isy, perempuan ni cubalah insaf sikit. Tak sudah-sudah, asik biskut lemak..biskut lemak..biskut lemak. Tapi cite tentang biskut lemak memang tidak mampu dihindari oleh mereka berdua. Macam medan magnet..hahaha


"Kau tau tak TJ...ada biskut lemak baru masuk dalam office kita pagi tadi." Kan aku dah kata!


"biskut lemak baru? Rangup?" Teja angkat kening seraya menoleh pada Jane. Tangan yang menari di papan kekunci terhenti serta-merta.


Jane turut angkat kening sambil mempamerkan sengihan lebar. "200% rangup..plus memang sudah diaudit dan disahkan lemak berkrim beb. "  Kedua-dua ibu jari ditegakkan sambil mengenyitkan mata.


Entah iye tah tidak laa tu. Si Jane ni bukan boleh harap sangat. "alah..kau tu Jane, semua biskut lemak baru yang kau jumpa kau cakap rangup...lemak berkrim. Tapi bila aku tengok, hancur!. Biskut lemak yang dah lemau seminggu kena cecah ngan air dari aisbox pun kau kata rangup. Takde taste kau tuh. Entah-entah yang ni pun sama..lemau!" Teja mencebik. Mata memandang kembali skrin empat segi dihadapan. Jari-jemari pantas menari di lantai papan kekunci. 


Jane geleng kepala. Menidakkan kata-kata Teja."Terbaek dari oven punyer biskut lemak kali ni wei. Biskut lemak ni memang sungguh-sungguh perrhhhh. Aku tak tipu punya. Bukan spesies biskut lemak timbang kilo, biskut lemak dalam tin, biskut lemak dalam pembalut plastik berwarna dan biskut-biskut lemak yang sewaktu dengannya. Biskut lemak ni lain dari yang lain."


Teja dekat wajah ke arah Jane. "apa yang lainnya."


Jane menundukkan tubuh seraya mendekatkan bibir ke telinga Teja."Untuk pengetahuan cik TJ, biskut lemak baru ni duduk dalam bilik kaca kat tingkat 25 tu." Kening Jane terangkat lagi dengan kepala yang terangguk-angguk. 


Teja garu pelipis. Duduk dalam bilik kaca tingkat 25? Sapa pulak. Takkan Tan Sri kut. Isy, tu bukan biskut lemak..tu biskut putu kacang. Keras. Baling kat dinding pun belum tentu pecah! Rabun apa si Jane ni. Biskut lemak dengan biskut putu kacang pun dah tak boleh beza. Mangkuk betul!


"Dan aku cakap kau biskut lemak baru ni memang confirmed rangup, TJ. Aku tertegun tengok dia masa lunch tadi. Tak berkelip bijik mata aku ni, beb. Aku rasa kan nak picit-picit pipi dia yang putih tu. Ada dimple lagi beb. Cuba lah kau bayangkan biskut lemak ni ada dimple..kiri kanan tu. Perrh..giler sweet. Ahhhhhhhh..i'm in love!" Jane tekan kedua-dua tapak tangan didada sambil mata terpejam. Teja geleng kepala. Sah gila si Jane Jenab nih.


"kan ke yang duduk dalam bilik kaca tingkat 25 tu Tan Sri. Kau ni mata dah nazak hapa, Jane. Tu kau cakap biskut lemak rangup dan berkrim? Aku rasa kau kena gi check dua bijik mata kau tu tau Jane." Tangan mencapai fail hitam dibawah meja. Teja masukkkan kertas yang sudah siap disemak dan direkodkan maklumatnya dalam pengkalan data ke dalam fail.


Jane tepuk dahi. Kepala menggeleng. "beb, bukan Tan Sri laa. Itu, aku pun tak tahu nak masukkan kategori mana. Ni anak dia laa. Kan ada email kelmarin cakap pemangku CEO akan masuk hari ni.. haa biskut lemak ni la orangnyer. Perrhhh...muka handsome dia buat aku macam nak tergolek jer tadi. Rugilah kau takde tadi masa sesi makan tengahari bersama pemangku CEO. Aku kerat jari lah kalau kau pun tak rasa macam yang aku rasa."


"ala..kau tu selalu jer melebih-lebih. Bukannya aku tak kenal kau tu, Jane."


"Kalau kau tak percaya jom kita skodeng dia, beb. Kejap lagi dalam kul 3 ke 3.30 mesti itik seksi tu turun gi beli kopi omputih dia kat setarbak seberang jalan tu. Haa..masa tu kita pecut laa gi tingkat 25 cepat-cepat pastu tinjau biskut lemak baru tu kat bilik kaca dia. Ok tak plan aku ni." 


"Ok amende. Tu nak menjerut leher sendiri namanya. Gila kau! Buatnya tertangkap mampus kita. Kau lupa ke, itik seksi tu ada si Nina; assistant dia. Buat si Nina tu report kat itik sekor tu...memang naya kita."


"ala. rugi la kau beb. Tak boleh kau tengok biskut lemak nama Thaqif Jazman tuh. Biskut lemak yang sungguh rangup, lemak manis dan berkrim yang pernah aku jumpa seumur hidup aku."


Teja renung wajah Jane yang tersengih. "apa nama dia?"


Sengihan Jane sudah melarat menjadi senyuman lebar yang meleret. "Thaqif Jazman. Dia kata masa sesi makan tengahari bersama semua staff tadi kita semua pun boleh panggil dia encik Qif sahaja..alahai seksi dan romantik la nama dia..Qif..Qif..encik Qif yang berlesung pipit seksi pulak tu..aduhai, i'm really really love laa, TJ. Ahhhhhhhh!" Kedua-dua tapak tangan Jane disilangkan ke dada lagi lalu ditekan perlahan.


Teja geleng kepala. Sewel betul! Sah mimpi biskut lemak malam nanti si Jane nih. Selamatkan kawan aku ni ya Allah dari ditimpa perasaan gila bayang kat biskut lemak lagi. Thaqif Jazman..perrh, nama biskut lemak ni boleh tahan menggegarkan sukma laa. Jari telunjuk di ketuk pada dagu. Encik Qif..encik Qif...Qif..Qif...ha'a laa betul kata Jane, bunyi memang seksi...romantik pun ada. Biskut lemak berlesung pipit kiri dan kanan. Memang muahhh. Macam Man pagi tadi gak. Hei, apsal pulak hari ni ada dua biskut lemak baru yang sama-sama berlesung pipit ek. Pakat nak menggugat keimanan aku hapa. Tapi aku memang suka hapa tengok biskut lemak berkrim dan rangup yang ada lesung pipit...seksi sungguh bila dia senyum dan ketawa...hikhik.


Eh Teja..apa kes miang tetiba ni! 


Miang? Cakap pasal biskut lemak pun masuk kategori miang ke...aparaa...

4 comments:

mizz acu said...

Biskut lemak? Ekekekekekee.. Ai like ;)

aqilah said...

suka sangat!!!!!!!!
followwwwwwwwwwwwwwwww

diari neesa said...

biskut lemak???sound interesting...1st time dgr gelaran ni..hehe

zue said...

nice yummy biskut lemak.
nak lagi pls.... :D

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...