Tuesday, May 7, 2013

13 Ros Merah - Bab 5


Bab 5
                       Damia mendongak keatas memandang pada nama APAC PHARMACY yang tertera di permukaan kaca di atas premis didepannya ini. Cukup besar. Cukup jelas. Kepala menjenguk ke dalam cermin kaca yang menabiri premis didepannya ini. Dua belah tangan ditekap ke cermin dengan mata dirapatkan ke cermin juga. Mata melilau melihat suasana kelam didalam. Boleh tahan gak branch ni. Kepala diangkat kembali. Dihala mata ke jalan raya dihadapan yang mulai sibuk dengan kereta yang memasuki bangunan-bangunan sekitar. Dimuncungkan sedikit bibir dengan jari kanan mengetuk lantai dagunya yang berlekuk. Kepala diangguk-angguk perlahan. Mata Damia dihala memandang kawasan sekitar. Bangunan-bangunan pejabat pencakar langit yang saling berdiri rapat antara satu sama ditatap kagum. Cantik gak tempat ini. Area orang korporat lah katakan. Betullah kata Demang yang Damia akan merasai kehidupan dan suasana kerja yang baru. Dikelilingi masyarakat korporat yang lebih sofisikated dan yang lebih bagus...Damia sudah jauh dari dunia kompleks membeli belah yang sangat membingitkan. Damia cebik bibir. Bingit ker? Gua ok jer beb dengan tempat lama. Best woo. Sure gua giler boring nanti kat sini sebab gua bukan biasa dengan suasana aman damai ni. Boring apanya lagi ini Humaira? Uit..Mata Damia terkebil-kebil. Suara abah malam tadi kembali menjelma kat telinga. Abah ni..tau tau jer bila kepala gua ada sentimen kurang vitamin C ni.
                  " Boring tu sebab kepala otak awak yang cakap macam tu. Bila fikir boring, fikiran awak dah hantar maklumat kat otak awak yang tempat baharu ni boring walhal awak tak pergi pun lagi. Tak alami pun lagi suasana kerja kat tempat tu."
                  "Abah ni...abah tak faham aar hati orang. Tempat tu memang giler boring, abah. Bangunan jer kiri-kanan. Dah la jauh dari rumah orang."
                  " Abah bukannya tak faham. Tapi awak tu yang tak faham. Kerja tu kat mana-mana pun tak apa Humaira. Lagipun tempat baharu awak tu taklah jauh sangat kan. Nak dekat, awak buat jer khemah kat tempat kerja baharu awak tu. Senang kan."
                  "Abah ni...suka aar buat orang nak bertukar jadi gunung berapi."
                   Ketawa abah dihujung talian buat Damia tambah sakit hati. Abah ni, issh..
                  "Niat kita kerja tu yang penting. Lillahitaala. Ingat apa janji awak waktu dapat kerja dahulu? Ingat tak? Ker awak dah lupa janji sendiri. Janji tu amanah kepada diri sendiri. Ingat tu Humaira." Abah memang panggil dia dengan nama Humaira. Hanya abah sorang sahaja sebab nama Humaira tu pun abah yang letak kat belakang nama Damia yang mak pilih dari awal-awal lagi. Kata mak, memang asal nama Humaira tu tak ada dalam perancangan mak dan abah. Cuma lepas Damia lahir jer abah letak nama tu sekali. Dan dahulu bila mak cerita rahsia disebalik nama tu, Damia sengih sorang-sorang. 
                   "Ingat, abah." Damia angguk-angguk kepala perlahan dengan Nokia yang melekat di telinga. Macamlah abah ada kat depan mata dan boleh nampak dia angguk kepala. Tapi kalau abah kat depan mata memang sah-sah Damia dah kena gelak sakan dengan abah. Mesti abah akan cakap, budak jenis dalam hati ada taman bunga memang macam tu. Aksi luaran jer ganas lebih tapi dalam lembik macam agar-agar. Tu memang modal abah dari dahulu kalau nak menyakat Damia. Abah, orang bukan agar-agar aar. Orang ni kuih abuk-abuk tau. Kenyal tapi best dimakan. 
                     Janji. Kata abah tu berpinar lagi kat cuping telinga. Damia tahu janjinya kepada abah dan mak dahulu. Damia dah janji yang dia takkan mengalah walau apapun kesukaran yang akan dihadapi nanti jika diterima bekerja disini. Ya lah bukan senang dulu nak dapat kerja. Dia pun bukan pandai mana pun. Takat lulus SPM je. Dan malam tadi bila abah kembali mengingatkan janjinya itu, Damia rasa dia macam nak terjun dari tingkap jer. Dia dah lupa janji yang dibuatnya sendiri. Buat malu betul aar lu ni Damia...
                   "Usahlah fikir nak berhenti. Bukan senang nak cari kerja sekarang, Humaira. Awak tu kena bersyukur pada Allah awak tu ada kerja. Dapat boss yang baik. Tengok dia naikkan pangkat awak sampai jadi pengurus. Sekejap jer awak dah jadi pengurus. Ni nak berhenti pulak awak. Kat luar tu berbaris yang nganggur. Kalau awak tu berhenti hari ini, hari ini juga kompeni awak boleh dapat ganti. Diorang tak ada masalah cari ganti. Tapi awak dah nganggur tu nanti nak buat apa. Nak cari kerja lain? Sementara tak dapat kerja tu nak  buat apa awak. Takkan nak tanam anggur kat dalam bilik. Abah bukan tak tahu vitamin M dalam badan awak tu cukup banyak. Terlebih-lebih lagi kalau dah duduk kat kampung ni nanti. Nak awak tolong abah kat kebun pisang? Abah suka dapat pekerja free ni. Abah bolehlah lepak." Kebun pisang?!! Kepala Damia laju digeleng. Abah mesti buli gua nanti. Last-last gua yang jadi pekebun pisang paling cun dalam sejarah penanam pisang di Nusantara, abah pulak dapat anugerah mandur paling bahagia. Issh, tamau aar gua kena buli dengan abah. Abah tu pembuli tegar lagi kejam.
              "Faham tak apa abah cakap ni, Humaira?" Kata-kata abah cecah telinga lagi. 
               Ya, abah, orang faham. Pesan abah malam tadi melekat lagi kat kepala Damia. Waktu dia mengadu kat abah rasa macam nak berhenti kerja sahaja sebab kena pindah ke sini biarpun dinaikkan pangkat sebagai pengurus, abah dah bagi tazkirah baek punyer. Siap dengan ugut lagi suruh Damia kerja kat kebun pisang kalau berhenti kerja nanti. Abah gua memang champion baca hati gua. Tengoklah hari ini. Kalau tak sebab ayat power abah, gua memang dah bagi surat cinta kat Ms Ow hari ini. 
               Senyum dibibir terukir tanpa sedar saat mata memandang kembali premis didepan. Premis yang bakal menjadi "pejabat" baharu Damia. Ok Damia Humaira..selamat datang ke Apac Pharmacy Setia Heights yang permai. Ini office baru lu, beb.  Inilah tempat baru lu. Inilah port lu cari rezeki halal. Sungguh permai kan, beb? Damia garu kepala. Permai? Ekeleh, apa barang permai cermai ini. Ingat gua stok awek versi keroncong apa. Gua suka gempak aar. Sini macam sendu...layu jer. Tapi..tak per. Nanti gua akan gempakkan suasana kat branch ini. Damia ukir senyum lebar. Mata bercahaya. Gempak? Lu bukan stok ghazal ke Damia. Warisan generasi lu tu beb. Lu jangan nak lupa susur galur dan asal usul lu pulak. Harus lu kena belasah dengan gambus abah lu nanti. Ingat beb, lu kan pewaris. Kesian kat abah lu. Damia garu kepala yang tidak gatal. Ni yang gua lemah ni. Abah, apsal masa zaman abah dulu tak ada muzik rock ek...
                       Pintu kaca yang masih berkunci ditatap sekilas. Kepala sedang ligat memikirkan sesuatu. Mata dibawa laju menoleh ke pergelangan tangan kanan. 8.20 pagi. Kening dikerut sedikit. Uit, apasal yang tak buka-buka lagi tempat ni. Lagi sepuluh minit jer waktu operasi bermula. Takkan sekor umat pun tak sampai lagi. Duduk kat Afika Timur apa korang semua ini. Gua yang duduk Greenland pun dah sampai awal. Mangkuk tingkat berkarat betul! 
                 " Err..ni..ni kak Damia Humaira ke?" 
                   Kepala Damia yang memandang ke pintu kaca didepan laju berpusing ke arah suara disebelah yang menyapa. Raut wajah bertudung yang teragak-agak memandangnya Damia pandang tidak berkelip.
                   "Ye..saya Damia. Panggil kak D jer. Ni.." Damia hala tapak tangan. Hulur salam.
                   "Saya Ekin." Huluran salam Damia disambut. Senyum Damia dan Ekin bertaut. "Sorry ye kak D.  Ekin lambat. Pergi klinik dulu hantar mak. Demam dia. Kak Dina, pharmacist kat sini cuti kecemasan. Uncle dia accident semalam. Selalu dia yang buka pintu sebab dia selalu awal. Sales assistant sorang off day, sorang mc sejak semalam. Demam." 
                 Damia angguk kepala. " Tak apa aar. Nak buat macammana kan. Semua tu perancangan Allah." Mata tengok jari jemari Ekin laju hala kunci ke arah pintu kaca. Ekin dah ajak Damia masuk. Pintu kaca ditolak perlahan. Premis yang kelam diselongkar dengan pandangan mata. Setiap sudut dan rak-rak kaca diteliti. Kaki melangkah ke dalam. Mata kagum dengan lanskap susunan barangan kesihatan dan penjagaan diri didalam premis ini yang nyata sangat menarik. Ekin sudah laju ke belakang tadi. Katanya mahu membuka suis lampu dan penghawa dingin. Damia terus berjalan dari satu rak ke satu rak. Dan sekelip mata suasana yang tadinya kelam sudah terang benderang. Ada alunan muzik instrumental yang beralun. Walla, premis ini ada muzik latar aar, Demang...peerghh.
                  "Kak D..tolong bukakan pintu kat depan tu." Jerit Ekin disambut dengan suara yang sama naik. Dan saat tubuh mahu berpusing, telinga menangkap bunyi pintu ditolak dan derap tapak kasut melangkah masuk. Laju. Seperti tergesa-gesa.
                  "Hello...anybody in? Ekin? Dina?"
                   Damia pusing kepala memandang ke arah pintu. Dan saat matanya menangkap susuk tubuh lelaki berkemeja putih berjalur biru lengkap bertali leher biru gelap dengan jeans biru yang sedang berdiri didepan pintu sedang memandang tepat ke arahnya, mata Damia bulat tidak berkelip. Apa kes pulak bingka ubi hangus ini ada kat sini. Takkan dia...dan kata-kata Damia mati bila telinga terus disapa lagi.
                 "It's you! Yeah..i remember. It's you. Da..Da..issh..." Dan lelaki itu dilihat memetik-metik jari sambil memejamkan mata seketika. Seakan cuba mengingati. Damia hala langkah ke depan. Dua pasang mata saling memandang. Bibir didepan yang mengukir senyum lebar dibalas dengan kening yang diangkat. Dan sepasang mata bulat berwarna coklat itu bercahaya. Jernih. Damia gosok pangkal hidung beberapa kali. Lelaki didepannya ini masih menjual senyum. Apsal lah mata bingka ubi hangus ni mengancam sangat ek. Pot, gua rasa kalau lu ada depan bingka ubi hangus ini sekarang konpem lu ceraikan Demang dengan talak tiga beb..
              "Bro..lu nak ap..."
              "Ada customer ke kak D?" Dan sapaan Ekin menyebabkan pertanyaan Damia terputus. Dua pasang mata saling menghala ke arah Ekin yang menghampiri. Damia tengok Ekin senyum kepada kat bingka ubi hangus dihadapannya.
             "Eh,abang Iqram rupanya. Awalnya dah datang. Nak beli ubat ke abang Iqram? Kak Dina tak ada hari ni. Cuti kecemasan."
              "Ooo..ye ke."
              Abang Iqram? Sah pelanggan tetap ni. Damia tenung wajah lelaki dihadapannya ini. Walla gua baru ingat bingka ubi hangus yang humban gua kat lopak lumpur ni nama dia Iqram. Tapi Iqram apa ek. Ala dia ada sebut aar dia call Ms Ow hari tu untuk gua. Issh, apasal gua tak ingat ni ek. Damia kerut dahi. Cuba ingat kembali. tAla, gua lupa la pulak. Kepala digeleng. Aah tak kisah. Apahal pulak gua sibuk nak ingat nama penuh bingka ubi hangus ini. Gua takda kena mengenapun dengan dia.
            "Ni siapa Ekin?" Iqram hala kening ke arah si gadis berpipi merah dihadapan. Iqram tidak mungkin lupa wajah ini biar agak lama jugak selepas insiden yang menemukan mereka berdua. Senyumnya dan senyum Ekin saling bertaut. Mata dihala kembali ke wajah si pipi merah. Sungguh dia lupa nama si pipi merah ini tapi wajah cantik dan sepasang pipi nan merah itu masih melekat diingatan. Dan sungguh Iqram tidak sangka setelah lebih dua bulan berlalu mereka dipertemukan kembali. 
            " Ni kak D..pengurus baru kat branch kami. Kak D ni HQ yang hantar ganti pengurus lama yang dah berhenti."
             Hmmm..D..Tapi D..D apa ye. Issh apsal boleh tak ingat mana dia ni. Iqram ukir senyum lebar sambil angguk kepala. Tangan dihulur kepada si pipi merah dihadapan. Mata dihala ke wajah cantik yang memandangnya dengan penuh selamba sahaja. Langsung tidak beriak. Seperti tidak pernah bertemu sebelum ini. Ke, si pipi merah ni masih marah lagi kepadanya kerana peristiwa itu. Peristiwa yang menemukan mereka berdua secara tidak sengaja. Tapi takkanlah dia masih marah lagi kepada Iqram. issh, biar betul ni. Rasanya dia memang sungguh-sungguh sudah minta maaf kepada si pipi merah ini. Direnung wajah gadis dihadapannya ini. Tangan masih takzim menunggu huluran salamnya disambut.
            " Hai D. Nice meeting you. I'm Iqram. Just call me, Iq,hmmm."
             Ekeleh bingka ubi hangus ni. Nak berkenal-kenalan lak dengan gua. Ingat ni ruangan mari berkenalan ke. Damia masih hala pandangan ke arah huluran tangan Iqram. Nak salam-salam gua pulak. Ada jer tangan yang nak kena patahkan dengan gua ni karang. Damia jeling lagi pada tapak tangan yang dihulurkan lelaki dihadapannya ini sebelum mata diangkat memandang wajah didepannya ini.
           "Bro...lu pernah rasa tak tangan lu kena bakar dengan api?"
            Ekin sembunyi senyum.
            Iqram kerut dahi. Tak faham apa yang dimaksudkan dengan kata-kata si pipi merah didepan. Cuba diraih jawapan dengan isyarat ke arah Ekin. Senyum Ekin yang kian melebar membuatkan Iqram tambah bingung. Tangan kena bakar dengan api? What the he..
           "I don't understand what do you mean, D."
           Wah wah. Bukan main manja lagi lu sebut nama gua ek bingka ubi hangus. Ingat gua awek lu ker lu nak panggil gua macam tu. Gua tak patahkan kaki lu dah bagus tau. Jangan nak sebut nama gua macam kasanova terhangat jual minyak attar ye. Damia silang dua tangan ke tubuh. Dihala lontaran bebola mata ke wajah lelaki didepan.
         " Bro...lu ni dulu subjek agama SPM dapat taugeh ek?"
          Ketawa Ekin pecah. Tertunduk-tunduk tubuh. Bergegar. 
          Damia tayang sengih selamba.
         Iqram terpinga-pinga. Taugeh?               

10 comments:

Anonymous said...

Suka. x3?.. Kesian dah jadi taugeh pulak....

Anonymous said...

Ekkeekekekekee... Terbaekk D!
Pdn muka hang iqram... ;p


~acu~

Aziela said...

Memang perkataan baru kena eja baharu ekk sekarang? Owh..lamanya dah tinggalkan alam sekolah.

The Lady Chosen said...

Hahahahaha agama dpt taugeh! Dok pikir ape la taugeh rupanyer nombor 9 ekkk betulkan! Hehehehe bajet encem si Iq ni, brutal jugak si 'D'
Teruskan tak sabar nak tunggu n3 baru :-)

Unknown said...

la.... hari 1st masuk keje dah jumpa iqram. dup dap dup dap x cik damia?
iqram beli ubat? selalu sakit ke?taknaklah hero sakit.


kak NY: bestnya jumpa kakak penulis yang manis di pesta buku, keep on writing :)

sara said...

oh....damia kueh abok2 yg kenyal.

nurizzwo said...

Agak2 si D ni mcm TJ x?bess...x sabar nk bc nxt n3...br lps khatam kali ke-2 mr.sirap bandung ;p

IVORYGINGER said...

best... next plzzzzzzzzzzz... :D

cikdee said...

best!!!!.... hahahah... lapaq la pulak bingka ubi kayu... mana nak carik nih??? tengah ngidam plak... hahahha

nazira azwa said...

Wah 1st day kt tmpt br damia dh jmpa iqram..mmg de jdh la diorg ber2 n...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...