Monday, July 9, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 16


Bab 16

Mata Jane yang sedia bulat macam bola tennis itu membuntang. Biar betul, TJ! Wah wah..dendiam ye korang. Sampai hati main aci-aci sembunyi belakang plywood ye..jaga korang!


"dia belajar mengaji kat rumah kau? si Man biskut lemak berkrim merangkap si sirap bandung lesung pipit dua ketul tu baru nak belajar mengaji kat rumah kau..dengan abah kau? Macam tu?" 


"ha'a."


Cucur badak yang sudah separuh ditelan kaku seketika didalam pegangan. Mulut yang meneruskan kunyahan terhenti sejenak. Kepala didongakkan sedikit sambil dahi membentuk kerut. Dah tua bangka baru nak mengaji. Huh, apa kes tu. "dia tak reti mengaji ke TJ? Buta huruf macam bujang lapok tu ek. Kalau dah besar gajah macam tu baru nak belajar mengaji entah entah dia tu pun belum..." Jane hala telunjuk kanan atas telunjuk kiri dengan telunjuk kanan digerakan ke atas dan ke bawah sambil angkat-angkat kening. 


Teja lontar jeling sekilas. "amboi mulut,aku cili karang. Nak?" Jane sengih. "mana tau kan. Baik kau tanya kat dia.  Dah ke belum...hehehehe" Jemari pantas hinggap dipeha Jane yang berbalut skirt paras lutut berwarna hitam. Jeritan halus Jane bergema. Teja  tayang gigi. Padan muka!


Jane masih lontar pandangan pada Teja. "abah kau tahu tak dia tu budak office ni."


Teja angguk.


"Dan abah kau tak kisah nak ajar dia pun?"  Mata mengekori langkah Teja yang sudah melabuhkan duduk di kerusi sambil mencapai buku tebal berwarna biru yang terletak dalam box file putih di tepi meja.  Jane tahu itu buku rekod untuk kemasukkan stok peralatan staionaries ke dalam stor ini. Teja pernah memberitahunya dahulu. Tangan Teja dilihat pantas membuka buku berkenaan sambil mencapai sekeping fail plastik cerah. Sehelai kertas dikeluarkan dari fail plastik berkenaan.


"iye la makcik. Abah aku tak kisah. Dan si sirap bandung tu lagi lah berkali-kali tak kisah...malah sangat gumbira dapat belajar mengaji dengan abah aku." Teja senafas melafazkan ayat. Dia ambil keputusan beritahu Jane tentang perkara si sirap bandung belajar mengaji di rumah sebab tak mahu dianggap menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan Jane. Yang lebih penting dia tak mahu kalau Jane dapat tahu mulut orang lain. Teja tak mahu nanti Jane nanti fikir Teja sengaja tak mahu beritahu.  Takkan lah tetiba hal macam ni, boleh pulak orang lain lebih awal tahu daripada Jane. Sah-sah nanti Jane baling teja dengan boot dia yang tajam macam mata pedang tu. Nak mampus hapa! Paling Teja gusar kalau sampai Jane anggap Teja tak umpamakan hubungan persahabatan mereka. Yelah, Jane kan sahabat akrabnya di sini. Mereka kan juga partner in crime kalau part buat keje-keje jenayah kat Kiara Arena nih. Biasalah tu buat keje-keja sampingan untuk menceriakan suasana yang muram hehehe. Lagipun dah macam belangkas diaorang berdua. Kat mana ada Teja, adalah tercongok muka di Jane Jenab. Kalau ada Jane Jenab, maka tak sah la kalau si Teja tak menempel sama. Macam aur dengan tebing, cewah Teja peribahasa tahap tak hinggat!


Tangan kiri Jane pantas sahaja mendebik bahu Teja yang sedang takzim menulis sesuatu pada buku rekod kemasukan peralatan stationeries. "kau apasal tak cakap kat aku awal-awal, dendiam jer ek. Nak rahsia la tu...memang la kau ni tau!" Entah hapa aje yang dia tulis tu. Kunun-kunun nak tunjuk kat aku dia bizi la tuh. Sah-sah takut aku marah ler tu kan. Baek punya cover line ek TJ. Udah ler berlakon tu TJ, kau tu bukannya pelakon harapan popular. Dah kalahpun kau kat Tasha Shila tu. Tahun depan jer la kau masuk ye..pastu suruh si sirap bandung lesung pipit dua ketul tu undi kau banyak-banyak.

Teja laju menggosok bahu yang terasa sedikit perit.  Jane Jenab ni tapak tangan besi keluli tahan karat hapa. Punya la bisa. "weh, amende la kau Jane... main debik- debik orang pulak, sakit tahu tak!  Tapak tangan kau tu dahlah jenama stainless steel. " Jane cebik. Kunyahan pada popia yang berbaki di tangan diteruskan. 


Teja lontar pandangan sekilas pada Jane senelum kembali menyambung kerja. Dia ni, kalau melantak langsung tak control ayu. Main balun jer. Langsung tak pandang lalu lintas. Nasib kau la Mike dapat awek macam si Jane ni. 


"Eh, yang aku sedang cakap kat kau ni apanyer. Bukan ke aku sedang beritahu kau ni. Hapa, kau ingat aku sedang bercerita kisah sang kancil dengan buaya ek. Weng la kepala kau ni,Jane..eei nak jer aku hempuk kau dengan buku rekod ni karang." Teja mengacah dengan menghala buku rekod ditangan ke arah muka Jane. Teman yang duduk bersantai di hujung mejanya ini buat muka selamba sahaja. Langsung tidak mempamerkan reaksi spontannya seperti biasa. Siap memalingkan wajah ke pintu lagi. Oit, takkan merajuk kut Jane Jenab ni, kan aku dah cakap ni. Bukannya aku tak cakap kan. Tu barulah boleh dikata tak patut. Aku dah cakap apa yang patut la ni. Ngengada betul la dia ni..bagi backhand karang, baru tahu. Aku dah lama tak karate orang ni, Jane. Kau jangan nak buat hal dengan aku pepagi hari yang permai nih. Jari-jemari meneruskan tugas merekodkan kemasukan peralatan stationeries baru. Si Mahfuz ni pun  satu hal punya mangkuk sia...order ikutlah peringkat hendaknya. Ni tidak, main belasah jer. Aku nak order tak bagi. Stok bebanyak ni karang tak ke aku juga yang hazab nak memanjat dan mencari tempat nak menyimpan bendaalah ni semua. Mana boleh main sumbat jer. Kena la susun baik-baik..elok-elok..cantik-cantik. Sedap sikit mata memandang kan. Macam aku ni, cuba tengok, kan sedap mata orang memandang.  


Riak wajah Teja yang bersahaja didepan ditatap. Amboi amboi cik kak ni, main cinta sembunyi-sembunyi belakang aku ye lepas tu boleh pulak buat muka selamba kuih talam dia. TJ, sampai hati tau tak cakap kat aku ni. Aku kan sahabat dunia akhirat kau. Eei, geram ..geram. Tak boleh jadi ni. Aku mesti nak jumpa dan tengok jugak muka si sirap bandung. Tak kira!

"TJ..."


"hai ingat taknak cakap dah dengan aku. Nak merajuk. Pi la merajuk. Tak kuasa aku!" Tangan Jane perlahan mencubit lengan Teja. Terdengar jeritan halus Teja. "hoi, sakit la. Jari kau tu buat dari dawai pagar hapa, Jane." Jane mencebik.


"TJ..."


"amendenye..."


" sampai hati tau kau tak cakap kat aku pasal kau dengan si sirap bandung tu. Apa, kau ingat aku nak rembat biskut lemak kau tu ker, beb. Sampai hati kau prasangka pada sahabat dunia akhirat kau yang baik hati ni. Aku sedey tau kau buat aku macam nih. Aku sedey. Tak kira aku nak merajuk dengan kau jugak...cepat pujuk aku!"


Ekeleh Jane Jenab ni, apa barang yang tetiba kena aura neng yatimah pulak, issy tak suka aar tengok adegan hindustan nih!

"kau ni kan Jane main sedap mulut kau je aar. bila masa la pulak aku ada fikir dan ada prasangka yang kau nak rembat si sirap bandung tu. Weh, dia tu anak orang lah. Bukannya anak tikus mondok. Kau nak rembat dia, pergi la tanya mak ayah dia. Pergi pinang dia. Aku tarak hal punya. Dia bukan hak aku pun."


Ada ke tikus mondok. TJ ni, punyalah miskin pengetahuan pasal fauna dunia. Kan banyak binatang kat zoo tu. Pilih jer la yang semenggah sikit...ni, ada ke bendalah tu..ciss!  Dah tu, gila hapa suruh aku pinang biskut lemak dia tuh. Karang aku suruh mama dan papa aku pinang dia betul-betul..haa melopong kau, TJ! Buatnyer mak bapak dia terima pulak pinangan tu, amacam...hahahaha, kongsi raya aku tau tak, TJ. Boleh la aku madukan si mangkuk sekor tu..hehehe. Jane Jenab, aku apahal?...Nak aku beritahu Mike ke otak miang kau nih. Issy, orang main-main jer la. Potong mood betul dia nih laa..


Jane capai helaian kertas atas meja lalu diketuk perlahan di atas kepala Teja sambil bibir digigit. Mata sengaja ditajamkan. Nafas dihela dan dilepaskan serentak. 


"kau boleh tak jangan buat lawak tak cukup santan kau tuh. Bernanah tau telinga aku dengar. Cuba serius sikit boleh tak dengan perkara-perkara macam ni. Karang aku rembat betul-betul si sirap bandung kau tu baru padan muka kau." Teja cebik. Jane ni kalau buat muka serius, dah macam cikgu kanan sekolah Juvana la pulak. Issy, gila ngeri!


"TJ..aku nak tanya ni. Serius."


"ye cikgu.." Teja tekup mulut. Tubuh bergegar. Jane ketap bibir. Aku debik karang dia nih!


"TJ, aku hempuk kau karang. Jangan nak gelak-gelak ek. Aku serius." Teja angkat kedua-dua tangan paras bahu. Kepala dianggukkan. "ok ok..serius."


"TJ.."


"haa..."


"abah kau tahu tak yang kau tersangatlah sukakan si sirap bandung nih. Mesti abah kau sukakan dapat ajar bakal menantu mengaji..boleh turunkan semua ilmu kat dia." Jane tayang sengih seraya membongkokkan badan, menahan ketawa.


"Hoi, soklan serius kemende! Aku belasah kau karang Jane. Memain ek. Mangkuk ayan punya Jane. Eei..." Dan serentak itu juga Teja bangkit dari duduk lalu diasak tubuh Jane yang sudah terhinggut-hinggut menahan ketawa yang meledak.


* * * * * * *
Teja sambut bungkusan beg kertas sederhana besar yang dihulurkan Man seraya menjawab salam lelaki dihadapannya ini.  Dia yang tadinya sedang asyik menggulung popia di meja dapur terhenti kala melihat lelaki ini sudah terpacak didepan mata seraya menabur senyum sambil menjinjit sebuah beg kertas. Dia lantas menghala langkah ke sinki dan terus sahaja menghala kedua-dua tangan dibawa paip yang diputar.


"apa nih awak?"


Thaqif senyum. Tangan membetulkan songkok yang  tersarungkan dikepala. "tengok lah sendiri." Mata sempat memandang ke arah persekitaran meja dapur. Walaupun dia tahu Teja sememangnya sibuk dengan tempahan kuih yang rutin dilakukan saban hari dia kagum dengan kekemasan kerja gadis ini. Keadaan persekitaran ruang dapur yang sempit ini kemas dan bersih sahaja. Tiap-tiap kuih yang sudah siap untuk dimasak di susun kemas ke tepi. Diletakkan bertingkat di atas meja. 


Kepala Teja menjenguk ke dalam beg kertas yang dia sambut dari tangan Man tadi. Dahi berkerut. Huh!..banyaknyer. Si sirap bandung ni mabuk delima agaknya. Ke, nak aku buat talam delima hapa dia nih!


"mana dapat buah ni?"


"awak cakap awak suka makan kan, jadi saya beli lah." Thaqif ingat semalam sewaktu berbual dengan pakcik Ismail dia bertanya pada abah Teja itu tentang ayat al-quran yang dia dengar pakcik Ismail ajarkan ada Hakim. Dia tidak pasti tentang surah yang mana namun dia ingat sungguh pakcik Ismail ada bercakap tentang perihal buah-buahan yang disebut didalam al-quran. Kata pakcik Ismail salah satu buah berkenaan disebut sebanyak tiga kali didalam al-quran. Disebut sebanyak itu kerana buah berkenaan sememangnya istimewa. Dia juga disebut sebagai buah yang ada didalam syurga. Lalu Teja yang kebetulan keluar menatang dulang minuman menyatakan itulah buah kesukaannya kerana buah itu sangat istimewa..macam dirinya juga. Dan warna buah itu adalah warna kegemarannya juga. Bila ditanya, Teja boleh pulak main tarik tali dengannya. Siap menyuruh dia mencari sendiri buah itu didalam al-quran. Teja, Teja..awak lupa ye, abah awak kan guru saya.  

"yelah...tapi yang banyak sangat ni apakehal. Ni awak beli serumpun delima hapa. Nak saya buatkan kuih tepung pelita delima pulak ke. Saya kena cipta resipi khas la nampaknya untuk awak kan. Jangan pulak lepas tu awak tak makan pulak ye. Saya sumbat dalam mulut awak nanti." Ketawa Thaqif terburai. Teja ni kan, memanglah ayat dia tak control langsung. Suka hati dia sahaja kalau bercakap. Langsung tak kisah pendapat orang. Kalau ditanya, jawapan selamat dia tentu saya tak kisah pendapat orang. Saya cuma akan kisah pendapat "Dia" tentang saya. Pendapat awak lagilah saya tak heran. Teja..Teja. Awak tahu ke pendapat saya tentang awak, Teja. Takper, suatu hari nanti awak akan tahu juga. 


Thaqif masih bersandar di tepi dinding ke arah dapur. Mata menyorot langkah Teja yang dilihat sudah membawa beg kertas yang berisi buah-buah delima yang dia minta mak Leha dapatkan dari pasar pagi tadi. Bila ditanya untuk apa dibeli sampai tiga kilo buah berkenaan lagipun setahu mak Leha  Thaqif memang tidak pernah tahu memakan buah berkenaan, dia hanya menjawab dengan kenyitan mata seriring dengan senyuman manis. 


Yang dia ni terpacak lagi kat dapur ni apakehal. Encik sirap bandung, boleh tak awak jangan tercongok kat dinding tu sambil pandang-pandang saya. Tak suka aar orang tengok-tengok kita buat keje..lagi-lagi awak. Awak tu ada medan magnet. Nanti saya gelabah tau tak! Saya ni nak siapkan tempahan kuih la awak. Karang popia saya ni jadi samosa pulak. Tolonglah pergi keluar sana. Abah ni apasal pulak tak panggil si sirap bandung ni lagi. Abah, cepat la panggil dia, kak Ja nak buat kuih-kuih aar. Karang tak siap kuih-kuih ni mahunya kak Ja tak tidur. Nanti esok mata kak Ja macam panda sakit mata abah jangan gelak ek.


Teja angkat muka sambil capai bekas berisi kulit popia yang dia buat  sendiri. Lelaki dihadapannya ini masih tunak memandang sambil menjual senyum manis. Issy, macammana nih..


"eer..awak patut belajar apa malam ni, Man?"


"abah awak cakap saya dah ok sikit baca al-fatihah. Dia akan ajar saya bacaan fatihah yang lengkap dengan hukum tajwidnya. Jadi abah awak kata dia pun boleh mula ajar saya tentang solat sekali. Sebab kata abah awak, surah al-fatihah memang perlu dibaca disetiap rakaat solat. Tujuh belas kali dibaca. Ye ke banyak macam tu kena baca, awak?"


Teja kerut kening. Tangan yang mengisi inti popia terhenti. Wajah lelaki yang bersandar didinding dapur ditatap. Takkan itu pun dia tak tahu kut. Biar betul nih..


"Man..."


"saya.."


"solat subuh berapa rakaat?"


Air liur terasa pahit. "err..err.."


Teja tunak menatap wajah kelam didepan mata. "zohor?"


Thaqif garu pelipis. "em..empat?"


"asar?"


Dahi dikerutkan. "aa..."


Teja geleng kepala.


"Maghrib?"


"du..dua?" Teja hela nafas perlahan.


"isyak?"


"saya..saya tak ingat, awak. Maaf."


Astaghfirullahalazim...Teja lepaskan nafas perlahan. Hatinya berlagu lautan simpati. Wajah kelam lelaki yang sedikit menunduk ini ditatap.  Ya Allah berilah hambamu ini kejernihan hati untuk dia mudah menerima bimbingan kami. Bukakanlah pintu hatinya seluas-luasnya untuk dia senang menerima apa yang akan kami ajarkan padanya.Tenangkan jiwanya agar dijauhi dari sifat rendah diri. Ya, Allah permudahkan urusan kami ini. Amin...

5 comments:

mizz acu said...

Erkks... Rasa cm pendek.. Ke perasaanku saja? ;p
Alaaa...sian en qif ni.. Mesti family jenis x kesahh nni.. Heemm
Harap2 terang ati en qif ni adapt sume apa yg pok cik ismail ajar..

Kwn dunia akhirat ja tu... Cm nyampess sket r.. Kepochi!

Thanks kucc ;)

Nor Syafika said...

Erkkkk kesiannya thaqif....tak sabar tgu next n3....best2..keep it up!

Kak Sue said...

Tugas Teja dan ayah Teja amat berat .... bila orang yang x tahu tentang solat dan agama x boleh kita ketawakan tapi cara Teja amat baik ... ingin menolong Man menjadi lebih baik ... sebab tu hati Man terpikat .... kerana hati Teja yang suci dan bersih.... Man belajar sungguh-sungguh ya... buktikan pada semua orang yang Man boleh berubah menjadi KETUA yang baik....

Anor said...

Syabas Man walaupun banyak tentang
agama yg tak tau tapi ada kesedaran
hendak belajar tersgtlah bagus. semuga apa yg dipelajari akan cpt
dapat dgn pertolongan DIA. nk lagi
Kucc, cpt sambung ye tak sabar dgn
perangai org berdua ni...

ida said...

saya pun suka jugak kat si sirap bandung ni. sweet sgt bila dgn Teja.La ni tgh bayangkan camana agaknye rupe dia ye....

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...