Tuesday, May 14, 2013

13 Ros Merah - Bab 6


Bab 6
                "Abang Iqram nak beli apa ye. " Ekin hulur senyum kepada lelaki yang berdiri didepannya sambil menekan punat komputer didepan kaunter bayaran. Mata dihala seketika ke arah kak D yang selesai membuka pintu kaca dihadapan. Dua orang pelanggan perempuan yang baru melangkah masuk ke dalam APAC disapa kak D dengan ucapan salam. Siap berborak-borak dan ketawa lagi tu. Ekin turut tersenyum tengok gelagat kak D. Entah apa la agaknya yang dikatakan kak D hingga dua pelanggan tu boleh ketawa sakan. Betullah kata kak Dina, kak D ni memang skill PR dia dengan customers paling hebat. Sebab tu HQ pun salute dia. Atas faktor itu juga HQ letakkan kak D kat sini sebab cawangan ini penyumbang jualan terbesar kepada APAC Holdings secara keseluruhan. Senyum wajah cantik kak D dengan pipinya yang merah itu membuatkan Ekin kembali menghala mata ke arah lelaki dihadapannya ini yang dilihat juga sedang memandang ke arah yang sama. Ekin picingkan mata. Issh, asyik benar tenung anak dara orang abang Iqram. Abang Iqram ooi..girlfriend abang yang meletup lawa tu ingat sikit ye. Tapi nak heran apa kan. Dah kak D ni memang comel dan cantik kan. Ekin yang first time tengok dia pun memang tak berkelip jugak bijik mata. Cuma tak dizahirkan je tadi. Dalam hati memang dah cakap, fullamak lawanya pengurus baru ini. Pipi merah dia tu yang tak tahan. Gila comel!
             Suis dalam kepala memang sejak tadi sudah ada bisik-bisik kata kak D dan abang Iqram ni memang sudah kenal antara satu sama lain. Cara kak D bercakap dengan abang Iqram tadi sudah membuktikannya. Takpe, nanti Ekin akan korek dengan abang Iqram dimana dia kenal kak D yang cantik banget dan comel tapi gila selamba ini. Boleh suka-suki beruang kutub je dia pakai slanga lu gua masa cakap dengan abang Iqram tadi. Gila sungguh! Memang terkejut beruang pokok pine Ekin dibuatnya tadi. Dia yang sudah lama kenal dengan abang Iqram sejak bekerja di sini pun tak berani berbual macam tu. Yelah, Ekin pun tau abang Iqram ni siapa kan. Memang hormat latar belakang dia yang sangat hebat tu. Siapa tak kenal ayah abang Iqram...Tan Sri Fakruddin. Taikun automobil terkenal. Tapi kak D betul-betul buat Ekin rasa macam nak berguling jer atas lantai dek selamba dia masa cakap dengan abang Iqram. Memang Ekin tak dapat elak ketawa bila dengar kak D kenakan abang Iqram tadi. Sungguh tak dapat ditahan-tahan.Tersembur terus aje tadi. Lagi-lagi bila kak D cakap subjek agama abang Iqram dapat taugeh. Bila abang Iqram lurus bendul jer tanya taugeh tu apa, jawapan kak D buat Ekin sekali lagi kejang perut. Taugeh tu kata kak D memang terjun lombong lagi baik. Hahaha...gila ganas lah ayat kak D ni. Memang tak cover. Nasib baiklah abang Iqram pandai jawab balik tadi. Cool jer dia. Tidak, memang confirm malu tak dapat nak selamat. Abang Iqram sekolah oversea la kak D. Almaklum ler anak orang kaya-raya kan. Cuma abang Iqram ni yang Ekin tabik spring dia tak berlagak. Sempoi je. Semua orang dia boleh masuk. Tak kira siapa pun. Kalau orang tak kenal, memang tak sangka siapa dia sebenarnya.
                Iqram senyum. Mata masih mengekori wajah Damia yang juga kebetulan sedang memandang ke arahnya sebelum berlalu ke arah dua pelanggan tadi. Ekin sudah tabur senyum. Sah! Memang sah korang berdua ni ada bau-bau mangga kan.
           "Abang??" Ekin petik jari didepan wajah abang Iqram.
           "Err..abang sebenarnya nak beli ubat selsema. Tapi Ekin dah kata Dina tak ada. Tak apa lah."
           "Eh..abang selsema ke? Suara ok jer Ekin dengar. Tak sengau pun. Meletop dan menusuk jiwa seperti biasa."
            Iqram gelak. Ekin turut ketawa.
           "Bukan abang. Girlfriend abang. Tengah terbaring kat office abang. Baru balik shooting. Sakit kepala sebab selsema dari semalam katanya. Kesian abang tengok."
            Ekin angkat kening sambil tayang sengih. Memang dia tahu siapa gerangan orang yang dimaksudkan. Siapa tidak kenal buah hati abang Iqram yang tersangatlah kacak ini. Beberapa kali terserempak kemesraan lelaki ini dan pelakon terkenal Mimi Ain Syafina itu membuatkan Ekin maklum hubungan istimewa kedua-duanya. "Alahai baiknya abang Iqram. Bertuahnya cik Mimi kan dapat boyfriend handsome meletop dan baik macam abang Iqram ni."
          Iqram senyum. "Dah buah hati pengarang jantung, Ekin. Karang dia merajuk, abang yang parah. Abang ni memang lemah bila tengok perempuan merajuk. Lagi-lagi yang merajuk tu girlfriend abang. Buat dia merajuk berhari-hari..nahas. Nak putus nyawa abang. Dah missed nak dengar suara manja dia yang mendayu-dayu tu. Rugi Ekin. Tu alunan muzik penenang jiwa."
           Dua-dua lepas ketawa. 
          "Jap ek abang Iqram. Ekin panggil kak D tolong abang. Ekin nak start mesin cash ini dulu. Abang Iqram jangan risau. kak D tu memang terbaik untuk serve customer.  Abang mesti terkagum tahap tunggu lampu isyarat tukar warna hijau. Kak Dina yang cakap. Sebab tu HQ kami hantar dia jadi pengurus kat sini. Dia memang yang terbaik. Best among the best. Kak D nanti tolong abang cari penyelesaian untuk masalah selsema girlfriend abang tu nanti...don't worry ok." Dua ibu jari tunjuk isyarat bagus ke arah Iqram yang tersenyum. Ekin seru nama kak D yang sudah mengangkat tangan. 
          Damia arah Iqram ikut langkahnya ke rak yang tersusun deretan botol-botol vitamin pelbagai saiz, warna dan jenama yang terletak berdepan dengan kaunter ahli farmasi. Dicapai selinder Redoxon yang tersusun di tepi bahagian deretan pilihan vitamin C. Dihulurkan kepada Iqram. Mata Damia lihat Iqram capai selinder Redoxon warna jingga sambil belek-belek. Kejap-kejap mata "cokolat"nya yang seksi bak kata dia dan Pot itu memandang ke arah Damia sebelum beralih ke muka selinder Redoxon. Apa, ingat gua tipu lu ker, bro? Ekeleh bingka ubi hangus ni. Lu jangan pandang serendah bonzai kat gua ek. 
       "Ini apa?"
        Damia angkat kening. Ekeleh. Tanya gua lagi. Belek-belek macam bagus jer tadi gua tengok. Ingat macam tahu sangat. Hampas ubi kayu bengal betul la lu.
        "Ni namanya soluble vitamin C."
         "Soluble vitamin C?"
         "Habis lu ingat ni apa, bro? Ubat cirit birit?"
         Iqram senyum. Damia turut tayang sengih tak kuasa nak layan. Ekeleh senyum pulak si bingka ubi hangus ni. Cover malu la tu sebab dah terkesima dengan kepakaran gua yang tidak disangka-sangka ni kan. Ni baru sikit, bro. Menangis kucing lu kalau tahu skill gua yang mantap ni.
         "Nak buat apa dengan soluble vitamin C ni. Saya nak ubat selsema untuk girlfriend saya. Awak ni dah salah faham."
        Ooo..girlfriend. Maknanya??.. oit!! Pot, mata cokolat ni belum kahwin aar, beb. Gua salah faham la hari tu masa dia sebabkan gua terhumban dalam lopak lumpur. Sah sah masa tu dia tengah berangan naik kuda padi dengan awek dia. Sekali gua interprem pulak, tu pasal la gua yang kena. Eh, ada can lu buat skandal baru ni, Pot. Gua?..lu tanya gua, Pot. Apa barang pulak gua nak skandal dengan bingka ubi hangus ni. Bingka ubi hangus ni bukan taste gua aar. Mata dia? Alamak, Pot. Tu yang gua lemah ni..mata cokolat dia memang seksi woo, Pot. Damia ukir senyum tanpa sedar.
       Iqram kerut dahi. Lawak ke apa yang dia cakap tadi sampai si pipi merah kat depan dia ni boleh sampai tersenyum-senyum. Rasanya takda madu yang tertumpah kat ayat-ayat dia tadi. Ker dia ni tengah berangan. Hai, siang-siang depan customer pun boleh berangan ke, cik D. Iqram sembunyi senyum. Redoxon ditangan digoncang. Reaksi yang membuatkan Damia terkelip-kelip.
       "Cik D, awak dah berangan sampai ke puncak Himalaya ke,hmmm. "
       Ciss!..macammana gua boleh TERberangan depan si bingka ubi hangus ni ek. Issh, lu aar punya pasal ni Pot. 
        "Saya nak ubat selsema...bukan vitamin C, cik D."
       Damia tayang sengih monsun panas. Rasa-nak-maki-jer bingka ubi hangus ni. Gua hempuk lu karang, bro. Kata sekolah oversea. Dicapai selinder Redoxon yang tertera "tester"  di atas rak. Dibuka penutup lalu dikeluarkan sekeping vitamin C berbentuk bulat dan dihala ke wajah Iqram yang masih tak lari dua bijik mata dari memandang Damia. Damia balas tenung. Kening diangkat. Bro, gua bukan bingka ubi meletop yang lazat dimakan hokey. Gua kuih abok-abok kenyal. Lu salah telan, lu hilang nafas. Ingat!
        Iqram hala hujung jari ke pangkal hidung. Damia dihadapan yang sedang menggoncang selinder berwarna jingga terus ditatap.
         " Bagi awek lu minum ni, bro. Dalam selinder ni ada vitamin C yang berbentuk bulat. Ambik satu. Masukkan dalam air sejuk...dalam setengah gelas. Dah larut suruh dia minum. Insya-Allah nanti baik la dia punya selsema tu. Ni alternatif yang bagus untuk selsema. Redoxon ni dah cukup bagus. Lepas dia minum lu suruh awek lu rehat. Mesti ok punyer. Tapi...kalau awek lu tu spesies lembik, lu suruh dia minum seketul lagi lepas bangun tidur. Insya-Allah boleh baik punya." Redoxon "tester" kembali diletakkan ke atas rak. 
       Iqram belek lagi selinder Redoxon di tangan."Awak ni macam yakin jer girlfriend saya boleh baik minum benda nih."
        Damia rasa macam nak tayang aksi kungfu panda jer kat bingka ubi hangus yang kerek ni."Lu ni cakap macam orang tak ada iman la bro."
       "Eh..awak salah faham ni."
       "Gua pulak. Gua ke lu yang salah faham ni, bro."
       "Sebab apa pulak awak cakap macam tu? Tak betul saya cakap. Cara awak cakap macam vitamin C ni boleh bagi baik selsema girlfriend saya."
      Damia lepas nafas. Ditelan liur. Dihela nafas semula sambil lempar dua bijik mata pandang bingka ubi hangus yang tayang senyum didepannya ini.Gua  rasa gua belum breakfast lagi. Sedap juga dapat makan free ni. Dah depan mata kan. Tapi... gua tak makan bingka ubi hangus. Gua makan bingka ubi yang manis jer. Bingka ubi hangus depan gua ni gerenti pahit. Benda hangus macam tu la rasanya...hukum karma kan. 
     "Lu dengar tak tadi gua sebut Insya-Allah? Dengarkan. Tak tau laa kalau sound lu ada putus wayar dia kat saluran mana-mana." Damia angkat kening dua tingkat. Iqram dilihat angguk." Ya, saya dengar."
     "Bagus. Insya-Allah tu maknanya dengan izin Allah. Lu dengar kan. Bukak telinga lu tu luas-luas bro. Cuping tu bagi kembang." Iqram tahan ketawa. Tubuh disandar ke tiang disebelah rak. Mata terus hala ke arah sang pengurus baru bak kata Ekin tadi. "Dengar ni gua nak cakap.  Allah suruh kita usaha.  Dalam apa perkara pun dalam hidup...termasuk la yang gua tengah beritahu lu ni. Lepas usaha..yang lain tu serah pada Dia. Apa yang gua bagi kat lu ni, kira cabang usaha lah namanya. Tu pun lu tak faham ke. Memanglah lu ni gerenti dapat taugeh kalau ambik asas Tauhid. Gua kerat rambut punyer kalau lu dapat gred cangkul, bro. Tasik Wetland yang ada badak air memang sesuai buat lu kalau ada rasa-rasa nak terjun bila dapat taugeh nanti. Dia pun dapat habuan. "
        Iqram senyum. Boleh tahan jugak si pipi merah ni kalau berhujah. Hmmm...not bad! Redoxon ditangan digenggam sebelum dihala ke arah Damia. Kepala diangguk. Isyarat. Dua pasang kaki melangkah ke arah kaunter bayaran. Ekin dilihat Damia sedang membersihkan rak-rak kaca berdekatan dengan kaunter bayaran. 
        "Saya tanya satu soalan boleh?"
        "Tanyalah. Sepuluh pun gua ok. Gua takda hal punya." Damia terus hala langkah ke depan. Iqram mengikuti daripada belakang. Senyum terukir di bibir. 
         "Awak ni dulu cita-cita nak jadi doktor?"
         Langkah Damia jeda. Kaki Iqram turut spontan terhenti. Tubuh dipusingkan memandang lelaki dibelakang. Dua tangan disilang ke tubuh.
         "Apasal lu nak tau pasal cita-cita gua pulak. Gua tak ada sibuk pun tanya pasal hal-ehwal cita-cita lu. Amende la lu ni, bro. Tanyalah soklan yang bijaksana  sikit."
          Iqram sembunyi senyum dengan kata-kata spontan Damia. "Eh..tadi kata boleh tanya. Sepuluh pun ok. Ni baru satu."
          " Cita-cita gua lu jangan tanya. Tukar soklan lain."
           "Apasal tak boleh tanya. Cita-cita tu soalan umum kan."
           "Umum kat lu. Peribadi kat gua. Ada faham. Dah, tukar soklan. Tak, gua kensel offer gua." Damia sudah memusingkan tubuh kembali menghala ke depan.
            "Ok, fine. Next question. Boleh?"
            "Ha..tanyalah." 
            "Awak dah kahwin?"
             Damia pusing kembali tubuh mengadap Iqram. Dua tangan disilangkan ke tubuh. Mata dihala ke wajah yang sedang memandangnya. Bersahaja.
            "Lu ada nombor handphone abah gua tak, bro?"
            "Erk?" Iqram kerut kening. "I'm sorry. What did you say?"
            "Lembab betul lu ni kan."Damia tayang sengih-padan-muka-lu-bro.
            "Apa pulak kena mengena nombor handpone abah awak dengan soklan saya tadi."
            "Lu ni kan bro. Subjek sejarah pun lu taugeh ke." Langkah kedua-duanya sudah sampai ke kaunter bayaran. Iqram hulur Redoxon kepada Ekin bersama sekeping not lima pulug ringgit. Laju jari-jemari Ekin mendekatkan muncung scanner ke muka selinder Redoxon.
             "D..I tak faham. Subjek sejarah...your abah handphone number. What..what is the connection with my earlier question." Ekin hulur plastik berserta wang baki ke tangan abang Iqram. Mata hala ke wajah kedua-duanya. Kak D yang sedang tayang senyum dan abang Iqram yang sedang tayang muka tak puas hati. Apa kes pulak diaorang ni. Ekin urut pelipis.
             Damia lepas deheman kecil bersama sebuah senyuman halus." Lu cari jawapan sendiri. Lu kan sekolah oversea. Mesti handal. Gua nak sambung kerja gua, bro. Terima kasih membeli di APAC Pharmacy. Sila datang lagi. Jangan lupa ajak sama kawan-kawan dan saudara mara membeli belah di sini. APAC Pharmacy untuk kesejahteraan bersama. Itulah kami." Damia tunduk kepala sedikit, tayang senyum sebelum atur langkah ke arah rak di belakang mendapatkan sekumpulan pelanggan disana. Ekin tayang kerut dahi. Apa dah jadi dengan dia orang berdua ni. Takkan gaduh kut. Tengok kak D senyum je.
            Iqram geleng kepala. Nafas dilepas perlahan. Mata masih lontar ke arah D yang sudah hilang di rak belakang melayan beberapa pelanggan di situ. Ekin hala mata ke arah abang Iqram yang sedang menggelengkan kepala. Persoalan tadi kembali meniti di fikiran.
           "Abang Iqram gaduh dengan kak D ke?"
            Geleng. Senyum."Tak ada la. Kami borak jer tadi."
           "Ekin.."
           "Yup.."
           "Abang nak tanya, boleh?"
           "Boleh je. Tanyalah."
            "Apa kaitan subjek sejarah dapat taugeh dengan nombor handphone abah kak D, Ekin tu. Err..Ekin tau ke nombor handphone abah kak D?"
            Ekin tayang kerut. "Sejarah? Nombor handphone abah kak D? Abang borak apa dengan kak D tadi ni ek."
            "Adalah...then abang tanya dia dah kahwin ke. Tu yang dia tanya abang tau ke nombor handphone abah dia. Bila abang tanya balik apa kena mengena soklan abang dengan nombor handphone abah dia, terus dia cakap subjek sejarah abang dapat taugeh.   Abang tak faham. Tu abang tanya dia balik. Dia tak jawab pun. Siapa suruh abang cari jawapan sendiri pulak. Issy, D ni."
            Ekin senyum sambil geleng kepala. Kak D..kak D. Nakal betul..tapi bijak!
            "Ekin?"
            "Abang nak tau jawapannya?"
            "Mestilah."
            Ekin angkat kening. "Ekin dapat apa kalau beritahu abang?"
            Giliran Iqram angkat kening. "Ekin nak apa?"
            Senyum Ekin melebar.            

6 comments:

Anonymous said...

ala chumellnyerr..
err.. agak polos si iqram ni ye.. heuheuhue..

Anonymous said...

klakarnya si D ni!!!sy asyik gelak je bila bace....hahaha...eh,apa jawapan dia ya?smbng cpt cik writer....

eija said...

ok D mmg slaber... hihihi

Anonymous said...

Kalakau untul!!

rotfl....

nazira azwa said...

Haila naif sggh iqram n..mmg teruk kn buli ngan D..tp diorg berdua n nmpk comel je..

Anonymous said...

I think thе admin of this site iѕ іn
fact wοrκing haгd in favoг of hiѕ website,
bеcause heгe every matеrіal iѕ quality bаsed data.


Feel free to vіsit my webρage ... New Bingo Sites

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...