Saturday, May 26, 2012

Mr Sirap Bandung -Bab 3


Bab 3
" Aku tak nak. Titik." Wajah cantik Jasmin Haifa yang putih gebu ditentang berani. Jasmin yang dahulunya merupakan setiausaha kepada CEO; Tan Sri Tajuddin sebelum big boss mereka itu mengambil keputusan mengundur diri buat sementara waktu kerana masalah kesihatan. Tempatnya yang kemudian diambilalih oleh anaknya si biskut lemak berkrim rangup yang berlesung pipit. Teja tidak pernah lihat si biskut lemak berkrim itu. Dia hanya berpandukan kata-kata terlebih senduk si Jane. Biasalah perempuan tu. Kalau pasal biskut lemak, mata dia memang automatik akan menjadi rabun warna. Yang lemau lembik pun boleh jadi rangup mengalahkan kerepek kentang Jack n Jill!


Sepasang mata galak Jasmin yang tajam menikam pandangan langsung tidak diendahkan. Eleh, ingat orang takut ke ngan mata dia yang macam burung pungguk tak tidur seminggu tuh..malam sikit ye! Mereka berdua masih berbalas pandangan dan renungan. Setiausaha kepada pemangku CEO ini yang dia dan Jane menggelarnya itik seksi disebabkan gaya berpakaian dan lenggang jalannya yang akan membuatkan setiap bijik mata yang melihat rasa macam dikorek keluar. Jasmin Haifa yang tiba-tiba sahaja muncul di depan mengetuk cermin bilik stornya ini kala dia sedang sibuk mencangkung memeriksa stok peralatan stationaries yang baru dihantar kepadanya oleh bahagian pentadbiran. Malas sungguh rasanya Teja mahu berdepan dengan umat yang sekor ini. Sudahlah datang tidak memberi salam sesama islam atau sekurangnya salam omputih ke, takper la jugak kan.. ini tidak boleh pulak dia dengan lagaknya yang terlebih mangkuk itu meluru masuk ke dalam bilik stor ini lalu dengan angkuhnya pulak melemparkan sehelai kertas yang berupa cetakan email yang dihantar kepadanya. Kertas yang melayang lalu terjunam di lantai berkarpet  biru tua berjalur-jalur itu dikutip perlahan. Dibawa ke depan muka. Tubuh ditegakkan perlahan-lahan. Mata memandang sekilas pada Jasmin yang tegak berdiri di hadapan sedang mencebik sambil tangan bersilang di dada. Eei dia ni suke benar mencebik kat orang tau, nak jer aku gantung bibir kau yang dah macam memerang tercekik roti tu kat besi penyangkut belakang pintu...baru padannya muka kau Jasmin!


Teja maklum akan email tersebut yang sudah dilihatnya dan dibacanya awal pagi tadi. Email dihantar oleh Jabatan Sumber Manusia  yang memaklumkan kepadanya tentang perkara berkenaan serta memberikan salinan email tersebut pada pihak yang berkenaan. Pihak berkenaan yang dimaksudkan itu adalah si itik yang sedang terpacak didepan matanya sekarang ini. Email yang jelas tiada kompromi. Dengan maksud lain yang cuba disampaikan oleh email itu adalah begini "Cik Tun Teja, kau siapa nak kata tidak. Dia BiG BOSS office ni..kau tu kuli darjah terendah. Kalau tak puashati, boleh hantar surat cinta pada kami. Tapak tangan kami siap sedia dan terbuka selebar-lebarnya menanti warkah cinta dari cik Tun Teja."


"apa kau cakap? Ulang. Aku tak berapa nak dengar."


Mata bulat Teja merenung bersahaja pada wajah yang sedang penuh beremosi di hadapan. Segala yang bergumpal dalam lamunan pecah berderai. Isy, si itik ni, melebih-lebih laa pulak. Siapa yang sebenarnya beria-ia nakkan initial aku tu. Si biskut lemak berkrim rangup yang berlesung pipit tu ker atau si itik gedik ni. 


"hey, kau tak dengar ke aku tanya haa.." Dengusan keras Jasmin buat mata Teja tambah bulat. Memang nak makan pelempang sulung aku karang si itik gedik nih. Apa kes nak memekik kat sini. Pergilah memekik kat bumbung bangunan ni. Suara dah la picthing putus...


"gegendang telinga kau ada masalah ker? Nak aku pekikkan kat telinga kau sekarang. No hal. Aku part jerit memekiknya memang pro. Meh sini hulur telinga kau..."


"hey budak stor..kau jangan nak kurang ajar ye. Ingat sikit kau tu siapa. Setakat kerani cabuk dalam bilik stor yang sempit ni jangan nak berlagak...huh!"


Teja lepaskan nafas. Kesepuluh jari-jemari dilentur-lenturkan didepan Jasmin. Bunyi derapan jari yang dilenturkan sengaja dihalakan ke depan wajah cantik dihadapan. Diramas-ramas keras kesemua jari-jemari. Dilihat Jasmin mengundur langkah sedikit kebelakang. Bibir mengukir senyum sinis. Tu baru aku bagi hint dengan aksi memanaskan jari-jemari. Belum lagi aku genggam dan kepal buku lima aku ni..mau kau terduduk kat lantai nanti..hahaha.


"kau bukak lubang telinga kau tu besar-besar. Aku takkan ulang lagi jawapan aku. A-K-U...T-A-K..N-A-K!!! Faham?"


Jasmin mendengus kuat. Gigi diketap. Tangan dicekakkan pada pinggang rampingnya yang berbalut tee putih sendat yang luarnya dibalut jaket Padini hitam dengan butang sengaja tidak dikancingkan."NO! You've no choice...You've to change it. If not, it will create a conflict. People confuse who is who. Can't you see that?  Kau ni ada otak ke tidak..dasar lembab! tak faham ker isi email tu. Ker, kau memang nak melawan BIG BOSS!...ingat sikit....dia siapa, kau tu siapa!" Jasmin mencebik.

Konflik kepala lutut kau la. Wah sedap jer kata aku lembab ye..ingat aku bangang ke tak faham bahasa omputih yang HR tulis dalam email tu, aku ni lulus english SPM tau!

"Aku dah guna initial tuh sejak mula-mula keje dulu. Bertahun dah pun. Semua orang kat office ni dah tau itu initial aku. Tak pulak ada konflik. Takder..takder.." Teja geleng kepala. "Suruh jer boss kau tu guna initial lain. Banyak tu huruf dari A to Z kalau kau tolak T dengan J. Apa susah. Kau tu jer yang tak kreatif. Baik aku jer yang jadi sekretari dia. Aku boleh bagi dia macam-macam pilihan initial..tanpa menyusahkan orang lain."

Dada Jasmin berombak. Turun naik nafas menahan rasa dengan lontaran balas dari Teja yang langsung tidak mengendahkan kata-katanya. Rasa mahu sahaja dia memaki hamun kerani penjaga stor stationaries yang sejak dahulu seringkali sahaja suka melawan arahan daripadanya. Seringkali hujahnya dipatahkan Teja yang membuatkan dia dalam diam amat membenci dan mendendami gadis berwajah putih mulus ini. Dan setiap kali terserempak dengan gadis yang sering berbaju kurung kapas dan berkasut hitam buruk ini, hatinya akan meluap dengan rasa menyampah yang menggunung. Sudahlah miskin jual kuih, tak sedar diri pulak tu..berlagak!

Teja tayang muka selamba. Eleh ingat aku takut tengok dada kau berombak ker haa. Tak ada maknanyer ombak kau yang tak tinggi mana tu. Tak boleh mencetuskan Tsunami pun!

"Eh Teja. Kau ni suka menjawab kan. Sengaja  buat keras kepala. Suka buat hal. Hei, For your information, ini arahan dari Jabatan Sumber Manusia! so,jangan nak banyak soal pulak. Kau tu sapa, cuma kerani stor alat tulis jer...sedar diri sikit okey! jangan nak berlagak macam kau tu director pulak. Listen, with immediate effect, the initial of TJ will be carried by Mr Thaqif Jazman for official matters used of Kiara Arena Holdings. Full stop. No further objection. So kau tolong cari initial baharu. Tak kisahlah apa-apa intial pun..TIKUS pun okay...sesuai sangat dengan kau kan...Jasmin mencebik seraya tersenyum sinis dan terus berlalu dengan melenggangkan langkahnya. Sengaja di lenggukkan langkahnya untuk menyakitkan hati Teja yang dia tahu masih terus memandang kearahnya. Ketawa bergema dalam hati. Puas kerana dapat mengenakan dan membuatkan bibit amarah menggunung di hati gadis yang amat dibencinya itu.

Eh itik ni, kurang ajar la pulak. Sungguh nak makan pelempang aku hapa. Teja ketap bibir. Lenggang Jasmin yang sudah mendekati pintu keluar ditatap lagi. Ingat cantik sangat dia punya lenggang tu. Macam angsa patah kepala lutut jer..Huh!

Dihempaskan tubuh ke perut kerusi. Nafas yang bergulung turun naik menggegarkan dinding jantung. Dasar aparteid betul! Mementang dia big boss, berlesung pipit dan berkulit lagi cerah daripada aku macam yang si Jane cakap tu sesenang jer ek korang nak menidakkan hak aku sebagai pekerja..eeei, ada jer yang kena baling dengan helmet Jerman aku ni karang!

Jane tenung Teja yang sedang ganas mengadap ais kacang yang baru dibawanya sebentar tadi. Ais kacang itu pemberian si Boy, despatch yang ditemuinya di dalam perut lif sewaktu mahu kesini tadi. Kata Boy, Teja yang memesan dibelikan ais kacang ni daripadanya pagi tadi. Wajah tidak berkutik Teja dia maklum sangat maknanya. Jane nampak kolam air panas yang sedang mengelegak di wajah mulus Teja. Maknanya cik kak ni sedang dilanda amukan amarah darjah tertinggi! 

"cool la beb."

Wajahnya yang menunduk ditegakkan memandang Jane yang duduk mengadapnya dari tadi. 


"aku nampak tak cool ke. Aku kan sedang menikmati ais kacang paling power di KL...sejuk tu kan. Bukannya aku sedang mengadap sup tulang berempah Mydin yang keluar asap kat telinga...aparaa kau, Jane."

Isy dia ni...ada je jawabnya. Coverline baek punyer kunun,ciss. Tadi sewaktu mahu masuk ke sini dia berselisih dengan si itik seksi yang tajam menjeling padanya sebelum tenggelam didalam perut lif. Eei, mahu sahaja aku korek mata minah berlagak itu. Jane dapat mengagak si itik seksi lagi gedik itu pastinya baru keluar dari bilik stor Teja. Entah apa lagi benda yang dibuatnya. Ada sahaja hal yang sengaja dicetuskan untuk mencipta pergaduhan dengan Teja yang kemudian akan diadukan pada ketua bahagian pentadbiran. Sudahnya Teja juga yang akan diberikan syarahan oleh encik Mahfuz yang sememangnya semua tahu si tua keladi yang tak pencen-pencen sifat miangnya dari muda. Bila dia melangkah masuk tadi menjinjing plastik ais kacang yang diberikan si Boy, Teja dilihat sedang mencangkung menyusun stok-stok fail hitam dan folder plastik pelbagai warna. Bila dihulurkan ais kacang, senyum di bibir tidak bercalit warna tapi tetap merah warnanya tersenyum lebar. 


"apahal si itik tu datang ke sini tadi?" Teja dilihat memandang sekilas sebelum mencebik kecil. "biasalah. Macam kau tak kenal minah gedik tu."


"apa kes pulak kali nih."


"boss dia merangkap big boss kita yang juga tuan punya syarikat tempat kita bekerja ni akan guna initial aku berkuatkuasa serta-merta. Aku kena tukar initial lain. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. Titik."


"giler punya Hitler tuh. Santan kelapa sawit betul biskut lemak berkrim tuh."


"biasalah Jane. Kita orang kerdil. Macam tulah."


"kau tak lawan? Eh, mana darah srikandi kau tuh. Apa barang undur sebelum bertarung."


"kau nak aku lawan si biskut lemak berkrim rangup kau yang berlesung pipit tuh?"


"eh, kita ada hak sebagai pekerja hapa. Jom kita gi lanyak si biskut lemak berkrim tuh. Biar dia terus jadi serbuk biskut..lepas tu boleh aku bagi ikan puyu aku makan. Wah, baru beberapa hari jadi pemangku CEO dah tunjuk belang harimau jadian dia. Dasar biskut lemak lemau betul. Nyesal aku syok kat dia..ciss, bedebah punyer biskut lemak!"


"taknak la aku jadi penjenayah...membunuh tuh! Kita ni dah la memang dicop pengganas kat sini. Kau nak tambah satu lagi gelaran wat kita berdua ker."

"so.." Kembali ditatap wajah Teja yang masih rancak menikmati ais kacang yang hampir susut dari bekasnya.

"so apanyer. Sotong?"

"Isy kau ni. Initial baharu kau. Dah dapat?"

"ntah. Malas aku nak fikir. Biar aku menikmati kelazatan ais kacang tersedap di KL ni dulu. Mana tau ada ilham melintas dalam mangkuk ais kacang ni ke."

"aku ada idea." Jane sengih. Kening diangkat memandang Teja yang berkerut dahi.

"baek punyer?.." Teja teruja.


Jane terus tayang sengih. Idea nakal sedang menari di minda.


* * * * * * *
Alahai hujan lebat la pulak...


Teja menekan laju motor Kriss lalu diberhentikan ke bawah jejambat dihadapan. Kelihatan beberapa penunggang motosikal sepertinya turut sedang berhenti disitu. Tumpang berteduh sementara hujan reda. Lumrah alam buat penunggang motosikal sepertinya. Teja parkir Krissnya dibelakang Yamaha Suzuki. Helmet seraya ditanggalkan. Mata memandang jalanraya dihadapan. Hujan terus menggila. Ditoleh memandang jam bertali hitam yang sudah lusuh dipergelangan kanan. Tapak tangan kiri meraup wajah. Minda menerawang ke rumah. Teringatkan abah dan dua adiknya yang pasti sedang menanti kepulangannya. Hari ini pasti dia akan lewat sampai ke rumah. Melihat keadaan hujan yang terus mencurah, Teja tidak tahu berapa lama dia harus berteduh disini. Hendak meredah hujan lebat dikala waktu puncak ini dia bukan tidak boleh tapi dia lebih mengutamakan keselamatan diri. Banyak bahayanya jika berbuat demikian. 


Langkah Teja dibawa mendekati tembok tidak jauh dari tempat dia memarkir Krissnya tadi. Helmet Jerman yang terjinjing di tangan terbuai sedikit kala langkah terhayun. Kelihatan seorang lelaki dan wanita yang jelas sedang mengandung sedang duduk di tepi tembok. Pastinya pasangan suami isteri. Senyum dilemparkan pada wanita yang bertudung jingga muda berbunga hitam. Berbalas. Tudung bawalnya yang sedikit basah dikibas perlahan dengan jari-jemari.


"Teja, right?"


Oit!..siapa gerangan yang memanggil namaku itu. Mata dan wajah serentak ditegakkan. Tangan yang mengibas tudung spontan terhenti. Senyum manis yang menghiasi wajah manis berlesung pipit dihadapan ditatap seketika. Terkhayal. Mata terkelip-kelip. Eh, bila kala si Man biskut lemak bergula ni ada kat sini. Apsal aku tak nampak dia tadi ek. Mata menala pula pada tubuh yang berbalut tee dan berjaket yang sedang berdiri dihadapan. Kaler tu lagi! Memang kaler paberet si biskut lemak bergula ni gamaknya. Isy...mengganggu pandangan betul lah!


"Teja!? Are you ok?"


Ooi Teja, apa barang tenung si biskut lemak bergula lelama nih. Tak malu betul!


"err..ok ok. Saya ok." Kepala laju mengangguk.


"Man kan?" Saje la tanya tu padahal memang dah tau pun ken. Gatal ek kau, Teja!.


Wajah yang tersenyum manis itu menganggukkan kepala. Isy, dia ni senyum lagi kat aku dengan lesung pipit dia yang perrh tu..alahai menggugat iman betul. Ya Allah selamatkan aku dari ditimpa perasaan pada si biskut lemak bergula ni.


"Awak dari mana nih?"


"hmmm..office." Teja mengangguk. 


"macammana keje? ok?"


"great." Dua ibu jari si biskut lemak bergula ditegakkan sambil tersenyum. Teja turut tersenyum.


"motor awak mana?" Arah telunjuk yang terhala ke deretan motor yang banyak terparkir membuatkan Teja tidak bertanya lanjut.


"Lupa saya nak tanya. Awak kena cover zone mana ek?"


"Zone?" Dahi lelaki dihadapannya ini dilihat berkerut.


"yelah kan despatch semua ada zone memasing..KL, PJ, Putrajaya, Cyberjaya, Klang, Cheras. Uncle Taslim bagi awak zone mana?"


"err..Putrajaya."


"owh...awak memang biasa kat area tuh ye." Tapak tangan si biskut lemak bergula dihadapannya ini dilihat diluruskan lalu digerak sedikit ke kiri dan kanan. Teja senyum.


"takper. Nanti lelama awak sure expert punyer area tu. Jangan risau la, bro."


"you're at which department, Teja?"


"saya under admin department...sama macam awak jugak. Saya ni kerani stationery. Kalau nak pen ke, pensil ke blah blah, datang la jumpa saya kat tingkat 18."


"i will..." Si biskut lemak bergula dilihat tersenyum lagi. Aduhai jantung aku dah nak tertanggal nih. Tolong kurangkan sikit senyum kau yang bermagnet tu boleh tak, bro?


Khali.


Teja hala mata pada jalanraya. Nafas dilepaskan perlahan.Fuh, sib baik hujan dah reda. Tidak, confirm jantung aku tertanggal kat sini kalau lelama lagi dengan si biskut lemak bergula kat sini. Langkah dihala pada Kriss dihadapan. Man dilihat mengekori dari belakang. Helmet yang berada di tangan disarungkan ke kepala.


"saya gerak dulu la.."


"it's still raining. Basah nanti. Tunggu la sekejap lagi sampai hujan berhenti."


"dah reda sikit. Boleh jer gerak ni. Basah sikit je, takper..saya dah biasa. Lagipun saya dah lambat ni. Nanti budak-budak nak mengaji tunggu lama lak kat rumah.Kesian kat diorang tuh." Kunci ditekan ke lubangnya. Kaki yang bersarung kurung itu sudah melangkah memanjat Kriss.


"mengaji?" Dahi itu dilihat sedikit berkerut. Mengaji pun pelik ker!


Teja angguk. "ha'a. Mengaji. Saya tolong abah ajar budak-budak flat kami mengaji. Lepas maghrib diorang dah mula datang. Karang saya tak sempat solat pulak." 


"i see. Ok then. Jaga diri baik-baik. Jangan bawa laju-laju. Jalan licin." Teja angguk kepala. Memberi salam seraya memecut dalam renyai yang masih bersisa.


Kriss yang memecut dijalanraya terus ditatap. Tubuh berbaju kurung kapas berbunga biru coklat itu terus menjadi santapan matanya. Minda menerawang. Bilah kata-kata akhir dari Teja tadi berulang tayang di minda. 


Mengaji...entah kenapa hati tiba-tiba tersentuh. Diri bertanya sendiri. Pernahkah dia mengaji? Mengapa dia tidak pernah mengaji? Nafas terhela dalam. Mata terus terpaku pada jalanraya. Kriss sudah hilang dari pandangan.

4 comments:

mizz acu said...

Hemmm.. C thaqif jazman ni saje ke xsengaja carik pasaii ngn teja nih??
Haishh.. Bagusnya teja ni..anak solehah ni!
Man pink bminat nak g ngaji ngn teja ke.. ;)

Farhaliza aka Ija said...

macam dah boleh agak man tu mestilah thaqif jazman kan...hehe

diahperi said...

baru hari dpt baca cita mr sirap bandung...mmg best..cita kucc sy tgk kisah dia semua ada kelainan...thniah d cpt smbung ye

aqilah said...

best....dan semakin best!!!!!!!!!!!!!!
i followwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...