Friday, December 19, 2008

Bila Cinta Bicara - Bab 1

Bab 1

Echa itu nama pendek atau boleh juga la disebut nama panggilan...nama betul Echa teramat panjang. Panjang berjela. Itu yang orang selalu cakap, yang orang selalu kata. Dari Echa kecil sampai la dah besar panjang, dari zaman sekolah hinggalah ke alam pekerjaan Echa sekarang.Tak kisahlah tu, janji Echa ada nama kan taklah nanti dipanggil hei ker atau hoi ker takpun eh budak...eei, Echa cukup pantang dipanggil begitu, kurang ajar sangat bunyinya.

Nama betul Echa?, nama yang tercatat pada surat beranak tertera Siti Nur Kesuma Sari Annisa Aishah binti Qamarulzaman..hehehe,panjangkan!. Kata Mak Teh Qamariah yang Echa panggil mak ; adik arwah abah yang menjaga Echa nama tu panjang sebab ia cantuman nama-nama yang diberi oleh arwah umi, arwah abah juga arwah nenek...ooo, patutlah panjang!. Kata mak lagi Nur Kesuma Sari tu pilihan arwah umi sebab umi pencinta budaya dan seni melayu walaupun diri umi bukanlah dari rumpun bangsa melayu, namun kecintaan arwah umi pada budaya melayu mengatasi segalanya, Annisa tu pulak pilihan arwah abah sebab ia membawa maksud perempuan dalam bahasa arab dan pilihan arwah nenek pula adalah Siti Aishah. Kata mak lagi arwah nenek sudah angankan nama sempena isteri Rasulullah s.a.w. itu sejak Echa dalam perut arwah umi lagi. Agaknya arwah nenek berharap semoga Echa akan dapat tempias aura dan kehebatan isteri Rasulullah itu,iye kot! tapi mana datangnya nama Echa tu? haa adalah kisahnye...

Kenapa Echa dijaga oleh Mak Teh Qamariah?, hmmm Echa pun tak ingat sangat sebab perkara tu berlaku masa Echa masih kecik, kata mak arwah umi, arwah abah dan arwah nenek meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan waktu balik dari kenduri kahwin saudara kami di Bentong, Pahang 15 tahun lalu. Cuma Echa seorang saja yang terselamat dalam tragedi tu sebab tercampak keluar dari kereta arwah abah yang remuk.Waktu tu kata mak, Echa baru berumur 4 tahun. Dan semenjak dari itu Echa dijaga oleh mak, satu-satunya adik beradik abah, arwah umi anak yatim piatu, gadis matsalleh yang abah kidnap waktu dia belajar dia Manchester, United Kingdom. Dan bermula dari saat itu jugaklah Mak Teh Qamariah dan Pak Teh Alias umpama mak dan abah Echa kat dunia ini hinggalah kini. Echa sungguh bersyukur dengan limpahan kasih sayang juga perhatian mereka berdua pada Echa selama ini yang adakala mengundang cemburu di hati abang-abang sepupu Echa yang lain...ceh, apa barang budak jantan pun nak jeles ker..citt!

Echa ni memang dari kecik-kecik dah ganas a.k.a brutal. Mesti ramai tak percaya kalau tengok dari penampilan dan rupa bentuk fizikal Echa. Tapi itulah kenyataannya. Echa bukan perempuan melayu spesies pemalu, lentuk, lemah gemalai persis perempuan melayu klasik zaman Hang Tuah walaupun nama Echa ada unsur-unsur klasik tu. Mungkin sebab persekitaran Echa dibesarkan yang membentuk peribadi sebegitu, yelah anak-anak mak dan abah Echa tu semuanya lelaki versi jantan brutal. Abang-abang sepupu Echa yang berempat tu laa ikon yang bertanggungjawab merosakkan identiti keperibadian perempuan melayu dalam diri Echa ini. Echa masuk semua aktiviti diaorang; main bola,melastik, lawan spider,mandi laut, memancing, panjat pokok jambu bertih, kutip kepah kat pantai, masuk hutan pikat burung, jerat landak semuanya Echa joint cuma main sepak raga aje yang Echa tak...bukan tak nak, Echa ok aje tapi mak siang-siang dah bagi warning aka amaran keras...

"adik, jangan nak cari pasal ye, terkoyak nanti baru tau.."

hehehe, mak,mak... ya mak memang suka buat lawak jenaka. Dia memang lucu. Penuh dengan gelak tawa, mungkin itu petua mak kekal awet muda hingga kini.

Tidak pernah langsung Echa terlintas atau terfikir akan menjadi seperti sekarang ini. Bagai tak percaya aje... yelah ada ke Echa yang terkenal kasar giler dari kecil ini boleh jadi model... karut sungguh!!..lantas bila Echa terlibat dalam bidang pekerjaan sebegini, Echa masih dengan sikap kebrutalan Echa jugak. Tak retilah nak beraksi manja-manja, manis-manis atau buat muka versi ayu dengan kepala yang terliuk-liuk tu gelilah, termuntah pun ada. Untuk pengetahuan, Echa kerja sebagai peragawati atau bahasa omputih disebut model. Kelakar kan perempuan ganas dan brutal macam Echa boleh jadi model memang tak masuk akal, tapi nak buat macammana kalau dah itu pintu rezeki Echa. Sebenarnya kisah penglibatan Echa dalam bidang ini terjadi secara tidak sengaja. Asalnya Echa cuma mengikut rakan kuliah menemankan kakaknya untuk uji bakat sebuah iklan...alih-alih tanpa disedari gambar-gambar Echa telah disnap secara curi oleh seorang jurugambar majalah Chanteq yang kebetulan ada di situ. Dia yang terpegun melihat rupa Echa, fuhh terkasima tau dengan kata-katanya... cantik sangatkah Echa ini sampai dia terpegun,perasanlah kau Echa!...lantas Echa dijemput pengarang majalah itu ke pejabat dan mahu meletakkan wajah Echa sebagai cover untuk keluaran istimewa mereka... haa, terkejutnya Echa!. Mulanya Echa taknak, ngeri jika diketahui rakan-rakan kuliah, habislah Echa digelakkan diaorang lagi teruk kalau diketahui mak ,mampus!!, tapi bila dia berjanji tidak akan mendedahkan maklumat diri Echa tambahan dengan bayaran yang bakal Echa perolehi Echa bersetuju sahaja dengan tawaran lumayannya... iyelah mana nak dapat duit banyak itu lagi-lagi dengan status sebagai pelajar kolej, biru ungu jugak lah bijik mata Echa ni tatkala melihat cek bayaran yang berpindah ke tangan,mak datuk, banyaknya!

Allah kurniakan kelebihan rupa bentuk fizikal pada Echa untuk ke arah itu Echa terima dengan redha, Alhamdulillah. Echa tak pernah rasa bangga diri, tak pernah riak jauh sekali nak berlagak... apa barang nak eksen setakat jadi model ni...orang tak heran laa kan. Kesan dari penampilan wajah di majalah Chanteq itu, mereka dihujani pelbagai panggilan telefon yang ingin mengenali Echa termasuklah agensi peragaan yang Echa bernaung sekarang. Ringkasnya Echa akhirnya memilih jalan ini biarpun pada awalnya mendapat tentangan yang maha hebat dari mak dia takut Echa hanyut dengan kemewahan,kemasyhuran atau paling teruk lupa pada keluarga, lupa hamparan hijau tempat berpijak bila sudah berada tinggi di langit biru. Janji Echa padanya tetap dikotakan Echa tetap Echanya biar setinggi manapun Echa terbang!!

Kengkadang tu boss Echa pun naik pening dengan cara Echa yang luar alam ni tapi dia baik, dia sabar aje dengan peel Echa yang satu ni lagipun Echa ni banyak bagi business kat dia,muka ni muka rezeki dia kata...kunun-kunun ler tu, puji-puji lak aah,tak lut lah ngan segala kemahapujian ni jangan harap Echa nak jadi macam yang diaorang nak Echa adalah Echa...me is me ok!!! noktah.titik. Echa tak akan membiarkan diri dimanipulasi sewenang-wenangnya. Echa bukan seperti sesetengah perempuan di luar sana yang mudah diperlakukan sedemikian rupa. Echa masih ingat pesan mak, pesan abah. Echa masih tetap asal keturunan orang melayu yang terbilang santun susilanya.

Boss Echa sememangnya sangat memahami diri dan cara Echa. Echa dah terangkan pada dia masa mula-mula menjejakkan kaki ke pejabatnya yang indah ini. Echa jelaskan dengan panjang lebar segala do and don't yang mahu dia patuhi jika ingin mengikat Echa bekerja dengannya. Dia cuma tersenyum dan menerima segala syarat-syarat tu dengan senang hati. Katanya dia betul-betul jatuh hati saat pertama kali melihat wajah Echa... eei nasib baik dia perempuan, kalau tidak...eh, jangan buat kesimpulan dulu ye boss Echa businesswoman bergelar Puan Sri yang sudah berkeluarga ok...katanya wajah Echa mengingatkan dirinya kepada seseorang,seseorang yang pernah dia kenal. Ntahlah, Echa pun tak tau..iye kot, lagipun kan orang kata yang di dunia ini ada 6 orang lagi yang punya wajah serupa dan seiras dengan kita jadi, apa nak diherankan!

Tika mula-mula Echa diberi tugasan pertama membuat fashion show amal anjuran Majlis Kanser Malaysia demi mengutip derma tabung Badan tersebut, Echa panik giler sebab tak pernah membuat penampilan di khalayak ramai. Tak tentu arah dibuatnya masa tu..alahai macammana ni, matilah!...rasa macam nak berhenti kerja aje masa tu dan lari balik kampung...apsal panik?..yelah Echa selalunya hanya terlibat dengan sesi majalah dan penggambaran dilakukan di studio aje. Alih-alih kena berjalan dihadapan ratusan orang pulak!. Echa mulanya mahu menolak aje dan minta diganti dengan model yang lain namun kata boss Echa penganjur tu tetap mahukan Echa. aduh!. Melihat pada wajah sayu Puan Sri Nik Nur Amalin; boss Echa tu, Echa jadi kesian...oklah Echa terima!, lantas senyum mekar terbit pada bibirnya nan merah itu. Dan demi membantu Echa melaksanakan tugasan tersebut, Puan Sri banyak memberi tips untuk Echa tenang di pentas dan dia juga banyak memberi perangsang untuk Echa melakukan tugasan peragaan yang pertama ini.

Demi itu jugalah Puan Sri sanggup turun padang menurunkan ilmunya pada Echa tentang cara-cara beraksi di pentas juga ketika turun untuk berjalan di hadapan penonton. Aduh... perit dan ngerinya Echa untuk melakukan tugasan pertama ini. Bayangkan nak kena berjalan catwalk depan ratusan mata yang tertumpu pada diri kita. Rasanya kalau kena perintah terjun dari jambatan kat kampung ke dalam sungai pun takper, Echa sanggup lagi. Tapi bak kata Puan Sri, boss Echa yang dikasihi itu tugasan ini demi kerja amal, kerja yang mulia. Echa bukannya buat kerja tak senonoh. Hanya perlu bergaya dengan pakaian-pakaian batik yang juga akan dijual dan duit jualan itu akan dimasukkan dalam tabung Badan tersebut. Echa dimaklumkan akan memperagakan 3 pasang pakaian dalam tugasan itu nanti. Mak aai, makna tiga kali la Echa perlu keluar dan berlenggang di atas pentas....matilah kau Echa!, tapi alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar malam tu walaupun ada satu insiden memalukan telah menimpa Echa malam itu..eei, malunya tak tau nak kata sebab Echa rasa masa tu semua mata memandang pada Echa tapi nasib baik Echa tak panik masa tu...buat selamba aje, buat muka 2 sen macam kata mak...hahaha..

Insiden itu jugalah telah memberikan satu kenangan yang cukup bermakna di dalam hidup Echa. Di sinilah mulanya Echa berjumpa dengan si dia..hehehe. Insiden yang Echa rasa sangat memalukan itu rupakan melakar satu catatan sejarah yang cukup manis buat Echa...mungkin buat si dia juga...kut la!...hehehe. Tapi Echa masih ingat perkataan pertama yang keluar dari mulut si dia tatkala Echa terduduk di atas pangkunya malam itu.

"hai..."

Senyuman juga renungan dari matanya yang bundar betul-betul buat Echa tak keruan ketika itu.

"errk...hai....maaf, sori ye encik."

"It's ok..."

Echa langsung tidak menduga si dia siap menyampaikan pesan pada pembantu boss Echa yang menjadi bodyguard Echa malam tu untuk berjumpa Echa. Echa fikir dia nak marah sebab Echa mungkin dah memalukan dia di depan khalayak ramai malam itu. Maklumlah rata-rata hadirin malam itu semua dari golongan korporat. Melihat penampilan si dia pun Echa tau dia bukan calang-calang orang...aduh matilah kau kali ni Echa!. Echa punyalah takut masa nak berjalan pergi berjumpa si dia. Dalam kepala masa tu dah fikir macam-macam benda. Nahas la kau kali ni Echa..matilah!

"erk..encik, saya betul minta maaf pasal tadi. Saya memang tak sengaja...betul-betul tak sengaja...kasut tu tinggi sangat encik, saya tak biasa lagi tu pasal teraccident.. Janganlah saman saya ye encik...saya takder banyak duit nie. Saya pun baru keje ni. Saya orang kampung aje encik. Tolong ye encik...kita kira settle kat sini jer la ye."

Echa lihat si dia dan rakan lelakinya disebelah cuma senyum sahaja memandang Echa. Rakan di sebelah Echa lihat macam nak ketawa aje. Menyampah betul, orang punye lah gabra ni, dia leh sengih-sengih kerang la, seligi karang mamat ni baru tau, yang sekor hensem ni asik pandang-pandang senyum apahal, sewel haper...ngomel Echa dalam hati.

"awak ni orang melayu ye. Rupa langsung tak macam orang melayu...right Fuad?"

Echa lihat si dia berkata sambil memandang rakan disebelah yang kemudian mengangguk-anggukkan kepala. Macam balam pulak mamat ni, terangguk-angguk. La takkan nak tanya soklan ni aje...amende laa mamat hensem ni.

"anyway, i am Aidil Zafriel...this is my friend, Ahmad Fuad."

Echa lihat kedua-dua lelaki dihadapannya itu tersenyum padanya. amende laa senyum-senyum mamat dua ekor ni..issy, tak sukanyer!

"Cik adik yang comel ni tak perlu bimbang, boss i ni takder niat pun nak saman you. Takkan laa pasal you terduduk atas pangku dia tadi dia nak saman...lagi-lagi gadis secantik you ni...Kalau kat pangku i tadi yang you terduduk, wah mesti tak lena tidur malam ni...hahaha. Sebenarnya boss i ni nak sangat berkenalan dengan you....tapi dia ni pemalu, penyegan... so i yang muka tak malu dan memang tak segan ni lah kena tolong."

Echa hanya diam. Menyampah. Meluat. Eleh, taktik nak mengurat la tu..piraah!. Tapi Echa lihat si dia masa tu hanya tersenyum kecil dan memandang pada Echa.

"ooo, nak berkenalan...cakap la siang-siang. No hal...nama panjang saya Siti Nur Kesuma Sari Annisa Aishah binti Qamarulzaman. Kalau nama pendek Echa...nama rasmi untuk keje Aishah Kesuma. Encik pilih la ye nak panggil yang mana..yang panjang, yang pendek atau yang rasmi...umur saya 19 1/2 tahun... ada apa lagi yang encik nak tahu?..tempat tinggal? no rumah? no telepon?"

Echa lihat lelaki yang asik merenungnya dari tadi cuma tersenyum sahaja mendengar Echa berceloteh. Rakannya pula Echa lihat sudah ketawa sakan. Tadi nak sangat berkenalan...ha ambik kau..padan muka!

"well cik Aishah Kesuma...nice meeting you, hope we can meet again. This is my card."

Echa menyambut kad nama yang dihulur si dia. Rakannya si mulut tak insuran tu turut sama.

"insyaallah encik Aidil, Encik Fuad...nice meeting you guys too."

Jumpa lagi?...issy tak kuasa!

Dan Echa fikir dia tidak akan berjumpa lagi dengan si dia itu. Tapi kejutan yang diterima keesokkan harinya di pejabat cukup memeranjatkan.

"Echa... boss panggil kau kat dalam.."

"haa, panggil aku? apsal Joe?. Ada per ek boss panggil aku lak pepagi buta ni.."

ntah..manalah aku tau. Eh pompuan pergi laa cepat. Dia tunggu kau dari tadi laa..."

"yelah..yelah."

Ketukan Echa di pintu bilik Puan Sri Nur Amalin disambut dengan suara bossnya itu yang meminta dia masuk. Dan saat matanya memandang bossnya yang sedang enak bersandar pada sofa baldu biru gelap itu matanya terhenti pada sesusuk tubuh disebelah bossnya itu. Dia!..Echa lihat si dia tersenyum memandang Echa. Alamak, takkan dia report kan boss pasal semalam kot, matilah!

"haa Echa...mari saya kenalkan... ini Engku Aidil Zafriel, CEO AAZ Holdings. Anak syarikat Engku Aidil ni, AAZ Automotive sedang mencari model baru untuk buat iklan kereta terbaru keluaran mereka dan i rasa Echa paling layak untuk job ni. In fact he totally agree with me, you're the right model for this...kan Aidil."

Si dia memandang pada Echa yang terdiam kejap bagai tugu peringatan disitu. Senyuman manis dilemparkan pada Echa.

" well Cik Aishah Kesuma...we shall meet each other more often after this."

Dan Echa cuma mampu terkaku di situ pada ketika itu...issy, apa la nasib badan.

Tapi memanglah seperti dikata si dia, selepas dari peristiwa di pejabat, Echa makin kerap berjumpa dengannya di pejabat. Adalah sekali dua dia turun ke lokasi melihat kerja-kerja pengiklanan model kereta terbaru keluaran AAZ Automotive di mana Echa terlibat sama. Dari situ Echa kenal hati budi si dia. Dia cukup berkarisma. Cukup berketerampilan sebagai seorang tokoh korporat walau di usia yang muda. Echa jadi makin rapat dengannya. Echa senang dengan dirinya. Walaupun Echa selalu buli dia, main-mainkan dia, buat tak heran dengan dia...tapi dia tak pernah marah atau berkasar dengan Echa...dia cool aje...dia layan aje perangai Echa yang gila-gila ni. Dia memang sabar!...

Sikapnya yang sangat merendah diri mengikis segala tanggapan buruk Echa selama ini pada dirinya. Sedar tak sedar kami makin akrab. Ada perasaan aneh yang wujud dalam diri Echa kesan dari keakraban kami.Cintakah itu?...entahlah, Echa sendiri tak tahu. Echa sendiri tak pasti. Yang Echa cuma tahu, Echa akan bahagia bila si dia ada di sisi Echa. Echa tak pernah rasa macam ni. Perasaan yang sukar Echa gambarkan. Sukar Echa terangkan, luahkan dengan kata-kata.

Echa rupanya tidak menyanyi sendirian. Si dia juga ingin turut serta menyanyi bersama. Si dia turut sama merasakan perasaan aneh itu. Indahnya Echa rasakan saat itu. Manis sekali. Namun Echa tidak sedar rupa-rupa Echa sedang bermain dengan api. Api yang bukan sahaja akan membakar diri Echa tapi juga kehidupan Echa. Rasa aneh itu membuat Echa jadi alpa. Jadi lupa diri. Jadi mabuk. Echa terlupa kami berlainan latar. Berlainan tingkat sosial. Enggang biarpun mahu terbang di sisi pipit, tetap tidak sesuai menjadi keluarga pipit...Si dia itu terlalu tinggi di atas sana untuk Echa gapai...tangan Echa takkan sampai!

3 comments:

Nabila Mohd Norzri said...

terlalu skema la ayat...
citer mcm menarik tp cepat boring...

RinsyaRyc said...

Ape panjang overdose nama dia ni ..? hahaha...
Dah la si echa ni mata biwue. Hihihi ...

MissxYana said...

memang panjang betol la,, haahaa

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...