Monday, June 16, 2014

Abaya Buat Ed

Bab 1
BACKLESS HITAM singkat disarung ke tubuh yang enak menari lincah. I Know You Were Trouble meletup dari set home theatre di sudut bilik tidur. Tubuh berlekuk Edrina ikut melompat-lompat di atas permaidani hitam putih yang terbentang mengikut irama deras dari lantun suara Taylor Swift sebelum berpindah ke atas katil. Tubuh terus meliuk-liuk mengikut alunan muzik. Tali halus backless yang terbuai-buai di belakang diikat longgar. Tubuh di bawa turun dari katil menuju ke cermin hias. Wajah yang sudah dicat warna-warni dibelek. Bibir dimuncung dengan kepala digerak kiri dan kanan memandang cermin. Senyum mekar. Tapak tangan dihala ke cermin dengan dengan bibir rona vendome Channel yang menyua senyum bersama kenyitan bulu mata yang lentik mempersona. Ombre lurus dan sedikit berombak mencecah dada membengkak pejal dikemaskan dengan hujung jari. You’re so perfect, Ed!
Hujung jari menekan suis home theatre. Hilang I Know You Were Trouble yang terjerit. Iphone yang terlentang di atas lantai meja hias pula tiba-tiba menjerit dengan lantunan You Belong With Me. Bibir senyum lebar. Wajah Ria; teman baik Edrina terpapar di mata. Jari-jemari runcing dengan kuku bersadur rose moire juga dari Channel mencapai gajet yang terus melolong. Jari pantas menekan. Iphone berpindah ke cuping.
“ Hai babe…” Suara manja Edrina terluncur. “ I’m ready…as usual sexy girl in town.” Ketawa Edrina bergema. Quilted bag hitam disambar dan disangkut ke bahu.” ” “Ok…see you then. Bye babe. Take care.” Kaki melangkah ke pintu sambil Iphone di bawa ke tangan lalu ditekan sebelum disumbat ke dalam perut quilted bag. Bibir menyanyi kembali bait-bait I Know You Were Trouble. Pintu bilik ditarik rapat dari luar. Kaki menuju laju ke tangga ke tingkat bawah. Mama yang sedang duduk di sofa ruang tamu tertangkap di mata. Bibir Edrina ukir senyum penuh makna. Bibir terus melantun I Know You Were Trouble. Rambut panjang perangnya terbuai-buai mengikut gerak kepala yang terlentok kiri dan kanan.
Telinga Puan Sri Sarah tertangkap suara Edrina yang sedang riang menyanyi. Kepala menoleh. Susuk tubuh bersarung backless singkat dan sendat ditatap.
“Ed nak keluar lagi ke sayang. Dah lewat ni.”
Edrina lengguk langkah. Tubuh dilabuhkan ke sebelah Puan Sri Sarah.
Tangan wanita yang sedang memandangnya dipaut mesra.
“Ala mama. Sekejap je.” Kepala Edrina dijatuhkan ke bahu Puan Sri Sarah.
“ Papa tanya nanti macammana,hmmm. Ed tahukan papa tak suka Ed kerap keluar lewat malam macam ni. Selalu sangat keluar malam.” Tangan elus rambut perang anak bongsunya yang cukup disayangi. Edrina satu-satu anak gadisnya dengan Tan Sri Ekram Syah. Anak yang ditatang sejak lahir.
Edrina angkat kepala. Bibir dimuncungkan. Memancing simpati. Tangan terus erat memaut lengan mamanya.
“Ala mama. Ed bukan sengaja nak keluar malam ni. Malam ni special sangat. Ed nak celebrate birthday Ria malam ni. She’s my very best friend. Mama pun tau kan Ed sayang Ria. The celebration kat club. Takkan Ed tak pergi, mama. Lagipun Ria dah on the way nak fetch Ed. Kejap lagi dia sampai.” Puan Sri Sarah hela nafas. Wajah jelita anak gadisnya direnung. Edrina ikut memandang dengan wajah lirih. Hati sedang tersenyum. Edrina tahu mamanya pasti akan kalah dengan wajah simpatinya. Mama kan sangat sayangkan Edrina.
“ Please mama. Pleaseeee.”
“Mama risau nanti papa tanyakan Ed.”
“Ala mama. Mama tipulah papa cakap Ed dah tidur dan tak mahu diganggu.”
“Ajar mama tipu papa pulak ye. Naughty girl!” Pipinya dicubit lembut. Senyum kecil Puan Sri Sarah terukir. Anak gadisnya ini memang pandai memujuk sejak kecil.
Edrina sengih. Tahu kemenangan sudah berpihak kepadanya. Seperti selalu mama pasti tewas dengan pujukan dan rengekan Edrina.
“Jangan balik lambat. ”
Ciuman singgah di pipi Puan Sri Sarah bersama pelukan erat. “Sayang mama. Thank youuu. I love you, mama.” Tubuh bingkas bangun. Quilted bag yang melorot dari bahu ditolak ke atas. Tangan dilambai pada mama yang menggeleng kepala sambil tersenyum kecil. “Bye mama. Ed pergi dulu ok.” Kaki laju mengejar pintu utama. Bilik kecil di kiri pintu utama dimasuki. Rak kasut hitam dibuka pintunya. Camelia hitam setinggi dua inci dicapai. Pintu rak ditutup. Tubuh bingkas keluar dari bilik kecil yang menempatkan beberapa rak Kasur milik penghuni banglo tiga tingkat ini. You Belong With Me menjerit dari dalam bag. Edrina tahu Ria sudah tiba di depan pintu pagar. Tangan menyeluk Iphone sambil tangan kiri mencapai tombol pintu utama. Iphone melekat ke cuping.
“Ok babe. I dah keluar la ni.” Camelia disarung ke kaki yang diangkat satu persatu. Pintu utama ditarik. Tubuh tingginya yang sendat dan padat dibalut backless hitam yang terdedah luas di belakang yang cuma berbalut tali yang tipis terkedek-kedek berlari ke pintu utama. Ria dan BMW hitam sport tidak berbumbung sedang melambai. Edrina nampak susuk tubuh Shazrin teman lelaki Ria yang duduk di kerusi pemandu melempar senyum. Tangan Edrina membalas lambai dan senyum.
Nico meluncur keluar dari bawah Audi kelabu. Kereta milik pelanggan setia bengkel Jejaka Malaya ini sudah siap diperbaiki. Tubuh yang tersarung wearpack biru gelap itu bangkit menuju ke sinki. Kepala digeleng kiri dan kanan dengan tangan memegang leher. Rasa lega terluncur. Kepala paip diputar deras. Meluncur laju air dari mulut paip. Cecair pencuci ditekan perutnya pada tapak tangan. Dilumur kedua-duanya lalu disua ke bawah aliran air paip.
“Siap?”
Nico toleh pada Ilham yang baru keluar dari bilik air. Kepala mengangguk.
“Siap boss.”
“Enjin dia dah settle?”
Nico hala isyarat bagus. “ Beres.” Kepala paip dipulas. Air berhenti mengalir.
“Ok. Kita hantar sekejap lagi.”
Nico garu kepala. Nak hantar jugak ke pagi-pagi alam ni. Biar betul Am ni. “Aiseh, Am. Esok aar. Dah lewat ni. Entah-entah Mr Lim tu dah belayar dalam mimpi.” Nico capai tuala hijau yang tersangkut di dinding sebelah sinki. Dilap tangan yang basah. Kaki ikut melangkah mengikut Ilham yang sudah ke depan bengkel.
Ilham membelek Audi kelabu yang dihantar Mr Lim pagi tadi. Tubuh yang berdiri dibawa mencangkung. Membelek lagi.“ Kita janji hari ni, kita hantar hari ni. Bukan esok.” Kepala mengangguk sendiri. Puashati dengan hasil kerja Nico. Tubuh ditegakkan kembali. Nico yang berdiri di depan dipandang tenang.
“Ala, bro beza berapa jam ye pun. Kau tengok jam kat dinding tu.” Nico hala telunjuk ke jam bulat yang melekat di dinding di atas pintu pejabat. “Dah dekat 2 pagi ni. Esok pagi-pagi aku hantar aar. ”
“ Janji tetap janji, Nico. Kau tahu cara aku kan. Piagam bengkel Jejaka Malaya masih ada dalam kepala kau lagi kan.” Biji mata dipusatkan pada Nico dengan telunjuk melekat ke pelipis. “ Jangan mungkir janji pada pelanggan. Percaya pelanggan tu penting dalam business. Mungkir janji tu..”
“Sifat orang munafik.”
“Pandaipun kau.” Ilham ukir senyum kecil. Kaki melangkah masuk semula ke dalam bengkel “ Dah, jom blah. Kau bawah Wira aku. Aku bawah Audi ni. Follow aku dari belakang.” Ilham seluk poket. Kunci kereta dihumban ke belakang pada Nico . Cekap disambut oleh Nico. Kepala digaru lagi. Bantal oh bantal, melepas jugak aku nak peluk kau kejap lagi. Teruk betul boss gua ni!
Fariz urut dagu sambil hulur tuib kecil ke tangan Shazrin. Senyum mereka bertaut. “Settle ok hutang aku dengan kau. Kau dengan aku dah tak kenal lepas ni. Kau jangan babitkan aku kalau apa-apa jadi kat Ed.” Fariz tepuk bahu Shazrin. "Relax arr, bro. Jangan macam bapok. Gelabah. Settle punya. Kau jangan risau ok. Yang penting kau dapat apa kau nak..dan aku dapat habuan aku." Senyum lebar. Gelas warna kuning cair diteguk rakus. Dua bebola mata arah pada Edrina dan Ria yang rancak meliuk-liuk di pentas tari. Tubuh Edrina yang sendat dibalut backless hitam yang cukup seksi dipandang penuh nafsu. Bibir dijilat. Sudah lama diidamkan tubuh Edrina. Sudah lama dicuba mengumpan namun Edrina langsung tidak memandang ke arahnya. Edrina tu terlalu payah untuk dipikat. Kelelakiannya memang tercabar hingga digelar pondan kerana gagal memikat Edrina. Dan malam ni, akan dibuktikan kelelakian seorang Fariz pada kawan-kawan yang dulu mentertawakannya. Fariz angkat kening pada Zack, pada Johnny, Mike, Ronnie dan Jazmie yang melebar senyum yang penuh makna. Isyarat dihantar pada mereka yang dulu menggelarkannya pondan. Ada kenduri besar mereka malam ini. Lauk kendurinya bukan calang. Edrina Tan Sri Ekram Syah yang menggiurkan dan menggegarkan naluri jantan mereka.
Shazrin pandang Ria. Tuib kecil berisi serbuk putih ditenung. I’m sorry sweetheart. I’ve no choice. Please forgive me. Mata beralih pandang Edrina yang ketawa ria pada dengan Ria. Aku minta maaf, Ed. Tolong maafkan aku. Aku tak ada pilihan lain.
Ilham yang diam memandang ke luar tingkap yang ternganga di jeling. “Bro…kita lepak kejap kat Tasik Titiwangsa depan tu ek. Ambil angin. Panas badan aku ni. Bagi aku perasap sebatang dua Malboro. ” Nico kilas stereng enjin Wira memasuki simpang ke Tasik Titiwangsa. Ilham disebelah dilihat hanya diam. Nico tahu lelaki disebelahnya ini merangkap bossnya memang jenis tak banyak cakap namun dia memang lelaki yang baik hati dan budiman. Itu memang Nico maklum benar. Wira meluncur deras mencari parkir. Dua buah Lexus yang terparkir mencuri perhatian kedua-dua. Ilham merenung penuh makna. Hati macam rasa tak sedap. Rasa macam ada yang tak kena tapi dibisukan mulut. Dihumban jauh-jauh prasangka jahat yang meniup.
“Apahal pulak Lexus dua ketul kat depan tu buat pepagi buta kat tasik ni.” Enjin Wira dimatikan. Nico masih tunak merenung Lexus didepan.
“Ambil angin macam kau la tu. Dah. Jom turun. Kata nak ambil angin.” Ilham capai pemegang pintu. Nico ikut keluar. Kotak Malboro dari poket wearpack di bahagian kaki diseluk. Dibuka dan sebatang ditarik keluar dan dikepit ke bibir. Tangan menyeluk-nyeluk lagi poket wearpack. Meraba-raba. “Issh mana pulak bendalah ni. Cilake la lu lighter. Time time ni la lu nak main aci-aci nyorok dalam poket dengan gua.”
Kaki Ilham melangkah keluar menuju ke tebing tasik namun mata tertancap pada sekumpulan lelaki di depan yang sedang mengerumumi seorang perempuan yang sedang dibaringkan. Bebola mata bulat saat mata tengok salah seorang lelaki sedang menanggalkan pakaian perempuan berkenaan.
“Nico..” Dijerit kecil. Nico yang sedang menyeluk-nyeluk poket wearpack tersentak. Kepala terangkat. Telunjuk Ilham lurus ke depan. Mata Nico ikut hala telunjuk Ilham. Rokok di bibir direntap dan dilontar. Kurang ajar! Dua tubuh kencang berlari kedepan. Melompat tinggi menerjah kumpulan lelaki berkenaan.
Fariz lepas sedu dari desir nafas yang berbau champagne. Bibir tersenyum-senyum pandang Edrina yang terbaring nyenyak kesan pukulan serbuk khayal yang diberikan pada Shazrin tadi. “Lepas tu kau telanjangkan dia, Ronnie." Ronnie lontar sengih disambut ketawa yang lain. " Biar aku yang rasmikan dia dulu. Kau orang tengok dulu lepas tu baru giliran korang sambung kenduri kesyukuran ni..hahahaha. Rakam elok-elok ok filem ni, Ronnie. Buat hadiah harijadi pada Tan Sri Ekram Syah.” Ketawa Zack, Johnny, Mike, Ronnie dan Jazmie bergema bersama khayal mata dek penangan beer dan wiski tadi. Mata semua penuh ghairah memerhatikan tubuh indah yang terbaring. Tubuh yng baru ditanggalkan backless hitamnya sebentar tadi.
Fariz urut dagu bersama ketawa kecil. “Baiklah. Izinkan beta merasmikan malam pertama beta dengan permaisuri pujaan beta yang cantik rupawan ini Edrina Tan Sri Ekram Syah..hahaha.” Fariz menanggalkan butang jeans. Zip ditarik ke bawah. Ditarik jeans ke bawah. Boxer sudah kelihatan. Bibir menjilat-jilat lihat tubuh Edrina yang cuma berbalut coli dan seluar dalam.
“Hoiiii!!!”
Fariz tersentak. Zack, Johnny, Mike, Ronnie dan Jazmie ikut terkejut. Masing-masing berdiri. Fariz tarik semula jeans ke atas. Ditarik zip dan disangkutkan kembali butang. Bibir menyumpah-nyumpah. Sial! Dihumban ludah ke depan dua susuk tubuh yang berdiri di depan. Mana pulak datang melaun dua ekor ni!
“Hey kau siapa haa. Jangan sibuk nak masuk campur urusan orang.” Fariz tunjuk berani. Tangan dikepal. Ilham senyum. Nico angkat kening.
“Aku..pegawai pencegah maksiat. Kau..kau..kau.kau..kau dan kau..” Telunjuk Ilham hala ke muka satu persatu-satu lelaki didepan. “Buat apa dengan perempuan yang kau dah bogelkan tu, hmmm. Tu maksiat kau tau. Jangan buat aniaya kat anak orang. Berdosa. ”
Fariz humban lagi ludah ke rumput. Marah urusannya diganggu.” Hey, jangan nak tunjuk hero kat sini laa. Perempuan tu bukan urusan kau. Jangan nak sibuk. Kau boleh blah sebelum aku dengan kawan-kawan aku ni belasah kau sampai mampus nanti.”
Ilham ketawa kecil. Nico ikut ketawa. “Ada hati nak belasah kita, bro.”
Nico tujah bebola mata ke setiap wajah lelaki di depan. “Kau orang semua ni, bukan nak kata la kan..muka lawa…tapi.." Nico geleng kepala. " perangai tak berapa nak lawa…macam perangai anak haram jadah. Kesian mak bapak korang tau tak. Dapat anak setan mcam korang ni.”
“Kau orang semua ni memang layak jadi penghuni neraka. Perangai pun memang setan.” Ilham tambah perencha provokasi. Sengaja mengundang amarah.
“Kurang ajar!!” Fariz humban tumbukan ke arah Ilham. Berjaya ditepis. Ilham hayun tumbukan padu ke rusuk kanan Fariz bersama ayunan tendangan padu kaki kanan ke alat sulit Fariz. Terlentang ke rumput dengan erangan kuat. Bergema. Melihat Fariz yang sudah kecundang awal, Mike dan Johnny bingkas menyerang Nico manakala Jazmie, Ronnie dan Zack menyerang Ilham. Kiri dan kanan terkepung. Nico liar melihat kiri dan kanan. Saat Mike cuba menghayun sepakan Nico pantas melompat dan menghayun hentakan kuat siku kanan ke kepala Mike. Terduduk sebelum terbaring. Johnny menyerang dengan menghayun tendangan ke arah rusuk Nico namun tersasar. Peluang diambil Nico. Terjahan ke kepala Johnny dengan kaki kiri Nico buat Johnny tersungkur dalam jeritan kuat. Jazmiecuba hayun tumbukan ke arah Ilham namun tangan dicengkam kuat oleh Ilham. Dikilas dan dikunci. Jazmie menjerit sekuat hati. Sakitnya tak tergambar. Bagai mahu tercabut lengannya dari tubuh. Melihat Jazmie yang tidak mampu bergerak, Zack dan Ronnie serentak cuba menghayun tendangan ke tubuh Ilham namun Ilham lebih pantas. Dibalas dengan tendangan padu yang tepat ke celah kelangkang masing-masing. Jeritan Zack bergema. Ronnie tersungku menyembah rumput dengan jeritan nyaring. Jazmie yang melihat Zack dan Ronnie tumbang serentak menelan liur. Mata Ilham tajam merenung Jazmie.
“Berambus dengan kawan-kawan setan kau ni sebelum aku bunuh kau orang satu per satu.” Genggaman tangan Jazmie dilepaskan bersama sebuah tumbukan di rusuk. Jazmie berkerut menahan sakit. Dua tangan memegang bahagian rusuk. Tubuh Mike, Johnnny, Zack, Ronnie dan Fariz didekati satu persatu. Di tepuk kuat kesemua. Masing-masing bangkit dengan kerut muka. Langkah terhoyong hayang menuju pada dua Lexus yang terparkir. Ilham dan Nico hanya memerhati hingga dua Lexus hilang dari pandangan. Mata Ilham jatuh pada tubuh yang terbaring didepan. Langkah kedua-duamya dibawa mendekati. Ilham tenang memandang. Nico ikut memandang. Mata terkebil-kebil lihat susuk tubuh yang terbentang di atas rumput Liur ditelan. Dugaan berat ni!
"Bro.."
Ilham menoleh. Kepala diangkat sedikit.
Nak buat macammana ni, bro?” Nico garu kepala yang tidak gatal sambil menyangkung pandang susuk tubuh di depan mata yang terbaring lena macam tidur mati. Mata bulat Nico berkelip-kelip lagi. Liur ditelan. Tak pasti yang ke berapa kali. Tarik nafas, Nico…lepas. Tarik..lepas. Hati bergendang beri arahan. Tangan raup muka. Fuh! Ni memang betul-betul menggugat iman gua. Kenapalah gua harus dihadapkan dengan dugaan cantik tak hinggat macam ni. Yang sedang-sedang sikit cantiknya punya dugaan tak ada ke? Allah..selamatkanlah iman hambamu yang tak berdaya ini.
“Buat apa lagi. Buat apa yang patutlah, mangkuk. “ Ilham kutip backless dress rona hitam yang terdampar di rumput Tasik Titiwangsa. Apa punya dugaan dia kena hadap waktu dini hari begini. Terperangkap pulak dah dia sekarang. Seketika Ilham geleng kepala. Tersedar akan silap kata hati yang langsung tak makan brek. Istighfar terluncur laju dalam diam. Khilaf fikir yang berkata tadi laju dihumban. Mungkin Allah yang mendorong dia dan Nico berhenti di sini seketika tadi dengan tujuan asal untuk menghirup udara di awal-awal pagi hari selepas selesai menghantar kereta pelanggan yang dijanjikan. Mana tahu tatkala kereta Wira buruknya itu melebarkan tubuh di lantai tar di hujung taman mata tertancap sekumpulan lelaki sedang mengerumuni seorang gadis yang nampak sudah direbahkan ke rumput. Mata terbuntang saat dilihat baju gadis itu dilucutkan dari tubuh. Dia dan Nico laju berteriak, berdesup kencang dan terbang tinggi mengalahkan superman. Gasak dan tumbuk semua bercampur-aduk. Habis dikerjakan setan-setan yang rata-rata dah mabuk meneguk kencing syaitan. Ilham lepas nafas. Kenangan seketika tadi ternampak-nampak di kepala.
“Nico..” Backless dress party rona hitam yang kejap dipegang dilontar ke arah Nico yang sedari tadi menyangkung dan merenung sekujur tubuh tersebut.
“Woi…apa ni bro.” Nico sambut pantas baju yang dihumbankan Ilham. Dibelek-belek. Dahi berlapis kerut. Apa kes pulak bagi gua baju tahap seksa mata jiwa dan raga memandang ni. Tubuh bingkas bangun. Baju digenggam kemas. Langkah hala ke arah Ilham.
“Buat apa baju ni?” Disua baju ditangan pada Ilham yang melabuh pandang ke tasik.
“Pakaikan dia la mangkuk. “ Ilham paling sekilas mata pandang tubuh yang terbujur lena di atas rumput. “Takkan aku nak suruh kau pakai pulak. Mangkuk bertingkat betul akal kau ni. ” Ilham rasa macam nak tunjal jer kepala Nico. Soalan tahap nak bagi penampar sedas kiri kanan je. Mata junam semula tatap ke tasik yang tenang di depan.
Mata Nico terbelalak. Baju hitam singkat bertali di belakang ditangan di angkat tinggi. Pakaikan baju ni kat awek cun giler terbabas tu. Hilang akal apa boss gua ni. Karang gua tak dapat kawal radar tangan gua ni macammana. Siapa nak tanggung dosa gua? Siapa ha? Jawablah!
“Woi, bro..gila apa, suruh aku buat kerja tu. Haram sentuh perempuan bukan mahram. Kau kan yang ajar aku macam tu. Kau jangan aar nak suruh aku melanggar hukum. Dosa besar tu. Macam si Chin suku masak tu selalu cakap, nanti tuanala lu marah woo.” Nico tayang muka serius. Kunun-kunun.
Ilham lontar jeling kecil. Ada yang makan penampar ni karang. “Banyak kau punya haram..mahram…dosa besar. Habis? Kau nak biarkan dia macam tu jer. Hukum Allah tu tak menyusahkan umatnya. Kita ni dah darurat. Tau darurat. . Akai ada tak? ” Telunjuk Ilham tekan pelipis. Mat dibuntangkan. Geram.
Nico sengih. Tapak tangan Ilham dicapai. Baju yang dipegang dipindahkan.
"Cepatlah pakaikan dia. Kerja senang pun tak boleh nak buat ke. " Ilham letak balik backless ke tangan Nico. Nico tepuk dahi. Kerja senang lu kata, bro? Kus semangat. Tak ada la gua nak buat keje yang menggegarkan tiang iman. Takut woo! Ilham yang menoleh ke tasik dirapati.
“ Kau jer la pakaikan, bro. Lagipun kan kau hero yang selamatkan heroin cun giler tak hinggat tu dari setan-setan level taik kucing tu tadi. “ Muncung Nico hala pada tubuh yang terkujur di rumput. “Aku second hero jer tadi. Dalam hukum darurat ni, hero jer aku rasa diharuskan boleh pegang heroin yang bukan mahram tu. Tak boleh yang tak berkenaan. Allah tahu kau cuma nak tutup aib tubuh dia jer. Kau jangan risau aar, bro. Aku boleh jadi saksi kalau kau kena dakwa. “ Nico terus meleret senyum.
Ilham geleng kepala. Malas mahu melayan cakap Nico yang dah masuk mood merapu repek. Tapak tangan di hulur. “Bak sini baju tu.” Nico sengih. Baju hitam tahap seksa mata jiwa raga itu bertukar tangan. Langkah Ilham di hala ke tubuh yang terbaring di rumput. Tubuh yang cuma berbalut coli dan seluar dalam itu di tatap. Dalam samar cahaya lampu jalan wajah bujur sirih itu dirakam kemas dalam kotak memori. Ilham raup wajah seketika. Kembali tangan dijatuhkan. Dilabuhkan sila. Perlahan diangkat tubuh yang terbaring. Di sandarkan tubuh kurus itu ke lantai bahu bagi memudahkan Ilham melaksanakan tugas darurat yang sedang tergalas di pundak.
Nico labuh sila depan tubuh menggiurkan yang berpaut di bahu Ilham. Nico telan liur bila mata jatuh ke bahagian dada yang cuma di balut coli. Astagafirullahalazim. Apasal gua boleh pandang ke situ. Mata terpejam kejap. Namun seketika kembali bola mata terbuka. Ditegakkan dada. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan.
“Bro..”
“Hmmm..” Ilham simpul tali di bahagian belakang tubuh gadis yang sedang berpaut kepala di bahunya.
“Aku rasa kan awek cun giler ni confirm kena bagi dadah la. Tu yang macam tidur mati je ni. Setan-setan tu mesti dah pelan nak rogol dia.” Ilham angkat muka pandang Nico seketika. Fikiran jauh menerawang. Kalaulah dia dan Nico tak lalu dan berhenti di sini tadi entah apalah nasib gadis ini. Kepala di geleng perlahan. Ditala mata kembali tadi wajah yang terlentuk damai di bahu. Allah dah selamat awak cik baju hitam singkat!
“Cilake betul setan-setan tadi tu. Tak guna suku sen pun. Kalau dalam Wira kau tu ada parang memang aku pancung anu diorang sekor-sekor . Dah tu aku campakkan anu dia dalam tasik tu. Biar padan dah tak ada anu. Tak guna dah hidup kalau tak ada benda tu. Baik terjun lombong lagi bagus.”
Ilham terus diam. Tubuh yang selesai disarungkan baju singkat hitam yang terbuka di bahagian belakang diangkat dari berlabuh di bahu. Nico didepan ikut memandang.
“Kesian kat awek ni kan bro. Kalau kita tak ada tadi…kalau kita tak sampai tepat pada masanya, sah-sah awek ni dah jadi lauk kenduri setan-setan taik kucing tu. Kau bayangkan kalau adik-adik kita kena macam ni.”
Ilham tunak melabuh renung pada wajah bujur sirih berambut perang lurus yang terpejam rapat matanya. Kalau siapa berani buat adik-adik aku sampai macam ni, aku cincang lumat tubuh dia!

Nota :

Bab seterusnya sila ke FB Ceritera kucc kat sini ye-->..Ceritera kucc

10 comments:

kak na said...

kucc,pist ler kt sini bab seterusnya
akak ni buta fb

kak na said...

*post

iyads said...

Kucc, post kat blog la..lagi best baca..fb xbest..hehee..xsbr tunggu next n3..chaiyok3x!! :)

ienaazmi said...

BESTTT.. nak lgggg

Nurul Sazlina said...

Nk lg...best Sgt..

zue said...

Kucc saya x leh pi FB. Awat nya?

kucc_aprilsnow said...

bc bab seterusnya di FB Ceritera kucc ye.

Zue -cari ceritera kucc. request masuk ye..nnt admin or kucc sendiri approved.

Anonymous said...

But we also sell high profit heaters, air purifiers,
and ceiling fans. As these sections are made shorter, the
lamp lights up with less intensity and as the sections
gets larger, the lamp brightens. 'Westinghouse' is printed on the
fan's ceiling canopy.

my web page hot summer dress

Anonymous said...

Kucc, tak jumpa cari pun grp fb ceritera kucc.

AZLINA ABDULLAH said...

Assalamualaikum. Puas saya mencari. Xjumpa dlm fb. Huhu

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...