Monday, May 27, 2013

13 Ros Merah - Bab 8

Bab 8
"Lu biar betul, bro?"

Iqram angguk. "Sorry."

"Langsung tak tau?"

Iqram angguk lagi. Jujur.

Astagafirullahalazim bingka ubi hangus ni. Ya Allah, selamatkan hambaMu yang sekor ni. Apasal lah teruk benar lu ni, bro! Damia lontar helaan perlahan. Mata hala ke wajah didepan yang macam segan+malu besar tahap tasik Danau Toba. Damia buat-buat tak tahu. Buat muka selamba sardin. Dia pun taknak nanti si bingka ubi hangus ni rasa diri dia dah rentung kena panahan mata Damia yang terperanjat tadi dek pengakuan berani mati dia tu. Jadi untuk buatkan keadaan kembali sediakala maka sebaiknya Damia tayang muka sardin dia yang sangat sinonim itu. Damia kan budak baik cap sardin ayam. 

"D..saya minta maaf. Saya.."

Damia laju angkat tangan paras baru. Cantas. Dia tahu nanti mesti telinga akan dengar sesi cerekadrama yang syahdu mahdu. Campur sekali dengan sesi airmata. Alah, leceh aar. Baik layan tengok hidangan depan mata yang perrgh ni. Bila la nak makan ni. Baik gua baca jer la doa makan camtu. Nak tunggu bingka ubi hangus ni sah-sah, Aliff pun tak lepas. Seminggu pun belum tentu katam doa dua kerat tu. Dua mata mereka masih tak lepas memandang satu sama lain. Damia tayang sengih. "Bro...tak apa. Gua baca doa. Lu dengar ok." Iqram angguk belatuk. Damia tahan gelak yang dah terguling dalam dada. 

Iqram telan liur saat telinga didendang bunyi yang pertama kali dia dengar. Terkelip-kelip bijik mata. Dan dia ikut sahaja perlakuan si pipi merah didepannya ini. Habis dia baca "bunyi" yang disebut doa makan tadi, dua tapak tangan D dilihat dibawa ke muka. Diraup. Irqam perhati D yang sudah tarik bekas pencuci tangan. Iqram capai sudu dan garfu yang diletakkan disisi.

"Err.. D.."

"Kita makan dulu, bro. Tak baik biarkan rezeki lama-lama terhidang depan mata. Lagipun gua memang dah giler lapar ni. Tahap kebulur dah ni sebab gua memang tak sarapan pagi tadi. Lepas makan nanti, gua bagi tazkirah kat lu pasal ni ok. Lu nak tanya apa-apa pun biar lepas makan. Dan satu lagi.." Damia tolak bekas cuci tangan ke tepi. Dicapai bekas bulat berisi garam. Dituangkan sedikit dijari manis lalu di disuakan ke dalam mulut. Iqram tidak berkelip memandang.  "Kalau boleh jamah secubit garam sebelum makan. Elok ni."

Iqram angkat kening. Terkejut. " Makan garam? Untuk apa?" Biar betul D ni. Iqram dah telan air liur. 

"Untuk tolak 70 macam penyakit. Supaya lu sentiasa sihat walafiat. Jauh dari sebarang penyakit. Insya Allah. Takkan lu taknak sihat sejahtera, bro. Kan? Ni..karang lu ambil  secolek lagi dengan jari manis tangan kanan lepas makan nanti. Sunnah nabi tu. Tau sunnah?" Damia lontar redup biji mata ke wajah Iqram yang dia rasa macam terkejut tengok Dinasour bertanduk warna merah kat depan mata. 

Iqram kebil mata. Sunnah?

"Ok bro. Jom kita belasah dulu. Lu nak kebil-kebil mata tu, simpan dulu ek. Karang lu sambung." Iqram tebar senyum. Tak menyangka reaksinya cekap ditangkap mata si pipi merah.

Alhamdulillah. Pergh. Terbaiklah lunch gua 1st day kat APAC Setia Heights ni. Bertambah-tambah perrgh sebab ada orang sudi belanja gua makan besar hari ni. Gua rasa gua memang ada chance lagi nak paw bingka ubi hangus ni aar..hahaha. 

"D..." Tangan yang dah selesai dimandikan dilap dengan tisu kasar warna merah kat depan. Dihala ke muncung. Dilap kemas. Bekas garam didepan ditarik lalu digoncang sedikit di hujung jari. Dengan lafaz basmallah, hujung jari manis disua ke dalam mulut. Damia perasaan si mata cokolat seksi kat depannya ini dari tadi tak sudah-sudah tengok muka dia. Masa makan pun tadi Damia perasan jugak. Takkan la gua nganga mulut pun lu terpesona kut, bro. Gua tau aar gua memang makhluk tercomel yang pernah lu nampak kat atas muka bumi ni. Apa boleh buat...dah rezeki gua kan. Nasib baik la lu tak ada Pot. Tidak, memang sah-sah lu hilang akal sekejap tengok bingka ubi hangus mata cokolat ni. Seksi giler woo mata dia, Pot!

"Thanks pasal doa makan...dan jugak hal makan garam tadi tu." Perlahan sahaja nada suara Iqram. Rasa dalam diri dah tak tahu nak gambar. Pertama kali dia dihadapkan dengan situasi begini. Rasanya kala ditanya oleh pihak penyiasatan dan pematuhan dari Lembaga Hasil dalam Negeri dahulu pun dia tidak rasa sehebat ini kesan debarannya.

Damia tarik nafas dalam-dalam. Mata masih tak berkalih tengok objek hampir sempurna kat depan mata yang muka macam nak masuk dalam botol oren menyorok. Agaknya kut. Malu gamaknya. Kepala laju berputar dengan macam-macam teori tak boleh nak hadam.  Dah besar macam gajah denak ni pun tak reti nak baca doa makan. Habis, selama ni bingka ubi hangus ni makan tak baca doa la gamaknya. Issh. Entah berapa banyaklah syaitan yang ikut terjun masuk mulut dia masa makan selama ni ek. Patutlah mangkuk ni tak nampak gua kat tepi jalan hari tu. Sah-sah batalion syaitan dalam badan dah butakan mata dia. Gua agaklah mesti masa tu bingka ubi hangus ni tak baca doa naik kenderaan kan. Kalau dah doa makan lu taugeh, mesti doa naik kenderaan pun lu hancur. Kan, bro? Gua bukan nak kutuk lu..tapi ni kan kenyataan. Fact ok! Damia geleng kepala. Laju. Amende la lu, bro. Kensel betul aar. Baru jer gua dengan Pot nak "like" lu banyak-banyak sebab mata cokolat lu yang seksi tu, lu dah spoilkan hasrat hati gua yang suci murni ini. Sayang betul! Muka memang meletup. Body..perrgh..tapi apa ke hal yang doa makan pun boleh sangkut. Hampeh betul! 

Tubuh ditegakkan saat tengok muka jam dinding di kaunter dah tunjuk angka dua. Dan Damia tengok Iqram spontan berdiri jugak. Damia beritahu Iqram dia dah lambat. Nak masuk untuk tukar shift lunch dengan Ekin. Dan Iqram angguk dan senyum. Dengan isyarat dia panggil seorang pramusaji lalu bertanyakan bill. Selesai urusan bayaran, dua-dua mereka beriiringan keluar.

"Thanks D sudi makan sama-sama."

Damia sengih. " No hal bro. Kalau nak belanja, ajak jer gua lagi. Lu pun tau mana nak cari gua kan. Gua memang gerenti boleh kosongkan appointment gua semata-mata untuk lu. Kalau ada urgent appointment pun gua mesti kensel. Tengok, betapa gua menghargai lu."Iqram tabur senyum. Tercuit dengan kata-kat lucu si pipi merah yang bersahaja.

"Eh..sebelum gua lupa." Tangan Damia laju menyeluk poket seluar. Samsung SIII hadiah dari abah sempena ulangtahun hari lahirnya tiga bulan lepas ditarik.  Jari laju selak muka skrin gajet. Bibir ukir senyum. Haa..dah jumpa. Mata hala kembali  ke arah si mata cokolat seksi didepan. Iqram hanya menjadi pemerhati tiap tindakan si pipi merah yang sedang menekan sesuatu pada gajet ditangan. 

"Meh sini lu punya handphone.  Gua nak sent satu benda ni kat lu. Ada bluetooth kan."

"Nak bluetooth apa?"

"Meh jer sini handphone lu tu. Bukan gua nak hantar gambar bogel pun kat lu. Wayar dalam otak gua ni masih berfungsi dengan baik." Iqram tahan senyum dengan kata-kata spontan gadis didepannya ini. Tangan bagai mudah sahaja menghulur iPhone 5 ke tapak tangan D yang terbentang. Macam kena pukau. Dilihat senyum D lebar. Entah apa lah si pipi merah ni nak buat agaknya. Senyum tu macam very suspicious jer. Iqram takzim memandang gelagat D yang tersenyum-senyum dengan dua mata melekat pada dua gajet ditangan. Bila Iqram tanya lagi D sedang buat apa terhadap iPhonenya itu, si pipi merah ni hanya angkat kening dah sengih. Mesti ada apa-apa nih! Langkah kedua-dua terus dihala ke hadapan. Suasana kiri dan kanan yang sedikit riuh tidak langsung menjejaskan perbualan kedua-dua. 

"Ok dah." Damia serahkan kembali gajet canggih milik si bingka ubi hangus. "Haa cuba tengok file yang gua hantar tu. Lu belajar slow-slow...gerenti lu boleh hafal punya, bro. Sure lu lebih pandai nanti dari tukang ajar tu."

Tangan sambut iPhone dari tangan D. Dihala mata ke skrin. Ditekan dan diselak skrin. Pandangan jatuh pada satu yang baharu dalam gajet. "Upin Ipin baca doa makan?!!!" Iqram bulatkan biji mata. Langkah terhenti sesaat. Dia lihat senyum lebar terjurai di wajah si pipi merah disebelah. Bibir dikemam. Rasa nak ketawa dan malu saling bergumpal. Sudahnya kepala menggeleng. D..D.

"Oklah tu. Belajar dari contoh yang mudah. Lu ulang-ulang lah dengar, nanti mesti lu faham punya. Gua gerenti. Kerat pokok pisang punya. Budak baharu belajar ni selalu terang hati. Cepat dapat. Gua bukan taknak ajar lu, bro. Karang kalau gua yang ajar, masak lu nak kena bayar pengeras. Gua tak ada bagi FOC  ilmu gua ni. Maaf banyak-banyak. Kurang-kurang sebijik Lexus lu yang kebaboom hari tu. Sanggup?"

Budak baharu belajar? Iqram tahu ayat D tu tuju kat diri Iqram. Dalam hati dah lebar tersenyum. Hairan jugak malu yang tadi tebal macam kamus Oxford dah menipis. Memang si pipi merah didepannya ini ada ilmu pukau agaknya. Tu pasal Iqram boleh susut rasa segan yang awal-awal tadi kalah gunung Himalaya. 

"Mahalnya pengeras. Ilmu doa makan mahal macam tu ke?"

"Habis, lu ingat murah ke? Agak-agaklah bro. Cuba lu fikir..." Damia dah belok langkah ke laluan menghala ke premis APAC. "betapa dengan ilmu tu gua dah selamatkan lu dari telan berbillion-billion syaitan. Lu ingat senang ke nak selamatkan orang macam tu. Susah woo. Jadi lu harus tau upah mestilah setimpal dengan hasil yang lu dapat. Ada faham tuan bingka ubi ha.." Damia kemam bibir. Syoh syoh. Nasib baik tak terlepas. Tidak mahu melepas gua nak dapat Lexus dari mangkuk ni.

Iqram senyum. Kepala diangguk. Wajah dengan sepasang pipi nan merah itu ditatap. Entah mengapa dia rasa gadis didepannya semacam punya keistimewaan yang tersembunyi.  Satu kelainan yang menimbulkan keselesaan. Ya, dia rasa cukup selesa dengan si pipi merah ini.

"Lu cakap apa beb? Si mata cokolat seksi tu belanja lu lunch tadi? Lu biar betul beb?" Mata Pot dah sebesar bunga matahari. Dihempaskan duduknya pada perut sofa di sebelah Damia yang terbaring santai melayan Maharaja Lawak. Suara gelak Damia yang boleh tahan gegarannya itu sudah kebal ditelinga. Mata lihat Damia yang laju kunyah kentang di tapak tangan. Pot tarik bekas dari tangan  Damia. Kelongsong Jack n Jill bertukar tangan. Pot seluk tangan ke dalam bekas. Ditarik kepingan kentang lalu disua ke dalam mulut.  

"Ha'ah. Betul la Pot. Apa kes gua nak kelentong lu pulak. Apasal? Lu tak percaya. Lu percaya la beb. Gua ni kan ada aura yang sangat magik. Sekali si bingka ubi hangus tu tengok gua, beribu kali dia akan ingat muka gua. Sah-sah lepas ni memang dia akan ajak gua jadi partner lunch dia. Gua orait jer. Kecik tapak tangan, parking kat bawah tu gua tadahkan. " Damia hala mata sekilas  ke muka Pot disebelah. Dijala sengih lebar dengan dua kening diangkat.

Pot mencebik. "Gua rasa nak muntah kaler indigo aar. Boleh tak?" Pecah ketawa Damia. Bergema. 

"Beb.."

"Amende."

"Lu duduk berdepan dengan dia tadi, sure lu boleh tengok muka dia dekat-dekat kan."

"Memang aar. Takkan la gua nak duduk sebatu pulak. Namapun makan bersama. Amende la lu lembab ni. "

Pot ketap bibir. Issh, Damia ni. 

"Sure dia handsome kan beb. Gua hari tu masa dia hantar lu balik tengok dari jauh pun gua dah boleh nampak betapa handsome maut nyer mamat tu. Kalau gua la tadi, harus gua tak makan. Kenyang tengok muka dia yang handsome tu. Kenyang tengok mata cokolat dia yang seksi tu..waaaaa...bestnyer beb." Dua tapak tangan Pot sudah melekat ke dada yang dibaluti pijama bermotifkan gambar anak beruang kecil. 

Damia cebik. Mata masih takzim di skrin empat segi dihadapan. "Gua dah agak dah. Nasib baik lu tak ada tadi. Tidak sah lu hilang akal. Satu hal pulak gua nak cari akal lu yang hilang tu."

"Issh lu ni. Ingat gua gedik tak hinggat ke."

" Tak per, gua faham. Lu memang gedik kalau tengok spesies mata cokolat seksi ni."

"Beb..jawap aar soklan gua tadi. Handsome kan dia?" Pot masih tidak putus asa.

"Boleh la buat cuci mata."

Pot angkat kening. "Boleh la jer? Weh.." Pot tepuk bahu Damia. "mamat tu punyer handsome maut tu lu gradekan dia tahap boleh la jer. Ekeleh lu beb. Adil dan saksama boleh tak?"

Damia lepas nafas. Ditegakkan tubuh. Dihadapkan wajah ke wajah Pot disebelah. Dua tapak tangan yang ada kesan kesat garam dari kentang yang dimakan tadi disapu ke peha Pot. Selamba. Pantas dua tangannya menerima habuan ketukan dan jeritan Pot. Damia buat muka tak bersalah. 

"Lu tau tak Pot...bingka ubi hangus itu akan lebih handsome kalau dia pandai baca doa makan. Itu yang gua rasa laa tadi." Damia sandar kepala di leher sofa. Kenangan makan tengahari bersama si bingka ubi hangus tadi kembali hidup di fikiran. Sungguh dia terperanjat dengan pengakuan lelaki itu. Dah tua bangka pun tak reti baca doa makan ker. Issh...issh.

"Takkan la beb. Doa makan pun tak lepas." Damia angguk kepala.  Mata Pot mencerlung. Biar betul nih! 

10 comments:

Anonymous said...

LOL! D is so hilarious.

Unknown said...

Haha. D terbaek!

Nor Syafika said...

Hahahahah daebak la!!!!!!! Wahhhh best nk lagiii

sweetstalker said...

manggai sempoi la D ni >_< kita suka wtk2 heroin dlm karya kucc,sumanya da ilmu agma yg lbh power dri wtk hero =))

Anonymous said...

hehehe....mabeles

nazira azwa said...

Hmm D n mmg terbaek la...

cikdee said...

ahhahahah... mmg spesis bingka ubi kayu hangus betul laaa...

Unknown said...

Hahahaha lawak laaaa .... kucc baru baca balik dah lama tinggal blog u....hehehehe

Anonymous said...

hahaha...terbaik r...tpi bkn ke samsung n apple x ley bluetooth ke???

Anonymous said...

Aah...Apple mne bleh trime bluetooth dr phone brand lain

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...