Tuesday, July 27, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 29

Bab 29
"Congratulation Faisal...congrat abang Wan. Danisha mana ye?"
"terima kasih Zita. Danisha tak dapat hadir mak mertua dia admitted to Gleneagles petang tadi." Ada kejutan diwajah Zita.
"kenapa dengan mother-in-law dia abang wan?"
"heart attack. Tapi dah stabil kata Danisha masa abang call dia tadi. Alhamdulillah." Zita turut melafaz ucapan syukur.
"Hmm, siapa this handsome gentleman next to you my dear? your new bodyguard? import dari mana ni Zita?" Zita sudah ketawa kecil dengan pertanyaan lucu Fazwan. Azhar turut ketawa.
"kenalkan ni kawan Zita, Azhar." Fazwan dan Azhar sudah berjabat mesra. Ucapan tahniah dihulurkan Azhar pada Fawzan.
"Faisal, kenalkan kawan Zita, Azhar." Zita mengamit pandangan Faisal yang sedari tadi dilihat memaku pada Azhar disebelah.
Tangan dua lelaki dihadapannya sudah saling berjabat. Erat genggaman dua tapak tangan yang sudah bergabung menjadi satu. Senyuman bertaut. Manis dan cuba sedaya upaya dicipta suasana mesra. Mata saling memandang. Merenung.
"Azhar."
" Faisal." Azhar sudah menganggukkan kepala.
"Nice meeting you Faisal. Congratulation on the promotion."
"thanks."
Zita hanya memerhatikan dua lelaki dihadapannya kini sedang berjabat tangan dan saling bertukar senyuman. Fawzan yang berdiri disebelah Faisal turut memfokuskan pandangan pada dua lelaki berkenaan. Seakan tahu apa yang bersarang diminda Zita saat ini Fazwan melemparkan senyuman padanya sambil menganggukkan kepala padanya.
Azhar dilihat cukup cool biarpun Faisal dilihat masih tidak mengalih pandangan bebola matanya dari menganalisa Azhar yang berdiri rapat disebelah Zita. Tidak dapat dipastikan Zita apakah makna disebalik tilikan mata Faisal yang menjelajahi keseluruhan diri Azhar. Apa ni Faisal! Kalau dirinya berada di tempat Azhar, Zita pasti sudah rimas dan gelisah diperlakukan sedemikian rupa. Tapi Azhar dilihat tidak langsung tergugat oleh mainan dan tenungan mata Faisal.
Siapa dia ini pada kau Zita?..istimewa sungguhkah dia hingga kau sanggup seret dia mengiringi diri kau ke majlis yang sangat bermakna buat diri aku ini? Aku hanya mengharapkan kehadiran kau di sini untuk berjabat tangan sambil mengucapkan tahniah pada aku..kau seorang sahaja...dan bukannya ditemani sesiapa!
Faisal melemparkan pandangan pada Zita yang berdiri anggun disebelah Azhar. Sangat rapat dan mesra pada penilaian matanya. Ada rasa cemburu yang singgah dan melekat disudut hati kecilnya melihatkan kemesraan kedua-duanya yang saling tersenyum memandang antara satu sama lain. Ada rasa hentakan padu yang amat sakit yang menghentam dadanya memandang aksi kedua-dua. Awal tadinya dia cukup teruja melihat kehadiran Zita di Ballroom ini namun saat melihat Azhar yang berjalan seiringan dengan wanita pujaannya itu hatinya diamuk api cemburu. Melihat tampang Azhar, Faisal pasti Azhar lah lelaki yang beberapa kali dilihat menghabiskan masa beriadah bersama Zita di Taman Tasik Titiwangsa. Pernah dua kali dia melihat kelibat kanak-kanak perempuan berambut perang turut ada bersama mereka. Tidak dapat dipastikan siapa kanak-kanak berkenaan tapi sangat mesra disisi Azhar. Juga mesra bersama Zita. Gambaran sebuah keluarga yang sangat bahagia. Mungkinkah kanak-kanak tersebut anak Azhar?...tapi di mana ibunya yang juga isteri Azhar? Dan kenapa pula Azhar hadir disini bersama Zita jika dia sudah beristeri. Atau mungkinkah Azhar..?
Kau ni kenapa Faisal?..dah gila?...dah tak waras hingga berkelakuan sebegini. Memalukan. Kau memang sungguh memalukan lah! Ingat, Zita itu bukan lagi milik mutlak kau yang boleh kau ikat dan perintah itu dan ini seperti dahulu...dia kini bukan lagi isteri kau!..dia sudah bebas dari kau bodoh!

Tapi...sayang aku padanya tidak pernah bebas...rasa itu sudah terpasung di sini..di hati aku ini dan ia makin kukuh terpahat di jiwa aku ini dari hari ke sehari...aku tak dapat melupuskannya....aku tak dapat....aku tak mampu. Zita itu hanya untuk aku...untuk aku seorang, tiada lelaki lain yang boleh memiliki dia...kau dengar tak?

Kau ni memang dah gila Faisal!...tolonglah sedar, Zita itu bukan milik kau lagi...bukan lagi!
Aku tak peduli, persetan dengan kau..persetan dengan semua!
"Faisal?"
"Faisal?"
"Faisal...Faisal!"
Terasa seakan ada rasa tamparan yang sedikit kuat pada lengannya. Pantas minda diarah berfungsi kembali pada orbitnya. Mata sempat melihat tiga pasang mata yang sedang tegun memandangnya. Tidak berkelip. Fazwan dilihat sudah menggeleng perlahan. Azhar sudah tersenyum kecil. Zita hanya memandangnya sebentar sebelum melarikan wajah tatkala bola mata mereka bertembung.
"dah sampai mana kau ni Faisal..Mauritius? Kepulauan Pasifik? ker Antartika sana?" senyum dan ketawa kecil itu cukup menyakitkan telinganya. Mahu sahaja dihamun maki Azhar yang selamba mentertawakannya. Mahu ditinju sahaja mulut celupar Fawzan yang seakan bersekongkol bersama Azhar. Celaka!
"Maaf. Saya tiba-tiba teringat seseorang tadi." Fazwan sudah tersenyum. Kau ni memang celaka la Wan!
"mesti istimewa orangnya kan kalau tak, takkan sampai you boleh terleka dibuatnya." Azhar sudah menganggukkan kepala sambil menepuk-nepuk bahu Faisal.
"istimewa...sangat-sangat istimewa didalam hidup saya." Bola mata dihala pada Zita disebelah Azhar yang kebetulan sedang memandang Faisal. Bertembung seketika pandangan mereka sebelum Zita dilihat pantas melontar pandangan ke arah pentas. Dilihat Zita menepuk lengan Azhar sambil menunjukkan jarinya pada seseorang di sana. Dilihat Zita berbisik ke telinga Azhar. Azhar dilihat menganggukkan kepala sambil tersenyum manis. Pandangan yang begitu menyakitkan mata Faisal.
"excuse us gentleman.. kami nak jumpa Tan Sri dan Puan Sri sekejap. See you guys later ok."
"sure sure, see both of you later."
Faisal mengiringi pemergian Zita dan Azhar dengan pandangan matanya. Perlakuan yang turut diperhatikan Fazwan sambil menggelengkan kepala.
"aku rasa kalau mata kau tu boleh bercakap mesti dia cakap sudah sudahlah tenung orang berdua tu..dari mula diorang masuk dewan ni kau suruh aku tenung...letih aku, kau tau tak!"
Faisal tidak mengendahkan kata-kata Fazwan. Bibir mereka mengukir senyuman sambil tangan bertukar jabat pada tetamu yang menghampiri dan mengucap tahniah. Dewan sudah sesak dengan para jemputan dari kalangan pemain korporat tidak kira samada kawan dan lawan.
"siasat siapa dia Wan. Aku nak tahu semua pasal dia." Fazwan menoleh pada Faisal disebelah.
"dia? siapa?"
Faisal memandang tepat pada wajah Fazwan.
"kau tahu Wan siapa yang aku maksudkan. Everything about him. Everything!"
Fazwan mengurutkan pangkal hidung sambil menghela nafas panjang.

1 comment:

Iffahnazifa said...

Membara je faisal tgok zita & azhar.
Ape dia nk buat agaknya ek..?

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...