Monday, February 15, 2016

LENTERA

“Maaf. Siapa nama you tadi?” Umar humban tanya dalam oftah perlahan seraya hulur isyarat tangan yang dikuak. Mempersilakan tetamu di depan untuk duduk. Tubuh tingginya ikut berlabuh ke perut sofa.

“Faa Roulette. You boleh panggil I,  Faa. Short and sweet. Not short and simple.” Senyum manis penuh yakin dijala. Kena yakin bila bercakap dengan lelaki hebat macam dia ni. Sudahlah payah nak buat appointment. Ada sahaja yang menghalang. Maaf, cik. Encik Umar sibuk sangat minggu ni. Maaf, cik, Encik Umar ada temujanji. Saya tak boleh jadualkan cik untuk jumpa dia. Maaf, cik. Maaf sangat-sangat. Encik Umar ke luar negara. Ada urusan syarikat. Asyik ayat maaf aje yang singgah kat telinga. Acapkali dihadiahkan perkataan itu sampai naik biru jingga biji mata. Tapi kenalah sabar. Nak dapat business bukan senang sekarang. Persaingan memang dahsyat. Tapi semalam Faa melompat gila. Terjerit sakan bila dia dapat panggilan dari pembantu peribadi lelaki ini. Ya perempuan yang sama yang menghubunginya di FB dahulu. Katanya ada slot kosong untuk Faa pagi ini. Dia dah masukkan khas untuk Faa. Tapi setengah jam sahaja. Yes! Akhirnya. Setengah jam pun setengah jam laa. Janji dapat jumpa empat mata dengan lelaki bernama Umar Al-Walid ini. Setengah jam itu akan digunakan sepenuhnya. Ni Faa Roulette. Akan laju berpusing tanpa henti. Setengah jam untuk dia terang dan jual program kesihatan yang dicari lelaki ini seperti yang diberitahu panjang lebar oleh pembantu peribadinya dalam pesanan inbox di Fb Faa beberapa minggu lepas.

Program kesihatan?

Pelik kan. Tapi itulah yang lelaki ini cari. Punyalah Faa terkujat masa mula-mula dihubungi dahulu. Dah la yang dia nak program kesihtan yang lain dari yang lain. Tapi tak apa. Faa Roulette mana boleh kata tak boleh. Susah macammanapun kan dia bolehkan jugak. Nanti akan dia terangkan pada lelaki ini. Akan Faa tunjukkan program kesihatan yang dia sudah susun untuk lelaki ini seperti yang dimahukan. Kaki kiri yang separuh terdedah dari lutut ke bawah sengaja disilangkan ke atas kaki kanan yang terkoyak dari sebarang alas yang membalut permukaannya. Menampak kulitnya yang putih mulus. Tubuh ditegakkan. Bebola mata tepat pada sasaran yang duduk tenang di depan. Eye contact, Fa. Good business need good eye contact. Look at his eyes. Aku tengah tengok la ni. Tengok sungguh-sungguh tau. Bibir tanpa sedar humban senyum lagi.

Faa. Short and sweet. Hmmm. Kepala diangguk. Senyum Umar dilepaskan dari bibir. Membalas apa yang dihulur tamunya ini. Sedekah senyum tu perlu walaupun dengan musuh, Umar. Gadis  yang sedang duduk bersilang kaki di depan dikilas pandang seketika sebelum mata terarah ke pintu.
“Give me a minute.” Umar bangkit dari duduk. Kaki menghala pantas ke pintu bilik yang sengaja dibuka luas. Faa menoleh. Mengikut langkah karisma lelaki Umar. Nak kemana pulak dia ni. Pergelangan tangan diangkat. Haishh.  Janganlah nak buang masa Encik Umar. Dah la susah nak jumpa dia.

Umar mendekat pada meja Rachel, pembantu peribadinya yang sedang menekun di skrin.

“Rachel.”

“Ya, Encik Umar.” Rachel yang ralit di skrin laju berkalih pandang.  Umar pandang di belakang kerusi Rachel.  Jari dihala pada Pashmina hitam putih yang terhampar di dada kerusi.

“Selendang tu boleh tak you jualkan pada I?  Just name me the figure.” Rachel toleh memandang ke belakang.   Ditarik Pashmina yang mengalas dada kerusi. Dihulurkan pada Umar.

“Pashmina ni ke, Encik Umar?”

Umar angguk.

“Encik Umar nak buat apa dengan Pashmina ni?”

Senyum Umar terhampar luas.


No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...