Wednesday, May 22, 2013

13 Ros Merah - Bab 7

Bab 7
"Sayanggggggggg... apa yang you bagi kat i ni. Ni bukan ubat selsema yang i nak!.." Suara nyaring Mimi terlantun. Iqram telan nafas sabar. Nasib baik gelas yang dipegang tidak terpelanting dek gegar suara Mimi. Iqram telan liur. Terkejut sedikit dengan reaksi buah hati yang duduk setentang. Wajah Mimi yang jelas memerah ditatap. Marah la tu! Iqram cuba kawal diri. Bibir ditarik perlahan. Senyum terukir. Tak taulah senyum yang terbentang diwajahnya kala ini bagaimana rupanya. Harap manislah di mata Mimi. Biar Mimi tahu, Iqram langsung tidak terkesan dengan tindakbalas Mimi yang tiba-tiba tadi.  Sayang punya pasal, tadah saja la, Iq. Namapun cinta kan. Cinta la sangat Iq. Jangan kau yang karam dek cinta sudahlah. Hati kecil laju sahaja melempar sindiran.  Perlahan Gelas diletakkan ke meja sisi.

Mata bola pingpong Mimi makin besar. Besar macam bola golf. Sengaja dibuntangkan demi menzahirkan rasa tidak puas hati yang pantas menjengah pintu hati terhadap Iqram. Namun reaksi yang ditayangkan tadi dirasakan Mimi tidak berbekas bila dilihat Iqram langsung tidak menunjukkan riak bersalah. Geramnya! Boleh je dia tayang muka tersenyum yang jelas begitu menyakitkan dimata Mimi. Hati menyumpah.  Berkilo-kilo. Menyampah betul laa dengan dia ni. Bukan tau nak ambik hati aku yang sedang merajuk ni. Boleh lagi dia tayang senyum tak bersalah. Hello Iqram Faysal..you ni memang tak reti nak pujuk perempuan kan. Patutlah girlfriend-girlfriend you cabut. Aku ni pun kalau tak fikirkan poket kau yang tebal tu, memang dah angkat kaki. Bisik jahat makin kuat meradak pintu hati. Kesemua jari diramas-ramas. Keras. Eei...

Iqram tayang muka sehabis manis walau dia rasa memang gula pada senyum yang dilontar bagai tiada rasa. Lelah memang sudah capai tahap kapasiti maksima dek melayan karenah Mimi yang terlebih sempadan. Namun digagahkan juga diri dek sayang yang menggunung terhadap Mimi. "Ubat selsema lah ni baby. Kan you yang minta i belikan tadi,hmmm. Demi you...sebab sayangkan you...sebab cintakan you,i carikan jugak tau. Minum ok?" Ditarik lebar lagi senyum. Senyum,Iq..jangan tak senyum. Kau kan sayang gila kat girlfriend kau yang meletup cantik ni. Mana nak dapat Iq..sudahlah aktres terkenal. Popular jangan cakap lah kan. 

Mimi silang dua tangan ke tubuh. Protes. Dengus kecil terluncur. Pantas tertangkap dek cuping Iqram yang duduk setentang. Tangan Mimi cuba diraih. Ditepis. Iqram geleng kepala. Dicuba lagi. Kali ni dia tidak ditolak. Lega. Dia memang kalah part-part memujuk perempuan nih. Entahlah. Dia memang tak suka sungguh.  Dari dahulu. Semua bekas kekasihnya memang ditinggalkan jika mula mempamer rajuk yang buat dia lelah dan menyampah. Tapi yang seorang ni, buat Iqram sakit kepala dek rajuk dia yang kadangkala melampaui batas.  Wajah cantik Mimi terus dijamah. Telinga terdengar desir rasa tidak puas hati yang terluncur dari belah delima nan mekar itu. "Ni bukan ubat selsema laa. Ubat dengan air takkan laa you tak reti nak bezakan. Issh!" Mimi ketap bibir. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata manis Iqram. Marah kecil sengaja ditayang. Irqam dilihat mengerdipkan mata. Menahan rasa mungkin. Mimi buat-buat tak nampak. Buat-buat buta!

Bibir diarah ukir senyum. Senyum Iq..senyum. Karang dia merajuk panjang, kau jugak yang pengsan. Tak ingat ke mesyuarat pasal AP kau lewat pagi nanti. Iqram pantas cantas kelopak marah yang mula nak berkembang dalam hati kala teringat mesyuarat yang perlu dihadiri nanti. Nafas yang bersarang didada dihembus keluar. Laju. Muka Mimi dipandang. Nasib baiklah you ni girlfriend yang i paling cinta, Mimi...kalau tidak. Tangan terus mengelus lembut jari-jemari halus Mimi. Kuku sederhana panjang yang dihiasi warna merah samar diusap perlahan. Mata dikalih ke wajah kelam Mimi. Bibir makin lebar tersenyum. Tercuit jugak dengan gelagat manja Mimi.

"Ini pun untuk selsema jugak, baby. Takkanlah i tipu you pulak. Minumlah dulu. Cuba ye. You tak kesiankan i ker. Susah payah i carikan untuk you. Siap mintak pengurus farmasi tu demokan kat i macammana nak buat ni untuk bagi kat you." Iqram tak putus asa. Dicapai gelas yang takzim di atas muka meja sisi lalu disua gelas yang ditangan kepada Mimi. Tangannya ditolak terus tanpa bicara. Iqram lepas keluhan kecil. Mata dihala ke wajah cantik setentang. Mimi lontar jelingan kecil. Tiada kompromi. Tak faham ker orang tak nak? Tak nak laa! Issy, bengap betul!

Mimi lerai genggaman jari-jemarinya yang erat ditaut tangan Iqram. "You ni cakap jer sayang kat i laa...cintalah...macam-macam laa lagi...tapi sebenarnya memang tak sayang kat i kan. Menyampah lah kat you ni. Minta tolong sikit pun tak boleh nak buat. Ni..ni.." Jari telunjuk dihala ke muka gelas yang berisi cecair jinga yang kejap digenggaman Iqram.  Mata dibulatkan lalu dihumban ke arah Iqram." memang bukan ubat selsema. I tau lah. I kenal ubat tu macammana. I dah biasa makan. You sendiri yang mula-mula belikan pil tu untuk i kan. Remember?" Mimi tala renungan biji mata golfnya ke arah Iqram yang tenang duduk setentang. 

"Baby...minumlah. You need this. Please. Taknak selsema you baik ker,hmmm."

"I nak pil yang tu. You tak faham laa. Issh..susah la you ni tau."

"I tau you dah biasa dengan pil putih tu tapi hari ni pharmacy tu on emergency leave. So minuman yang ni alternatif terbaik untuk selsema you tu. Minum ok?..I nak selsema you tu cepat baik. Tau kan i sayang kat you." Nada suara Iqram rendah sahaja.  Gelas dihulur kembali ke arah Mimi. Bersungguh-sungguh. Mimi masih tidak endah. Gelas ditangan Iqram dibiarkan sahaja. Mata Iqram ditala ke tangan. Gelas digenggaman jelas masih tidak bersambut. Iqram raup pangkal hidung dengan jari-jemari. Diletakkan kembali gelas terisi sekeping redoxon yang sudah larut diatas meja disisi. Buih-buih halusnya masih kelihatan. Mata kembali dibawa menjamah wajah indah didepan. Dilepaskan nafas dalam-dalam. Bibir dikunci. Rapat. Sudah tidak mahu lagi memujuk. Dan dia memangpun tidak suka memujuk perempuan. Tapi kerana Mimi digagahi jugak. Sudahnya dia tahu, dia memang bukan ahli dalam memujuk perempuan. Sekarang biar dia pula yang berdiam diri. Tidak mahu mengambil apa-apa langkah merayu. Mahu melihat sejauhmana rajuk sang kekasih didepannya ini mampu bertahan. Bukan dia tidak kenal dengan sikap Mimi yang adakala memang menjengkelkan namun kerana rasa sayang dan cintanya yang melimpah, semua itu dilemparkan jauh-jauh. 

Jeda.

Kebisuan Iqram buat Mimi sedikit mengelabah. Wajah tidak beriak Iqram yang tenang didepan menyentap jantung yang tadi selesa berlabuh degupnya. Mata dipancar lagi ke wajah paling kacak yang pernah hadir didalam hidupnya dan bergelar teman lelaki istimewa sejak dia bergelar bintang terkenal. Mimi kemam bibir. Kepala ligat berfikir. Macam-macam sedang terbentang di hamparan minda. Buatnya dia bosan dengan perangai mengada-ngada aku...sikap diva aku, mampus! Mana nak cari boyfriend super kaya macam dia. Silap-silap langkah, dia kena sambar dengan betina lain..gigit jari laa aku nanti. Issh, kau jangan sampai terlepas Iqram Faysal ni, Mimi. Kau yang rugi besar nanti. Dia ni lubuk emas kau, tau tak? Akal Mimi sedang rancak mengetuk fikiran agar dia pantas bertindak.

"Sayang..." Mimi capai tapak tangan tegap Iqram. Dielus lembut. Diusap berkali-kali. Iqram angkat wajah perlahan. Dua pasang mata saling bertentang. Mimi ukir senyum. Senyum paling manis. Sebelah tapak tangan di bawa ke pipi Iqram. "you jangan salah faham. I bukan marah you tau,sayang. Tak..i tak marah you sikit pun."  Jari-jemari Iqram terus dielus. Wajah tidak bereaksi Iqram makin mengusarkan perasaan Mimi. Issh, jantan ni...mengada-ngada la pulak nak merajuk! Bibir makin lebar mengukir senyum. Tangan terus mengelus pipi Iqram. Memujuk." Kalau you rasa i macam marah you, i minta maaf, sayang.  Maafkan i ye sayang. I tak sengaja. Bukan maksud i nak marah you." Mimi tayang mimik manja dengan lenggok suara yang sengaja dilemah lembutkan. Iqram masih tidak berkutik. Hanya sinar mata coklatnya yang seksi itu masih menghala ke wajah Mimi. Hati sudah rancak ketawa. Haa, tau takut cik aktres terbaik. Ni baru sikit tau Iqram Faysal keluarkan skill merajuk dia. 

Senyum manis Mimi ukir terus. Tidak berhenti. " You dengar kan i kata masa i sampai awal pagi tadi. I selsema. Teruk. I'm having a terrible flu. Faham kan, sayang? " Jari-jemari Iqram digoyang lembut. Iqram angguk perlahan. Mimi lepas keluhan kecil. Sengaja mahu mengundang perhatian Iqram. Mata masih tidak berganjak dari melontar pandangan ke wajah Iqram yang tenang. Jemari halusnya makin galak mengelus lembut ke wajah Iqram. Bekas-bekas cukuran jelas terasa di permukaan jari. "I kan minta you belikan ubat selsema yang biasa i makan tu. Pil putih kecil tu, sayang. Bukan air oren ni. I tak nak yang ni. You tau kan perut i ni sensitif sejak lepas operation hari tu. Nanti i salah makan...kan dah susahkan you. I tak mahu susahkan you, sayang. I takkan susahkan orang yang i sayang." Muncung Mimi dihala panjang sedepa diiring suara yang berlenggok manja. Gelas berisi cecair berwarna jingga berbuih yang berada di atas meja dijeling sekilas. Dua tangan disilang ke tubuh. Ada pulak bagi kita minum air oren. Dah la berbuih-buih semacam jer. Bodoh betul!

Nafas Iqram laju menuruni halkum kala wajah dibelai dek jari-jemari halus Mimi. Sabar Iq. Sabar, bro! Girlfriend tercinta kau ni tak lari ke mana kan. Debar jantung yang kencang berdegup dibawa lari ke arah lain. Fokus Iq..fokus! Tujuan kau kan nak bagi dia makan ubat selsema yang si pipi merah tadi cadangkan. Si pipi merah?  Lampu di fikiran Iqram spontan terang benderang.  Kata -kata dari gadis itu tadi kembali terngiang. " Bagi awek lu minum ni, bro. Dalam selinder ni ada vitamin C yang berbentuk bulat. Ambik satu. Masukkan dalam air sejuk...dalam setengah gelas. Dah larut suruh dia minum. Insya-Allah nanti baik la dia punya selsema tu. Ni alternatif yang bagus untuk selsema. Redoxon ni dah cukup bagus. Lepas dia minum lu suruh awek lu rehat. Mesti ok punyer. Tapi...kalau awek lu tu spesies lembik, lu suruh dia minum seketul lagi lepas bangun tidur. Insya-Allah boleh baik punya." Iqram ukir senyum. Gelas yang takzim berlabuh di permukaan meja ditoleh sekilas. Dicapai lalu dibawa ke arah Mimi. Wajah cantik yang bersih tanpa palitan warna yang seringkali tidak lepas dari permukaan licin dihadapannya ini ditatap. Bibir mengorak senyum. Nasib baiklah buah hati istimewa aku Mimi, kalau tak...

"You sayang i kan, baby?"

"Sayang..kenapa cakap macam tu. You tau kan hati dan perasaan i selama ni. Hanya you yang ada dalam hati dan jiwa i."

"I pun sayang sangat kat you.  Dan kalau betul you sayang kat i macammana i sayang kat you...i nak you minum air dalam gelas yang i pegang ni."

Mimi ketap bibir."Sayang....ala..."

"Please..baby. You nak selsema you cepat baik kan? I dah buat ni untuk you. Minum,hmmm." Gelas ditangan dihulur. Dua pasang mata mereka bertembung. Perlahan-lahan  gelas bertukar tangan. Mimi tenung gelas yang didakap dengan dua tapak tangan. Mata dibawa kembali ke wajah Iqram yang manis tersenyum. Kerdipan mata coklatnya yang cantik itu sudah beri isyarat yang mudah difahami maksudnya. Lambat-lambat dibawa pinggir bibir gelas melekat ke mulut. Ditelan liur. Eei, tak suka betullah kena paksa-paksa macam ni. Mata dipejam rapat-rapat saat gelas dicondongkan sedikit ke kawah bibir yang terbuka.

 Mata Mimi dilihat terbuka. Bulat. Gelas yang sudah kosong kejap dalam dakapan dua tapak tangan. Wajah Iqram ditala. 

"sayang..."

"Kenapa, baby?" Iqram cemas. Takkan ada tindakbalas kimia kut. 

"Sedap lah. Nak lagi. Bolehkan, sayang?" Mata dikelip-kelip. Senyum manja dihampar. 

Bibir Iqram ukir senyum balas. Kepala diangguk. Mimi..Mimi. 



"Iq.." Wajah diangkat kala suara yang menyapa singgah di cuping.  Mata ditala ke pintu bilik yang sedia ternganga. Dua senyum bergabung.

"Yup.."

"Macammana meeting?" Dua ibu jari diangkat. Bibir makin lebar tersenyum. "Ni Iqram Faysal lah, Fir. Beres punya. Settle." Firdaus balas dengan angkat dua ibu jari keatas jugak. Dua senyum berbalas. " Kau memang handal,Iq." Senyum makin lebar dek pujian  Firdaus yang merupakan pengarah operasi di NM Automobile Group of Companies. Firdaus yang merupakan teman paling akrab Iqram didalam syarikat mula dikenali sejak di universiti lagi. Firdaus yang juga teman sama-sama berhiburnya ini sudah gantung lesen keluar malam sejak mendirikan rumahtangga dengan pilihan keluarganya. Memang mengejutkan kala Firdaus menghulur kad jemputannya dahulu. Tak sangka sungguh lelaki korporat moden seperti Firdaus akan akur dengan jodoh pilihan keluarga. Namun Iqram dapat lihat sendiri betapa teman akrabnya ini cukup bahagia dengan isteri pilihan keluarganya. Kala ditanya, jawapan Firdaus cukup membuatkan Iqram terkesima. Restu keluarga bro. Itu yang penting. Berkat. Perempuan ni memang senang cari. Petik jari jer. Lagi-lagi kalau kita lelaki yang punya pakej lengkap. Bersusun yang nak impit. Tapi nak cari isteri bukan senang. Hanya mata hati yang boleh kenal permata yang sebenar. 

Restu keluarga. Mata hati. Iqram tahu mama dan papa hingga sekarang tidak merestui hubungannya dengan Mimi namun dia tetap berkeras hanya mahukan Mimi. Mama dan papa tak berkenan sungguh dengan Mimi. Iqram sendiri tidak pasti apa yang tak kena dengan Mimi di mata mama dan papa. Tiada cacat celanya buah hati kesayangannya itu. Tak apa, nanti nanti akan dipujuk mama untuk terima Mimi. Itu yang sering dipujuk oleh hatinya yang satu lagi  kala hati yang sebelah mahu dia ikut keputusan mama dan papa. Masa masih panjang lagi. Dia akan pastikan mama dan papa akan terima jugak Mimi nanti. Dia akan pastikan mama dan papa kan restui mereka berdua nanti. Iqram tala mata ke pergelangan tangan.  Wajah Longines nan bulat dipandang sekilas sebelum kembali dibawa tatapan ke wajah bujur sirih Firdaus yang masih takzim di pintu. "Jom lunch. My treat. Celebrate this win."

"Hohoho..." Firdaus laju menggeleng. "Tak dapat la hari ni. Got appointment dengan orang rumah aku laa, Iq. Dah janji. Karang dia merajuk, masak aku. Sorry, bro." Kepala Iqram digeleng. Senyum. "Tak apa. Faham. Orang baru kahwin kan. Mana boleh pisah lama-lama. Kalau dia merajuk, memang berteman bulan jer la kau malam ni kat balkoni. " Pecah ketawa. "Ok, aku chow dulu, bro. Have a nice lunch. " Firdaus angkat tangan sambil langkah diatur meninggalkan Iqram yang masih membuang pandang ke pintu. Hmm..nak lunch kat mana aku ni. Iqram urut dagu. Mimi sudah berangkat ke Pangkor untuk shooting filem terbaharunya di sana. Itu yang diberitahu oleh Mimi itu kala Iqram menghantarnya ke lobi pagi tadi usai sesi memberi "ubat selsema jingga" yang rupa-rupanya cukup berkesan  dan kena dengan lidah Mimi. Tiga keping redoxon sudah selamat dihirup Mimi. Dan kala menerima panggilan dari buah hatinya itu usai tamat menyuarat tadi, suaranya kedengaran sungguh ceria. 

Damia jenguk kepala ke dalam pintu restoran yang tertera tulisan MAKANAN KAMPUNG. Ni kut restoran yang Ekin cakapkan tadi. Apasal macam tak ramai jer. Tak best ker. Damia muncungkan bibir yang diketuk dengan hujung jari. Ahh..belasah jer la. Janji perut gua yang gila lapar ni tak buat konsert mak inang. Jom masuk cik Damia Humairah. It's makan time...

"D..." Uit! Sapa pulak yang panggil nama gua ni. Kepala laju jer dipusing ke arah suara yang memanggil. Mata Damia bulat kala sesusuk tubuh tegak berdiri didepannya. Alamak...bingka ubi hangus ni rupanya. Eh, dari mana pulak dia datang ni. Takkan dia skodeng gua kut. Biar betul mamat ni. Sepasang mata "cokolat" yang seksi itu ditatap tidak berkelip. Air liur sudah laju menuruni lembah kerongkong. 

"Hai D.." Iqram tala senyum ke arah si pipi merah yang sedang asyik memandangnya tidak berkelip.

 Damia tayang senyum paksa . "Lu dari mana ni, bro?"

"Lunch ke?" Pertanyaan si pipi merah dibalas dengan pertanyaan. 

"Lu tanya gua ker?" Jari telunjuk Damia dah cecah hidung. 

Iqram senyum." Ada sesiapa lagi ke kat sini,hmmm. Ker awak ingat saya tanyakan orang yang kat kaunter bayaran tu." Bibir Iqram memuncung ke arah kaunter bayaran di hadapan yang dihuni dua gadis manis bertudung ungu.

Ciss! Dasar bingka ubi derhaka betul. Nak kenakan gua la tu.

"Awak lunch break kan."

"yup." Damia laju atur langkah ke dalam restoran. Mata melilau. Apa yang best ek kat sini. Issh,apasal gua tak interview Ekin tadi. Lembab betul otak gua nih.

"Jom makan dengan saya." Damia kelip bijik mata berkali-kali saat telinga tangkap kata-kata yang dilafazkan si mata cokolat seksi disebelah. Makan dengan bingka ubi hangus? Ooo tidak...No no.. karang gua kena gossip skandal dengan lu pulak. Apa barang kena gossip dengan boyfriend orang kan. Gua tak main aar boyfriend orang nih. 

"Sorry aar bro. Gua tapau jer. Nak makan kat pantry APAC."

Iqram senyum. "Hmmm..ok. Jom. Kita tapau sekali...nanti boleh makan sama-sama."

Damia kebil bijik mata lagi. Lu biar betul bingka ubi. Iqram senyum. Seakan faham apa yang tertulis difikiran si pipi merah didepannnya ini. "Jom laa. Karang lambat. Awak tu mesti dah lapar kan."

"Err...lu nak tapau?" Lu nak makan dengan gua kat pantry?"

"Hmmmm.." Haa, memang mampus gua! Sah kena gossip nanti. Pot, lu rasa ok tak kalau gua kena  gossip dengan bingka ubi hangus mata cokolat seksi ni beb? 

"Lu biar betul, bro."

Senyum. "Why not. Tapi... kalau awak takut kena gossip dengan lelaki paling handsome di Setia Heights ni, baik kita makan kat sini jer. Macammana?" Iqram angkat kening. Damia tala matanya yang bulat. Ciss, bedebah betul! Perasan tahap anak tangga Batu Caves.

Iqram urut pelipis. Doa makan? Baca doa makan? Ahh sudah...

Damia tala dua tapak tangan yang sudah dirapatkan. Didekatkan ke wajah. Masih takzim menunggu. Mata menala barisan hidangan yang terbentang di tengah meja. Peergh.. Sah gua terbaring tak sedar diri lepas makan ni karang. Gila sewel bingka ubi hangus ni order tahap tak hinggat. Ingat mulut gua ni ada sepuluh apa. Mata kembali dihala ke wajah didepan yang diam. Ni apa kes, tak baca doa lagi ni. Takkan nak ambil wuduk dulu kut baru nak baca. 

"Bro, cepat la baca. Gua dah gila lapar ni. Tak sabar nak ngap yang terbentang kat depan nih."

Iqram lepas deheman kecil. Wajah si pipi merah didepan ditatap. Macammana nak cakap ni. Nafas yang lintang pukang. Tak tentu hala. Malu..malu.

"Err...D...saya.." 

Damia kerut dahi. Biar betul bingka ubi hangus ni. Takkan lah kut. "Bro, lu nak kena ambik wuduk dulu ker baru nak baca doa?"

Kepala digeleng laju. Damia garu kening. Apa kes la pulak bingka ubi hangus ni. Takkan nak baca doa makan pun segan dengan gua kut.  Gua nak makan ni aar. Karang gua lambat pulak. Issh, potong stim aar bingka ubi hangus ni. Gua dah la giler lapar ni.

"Err..sebenarnya...saya...saya tak tahu baca doa makan, D." Iqram tala muka yang sudah merah menahan malu. 

Mata Damia terbuntang. Terkedu. Astaga!

9 comments:

Anonymous said...

adoiii.. doa makan pun togeh gak ke?

Anonymous said...

Ruginya setengah pg abis ngan kegedikkan tahap petala c Mimi diva tu. bab Damia ngan bingka lak cenonet

rose ishak said...

eiiiii getik nau si mimi tu rs cam nk tunjal2 pala dia..adess bingka ubi failed doa mkn la plakkkk...

Haslina@DC said...

huallah bingka ubi tak gheti baca doa makan, bukan tahap derhaka kucc tahap jahil dah tuh..hehe

Anonymous said...

Adeh..doa makan boleh tak tau...bkn bingka ubi hangus lg dah..rentung sudah....haha

Eijan said...

Adohai....mmg hangus rentung betullah bingka ubi sorang ni....sah2 bukan takat togeh ke cangkul lagi ni....ni dah tahap timbus terus ni.....

Kamonnnn...D tugas mencabar akan bermula...mengajar mata cokolat tu baca doa makan ye.....

eija said...

amboi doa mkn pn xtaw ke.. adui budak umo 2 thn pn taw bca doa mkn...ish

nazira azwa said...

aduh bingka ubi hangus n mmg teruk ar doa makn pn xtau..ish3..

Anonymous said...

I аm rеаlly impressed with уour wrіtіng ѕkillѕ аѕ well аs with the layout on your ωeblog.
Is this a ρаid theme oг did you customize it yourѕelf?
Eithег way kеep up thе nice quаlity writіng,
it's rare to see a nice blog like this one today.

Also visit my web site ... payday loans

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...